Mrs. Uwais: My Wife From Heav...

By thefatiha__

12M 507K 82.3K

(COMPLETED) Nur Hasya, atas alasan yang dia sendiri tidak tahu, dia telah menjadi buruan sesetengah pihak yan... More

Isteri Dari Syurga
Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Epilog
Farewell Mrs. Uwais

Bab 57

120K 5.8K 1.2K
By thefatiha__

Tok tok!

Uwais mengangkat kening. Wajah Hasya di hadapannya dipandang.

"Sayang tunggu kejap" Uwais membasuh tangannya yang dipenuhi sabun. Hasya di dalam tab mandi itu mengangguk sambil mata terkedip memandang Uwais yang keluar dari bilik mandi itu.

Berlari anak Uwais ke pintu hadapan. Sebaik sahaja pintu terbuka, wajah Lily terpampang di muka pintu. Uwais mengerut kening.

"Ya?"

"Uwais.." Lily menarik nafas. Beg kertas di tangannya dihulurkan kepada Uwais. "Takziah atas pemergian anak-anak Uwais."

Uwais merenung lama beg itu sebelum disambut. Pintunya dibuka luas. "Masuklah, saya tengah mandikan Hasya. Tunggu kejap ye"

Lily mengangguk. Langkahnya dibawa ke dalam rumah banglo moden itu. Melihat Uwais yang menaiki tangga ke atas itu, Lily tersengih. Matanya dililau ke setiap sudut rumah.

"Kaya kau sekarang ya.." gumamnya perlahan. Punggungnya dilabuhkan ke atas sofa mewah keemasan itu. Matanya tertancap kepada potret besar Uwais, Hasya dan Puan Kemboja.

"What a lovely family"

Uwais mengerut kening. Dia mengerling sedikit Lily dari tingkat atas sebelum masuk menyiapkan isterinya mandi.

"Eh, dah siap?" tanya Uwais melihat isterinya yang sudah keluar dari bilik air. Dia melangkah ke wardrobe mengambil tuala putih lalu dilap rambut Hasya yang basah.

"Saya boleh mandi sendiri la abang" Hasya mengerling manja. Dah masuk 2 minggu dia berpantang, Uwais yang menguruskan segala makan minumnya. Bukan dia tak mampu buat sendiri, Uwais sengaja mahu memanjakannya.

"Abang tahu.." balas Uwais. Bergegar kepala Hasya akibat Uwais yang lincah mengelap rambutnya. Matanya berkelip-kelip memandang dada Uwais sementara suaminya itu mengeringkan rambutnya.

"Abang suka rambut baru Hasya?" Kepalanya mendongak sedikit. Uwais senyum mengangguk.

"Suka..rambut pendek ke panjang ke.." Uwais menghentikan sesi mengelap rambut dengan elusan lembut ke rambut Hasya yang pendek separas bahu. "..I still love you.." Dahi Hasya dicium.

Hasya gigit bibir. Suka!

"Pakai baju cepat. Lily datang" Tuala yang digunakan untuk mengelap rambut tadi disangkut ke bahu Hasya. Hasya mengerut keningnya sedikit.

"Mak Cik Lily datang?"

"Yup..nak tengok awak kut."

Hasya mengangguk mengerti.

Selesai mengenakan pakaian, Hasya dan Uwais turun ke tingkat bawah. Hasya tersenyum kepada Lily yang tengah duduk di atas sofa itu. Segelas air oren di meja dikerling sesaat, pasti Uwais yang buatkan tadi semasa dia bersiap.

"Mak Cik Lily.." Hasya berjalan mendekati Lily lalu disalaminya. Lily mengukir senyum dengan keningnya diangkat sedikit. Mak Cik?

"Hasya sihat?" Senyuman kembali. Kepala Hasya diusap perlahan sebelum tubuh itu ditarik ke pelukannya. Tangan mengusap sepanjang belakang Hasya.

"Hasya sihat..Alhamdulillah" Hasya menjawab sedikit canggung. Tubuhnya terasa erat dalam pelukan Lily. Terkebil-kebil matanya.

"Ehemm.." cepat Uwais menarik Hasya dari Lily. Bahu isterinya itu dipeluk kemudian dia menghadiahkan senyuman kepada Lily.

Lily senyum sedikit. "Maaf..Aunty teringatkan anak aunty" Mata dilirikkan kepada Uwais.

