Aliya Qairisha

By shashim_

521K 16.8K 765

Previously known as My Love Qairisya ✅ complete "What the heck! Buta ke?" "Excuse me? Aku ke kau yang buta... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 28 part II
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Epilog
Special Chapt
Special Chapt II
PENTING! PLS BACA

Bab 48

6.5K 200 19
By shashim_

Baby please. I'm sorry.
8.30 a.m √√

Syg, please say something.
8.32 a.m √√

I'm sorry ok?
8.34 a.m √√

Amsyar mengeluh. Sudah berkali-kali dia cuba memujuk Rish, tetapi gagal. Menyesal pula mengacah si jantung hati yang kuat merajuk dan jeles tu. Kalau tahu begini tak adanya dia buat lawak bangang nak cari orang lain yg boleh puji dia handsome. Risau dia apabila Rish hanya memberikan bluetick sahaja. Alahai Amsyar, kau dengan dia dah la baru nak berbaik, kau buat dia marah dah kenapa? Amsyar mengeluh lagi. Telefon diletak ke tepi, dan fail kerjanya dicapai. Dia mula membuat kerja.

                   *******

Rish mencebik-cebikkan mulutnya. Menyampah! Sorry, sorry tu je la dia tahu. Mata dijulingkan ketika membaca segala teks sorry dari Amsyar. Tak kuasa nak membalas. Dia terus bergerak ke arah butik setelah memastikan keretanya sudah berkunci. Sapaan dari pekerjanya dibalas dengan mesra walaupun hatinya meluap-luap marahkan Amsyar.

Mangkuk Ayun
Syg, biy mintak maaf ok?
On ws please. Jgn bluetick je.
9.00 a.m

Rish membuka aplikasi whatsapp dan membaca segala maaf yang dipohon Amsyar. Jarinya pantas menekan block contact. Senyuman puas terpampang dimuka Rish. Padan muka! Sakit hati betul. Baru je nak berbaik-baik, pergi cari pasal siapa suruh. Hambik, hambik! Pergi cari perempuan lain! Jangan la mesej, whatsapp dan call! Berapi-api sumpah seranah yang melantun-lantun dikotak fikiran Rish.

Mangkuk Ayun
Syg, I'm sorry. Jgn la block.
Biy suruh on dn bls dn jgn bluetick je, yg pergi block kenapa?
9.15 a.m

Rish menjelirkan lidah pada mesej itu. Padan muka. Padan muka! Kerek lagi. Marah punya pasal contact name Amsyar dari hubby terus bertukar menjadi mangkuk ayun.

Rish mundar-mandir hampir 20 kali. Mana pergi Amsyar nie. Kali terakhir dia menghubungi aku 9 pagi tadi. Sekarang dah jam 12 tengah hari. Tak ada satu pun mesej di terima oleh Amsyar sejak itu. Mana dia nie. Merajuk ke aku block dia? Tapi kenapa hati aku rasa tak sedap? Rasa risau yang mula menjalar terus memotong ego yang cuba dipertahankan.

"Angkat la. Angkat la,"gumam Aishah perlahan apabila tiada balasan dari pihak sebelah sana. Terus kunci kereta disambar dan kereta dipandu tanpa arah. Aduh Rish kau nak pergi pejabat dia, tapi kau sendiri tak tahu office dia dekat mana. Nak tanya siapa nie. Jari diketuk-ketuk pada steering kereta. Hah! Abang Ri! Dia rapat dengan Amsyar kan? Buktinya voice yang abang Ri kasi hari tu asli bukan yang dirakam dari radio. Nombor telefon bimbit Qhusyairi pula yang didail.

"Angkat lah. Angkat lah."

"Hello."

"Abang Ri!!! Abang nak alamat pejabat Amsyar please. Urgent."

"Amboi belum kahwin lagi dah pandai nak pergi office orang tu. Dah tak sabar nak jadi mem  besar ke?"

"Urgent lah! Cepat lah. Kau ada tak address office Amsyar?"

"Hah ye la. Ada."

"Good then. Bagi location office dia sekrang. Bye."

