ii(▪︎~▪︎)

Start from the beginning
                                    

Hanania tersenyum dan lalu mengeluarkan telefon bimbit dari poket baju blouse yang dipakai. Nak telefon mak, kata dah dapat kerja. Eh lambat lagi! Ini baru interview je . Bukan. Bukan. Hanania ingin membuka aplikasi grab dan mula menempah mana mana kenderaan ha. Haih satu hal nak membazir duit bayar grab. Sudahlah rm5. Eish mak bapak aku ni. Nama je orang have have. Tapi tak reti belikan aku kereta satu. Tak dapat kereta sport famous pun tak apalah. Janji dapat kereta yang lawa uhuk uhuk .

Kejap kau cerita ni macam kau ada lesen memandu pulak.

Lepastu nak salahkan mak bapak anda?

Eh eh. Lupa. Aku yang tak reti memandu. Haih. Ampun Mak. Ampun ayah. Tikam jela nia mak.

Kepalanya mula diangkat melihat kiri kanan suasana di jalanan . Nasib baiklah boutique ini berada di tepi jalan raya. Maka memang strategiklah kalau grab nak hangkut aku balik rumah. Sedang matanya melihat alam ,

Cinggg!

"Wo wo wooo! Sakit woi! " Terus hanania menutup mata dengen kening berkerut kerana silau pula pandangan matanya apabila ada objek berkilat berhampiran dengannya.

Pergh silau banget. Natang apa yang kilat sangat tu?

Terus langkah kakinya tanpa rasa takut terus mendekati objek itu dengan rasa curious yang amat tinggi. Nak tahu jugak benda apa yang berkilat sangat dekat tempat parking tu. Ada orang tinggalkan mutiara berkilat ke? Kalau ye, boleh aku rembat buat gadai. Uish kaya beb.

Semakin jaraknya dekat semakin jelaslah objek yang berkilat gila sampai menyilaukan mata orang. Bukan emas. Apatah lagi bukan mutiara seperti apa hanania harapkan . Tapi rupanya ia adalah sebuah kereta.

Ya hanya kereta.  Tapi, mungkin pada pandangan manusia normal itu adalah kereta biasa. Biasalah kereta. Roda 4. Ada pintu. Ada tingkap.

Tapi tidak bagi seketul Qaseh hanania. 

Mulutnya terlopong bagaikan lorong hitam laluan keretapi yang panjang .  Matanya  membesar . Nafasnya laju. Elok elok sihat, tiba tiba jadi pesakit asma. Tak percaya dengan apa yang sedang dilihat. 

Adakah benar ini dia?

Adakah benar objek ini adalah kereta itu?

Adakah benar?!

Kereta idamannya sejak bangku sekolah ...

Ada di hadapan matanya sekarang!?

Betul kah ini kereta yang aku terngingau masa tidur ? Sampai Sleepwalking tu?

Seriuslah?

Seriuslah depan matanya ni salah satu kereta dari brand JAGUAR?!

DAN INI ADALAH JAGUAR XJ?

PERGH. JAGUAR ni boleh berhenti dekat sini ?  Manusia mana pemilik kereta ni yang boleh sesatkan kereta dia dekat tepi jalan ni? Kereta macam ni patutnya berhenti dekat hotel 5 bintang weh!  Pergh. Untungnya. Mesti kaya tuan kereta ni. Patutkah aku tunggu pemilik kereta dan bodek dia supaya sekurangnya dapat rm100 ? Ah diam otak tak logik nia. Sila jaga reputasi anda.

Hanania menelan air liur kempunan. Fuh aku beli Myvi pun tak lepas. Inikan pula nak beli Jaguar. Jadi sebarang kereta Jaguar telah dia lupakan. Mencuba move on.

Bukannya keluarganya tidak mampu. Ayahnya merupakan peguam. Ibunya pula doktor. Memang terlebih mampulah kisahnya . Tapi tak pernah lagi mereka mengajar dia dan abangnya  membazirkan wang untuk membeli barangan mahal. Cukuplah beli keperluan penting.  Tak adanya kecil kecil ada iphone. Aku ni pun umur 20 tahun pakai SAMSUNG tau! Eleh.  Abangnya pun mampu memilki range   rover setelah bersusah payah bekerja sebagai engineer.

DIA Encik Crush Sombong! ✅Where stories live. Discover now