Mrs. Uwais: My Wife From Heav...

By thefatiha__

12M 507K 82.3K

(COMPLETED) Nur Hasya, atas alasan yang dia sendiri tidak tahu, dia telah menjadi buruan sesetengah pihak yan... More

Isteri Dari Syurga
Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Epilog
Farewell Mrs. Uwais

Bab 26

162K 6.7K 1.4K
By thefatiha__

Hasya bersila di sebelah suaminya yang terbaring sambil menyapu minyak di perut Uwais.Bau minyak angin memenuhi satu bilik.Akibat tak tahan,terpaksalah Hasya membuka tingkap dan gelungsur kaca bilik mereka.

Uwais yang terlena itu dipandang.Hasya senyum.Sebelah tangannya mengusap perut Uwais manakala tangan kirinya memegang kepala Uwais dengan ibu jari mengusap halus dahi Uwais.

Hasya menggeleng kepalanya.Haih..tengah-tengah kita mengandung boleh pulak Uwais ni keracunan makanan.Entah mana tempat yang dimakannya sampai dia keracunan begini.Nasib baik tak teruk.Hanya muntah dan cirit birit sikit.Macam budak-budak je.

Selesai menyapu minyak,Hasya menutup botol minyak angin dan turun dari katil.Dia kemudian melangakah ke bilik air untuk membasuh tangan.Menjuih sikit dia melihat bentuk badannya yang sedikit berisi.Ditilik depan belakang sambil memuncung.

Dah gemuk..ermmm...

Dia cuba mengetatkan bajunya dengan memegang bahagian belakang baju lalu terserlah bentuk pinggang yang masih ramping.Dia senyum sambil mengusap perutnya perlahan.Mukanya memang amazed gila.

Hasya berlari kecil ke katil lalu diambil bantal kecil petak sebelah paha Uwais lalu dibawa masuk ke tempatnya tadi.Bantal kecil itu di susup ke dalam bajunya.Bahagian perut yang mengembung akibat bantal itu dipandang teruja.

Wahh..

Hasya menekup pipi.Bestnya..

"Ehem!" Deheman seseorang mengejutkan Hasya.Dia cepat mengeluarkan bantal tersebut dari bajunya.Sambil sengih dia melihat Uwais yang bersandar di pintu.Bantal dipeluk.

"Buat apa?"

"Tak buat apa" Hasya tayang gigi.Uwais mengangkat kening.Matanya melihat bantal petak yang dipeluk Hasya.Kemudian dia tersengih kecil.

"Abang kenapa?" Hasya bertanya dengan matanya membulat memandang Uwais.

"Sakit perut.Nak berak" Uwais memegang perutnya lalu berlalu ke tandas.Hasya segera memegang tangan Uwais dengan sebelah tangannya memeluk bantal.

Uwais membiarkan.Faham dah dengan Hasya ni.

"Kalau abang nak minta tolong apa-apa,panggil Hasya tau" Hasya melambai tangannya kepada Uwais sebelum Uwais menutup pintu tandas.

Uwais cuma mengangguk sebelum menutup pintu.Baru saja Hasya mahu melangkah keluar.

Cretttt...

Hasya terhenti lalu menekup bantal ke mulutnya.Bunyi cirit Uwais betul-betul kelakar.

"Hasya! Kalau kau gelak aku tak nak peluk kau malam ni!" Jerit Uwais dari dalam tandas.Hasya mengekek ketawa dengan mulut ditekup.Dia mengibas mukanya sebelum berkata "Mana ada Hasya gelak.Cute je bunyi cirit abang"

"Get out Hasya.." Uwais berkata dengan suara yang ditahan.

Hasya memusing badannya.Dia mengetuk pintu tandas.

"Apa?"

"Abang perlukan apa-apa panggil Hasya tau" Hasya dengan tersengih menyakat Uwais.Bila lagi nak dapat moment macam ni?

"Just...." Uwais mengetap bibir.Perutnya memulas yang amat sangat."..get out of here.."

Cretttttt....

Uwais menekup muka bila terdengar ketawa Hasya dari luar.

Tak guna..

×××

Hasya menguis lutut Uwais.Uwais pula setiap kali hujung jari Hasya menyentuh lututnya,cepat-cepat dialih.Dia menyandar di kepala katil dengan menyilang tangan.

"Abang~" Hasya memuncung bibirnya.Jarinya merayap di paha dan lutut Uwais.

"Ishh!.." Uwais mengalih pahanya.Iphone di meja nightstand diambil lalu dibuka.Tangan Hasya ditepis sedikit kasar.

