GADIS BUDAK SETAN | C | A R S...

By nisaamuttalib

1.4M 88.7K 3.5K

[ 6th BOOK = ARS ] BOOK 3 : DANGEROUS LOVE _________________________________ | Knows as ZARA MELINA | ~~~ Ken... More

GBS | 01
GBS | 02
GBS | 03
GBS | 04
GBS | 05
GBS | 06
GBS | 07
GBS | 08
GBS | 09
GBS | 10
GBS | 11
GBS | 12
GBS | 13
GBS | 14
GBS | 15
GBS | 16
GBS | 17
GBS | 18
GBS | 19
GBS | 20
GBS | 21
GBS | 22
GBS | 23
GBS | 24
GBS | 25
GBS | 26
GBS | 28
GBS | 29
GBS | 30
GBS | 31
GBS | 32
GBS | 33
GBS | 34
GBS | 35
GBS | 36
GBS | 37
GBS | 38
GBS | 39
GBS | 40
GBS | 41
GBS | 42
GBS | 43
PROMOTE STORY 💃
GBS | 44
GBS | 45
GBS | 46
GBS | 47
GBS | 48
GBS | 49
GBS | 50
GBS | 51
GBS | 52
GBS | 53
GBS | 54
GBS | 55
GBS | 56
GBS | 57
GBS | 58
GBS | 59
GBS | 60
SPECIAL CHAPTER - 1
SPECIAL CHAPTER - 2

GBS | 27

21.4K 1.3K 18
By nisaamuttalib

PHEW ~~

PHEW ~~

Laman rumah itu penuh dengan hilai tawa mereka semua . Iman Aulia tersenyum . Dulang yang berisi air diletakkan di atas meja batu .

" Seronok betul dorang tu " katanya seusai duduk di sebelah suaminya .

Firash Aryan mengangguk . Tawa kanak - kanak kini menceriakan rumahnya . Tidak sangka , mereka sudah mempunyai cucu .

" Pak Ngah ! "

Qayyum menghentak kaki beberapa kali . Pistol air di tangan dia dijatuhkan ke bawah . Wajah dia berubah masam .

" What ? " Farhan Adham berhenti berlari .

" Tok Ma tengok pak ngah tu haa ! Dia tembak Qay ! Habis basah rambut Qay ! " adunya kepada sang nenek .

" Alah rambut je pun ! Kecoh arr ! " cebik Farhan Adham . Pistol air diletakkan di atas bahu .

" Hmphh ! Tak nak kawan pak ngah ! " muka ditarik .

Kaki kecilnya melangkah mendekati nenek dan datuknya . Lalu kepala disembamkan ke peha Iman Aulia .

" Tok ma Qay dah tak hensem " adunya perlahan .

Iman Aulia tergelak . Terhibur dengan gelagat cucu sulung dia . Sangat menjaga penampilan diri .

Buruk sikit mulalah tarik muncung . Muka masa je .

" Cucu Tok Ma hensem je haa .. " pujuknya .

Habis basah baju Qayyum . Leka sangat main tembak - tembak dengan Farhan Adham .

Balik dari mall , terus dia mengajak Farhan Adham bermain . Tak menyepat ! Si pak ngah pula melayan je .

Aira Kirana menyertai mereka semua . Di dukungan dia ada -- Aina . Dia asyik bermain dengan tudung si ibu .

" Haa tu adik Aina ada . Qay ajaklah dia main "

Qayyum memandang Aina seketika . Kepala digelemg laju .

" Adik tak pandai main . Adik kecik " laju je mulut kecil itu menjawab .

" Pak ngah ? "

Dia mendongak . Memandang Farhan Adham yang sedang meneguk air . Basah satu badan . Sama dengan dia .

" Tak nak ! " bentak dia . Muncung ditarik ke depan .

" Eleh ingat aku nak main dengan kau " bidas Farhan Adham .

Memang begitu , ada je benda dia nak bergaduh dengan Qayyum . Budak itu pula jenis tak berperasaan .

" Siapa suruh pak ngah layan ? Qay tak suruh pun " petah dia membalas . Macam orang dewasa .

" Menjawab ! Aku picit pipi kau tu sampai kempis " ugut Farhan Adham .

Mencerlung tajam mata dia . Qayyum buat tak dengar . Dia berlari - lari di laman rumah .

" Kamu ni Ad ! Dengan budak pun nak gaduh ke .. " Iman Aulia menegur anaknya .

Farhan Adhan diam . Pistol air di tangan diletakkan di atas meja . Mata dia ralit melihat telefon .

" Mama cakap tak dengar ! Hmm .. buat penat mama je cakap dengan kamu ni " Iman Aulia menjeling anak keduanya itu .

Firash Aryan asyik melayan Aina . Dibiarkan saja tangan kecil Aina menjelajah mukanya . Tertawa Aina apabila diagah oleh Firash Aryan .

" Ma .. ma .. " dia memanggil Aira Kirana . Menunjuk pada atuknya .

" Iya sayang .. Aina main dengan Tok Pa ya .. " Aira Kirana mencubit pipi tembam Aina .

Anaknya terkekeh ketawa . Suasana petang itu meriah dengan suara gelak ketawa mereka .

+++

" Siapa yang bertanggungjawab terhadap projek ni semua ? "

Mata dia mencerlung tajam memandang setiap pekerja dia . Semua tidak berani mengangkat muka . Gerun !

