Mrs. Uwais: My Wife From Heav...

By thefatiha__

12M 506K 82.3K

(COMPLETED) Nur Hasya, atas alasan yang dia sendiri tidak tahu, dia telah menjadi buruan sesetengah pihak yan... More

Isteri Dari Syurga
Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Epilog
Farewell Mrs. Uwais

Bab 13

196K 7.8K 1.2K
By thefatiha__

Hasya tak tenang dalam tidurnya.Sekejap ke kanan sekejap ke kiri.Akhirnya dia berpusing ke belah kanan menghadap Uwais.Wajah lena Uwais direnung.Dia mendekatkan tubuhnya ke tubuh Uwais.

Tangan perlahan naik ke pinggang Uwais manakala kepalanya mula menyodok naik ke dada lelaki itu.

"Hey.." Terpisat Uwais tersedar apabila terasa benda bergerak-gerak menempel dengannya.Hasya mengangkat muka mendengar suara serak basah Uwais kemudian ditunduk kembali wajahnya memandang dada Uwais.

"Abang tak peluk Hasya,Hasya tak boleh tidur" gumam Hasya perlahan.Tangan kecilnya tersadai dipinggang Uwais.Nak peluk penuh tak muat.

Dengan mata yang sepet,Uwais tergelak sehingga menampakkan gigi.Rambutnya yang terjuntai diselak ke belakang sebelum dia mengambil kepala Hasya dan diletakkan di atas bicepsnya.Pinggang kecil Hasya dipeluk.

"Dah tidur."Punggung Hasya ditepuk perlahan seolah mendodoikan.Kedua tangan Hasya berkepit didadanya.Mata terkebil memandang dada Uwais.Segar mata,langsung tak mengantuk.

"Abang,Hasya rindu abang"

Berkerut dahi Uwais mendengar luahan Hasya.Pelukan dikemaskan.

"Aku depan kau ni kan? Rindu apa lagi?" Mata Uwais menguyu.Tepukan dipunggung Hasya pun semakin perlahan.

Hasya mencebik.Tu la yang dia sedang pelik sekarang ni.Dah ada,tapi rindu tak berkurang langsung.Bahaya,Hasya dah jatuh cinta dengan suami sendiri!

"Hasya tahu..tapi rindu juga" Jari Hasya melukis-lukis didada Uwais.Lama tidak mendengar respon Uwais,Hasya mendongak.Lelaki itu sudah pun terlelap.

"Abang.." sebak sikit suara Hasya.Dia menggoyang tubuh Uwais supaya Uwais terjaga.Kita tengah rindu dia,dia boleh pulak tidur.

"Tidur Hasya.Esok aku nak pergi kerja." Kata Uwais.Tangannya kembali menepuk punggung Hasya.Kali ini agak kasar.

Hasya mengetap bibir.Sedih dengan tindakan endah tak endah Uwais.Dia melepaskan pelukan dan cuba keluar dari rangkulan Uwais.

Uwais membuka mata.Dari cahaya malap lampu nightstand,dapat dilihat muka sebik Hasya.Baru saja Hasya hendak bangun dari katil,Uwais menahan tangannya.

Hasya terhenti tapi muka tak menghadap Uwais.

"Kau kenapa ni?" Uwais menahan satu tangannya dan baring mengendeng.Tangan Hasya ditarik sampai Hasya terduduk kembali di birai katil.

Air mata jernih mula membasahi pipi Hasya.Uwais menekup pipi Hasya dan dipaling memandangnya.

"Hasya.." Ibu jari Uwais mengesat air mata Hasya.Hasya menekup mulut dengan bahu yang terhinggut.Rasa marah,bersalah bercampur-baur dalam dirinya.

"Abang la..isk isk..tak layan Hasya." Hasya mengesat mata dengan belakang tangannya.Bibirnya digigit cuba menahan air mata yang bakal keluar.

Uwais bangun bersila.Ditarik tubuh Hasya naik ke ribanya.Hasya cuma mengikut dengan tangan masih menggosok mata.Uwais menyandar dikepala katil.Kepala Hasya disandar ke dadanya.Peha Hasya ditepuk.

"Kau nak manja-manja dengan aku ya?" Uwais bertanya dihadapan muka Hasya.Hasya memandang Uwais dengan mata jernihnya.Dia menunduk kemudian mengangguk perlahan.

"Manja yang intim tu..tapi saya tak boleh"

Uwais tergelak.Polosnya lahai bini aku.

"Kau lama lagi ke?"

"Tak tahu.Hasya selalunya tujuh hari,ni baru lima hari"

Uwais mengangguk.Paha Hasya diusap lembut.Rambut Hasya juga dicium berkali.Naik juga gelodak nafsunya bila Hasya menyerah diri macam ni.

