Aliya Qairisha

By shashim_

521K 16.8K 765

Previously known as My Love Qairisya โœ… complete "What the heck! Buta ke?" "Excuse me? Aku ke kau yang buta... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 28 part II
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Epilog
Special Chapt
Special Chapt II
PENTING! PLS BACA

Bab 10

9.3K 310 5
By shashim_

Hai guyss.. Sebelum bce next chapter nak tnya sikit ada x yang excited tnggu saya update? Kalau ada cer angkat tngn 🙋 ada x? Tak ada??sob sob sob 😢😢😢 sedihnya. Cerita I buat bosan dan hambar ke guys? Huhu..kalau hambar or kurang menarik tolong la komen,bg idea or cdngn. Biasa la saya budak baru belajar,kalau ada salah tolong tunjukkan.. rasa sayang hey rasa sayang, sayang hey hey lihat novel ini tolong bce dan vote sekali..hehehehehe.. Enjoy guys..hope you all love it. Please vote.. Thanks. Muaahhh ciked 😘😘😘

Rish membuka matanya perlahan. Dia menoleh ke arah meja kecil yang terletak ditepi katilnya. Jam dikerling. Dah pukul 8? What the... Aku dah lambat!bebel Rish dalam hati. Dia segera bangun dan mencapai tuala untuk membersihkan badan. Baju yang tadinya tersarung di badan dicampak ke lantai bilik apabila sudah menanggalkan pakaian tersebut. Dia segera mandi. Boleh dikatakan mandi ke kalau hanya gosok gigi dan membasahkan badan hanya sekejap dan tanpa menyabunkan badan? Argh, persetankan. Aku dah lambat. Lain kali je la mandi betul-betul. Dia segera melangkah ke almari baju dan memilih baju yang hendak dipakai. Aduh,semua tak bergosok lagi. Aku nak cepat nie. Rish mngambil masa lebih kurang 10 minit untuk berfikir dan terus mencapai baju yang bercorak abstrak agar orang lain tidak perasan bahawa bajunya tidak digosok. Perasaan sebak mula menghurung hati kecilnya saat dia terlihat baju kesayangannya di tepi sudut almarinya. Baju itu sudah hampir lima tahun tergantung elok disitu. Baju itu merupakan hadiah terakhir daripada insan yang dia sayang sebelum insan itu pergi selamanya. I miss you. Miss you so bad dear! Hati kecilnya mula merintih. Air mata pantas diseka dengan hujung jari.


"Sarapan Rish?"soal Datin Alisya dengan lembut apabila melihat anak gadisnya turun dari anak tangga yang terakhir.

"Sokay, Rish dah lambat nak ke butik. Siapa hantar Mia ke tadika?"soal Rish tanpa memandang mamanya.

"Papa yang hantar dia tadi. Abang pulak awal pagi dah keluar, ada meeting katanya."

"Ouh, okay. I got to go. Bye." Rish terus melangkah ke keretanya dan meluncur keluar dari rumah. Datin Alisya hanya mampu mengelengkan kepala dan termenung. Dia rindu anak gadisnya yang dahulu. Dia rindu anaknya yang manja,periang dan yang menghormatinya. Datin Alisya mengeluh. Rumah itu seakan- akan hilang serinya apabila Rish mula berubah sejak 5 tahun lalu. Mujur saja ada Mia, cucu sulungnya yang memberikan keceriaan buatnya. Ya tuhan, kembalikan lah anak aku yang dahulu. Aku merindui anakku yang dulu, rintih hati Datin Alisya.

**********

"Hai Am awal pulak kau datang harini," sapa Zack sambil mengerutkan dahi.

"Haah, awal pulak kau datang. Btw asal tak join race semalam? Lama kitaorg tunggu kau," tambah irfan.

Amsyar memandang wajah rakannya silih berganti. Ye, dia,Irfan dan Zack bekerja ditempat yang sama. Bezanya Irfan lebih rapat dengan Am berbanding Zack memandangkan Irfan merupakan rakannya sejak sekolah menengah.

"Aku ada hal malam tadi, sebab tuh tak join korang race."

"Hal apa? Try awek eh?"

"Hotak kau Zack. Cik Mira yang suka dia tu pun dia tak layan, nie nak pergi try awek? Memang tak lah. Agaknya dia nie gay kot," kata Irfan dengan tuduhan berat.

"Kepala korang. Nak kena laknat dengan Allah ke apa? Kalau Allah terbalik kan office nie macam zaman nabi Luth baru korang tahu. Mulut jangan nak cibai sangat," balas Amsyar dengan dengusan kasar dan jelingan.

"Ceh, jadi pak ustaz lak dia pagi nie Fan. Wuu."