Tergeleng Qhusyairi dibuatnya. Main letak je Rish nie tau. Qhusyairi membuka aplikasi whatsappnya dan mengongsi alamat office bakal adik iparnya kepada adik tercinta. Setelah menerima alamat office Amsyar dari Qhusyairi, Rish terus memecut keretanya membelah jalan. Dia terus melangkah ke kaunter pertanyaan.

"Selamat tengah hari cik. Ada apa-apa yang saya boleh bantu?"

"Selamat tengah hari. Saya nak berjumpa dengan CEO syarikat ni boleh?" Rish mengerutkan dahi apabila wajah penyambut tetamu yang tadinya tersenyum mesra bertukar pucat. Dah kenapa?

"Cik nie salah seorang anggota polis tadi ke?" Huh? Anggota polis? Dahi Rish dah berkerut macam nenek tua.

"What are you talking about? No. I'm not the police. I'm Qairisha, your CEO friend. Can I meet him?"

"Err.. Mmm. Macam mana ek?"

"Macam mana apa? What's wrong?"soal Rish kepada penyambut tetamu yang bertanda nama Lisya itu.

"Mmm cik dah buat appointment ke dengan Encik Amsyar?"

"Dah, saya dah buat. So boleh saya tahu bilik dia dekat mana?"

"Mmm. Cik..."

"Rish. Call me Rish."

"Macam nie Cik Rish, Encik Amsyar dah batalkan semua appointment dia. Baru je tadi PA dia beritahu saya yang dia tak mahu diganggu."

Pantang betul Rish bila ada yang menyekat kemahuannya. Muka ayu Lisya itu dipandang lama berserta senyuman sinis.

"Do you think I care? Tolong beritahu saya dekat mana bilik bos awak. I want to meet him right now!" Muka Rish yang sudah memerah dipandang lama. Gerun Lisya dibuatnya. Pakai tudung ayu dah, tapi muka dah serupa hulk pulak dia tengok sekarang nie.

"Sorry cik tapi ini arahan pihak atasan. Mana-mana tetamu yang ingin berjumpa dengan Encik Amsyar TERPAKSA batalkan appointment mereka. Tolong hormat sikit." Lisya menekankan perkataan terpaksa itu agar wanita dihadapannya ini mengerti. Hmm kalau dah meroyan macam nie, sah la dia nie ex-girlfriend bos. Huh, kalau pakai tudung tapi perangai haprak, terhegeh-hegeh dekat lelaki pun tak guna. Serupa tak ada maruah je, kutuk Lisya didalam hati.

"Awak fikir saya kesah ke? Saya wife dia! So salah ke saya nak jumpe dia?"

Kalau tadi dahi Rish yang berkerut sekarang dahi Lisya pula yang berkerut. Wife?

"Kalau betul cik ni wife CEO saya, takkan cik tak tahu bilik dia?"

"Lagipun saya tak pernah tahu pun yang CEO saya dah berkahwin. Setahu saya CEO saya bujang trang tang tang," sambung Lisya.

"Kami baru je nikah malam tadi, sebab tu awak tak tahu yang kami dah kahwin! Dan sebab saya tak pernah datang la saya tak tahu bilik dia dekat mana. Kalau saya dah pernah datang, saya pun takkan tanya dekat awak. Boleh tak awak beritahu je dekat mana bilik dia? Kalau tak saya boleh je cari sendiri." Melihat kebisuan Lisya, Rish mula mengorak langkah untuk meneroka bangunan yang besar itu. Langkahnya terhenti serta merta apabila Lisya menarik lengannya.

"What the heck. Apasal nie?"

"Maaf puan, bukan ingin berkasar tetapi saya terpaksa tahan puan. Ini arahan dari pihak atasan."

"Apa masalahnya? Saya wife dia! W.I.F.E. Wife! Salah ke saya nak jumpa dia? Dia husband saya. Husband saya!" Geram Rish apabila terpaksa berhadapan dengan Lisya si penyambut tetamu nie sampai dia terpaksa mengeja satu persatu perkataan 'wife'. Payah betul nak lepas. Ke muka aku tak cukup meyakinkan yang aku nie wife bos dia? Ke dekat dahi aku ni dah tertulis 'saya penipu, saya bukan wife Amsyar.' macam tu?

