Dia menghela nafas lemah kerana terpaksa membohongi anggun dellisya.

.

.

.

.
"Nazila, kalau ada orang cari saya , cakap je saya outstation di Melaka seminggu faham?"

Tersentak nazila apabila disergah secara tiba oleh tuan hadif.  Pergh nasib baik aku tak terkantoi nak masukkan keropok dalam mulut tadi. Fuh kalau tak terus kantoi aku asyik asyik senyap senyap melantak masa kerja.

Aik tapi tadi bukankah dia dalam pejabat?macam mana pula aku tak dengar pintu pejabat dia dibuka? Oh ini mesti sebab aku fokus sangat buat kerja sampai tak sedar. Fuh bagus aku ni. Sudahlah rajin, fokus pulak tu. Tolonglah bagi award pekerja berakhlak pada saya, tuan.
"Errr tapi tuan ... dalam jadual tuan tak ada pula.." berkerut dahinya pelik mendengar ayat hadif.  Melaka? Mana ada dia mesti ke sana harini. Seminggu pulak tu. Eh aku P.A dia aku tahulah jadual dia.

"Biarkan. Bukan saya pergi betul betul pun. Kalau ada orang datang cari saya , lagi lagi perempuan,  pastikan awak cakap ayat saya suruh tadi. Kalau tak , awak dah kira menderhakai syarikat ni faham? " Dengan muka serupa iceberg dia berkata separa kuat ingin menegaskan arahannya sebentar tadi. Sengaja dia guna perkataan derhaka. Nampaklah macam nazila akan buat satu kesalahan besar. Biar dia takut.

"Ya ya faham tuan." Laju selajunya nazila menganggukkan kepala sambil menunduk. Tak mahu pandang mata hazel singa jadian ni. Rasa kena tembak dengan pandangan lazer siot.

"Bagus. Saya nak ke site projek Hotel Del Luna kejap. Ingat ya apa saya pesan.  Assalammualaikum. "

"Wa...Waalaikumussalam. "
Nazila sekali lagi mengangguk faham sehinggalah hadif betul betul sudah berambus ke dalam lif. Terus nazila menyentuh dadanya. Uish boleh strok aku macam ni kalau hari hari kena sergah macam tu. Kenapa eh muka tuan hadif harini macam asam keping yang diletak perahan lemon biar dua kali gandakan lagi masam dia  tu ? Muka pun serius nak mampus dari pagi tadi bawak ke sekarang.  Dia okay ke? Ada masalah ke?

Nazila mengeluh.  Tak pasal pasal aku kena tanggung dosa menipu pada sesiapa manusia yang datang nanti gara gara si tuan hadif. Heisy. Aku ni dahlah tak reti menipu. Muka suci. Hati lagilah putih. Hmmm.

.

.

.

Tapi tak sangka. Sungguh dia tak sangka pula manusia yang datang mencari tuan hadif ialah anggun dellisya! Berat bahunya ingin memikul dosa menipu, berat lagi mulutnya ingin melontar kan kata dusta.

Dia akhirnya akur dengan arahan tuan hadif untuk menipu anggun tapi nazila pula rasa serba salah tahap phd kerana wajah anggun. Macamlah dia tak perasan wajah anggun yang seperti sugul menjadi makin suram apabila mendengar ayatnya tadi.

Heish apa sebenarnya masalah dua ekor budak tu? Takkanlah muka tuan hadif serius sebabkan anggun? Kenapa pula muka anggun macam nak nangis sebabkan tuan hadif? Apa sebenarnya benda yang dah jadi tapi aku tak tahu? Emmmm suspicious. Mindanya tiba tiba menjadi detektif sambil tangannya merayap mencari keropok yang disorok tadi. Sekali lagi mulutnya dibuka dan laju dia masukkan keropok ke dalam mulut. Ngappp.

.

.

*****************************************

.

.

.

.

.

DIA Encik Crush Sombong! ✅Where stories live. Discover now