"Tak lama dah tu" pujuk Uwais.Hasya memuncung.Dia menyembunyikan muka didada Uwais.Tiba-tiba dia termalu sendiri.Entah kenapa dirinya berani menyuarakan hasrat terang-terangan.

"Hasya dah ok dah.Abang tidur la" Hasya baru nak bangun dari riba Uwais.

"Aishh..kejap la.Tadi rindu.." Hasya menarik balik tubuh Hasya.Pipi Hasya dicium kuat.Hasya mengekek geli.

"Abang!" Hasya terlepas tawa.Tangan Uwais yang menggeletek pinggangnya cuba ditepis.Habis berair matanya.

"Abang tak nak!"

Dalam usaha Hasya melepaskan diri,ikatan kain batik yang dipakainya terurai sehingga menampakkan seluar dalam pinknya dan kain batiknya juga terselak sehingga ke lutut.

Dua-dua senyap.Mata tertumpu di bawah perut Hasya.Hasya mengigit bibir.Di membetulkan kain batiknya.

"Tu la kau.Datang bulan,nak nakal-nakal dengan aku lagi.Tengok apa dah jadi" bebel Uwais.

"Sorry.." Hasya menunduk.

Uwais senyum.

"Meh sini.Aku gigit-gigit bibir kau" Uwais menolak tubuh Hasya sebelum menggomol bibir dan leher Hasya.

×××

"Hasya nak ikut abang pergi office boleh?" Kata Hasya sambil menyuap roti ke mulut Uwais.Oleh kerana tubuhnya kecil,siap menyimpuh lagi dia di atas riba Uwais.

"Kenapa nak ikut?" Uwais mengelap tepi bibir Hasya yang tercalit sos.

"Hasya tak da kawan kat sini.Kat sana nanti boleh jumpa Kak Ziqah.Please abang.." Hasya memeluk leher Uwais sambil pipi Uwais dicium berulang kali.

"Hmm.."

"Yeayy..abang jangan pergi lagi tau.Tunggu Hasya." Hasya bangun dari riba Uwais dan berlari ke bilik untuk menukar baju.Uwais tergelak.Ni la salah satu orang jakun bila tak da kawan.

Sampai di pejabat,semua berpelukan dengan Hasya.Hasya pula makin teruja bila semua orang mengerumuninya.

"Hasya!!..amboi..berseri-serinya nau!" Seorang perempuan yang bertubuh agak gempal menghampirinya.Dia kenal wanita ini,yang buat bilik pengantin untuknya hari tu.

"Hai akak" Hasya meluru berpelukan dengan wanita tersebut.

"Nama akak Zainab,panggil Kak Nab Vavavoom okeh?" Perempuan tersebut memberitahu Hasya.Hasya mengangguk.

Kak Nab memegang perut Hasya.

"Tak de isi lagi ke?" Pertanyaan tersebut mengundang gelak tawa Hasya dan lain.

"Tak sampai sebulan lagipun kahwin." Perempuan disebelah Kak Nab menjawab.Hasya cuma tersenyum.

"Kak Ziqah" Hasya melambai ke arah Haziqah yang menghampiri.Jujurnya,Hasya mengagumi perempuan ini.Sangat berkaliber dan nampak bekerjaya.Pakaiannya pun tak seksi cuma dia tidak memakai tudung.

Sebutkan hal itu,baru Hasya perasan,bukan setengah,malah semua pekerja wanita di office itu tidak memakai tudung.Kasihan suaminya hendak menanggung.Dengan dosa Hasya lagi.

"Hai Hasya.How's life?" Sempat Haziqah mengenyit mata kepadanya.Hasya tergelak.

"Ok je akak."

Dalam 5 minit,yang lainnya mula beransur ke tempat kerja masing-masing.Tinggal Hasya dan Haziqah sahaja masih bersembang.Haziqah,kerjanya hanya menemani Hasya.Tiada kaitan dengan kerja pejabat.Oleh itu,kerjanya di office hanya menonton drama online dan menemani Hasya di luar.Simple! Gaji pun masyuk masyuk.

Mereka berbual sambil Haziqah membawa Hasya berjalan keliling bangunan pejabat itu.Terpegun Hasya.Memang pejabat Tan Sri Khalid dulu pun mewah juga tapi rekaan bangunan ini lebih menarik minat Hasya.

"Akak,Hasya nak tanya sikit,boleh?"

"Yup!"

"Semua pekerja perempuan kat sini tak pakai tudung ke?" Ragu-ragu Hasya bertanya.Haziqah terhenti langkahnya.

"A-akak..sorry.H-hasya tak --- " Hasya mula kalut melihat perubahan wajah Haziqah.

"Esh..tak pe lah.Perkara tu memang policy di sini.Pekerja tak dibolehkan memakai tudung.Alasannya,nampak kolot."

Hasya tersenyap.Suaminyakah yang membuat peraturan begitu?

