Bab 34

4.4K 314 15
                                    

Melangkah masuk ke bilik, Adwa terus merebahkan badan ke atas katil. Kepalanya semakin berdenyut. Sejak kebelakangan ini, kepalanya sering sakit dan pening. Sementara menunggu Aakiff pulang, Adwa berniat untuk merehatkan diri untuk meredakan rasa sakit kepalanya.

Setengah jam kemudian, Aakiff tiba. Dia terus melangkah ke arah Adwa yang terbaring kepenatan di atas katil. Jari jemarinya mengusap lembut kening dan dahi Adwa yang sedang berkerut itu. Merasakan sentuhan di dahinya, Adwa membuka mata. Dia terus bangun.

"Kiff, bila awak sampai?" soalnya menggosok mata.

"Baru saja," ujar Aakiff. Adwa duduk bersila di atas katil. Rasa sakit kepala makin berkurang akan tetapi rasa pening masa bersisa.

"Awak ikut Zaid pergi kolej kan hari ni? Macam mana? Ada rasa apa-apa?" Adwa bertanya sambil mengulum senyuman lembut. Daripada reaksi serba salah Aakiff, Adwa dapat menduga jawapan Aakiff. Walaupun dia sedikit kecewa kerana berharap Aakiff sekurang-kurangnya dapat rasakan sesuatu. Dia tetap senyum.

"It's okay. Take your time," Adwa menyentuh lembut tangan Aakiff. Aakiff sekadar ukir senyuman nipis. Adwa bangun untuk ke bilik mandi. Namun tubuhnya terhuyung hayang sedikit akibat pening. Aakiff laju bangun untuk membantu Adwa.

"Awak okay tak ni? Nak pergi klinik tak?" Aakiff bertanya khawatir.

"Eh tak apa. Saya okay. Maybe stress sikit. Itu yang pening sikit tu," balas Adwa cuba mengurangkan rasa risau Aakiff. Aakiff teragak-agak untuk membiarkan Adwa ke bilik air seorang diri. Namun dia tidak mahu juga Adwa rasa kurang selesa dengannya.

Aakiff duduk di pinggir katil. Kata-kata Imani menjengah kembali di ingatannya.

"I bet sekarang Adwa tengah runsing sebab suami dia sendiri lupakan dia. She must be stressing herself right now," kata Imani. Aakiff kerutkan dahi. Mula timbul kerisauan di hatinya.

"Awak rasa dia stress?"

"Tell me Aakiff. Siapa saja yang tak stress kalau suami ada depan mata tapi tak ingat isteri sendiri," sambung imani lagi.

Aakiff mengetap gigi. Wajahnya diraup kasar.

"Tapi apapun Imani sangat kagum,"

"Kagum kenapa?"

"Sebab Imani tengok, walaupun Aakiff dah tak ingat siapa Adwa. Your eyes still tell everyone how much she meant for you," ujar Amani mengukir senyuman lembut. Aakiff diam. Dia juga sebenarnya risau kalau-kalau Adwa berasa tertekan dengan situasi mereka sekarang. Kalau dia cuba meletakkan dirinya di tempat Adwa juga dia pasti rasa hilang semangat jika orang yang sepatutnya sayang kita sepenuh hati telah melupakan kita.

Tak lama kemudian, Adwa keluar dari bilik air. Apabila melihat wajah Aakiff yang berkerut, Adwa mendekati Aakiff.

"Awak okay tak ni?" Adwa bertanya. Aakiff pandang Adwa dengan sejuta perasaan menembus ke dalam dirinya. Walaupun Adwa kurang sihat, Adwa tetap prihatin akannya.

"Aakiff?" Adwa panggil apabila Aakiff tidak menyahut pertanyaannya.

"I'm fine. Awak dah okay? Pening kepala lagi?" Aakiff bertanya prihatin.

"Saya okay. Bila dah mandi ni rasa segar sikit tubuh. Lepas ni saya nak pergi masak sekejap. Awak rehatlah dulu. Teringin nak makan apa-apa tak?" Adwa bertanya pula. Aakiff geleng kepala.

"Saya tolong," Aakiff mempelawa.

"Betul?"

Kepala diangguk.

***

Keesokannya...

Adwa menggeliat kecil. Cuti hujung minggu yang dinanti-nantikan akhirnya tiba. Adwa menggoreng cucur udang sebagai minum petang mereka pada hari itu. Aakiff duduk di hadapan Adwa.

Mine (Always & Forever) ✔️ CompletedWhere stories live. Discover now