"Abang marah ke?" Hasya mengendap wajah Uwais yang menunduk memandang skrin telefon bimbitnya.Uwais masih diam membatu.

Hasya gigit bibirnya perlahan.Sepatutnya dia tak gelakkan Uwais tadi.Tahulah dia Uwais malu dan mungkin merasa maruahnya sebagai lelaki agak tercalar.

"Abang..Hasya minta maaf.." lembut je suara Hasya di telinga Uwais.Tapi Uwais keraskan hati.Gelak lagi aku cirit,rasakan penyesalannya!

Hasya menatap Uwais yang masih ralit memandang telefon.Bukan buat apa pun,buka menu then back balik.Slide sana slide sini patah balik dekat home.

Hasya menarik nafas.Telefon Uwais dirampas laju.

"Woi---" terhenti kata Uwais dengan ciuman dari Hasya.Bukan ciuman sangat pun,hanya lekapan muncung bibir mereka.

Hasya mengundur kepalanya.Uwais yang masih tak beriak dipandang.Tak terkejut ke dengan suprise kiss limited edition aku nih?!

"Give me back my phone" Dingin suara Uwais.Mata Hasya dipandang tajam.Hasya mengetap bibir.

Bibir Uwais dicium lagi.Kali ini dicium penuh.Sesaat dua,dia melepaskan kembali.Uwais masih lagi memandangnya dingin.

"Abang.." Panggil Hasya di hadapan wajah Uwais.

"Bagi balik---"

Hasya terus menyerang dengan ciumannya.Bibir Uwais dikucup berkali-kali.Laju dan pantas.Tepat mengena di bibir Uwais.

Uwais membiarkan saja.Walaupun agak kasar,namun dia tetap beriak selamba.Biar dia rasakan!

Ciuman terakhir lebih lama sebelum diangkat wajahnya.Rahang Uwais dipegang lalu dia melagakan dahi mereka.Puncak hidung bertemu.

Hasya memejam mata lalu merapatkan bibir mereka.Dia mengelus bibir Uwais dengan hujung bibirnya.

Bulu mata Hasya betul-betul di hadapan matanya.Buka sahaja mata itu,terkejut Uwais apabila terlihat kilauan mata itu.Merah dan berair.

"I'm sorry.." Hasya mengucup bibir Uwais.

"I'm sorry.." Hidung pula dikucup lembut.

"I'm sorry.." bergetar suara Hasya dengan bibirnya mencium mata kanan Uwais.Baru saja bibir Hasya mahu menyentuh mata kiri Uwais,pipinya ditahan.

Uwais menekup pipi Hasya lalu air mata yang mengalir dilap.Satu kucupan ringan dihadiahkan di bibir Hasya.

"Tak yah ngada-ngada nak nangis.Aku melawak je la." Uwais tersengih sikit sambil mengusap belakang kepala Hasya.Haih..kerja nak nangis je.

"Abang tak marah betul?" Hasya bertanya dengan mata sedikit berkilau gembira.

"Ye.." Uwais mencubit pipi Hasya.

Hasya tersenyum lalu menepuk tangannya."Yeay.." Hasya bangun dari paha Uwais lalu menyandar di sebelah.Iphone Uwais dibuka tanpa rasa bersalah.Uwais menjeling melihat Hasya.

Amboi mak buyung nih..

Uwais menurunkan badannya berbaring.Tangannya diletakkan atas Hasya yang tengah menyandar di kepala katil itu.Betul-betul di bawah pusat Hasya.Melihat Hasya yang sedang ralit melihat telefon itu,Uwais merapatkan tubuhnya lalu tepi perut Hasya dikucup halus.

"Kenapa dalam handphone abang tak da benda yang best?" Serius gila muka Hasya sewaktu menyelongkar Iphone Uwais.

"Aku bukan macam kau handphone penuh game.Kau ingat hidup aku semata-mata main game ke?" Uwais membebel sambil dia mengeratkan pelukan di perut Hasya.

"Alaa..nak download boleh?" Hasya mula mengada-mengada minta sambil meleretkan jarinya di pipi Uwais.

"Hermm..game apa je? Ambil yang best-best sikit."

Hasya menepuk tangan gembira.

"Hasya nak download game Saloon la."

Uwais mengerut dahi mendengar pernyataan Hasya.Dia mendongak.

"Handphone kau kan ada game tu.Tak yah membazir la download dekat aku punya handphone." Uwais mencelah.Tak setuju sangat! Mana boleh ada game saloon dalam Iphone dia tu.Cukuplah handphone gadis kesayangannya tu banyak game dah.Sehinggakan hanya ada Whatsapp sahaja,yang lain semua game.45gb memory handphone yang digunanya semata-mata untuk game.