"Masa mula-mula dapat tahu Tuan Uwais nak kahwin,pekerja semua gosip yang perkahwinan tu sebab Hasya dah mengandung.Sebab tu Tuan Uwais tergesa-gesa.Sekali semua tengok Hasya,tersenyap terus."

Hasya cuma tersenyum.Haziqah memandang Hasya yang cuma separas telinganya.

"Tuan patut tahu yang dia bertuah sangat sebab dia memiliki Hasya." Haziqah menunduk membisik.Hasya tersipu malu.Wajahnya memerah.

"Jom pergi bilik Tuan Uwais." Haziqah menarik tangan Hasya memasuki lif.Hasya mengikut di belakang.Dimana dia menapak,pasti menjadi perhatian orang.Tak tahu sama ada sebab dia isteri Uwais ataupun sebab dia seorang memakai tudung di sini.

"Ni bilik Tuan,masuklah" Haziqah menolak-nolak Hasya menghampiri pintu tersebut.Hasya menelan liur.Gayat benar dia melihat tempat mewah ini.Rasa insecure tiba-tiba.

"Akak tak nak masuk ke?" Hasya membisik perlahan.Haziqah semua menggeleng.

"Masuklah.." Haziqah menolak lagi Hasya.

Hasya menghembus nafas sebelum dia mengetuk pintu.

"Masuk"

Telan liur Hasya mendengar suara 'Tuan' Uwais.Kedengaran sangat berkaliber dan seksi.Muehehe..

Hasya menolak pintu.Dia menjenguk kepala sebelum masuk ke pejabat Uwais.Hasya memandang Uwais yang sedang menulis itu.Comel.

"Ada ap--- eh Hasya.Come" Uwais meletak pen dan mengamit supaya Hasya mendekatinya.Hasya tersenyum lalu menghampiri meja kerja Uwais.

"Dah puas jalan?"

"Dah..tapi tak jalan habis lagi.Bangunan ni besar" Hasya menarik kerusi di hadapan Uwais lalu duduk.

"So? Nak buat apa sekarang? Aku ada meeting kejap lagi." Kata Uwais sambil melihat jam di tangannya."..dalam 15 minit dari sekarang"

Hasya menggeleng tak tahu."Hasya rasa nak duduk sini je.Abang jangan suruh Hasya pergi shopping,Hasya tak larat"

Uwais bersandar melihat wajah cemberut Hasya.Dia tersengih."Buat muka macam tu depan suami,ingat baik la"

Serta merta riak Hasya berubah."Sorry abang.." kemudian dia membelah senyum dengan bibir seksinya.Uwais senyum.Dia perhatikan bibir yang sedikit membengkak akibat digomol olehnya pagi tadi.Cari pasal lagi!

"Kalau kau penat,tak tahu nak buat apa.Kau lalu belah sini and belok kanan,ada bilik kau nak rehat-rehat.Buka je tudung,tak pernah pun orang masuk situ.Kau nak bogel pun tak pe,tapi pakai spender.Kang melekat pulak darah kau tu"

Hasya berkerut.Malu dia bila Uwais bercakap soal itu.

"Lagi satu,tolong jangan buat muka comel time berasmara dengan aku.Aku rasa macam main dengan budak-budak" Kali ini sangat sarkastik.

"Mana ada la..muka tu terjadi sendiri" Hasya mempertahankan diri.

"Ohh..muka sedap kau memang macam tu ke?"

"Abangg..." Hasya memanggil seolah merayu supaya menghentikan topik ini.

"Tapi betullah." Hasya meluru ke arah Uwais untuk menekup mulut Uwais."..muka kau---" mulut Uwais ditutup oleh tangan kecil Hasya.

"Abang jangan la cakap lagi.Hasya malu." Rayu Hasya.Uwais mengalih tangan Hasya yang menekup mulutnya.

"Aku beri amaran je,tapi aku suka.Cuma aku tak nak la belasah kau sampai kau tak boleh jalan satu hari.Kalau kau tak kisah,buatlah." Usai berkata,satu ciuman dihadiahkan dipipi Hasya.

"Got to go sayang" Uwais mengenyit mata.

Isteri Dari Syurga
17 November 2017




Continue Reading

You'll Also Like

3.1M 36K 16
(2020 - belum di-edit. Ayat berterabur) "Mungkin sudah tertulis disana, kau dan aku bukan takdir" - kawasan bahaya HAHA
385K 34K 56
Series 1 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. Dia bukan sesiapa, Dia tiada agama, Dia dahagak...
728K 29.7K 88
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
204K 6.6K 44
"Saya dah muak jadi istri awak. Saya rasa cukup sampai di sini lah hubungan kita Aryan Qalish." Tengku Daryna Sofia&Tengku Aryan Qlish as long as I'...