" Jawablah ! "

Meja dihentam kuat . Bahu mereka semua terhinjut . Takut - takut mereka memandang wajah bos mereka itu .

" Ma -- maaf Tuan Firhad .. en -- encik Zairi tidak hadir hari ini . Dia bertanggungjawab dalam projek ini " seorang pekerja bersuara .

Terketar - ketar dia kerana takut dengan renungan tajam itu .

" Selain dia siapa ? " mata dia memandang wajah lelaki itu . Tajam sekali .

" Sa -- saya " jawab lelaki itu takut - takut .

Firhad Aqasha diam . Melihat wajah pekerjanya itu membuatkan dia mengukir senyuman sinis .

" Yang lain boleh keluar . Kau tunggu sini ! "

Pekerja yang lain berpusu - pusu keluar dari bilik mesyuarat itu . Bahang mula terasa . Walaupun penghawa dingin terpasang namun tetap terasa panas .

Firhad Aqasha berjalan mendekati lelaki itu . Farish Amri hanya memandang saja tindak - tanduk kembarnya . Biar lah abang dia yang uruskan .

Firhad Aqasha bukan mudah naik angin . Hal yang melibatkan syarikat keluarganya membuatkan dia bertindak sebegitu .

Separuh wang untuk projek pembangunan telah lesap . Malah melibatkan jutaan ringgit .

" Kau tahukan projek pembangunan tu penting untuk syarikat ni . Duit syarikat hilang RM 200 juta . Mind to tell me ? " ujarnya dalam nada keras .

" Saya tak tahu bos . Sungguh saya tak sentuh pun projek tu . Semuanya encik Zairi yang uruskan " kata lelaki itu cuak .

" Bukan kau pembantu dia ? Pembantu bukan patutnya terlibat sama ? " celah Farish Amri . Riak dia lebih tenang .

" Memang pun tapi encik Zairi tidak mahu sesiapa pun masuk campur dalam projek tu . Jadi kami semua hanya terlibat dalam projek perhotelan je " jelas lelaki itu .

" Kau boleh keluar "

Lelaki itu mengangguk . Badan ditundukkan kepada bosnya lalu dia melangkah pergi .

Firhad Aqasha mengetap gigi . Nampaknya ada pengkhianat dalam syarikatnya . Dia tidak sukan akan hal itu .

" Cari encik Zairi "

Farish Amri mengangguk . Jika lelaki itu terbabit , maka berdepanlah dengan sisi gelap mereka .

♧♧♧

" Nah "

Satu sampul coklat dibaling kepada lelaki itu . Sampul itu tebal sekali .

Lelaki itu tersengih . Sampul itu diambil dan dibuka . Ada berpuluh duit not 100 .

" Habuan aku mana ? " soalnya .

" Sabar . Bukan ke aku dah kata , kau separuh aku separuh " lelaki itu menyeluk poketnya .

Sampul putih diberikan kepada lelaki itu . Di dalam itu juga ada duit dan beberapa paket dadah .

" Tolak sekali harga barang kau , semua sekali RM 100k "

Lelaki itu mengorak senyuman . Paket - paket dadah dicium . Sampul itu dimasukkan ke dalam jaketnya .

" Lagi kau nak suruh aku buat apa ? "

" Sabar Zairi . Aku tak nak terkantoi " kata lelaki itu tenang .

" Kalau macam tu aku blah dulu .. " Zairi bangun .

Dia berjalan membelakangi lelaki itu . Dalam diam -- sepucuk pistol dikeluarkan . Dia berdiri perlahan - lahan .

Picu ditekan . Bibir dia mengorak senyuman sinis . Tembakan dilepaskan . Zairi yang tidak perasan terus berjalan .

BANG ! BANG !

Tepat mengenai dada dan kepala . Tubuh Zairi rebah di atas jalan . Darah membuak - buak keluar . Matanya terbeliak luas .

Lelaki itu menapak menghampiri Zairi . Jaket lelaki itu diraba , lalu dia mengambil kembali sampul putih itu .

" Aku tak nak dia syak aku punca semuanya . Jadi aku terpaksa bunuh kau ! Barang ni aku ambil balik . Semoga jumpa di neraka ! "

Lelaki itu berjalan meninggalkan jasad Zairi yang kaku itu . Kedua tangan dimasukkan ke dalam poket . Dia bersiul - siul menyurusi kegelapan malam .

Continue Reading

You'll Also Like

57.4K 3.8K 49
" 𝐈 𝐰𝐢𝐬𝐡 𝐲𝐨𝐮'𝐝 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐦𝐞 𝐥𝐢𝐤𝐞 𝐭𝐡𝐞 𝐰𝐚𝐲 𝐈 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐲𝐨𝐮 " Beria? Ya, itulah Nayla Atheera. Jatuh cinta pada lelaki itu pa...
1.8M 61.6K 47
1st story ♥️ Maira Sofea, seorang jururawat yang sangat disenangi oleh orang sekeliling..Ramai yang bercita-cita nak jadikan dia menantu tapi a...
151K 13.4K 59
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
56.6K 5.6K 28
Qaleef Akhtar x Aireen Qaisara To be honest, cikbunga tak fikir lagi sinopsis dia. Tunggu separuh cerita baru cikbunga up sinopsis dia okay! Sekarang...