Aliya Qairisha

By shashim_

521K 16.8K 765

Previously known as My Love Qairisya ✅ complete "What the heck! Buta ke?" "Excuse me? Aku ke kau yang buta... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 28 part II
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Epilog
Special Chapt
Special Chapt II
PENTING! PLS BACA

Bab 7

8.9K 313 2
By shashim_


Rish membukakan matanya. Dia melihat sekeliling untuk mengenal pasti dimana dia berada. Jam dinding dikerling sekilas. Dah pukul 12? Lamanya aku tidur. Kes petang tadi la nie punya pasal. Marah gila sampai tidur tak ingat dunia,omel Rish. Rish segera bangun dan keluar dari bilik. Dia menuju pula ke bilik kerjanya. Hand bag dicapai setelah memastikan telefon bimbitnya dan barang peribadinya tidak tertinggal. Rish melangkah meninggalkan butiknya setelah pintu dikunci. Aduh, dah gelap sangat nie, keluh Rish dalam hati. Berbekalkan sedikit keberanian Rish mengatur langkah ke arah keretanya. Rish mula berasa seram apabila rasa dirinya seperti diekori. Rish mematikan langkah dan menoleh kebelakang. Namun, tiada sesiapa pun yang mengekorinya. Perasaan aku je kot kata Rish untuk menyedapkan hati. Dia mula menyambung langkah dan langkahnya terhenti apabila terasa seperti punggungnya diraba. Pantas Rish menoleh kebelakang dan terkejut. Ye, terkejut yang amat sangat. Macam mana....

"Remember me?"soal insan yang telah menyebab Rish terkaku disitu.

"Ma..maa..macam mana..." Ayat yang ingin dituturkan Rish pantas dipotong.

"Macam mana aku boleh ada dekat sini? Macam mana aku boleh bebas?" Tergelak insan itu apabila melihat Rish yang masih lagi terkejut.

"Sampai tergagap Cik Nur Aliya Qairisha kita ni sebab terkejut," sambung insan itu setelah tawanya reda.

Rish mengepal tangannya menahan geram. Peristiwa lima tahun lalu mula terbayang.

"Kau nak apa hah binatang!"jerit Rish lantang.

"Aku nak kau," kata lelaki itu sambil mengelus pipi Rish. Pantas Rish menepis tangan yang ingin menyentuh mukanya.

"Jangan pernah nak sentuh aku dengan tangan jijik kau nie!"marah Rish.

"Garangnya. Tapi..lagi garang lagi aku suka tau. Auuummm," lantas lelaki itu ketawa berdekah.

Rish terus berpusing dan ingin berlalu. Namun langkahnya terhenti apabila dia ditarik ke lorong gelap.

"Kau nak apa lagi huh? Lepaskan tangan aku!"jerit Rish.

"Aku dah kata kan aku nak kau," kata lelaki itu dan terus menolak tubuh Rish ke dinding bangunan yang ada di lorong itu. Badan Rish tersandar ke dinding akibat ditolak dan menyebabkan hand bag yang dipegang Rish jatuh ke lantai selain terpaksa menahan sakit akibat ditolak.

"Apa lagi kau tak puas hah Jeff? Apa lagi??"

"Apa yang aku tak puas? Aku tak puas nak rasa kau! Dulu tu pun baru sekali,"kata Jeff sambil menekan tangan Rish ke dinding.

"Tolong Jeff. Tolong. Lepaskan aku," kata Rish separa merayu.

Jeff hanya tersenyum dan mula merapatkan mukanya ke muka Rish. Rish pantas memusingkan kepalanya dan menyebabkan ciuman Jeff yang sepatutnya mengena bibirnya jatuh ke pipi. Rish sudah mula ketakutan ditambah lagi dengan peristiwa yang sering menghantuinya lima tahun lepas menyebabkan air matanya mengalir ke pipi. Rish cuba meronta tetapi kudratnya tidak termampu.

"Tolong!! Tolongg!! Lepaskan aku!! Sesiapa tolongg" Jerit Rish sambil meronta-ronta. Rish tahu usahanya sia-sia tetapi jauh dilubuk hatinya dia berharap ada insan lain yang akan membantunya.

"Kau jerit lah. Takkan ada orang waktu macam nie," kata Jeff sambil tersenyum dan mula menghidu-hidu leher Rish.

"Jangan sentuh aku lah!! " jerit Rish sekuat hati. Rontaan dilakukan lagi dengan berulang-ulang agar dapat menyusahkan Jeff untuk membuat perkara keji itu.

"Hei perempuan! Kau jangan gerak boleh tak," marah Jeff lalu menampar pipi Rish. Rish hanya mampu menelan liur. Air matanya kian deras mengalir dipipi. Oh tuhan, tolong lah aku. Selamatkan lah aku dari manusia yang berperangai setan nie. Tuhan, tolong lah aku. Hantarkan lah insan lain untuk membantuku,rintih hati Rish.