"Ala abang.." Hasya menjatuhkan Iphone Uwais di ribanya lalu dia memandand Uwais dengan muka kasihan.Uwais menjeling.

"Nanti uninstall balik." Uwais mengalah.Tak tahan melihat muka comel isterinya itu.

"Hihihi..sayang abang.."

"Hurmm.."

Sambil Hasya ralit bermain game di handphonenya,Uwais mengusap perut Hasya.Nasib baik malam ni sakit perutnya dah tak teruk.Sakit tu ada juga tapi masih boleh tahan.

Tapi sekarang,music game yang dimain oleh Hasya benar-benar menyakitkan telinga dan hatinya.Music pun nampak sangat game budak-budak.

Main la Mobile Legend ke apa..ni game Saloon.Stress wehh..

"Eh abang..Pak cik ni call"

Hasya menghulurkan handphone kepada Uwais.Uwais yang makin dilagut rasa mengantuk itu terpisat-pisat mengangkat kepala.

Hasya membantu mengalih butang hijau lalu ditekap ke telinga Uwais.

"What?! Aku kata kan jangan telefon malam-malam!"

Hasya agak terkejut mendengar Uwais yang menengking.

"Oh.."

Lagi terkejut melihat suara Uwais yang tiba-tiba mengendur.

"Bila?"

"Oh..herm..nanti kau tolong settle kat sini eh.Ingat pesan aku."

"Ok.."

Uwais mengalih handphone dari telinganya lalu diletak ke meja night stand.Hasya memandang terpinga.Rambut pelanggan tu tak cuci habis lagi,nanti tak dapat duit..

Melihat Uwais yang membelakanginya,Hasya perlahan menurun tubuhnya.Dia membetulkan selimut.Belakang Uwais dipandang.

"Abang tak peluk Hasya malam ni?" Baju Uwais ditarik sikit.

"Kau gelakkan aku tadi.Malas nak peluk" Uwaia menjawab.Bantalnya dibetulkan lalu dia menarik comforter sehingga ke kepala.Hasya juga turut berselubung akibat tarikan itu.

Hasya cuma senyap di belakang.

"Tak pe lah.." perlahan saja suaranya.Selimut yang menyelubungi tubuhnya dan Uwais tak ditarik walaupun dia agak tak selesa.Takut tiba-tiba Uwais melenting.

Sedaya dia senyap tanpa menggerakkan badan.

"Selamat malam abang.." bisik Hasya perlahan.Hatinya terasa sedikit.Dadanya kian sebak.Matanya dipejam rapat.

Uwais yang sedang tersenyum itu tercengang bila mendengar esakan Hasya.Dia mendecit perlahan.Aduh..lebih sangat ke dia bergurau.

Uwais perlahan memusingkan tubuhnya.Hasya yang tengah menangis sambil memejam mata itu dipandang.Tuhan,isteri siapa cengeng sangat ni?

Tubuh Hasya perlahan ditarik ke dalam pelukan.Apabila merasa gerakan itu,terus Hasya menghambur tangisan.

"Maaf.." dayu Hasya.Basah dada Uwais.

"Ye..dah dah.Sakit tau perut aku dengar kau menangis.Tak merdu lansung." Kata Uwais selamba sambil mengucup dan mengusap kepala Hasya.

Hasya senyum dalam tangisan.Benci tau abang Uwais!

25 Januari 2017

Continue Reading

You'll Also Like

2.9M 60.5K 28
Syed Farris | Bella Irdina Kerana aturan keluarga, mereka bersatu. Bella mula memasang niat untuk membuat sang suami jatuh cinta padanya. Cuma ada...
1.1M 2.8K 7
[ 𝓜𝓻 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓥𝓸𝓵 1 ] Known as The Cold Husband ~ 𝐒𝐄𝐂𝐎𝐍𝐃 𝐖𝐈𝐅𝐄 ~ "Jangan tinggalkan aku, Ros...
1.9M 43.7K 22
TENGKU DAYREN LEO, detik-detik yang ada dalam hidup lelaki itu sekadar bertuhankan nafsu, wang, pangkat, dan wanita. Setiap keinginannya harus dipenu...
5.4M 238K 51
" ― cause your personality makes me fall for you all over again." - Hani Daerina Dawson. [ Start - 18 / 5 / 2018 ] [ End - 4 / 12 / 2018 ] p/s: sumpa...