"Eh..takpa..Hasya faham.." Hasya senyum. Dia sebenarnya agak terkedu bila Uwais menariknya. Atmosfera agak tertekan di ruang ini. Hasya menyentuh Uwais di sebelahnya.

"Duduklah" Uwais mempersilakan Lily duduk. Hasya ditarik duduk di sebelahnya. Mata Lily melirik melihat tingkah Uwais. Protective..

Agak lebih setengah jam Lily berada di situ sebelum dia meminta diri untuk pulang. Hasya berlalu ke tandas manakala Uwais menghantar Lily ke pintu hadapan.

"Ibu pergi dulu.." Lily senyum sebelum dia berpusing.

"Stop calling yourself 'ibu'. You're not my mother.." langkah Lily terhenti.

"Stop calling me 'ibu'. I'm not your mother!"

"Tapi aku yang besarkan kamu—"

"Aku tak gila nak anggap kau ibu aku"

"Kau dah gila ke nak aku anggap kau sebagai anak aku, hah?!"

"Jangan datang lagi. Aku takkan sesekali pergi dekat orang macam kau" Uwais menutup pintu rapat. Lily menggenggam tangannya yang menggeletar. Air liur ditelan sebelum senyum sinisnya diukir perlahan.

'Aku datang untuk isteri kau, bukan untuk kau."

***

Terlihat seorang remaja lelaki berusia 16 tahun mendukung budak perempuan 4 tahun itu di taman belakang rumah Tan Sri Khalid.

"Leonard tu beku, tapi nak tak nak kena layan si Hasya tu" Puan Kemboja tersenyum melihat Leonard, anak kepada Lily sedang mendukung Hasya.

"Abang siapa? Tak pernah nampak pun.." Bulat mata Hasya memandang Leonard. Jari kecil itu mencucuk pipi Leonard.

"Tak pernah nampak, tapi mengada pulak nak naik dukung aku." Leonard membalas, tak menjawab soalan Hasya. Mata sedikit pun tak memandang Hasya.

"Biarlah, abang handsome. Saya suka orang handsome." Lengan kecil Hasya melingkar ke leher Leonard. Kepala dilabuh manja ke bahu Leonard.

Leonard memandang sinis. "Kecik-kecik gatal. Besar-besar tak tahu la.."

Terbangun kepala Hasya apabila mendengar tangisan kakaknya, Hatasya. "Kakak!" Menggelepar Hasya turun dari dukungan Leonard.

Hasya berlari kepada Hatasya. "Siapa buat kakak kita?!" Hasya berdiri di hadapan kakaknya yang menangis sambil mendepang tangan. Langsung tak gentar dengan 3 orang budak lelaki di hadapan.

Lily yang melihat dari dalam rumah itu tersenyum. There...my 1 billion girl.

***

"Mak Wan.." Tan Sri Khalid memanggil Mak Wan.

Mak Wan yang tersenyum melihat Hasya itu menoleh kepada Tan Sri Khalid.

"Ye Tan Sri"

"Saya tinggal Hasya dekat sini boleh?"

Mak Wan mengangkat kening agak terkejut. Anak secomel ini mahu ditinggalnya di sini?

"Kenapa Tan Sri? Biarlah dia tinggal dengan kembar dia."

Tan Sri Khalid menghela nafas. Tangannya meramas sesama sendiri. "Saya terpaksa Mak Wan. Hasya bahaya dengan saya. Saya nak minta Mak Wan jaga dia sampai besar. Segala perbelanjaan semua saya tanggung. Saya tak nak nasib Hasya sama dengan isteri saya"

Mak Wan mengerut kening. Melihat gelisah wajah Tan Sri Khalid, Mak Wan tahu ada perkara besar yang Tan Sri Khalid mahu elakkan.

"Tan Sri tarik nafas, hembus. Cerita dekat Mak Wan apa dah jadi ni.."

Tan Sri Khalid melihat Hasya yang berlari-lari di laman rumah Mak Wan bersama Hatasya. "Hasya dan Hatasya, dua pewaris perempuan dari nasab keturunan Keumalahayati, pahlawan perempuan Acheh."

Mak Wan mengangguk. Dia tahu hal itu sejak Khalid berkahwin dengan isterinya, Maryam. Dia juga tahu Maryam satu-satunya perwaris perempuan Keumalahayati.

"Lepas kematian Maryam, darah Keumalahayati mengalir dalam kedua anak perempuan saya.Tapi antara mereka, ada seorang yang lebih menunjukkan sikap tegas, sikap kepahlawanannya mengalir sejati dalam urat darah..."