"Kenapa menangis? Takut? Just enjoy. Kalau kau enjoy mesti tak takut, nikmat ada lah. Hahahaha,"kata Jeff sambil mentertawakan Rish yang ketakutan.

"Enjoy otak kau setan! Kau tak takut dosa ke? Tak takut azab ke?"soal Rish berani.

"Kau cakap pasal dosa dengan aku? Azab? Hahaha. Kelakar la kau. Aurat pun kau tak tutup dengan sempurna ada hati nak cakap pasal dosa dengan aku? Nie rambut kau nie. Tak takut dosa ke?"kata Jeff sambil menekan pipi Rish.

"Sakit lah! Lepas kan lah aku. Lepas kan akuu!"jerit Rish sambil otaknya ligat berfikir bagaimana dia dapat melepaskan diri. Bagaikan mentol yang menyala,Rish terus mendapat akal. Rish tersenyum penuh makna.

"Okay tadi kau suruh enjoy kan?"soal Rish sambil memberikan senyuman yang sangat mengoda. Jeff memandang Rish hairan. Dah kenapa perempuan nie senyum-senyum? Tadi kemain takut sampai nangis,kata hati Jeff.

"Kau apahal nie?"

"Laa tadi kau yang suruh enjoy. Why not kau lepas tangan aku jap. Kau nak enjoy kan? Lepas la tangan aku baru boleh aku belai kau,enjoy, nikmat," rengek Rish dengan suara yang menggoda. Matanya dikenyitkan. Jeff yang tergoda terus melepaskan tangan Rish tanpa sebarang syak. Rish terus membelai pipi Jeff sebaik sahaja Jeff melepaskan tangannya. Tangannya turun pula ke leher Jeff. Melihat Jeff yang seperti sudah khayal,Rish pantas bertindak dengan menghentakkan celah kangkang Jeff menggunakan lututnya sekuat yang mampu.

"Arghhh!" Jerit Jeff kesakitan sambil terbongkok-bongkok. Rish pantas mengambil peluang untuk melarikan diri. Hand bag dilantai segera diambil dan terus berlari. Melihat Rish yang berlari, Jeff terus mengejar dan mengabaikan rasa sakit yang dialami. Pantas Jeff bertindak menarik rambut Rish apabila jarak antara dia dan Rish tidak jauh. Rish menjerit kesakitan.

"Kau fikir kau bijak sangat lah hah?"jerkah Jeff dengan amarah yang membuak. Dia terus menampar-nampar pipi Rish. Dia menarik rambut Rish kasar agar mendonggak memandangnya.

"Kau dengan Sarah sama je. Bodoh! Bagus sangat lah tuh. Muka sama, lahir sama, bodoh pun nak sama jugak,"sinis kata-kata yang dikeluarkan Jeff.

"Sial! Manusia sial! Kau tak layak hidup!"jerit Rish. Dia meronta-ronta minta dilepaskan.

"Lepaskan aku lah binatang!" Sebaik sahaja dia habis menjerit Jeff terus menamparnya sehingga terjatuh. Perit yang dirasakan. Bibirnya pecah. Jeff terus menarik tali pinggang yang melingkari pinggangnya lalu Rish disebat sekuat hati. Rish menjerit kesakitan. Empangan air matanya pecah. Dia menangis teresak-esak.

"Tolong! Tolong! Sakit Jeff. Tolong, lepaskan aku," jerit Rish sambil menghensot kebelakang apabila Jeff menghampirinya. Jeff hanya tertawa melihat Rish yang sudah semakin lemah. Rish menangis dan merayu tetapi tidak diendahkan oleh Jeff. Kini dia pasrah. Pasrah dengan nasib malang yang bakal menimpa dirinya.

Continue Reading

You'll Also Like

I Like You | ✔ By Hani

General Fiction

654K 29.9K 60
[ The Wattys 2018 Winner - The Breakthroughs ] Previously known as Ilhamkan Bahagia ~ Kau mengetuk pintu hatiku, Tanpa sedar hingga ku izinkan, Kau...
340K 13.1K 69
Harith Fayyad 🤍 Liliana Alexander Harith Fayyad - Cinta? Tak pernah langsung terfikir di dalam fikirannya tentang cinta. Apa yang dia tahu cinta ini...
58.3K 3.1K 44
Rumah tangga yang pada awalnya bahagia kini berada di ambang kemusnahan setelah rahsia yang sudah lama dipendam Qhaisara terbongkar. Mampukah Qhaisar...
74.7K 3.9K 31
Book 6 : H U D A M A L I K A & H I S R A Y Y A N