Lisya memandang wajah ayu isteri bosnya. Aduh mengamuk la kejap lagi mem besar nie. Masalahnya takkan aku nak beritahu dia pulak? Kang dia mengamuk kat atas sana tu. Tak pasal jadi drama sebabak. Aku juga yang kena.

"Err..."

"It's okay. Saya boleh cari dia sendiri," pantas Rish menoleh dan.....

Matanya terbeliak melihat dua anggota polis sedang mengapit kiri dan kanan seorang manusia yang dia kenali. Wajah polis itu diamati. Dia kenal kedua-duanya!

"Aman, Amin apasal korang ada dekat sini dan..." Rish melihat sekilas insan yang berada ditengah-tengah Aman dan Amin itu.

"Dan kenapa korang pegang dia macam tu? Apasal nie?"

"Kau kenal dia nie?"soal Amin.

"Of course I'm. He is...."

"Jangan nak bersembang dekat sini pula. Cepat sikit boleh. Kata nak bawak aku pergi balaikan? Hah cepat lah." Pantas insan yang diapit dua orang anggota polis itu memotong percakapan Rish dan meminta Inspector Aman dan Inspector Amin membawanya pergi.

"Rish kami pergi dulu la."

"Sekejap Aman, aku nak cakap sikit dengan dia."

"Tak ada apa yang nak dicakapkan Qairisha. Pergi balik."

Tergamam Rish mendengar ucapan yang terpancul keluar dari mulut Amsyar. Yes, insan yang ditahan dua orang anggota polis yang merangkap kawan sekolahnya itu, Amsyar. Ya Allah, apa yang dah jadi ni? Entah mengapa tubir mata Rish terasa hangat. Dia menentang mata Amsyar, cuba mencari jawapan dari mata itu tetapi Amsyar menoleh ke arah lain. Kecewa? Sudah semestinya dia kecewa. Siapa yang tak kecewa apabila melihat insan yang disayangi ditahan polis. Rahsia apa yang Amsyar sembunyikan darinya? Pandangan pekerja yang berbisik-bisik memandang Amsyar dan dirinya tidak dihiraukan. Sudah menjadi lumrah, manusia suka menabur fitnah dan mereka cerita.

"Why Amsyar?"

"Just shut and go home."

"Awak..."

"Balik. Aku suruh kau balik. Boleh dengar tak?"

Rish mengangguk sebelum berlalu meninggalkan Amsyar. Air matanya jatuh mencurah-curah. Sayu hatinya. Kenapa? Kenapa awak buat saya macam nie Amsyar? Apa lagi yang awak rahsiakan dari saya?  Tak cukup ke selama nie awak rahsiakan identiti awak? Status awak? Sekarang apa pula??

Hai semua. Apa khabar? Hah amsyar masuk pnjara la weh. Apasal dia masuk pnjaraaa!! Hah nangis sikit siapa yg  fans Amsyar. Hahaha.. ok jgn laa lupa vote dn comment.

Continue Reading

You'll Also Like

48K 2K 42
1st story in His series [RE-EDIT] Setelah percintaan yang dijalin bertahun lamanya musnah, Amad Idlan tidak lagi mempercayai kata cinta dan makhluk...
145K 11.2K 176
Date:💕 17th July 2021 A4:Mrs Syed Aryan Reon (COMPLETED) SYED ARYAN REON seorang lelaki yang berkarisma,memiliki kata kata yang pedas menggoda,dia d...
809K 20K 74
[COMPLETE] Selepas kematian ibu dan abah, dia sudah tidak punya sesiapa lagi untuk bergantung hidup. Bahkan neneknya sendiri menghalaunya dari hidup...
250K 7.9K 80
Bertemu dan berpisah adalah lumrah kehidupan. Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta diuji apabila isteri yang disayangi menghadap ilahi. Kehadiran...