Tan Sri Khalid berhenti. Matanya berair merenung Hasya. "Hasya...bayangan Keumalahayati"

Mak Wan memandang.

"Dan saya dapat tahu, pewaris dari darah keturunan Keumalahayati sangat mahal."

"...dan Lily nakkan anak kamu kan?" Mak Wan menyambung. Tan Sri Khalid mengangguk.

"Sehingga kini, bida untuk pewaris Keumalahayati dah mencecah 1 billion. Manusia sanggup buat apa saja untuk duit sebanyak tu Mak Wan."

Mak Wan mengangguk bersetuju. Matanya dialih menghadap Hasya. "Tinggalkan Hasya di sini. Mak Wan jaga dia"

Anak, akan ku kikis semua semangat pahlawan mu. Dengan ku, kau adalah gadis Melayu, bukan pahlawan Aceh.

***

"Khalid sorok anak dia dari Lily?" Pertanyaan Puan Kemboja mendapat anggukan daripada Mak Wan.

"Ya..Tan Sri Khalid mengaku kepada Lily yang Hasya sudah meninggal dalam kemalangan."

Puan Kemboja menekup mulut. Sampai begitu sekali Tan Sri Khalid melindungi anaknya. Setahunya, Tan Sri Khalid meletak anaknya dikampung disebabkan penyakit asma yang dihidapi Hasya.

"Leonard tu Uwais kan?"

Mak Wan mengangguk. "Sejak Tan Sri Khalid dan pemandunya terserampak dengan Uwais di Italy, kegiatan Lily terbongkar sehingga menyebabkan dia disumbat ke dalam penjara."

"...ya..dan aku lari sebab malu" Puan Kemboja menyambung.

"Kematian Maryam, ibu Hasya..."

***

"...aku yang buat." Lily mengaku bangga di hadapan Furqan.

"Method yang sama aku gunakan kepada Hasya. Beri ubat sampai dia gugur...tapi sayang, dia yang mati. Kalau tak, aku tak perlu kejar anak dia"

"Maksud Master?"

Lily mengangkat kening sebelum dia gelak kuat. Wain merah dihirup penuh nikmat. Bibirnya bermain di tepi gelas sambil matanya melirik jahat.

"Aku nakkan Maryam tapi dia lagi rela selamatkan anak dia. Aku nak bunuh anak dia, tapi dia yang mati."

Lily meletak gelas wainnya. Tab putih di atas meja diambil. "Si keparat Khalid tu boleh pulak sorokkan anak dia. Jadi tumpuan aku kepada Hatasya. Walaupun dia tak tunjukkan ciri-ciri Keumalahayati, tapi dia tetap keturunan Keumalahayati."

"Dan terima kasih dekat kau sebab bunuh Hatasya dekat dewan dulu, aku berjaya jumpa Hasya, anak perempuan yang Khalid sorokkan daripada aku."

Lily melihat tab putihnya. Jarinya meliar angka yang tertera di screen tab. "Tapi takpa, 20 tahun yang berbaloi untuk duit sebanyak ni"

2.3 bilion.

Hasya, you're worth 2.3 billion.

***

Continue Reading

You'll Also Like

2.9M 60.5K 28
Syed Farris | Bella Irdina Kerana aturan keluarga, mereka bersatu. Bella mula memasang niat untuk membuat sang suami jatuh cinta padanya. Cuma ada...
2.8K 333 10
Ini adalah kisah seorang diva bertemu dengan jejakanya... Si diva merupakan pembunuh lelaki tanpa bayang. Sekali dia kenyit mata, semua boleh tunduk...
12.1M 536K 74
[Previously known as Mr Tengku VS Miss Flower] [Wattys Awards Winner 2016] Highest ranking: #1 in Romance #1 in Viral list -- "Saya tahu yang awak ak...
2.5M 83.8K 37
| 2017 | PREVIU 35 BAB PDF | EBOOK ROMANCE 𝐐𝐮𝐢𝐝 𝐩𝐫𝐨 𝐪𝐮𝐨 : 𝐀 𝐟𝐚𝐯𝐨𝐮𝐫 𝐨𝐫 𝐚𝐝𝐯𝐚𝐧𝐭𝐚𝐠𝐞 𝐠𝐫𝐚𝐧𝐭𝐞𝐝 𝐢𝐧 𝐫𝐞𝐭𝐮𝐫𝐧 𝐟𝐨𝐫 �...