"Entahnya dia tu, malam tadi mimpi kena tarbiah agaknya. Hahaha." Irfan dan Zack langsung gelak mengekek melihat wajah cemberut Amsyar itu. Bukan selalu nak bahan si Am nie. Selalu tu Amsyar yang jadi tukang bahan,sekali sekala biar la dia pulak yang dibahan.

"Amboi. Sakannya gelak. Apa kes?"soal Fazrina rakan kerjanya yang kebetulan baru datang.

"Mamat kaki bahan nie haa la. Pagi-pagi dah ceramah kat kitaorg. Agaknya malam tadi mimpi kena tarbiah kot," pantas saja Irfan menjawab soalan Fazrina. Fazrina hanya mengelengkan kepala dan terus duduk di mejanya.

"Malas aku nak layan korang nie. Perangai macam hape je. Hantar surat lagi bagus. Siap keje aku cepat boleh aku lepak-lepak,"balas Amsyar. Beg sandang yang sudah sarat dengan surat pantas disambar dan terus melangkah keluar dari office. Amsyar menghidupkan enjin kapcainya dan terus memecut laju motornya di jalan raya. Amsyar mengaru kepalanya yang tidak gatal. Dah kenapa tiba-tiba aku datang sini nie?gumam Amsyar perlahan. Dia melihat sekeliling dan pantas matanya menangkap satu figura yang dikenali. Ok, aku tahu kenapa aku boleh hilang akal datang sini. Kat sini la semalam aku tolong dia. Amsyar sempat menangkap gerak tubuh figura yang dia lihat tadi masuk ke dalam sebuah butik. Matanya pantas memandang nama butik tersebut. Rish & Sarah Boutique. Minah ni ada butik sendiri rupanya. Amsyar tersengih dan tersenyum sendiri. Dia sudah mendapat satu akal. It's okay Rish, kau tak nak kasi phone number kan. Aku dapatkan sendiri. Amsyar segera beredar dari situ, dia harus melaksanakan tugasnya sebagai dispatch terlebih dahulu sebelum menjayakan misi mendapatkan phone number Rish.

"Morning boss. Lambat pulak boss arini," soal Rina.

"Hmm, bangun lewat. Ala bukan lewat sangat. 15 minit je."

"15 minit pun still lewat Qairisha oii."

Rish hanya mampu menampal senyum senget di wajahnya sebelum berlalu ke officenya. Tangga segera didaki sebelum taik telinga mencair keluar akibat mendengar bebelan Rina. Ishh budak nie, aku bebel sorang-sorang rupanya. Ni mesti dah lari dulu sebelum aku mengeluarkan hujah,tergeleng-geleng kepala Rina mengenangkan kawannya itu.

Sorry kalau typo. Sorry kalau hambar dan pendek je. Matanya berat sangat. Nak tertutup mata nie masa type. So harap u all suka la..ok la..byeee..

Ikan ditangkap guna jala,
Masak sudah buah mempelam,
Bye kepada semua reader,
Salam sayang selamat malam.

Ok x pantun saya??hahahaa..ok la.. Nite selamat malamm... Muaahhh..😘😘😘😘😘😘

Continue Reading

You'll Also Like

241K 12.5K 62
Jika Hawa di cipta untuk menemani Adam, maka engkau di cipta untuk menemani aku. Jay Zaqwan Kobayashi x Nur Ayana Kisah kesetiaan seorang suami yang...
5K 370 30
๐‘ฒ๐’‚๐’“๐’š๐’‚ ๐‘ท๐’†๐’“๐’•๐’‚๐’Ž๐’‚ ๐‘ซ๐’‚๐’“๐’Š สแด€ษดแด€sแด€แดแด_ [ส€แด‡แด แด€แดแด˜] ๐“ฃ๐“ฎ๐“ท๐“ฐ๐“ด๐“พ ๐“œ๐“ธ๐“ฑ๐“ญ ๐“•๐“ช๐“ฑ๐“ฒ๐“ถ ๐“ง ๐“๐“ฒ๐“ด ๐“›๐“ฒ๐”‚๐“ช๐“ท๐“ท๐“ช Kau Jalan pakai mata ke pakai...
425K 16.4K 69
Ainul Iftitah budak ketot dalam IMANAFFAN tu aka Adik Affan. Ainul memang tak pernah bercinta. Dia pernah cinta tapi tak terbalas. Dalam diam saja...
341K 13.1K 69
Harith Fayyad ๐Ÿค Liliana Alexander Harith Fayyad - Cinta? Tak pernah langsung terfikir di dalam fikirannya tentang cinta. Apa yang dia tahu cinta ini...