๐€๐ซ - ๐‘๐š๐ฒ๐ฒ๐š๐ง'๐ฌ | C |

By daisynaar

518K 17.9K 716

( In editing process...) ๐€๐‘ - ๐‘๐€๐˜๐˜๐€๐ - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off... More

๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—น๐—ผ๐—ด๐˜‚๐—ฒ ( edited )
๐ŸŽ๐Ÿ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ ( edited )
๐ŸŽ๐Ÿ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ ( edited )
๐ŸŽ๐Ÿ‘ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ ( edited )
๐ŸŽ๐Ÿ’ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ ( edited )
๐ŸŽ๐Ÿ“ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ ( edited )
๐ŸŽ๐Ÿ” | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ ( edited )
๐ŸŽ๐Ÿ• | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐ŸŽ๐Ÿ– | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐ŸŽ๐Ÿ— | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ๐ŸŽ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ๐Ÿ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ๐Ÿ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ๐Ÿ‘ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ๐Ÿ’ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ๐Ÿ“ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ๐Ÿ” | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ๐Ÿ• | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ๐Ÿ– | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ๐Ÿ— | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ๐ŸŽ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ๐Ÿ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ๐Ÿ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ๐Ÿ‘ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ๐Ÿ’ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ๐Ÿ“ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ๐Ÿ” | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ๐Ÿ• | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ๐Ÿ– | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ๐Ÿ— | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ‘๐ŸŽ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ‘๐Ÿ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ‘๐Ÿ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ‘๐Ÿ‘ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ‘๐Ÿ’ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ‘๐Ÿ“ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ‘๐Ÿ” | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ‘๐Ÿ• | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ‘๐Ÿ– | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ‘๐Ÿ— | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ’๐ŸŽ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ’๐Ÿ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ’๐Ÿ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ’๐Ÿ‘ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ’๐Ÿ’ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ’๐Ÿ“ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ’๐Ÿ” | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ’๐Ÿ• | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ’๐Ÿ– | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ’๐Ÿ— | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ“๐ŸŽ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ“๐Ÿ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ“๐Ÿ‘| ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ“๐Ÿ’ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ“๐Ÿ“ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ“๐Ÿ” | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ“๐Ÿ• | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ“๐Ÿ– | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ“๐Ÿ— | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ”๐ŸŽ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ”๐Ÿ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ”๐Ÿ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ”๐Ÿ‘ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ”๐Ÿ’ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ”๐Ÿ“ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ | ๐„๐๐ƒ
๐’๐๐„๐‚๐ˆ๐€๐‹ ๐‚๐‡๐€๐๐“๐„๐‘ | ๐Ÿ
๐’๐๐„๐‚๐ˆ๐€๐‹ ๐‚๐‡๐€๐๐“๐„๐‘ | ๐Ÿ
๐’๐๐„๐‚๐ˆ๐€๐‹ ๐‚๐‡๐€๐๐“๐„๐‘ - ๐‘๐€๐˜๐€

๐Ÿ“๐Ÿ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ

5.8K 213 11
By daisynaar

"ABANG..." Panggil Nadra selepas dia membuka pintu bilik itu. Kepala ditundukkan. Baru sahaja dia terserempak dengan Aariz semasa mahu masuk bilik tadi. Aariz hanya senyum segaris dan berlalu pergi, memberi mereka berdua masa untuk berbicara.

Rayyan yang dengar panggilan daripada Nadra itu mengangkat kepala untuk memandang ke arah isterinya yang sedang kelihatan sedih itu. Dia memerhati Nadra yang sedang berjalan mendekatinya, tangan sibuk bermain dengan hujung blaus.

"Hm?" Balas Rayyan.

Nadra mengangkat kepala perlahan - lahan untuk memandang wajah Rayyan. Jejaka itu lagi tadi memandangnya tanpa berkelip. Dia menunggu gadis itu untuk mengatakan sesuatu.

"Nad minta maaf... Nad berkasar dengan abang tadi..." Perlahan suara Nadra sebelum pandangan dibuang ke lantai.

Rayyan mengeluh.

"Saya yang salah, Nadra. Saya yang tak faham dengan perasaan awak. Saya tahu awak penat jaga saya, masakkan untuk saya tapi sekali pun saya tak pernah nak ucap terima kasih dekat awak." Balas Rayyan. Dia sedar dia tak pernah sekali pun berterima kasih dekat Nadra sepanjang Nadra menjaganya di hospital.

Nadra mendongak untuk memandang Rayyan. Dia terdiam seketika.

"Abang tak salah pun..."

"Saya salah, Nadra. Awak sanggup jaga saya setiap hari dekat sini walaupun awak sibuk dengan kerja dekat ofis dan rumah. Saya biar awak tidur dekat sofa yang tak selesa tu dan saya pula sedap tidur dekat atas katil ni. Saya biarkan isteri saya kerja seorang tanpa saya menolong. Suami jenis apa lah saya ni, Nadra? Baik ke saya layan awak sebelum ni? Adakah saya suami yang baik untuk awak sebelum ni?"

Rayyan menatap wajah Nadra dengan penuh ingin tahu, dan juga sedih.

"Abang layan Nad baik sangat sebelum ni... Takde orang yang pernah layan Nad sebaik tu selain keluarga Nad... Abang lah orang yang selalu jaga Nad bila Nad perlukan abang... Abang selalu ada dengan Nad kalau Nad sedih. Abang je yang tahu kalau Nad tengah sedih atau gembira. Nad tak perlukan orang lain selain abang dalam hidup Nad. Abang dah lebih daripada cukup untuk Nad." Balas Nadra.

"Nad faham abang masih lagi tak boleh nak terima Nad sepenuhnya sebab abang langsung tak ingat Nad dan Nad tak terasa langsung pun dengan abang. Apa yang Nad tau, Nad nak jaga abang sampai abang pulih sepenuhnya, sampai abang ingat Nad." Sambung Nadra lagi. Tangan Rayyan disentuh dan diusap lembut.

"Nad akan sentiasa tunggu abang untuk ingat semula tentang Nad walaupun ia mengambil masa yang lama. Nad tetap akan tunggu abang." Anak mata Nadra memandang tepat dalam anak mata Rayyan. Jejaka itu tersenyum kecil.

"Saya minta maaf kalau saya ada kecilkan hati Nadra sebelum ini." Ujar Rayyan lembut. Tiada langsung riak beku pada wajahnya.

"Nad maafkan..." Balas Nadra.

"Malam ni Nadra tidur sebelah saya ye?" Ayat itu membuatkan Nadra terkaku. Tidur sebelah? Salah dengar ke? Ataupun tak? Dah sebulan lebih begini tiba - tiba malu pula nak tidur sebelah.

"Muat ke?" Soal Nadra sambil tersenyum kekok.

"Kenapa tak muat pula? Nadra kecil je." Balas Rayyan selamba.

Terkebil Nadra dibuatnya.

"Okay." Nadra akhirnya akur sambil tersenyum kecil.

Kalau suami suruh tidur sebelah, ikutkan je lah. Kalau jatuh esok, jangan seorang lagi masuk hospital sudah lah.

"Nadra pergi mana tadi?" Soal Rayyan tiba - tiba. Nadra baru sahaja melabuhkan punggung di atas kerusi, dia memandang ke arah suaminya.

"Balik rumah kejap tadi, basuh baju. Sorry Nad tak bagitahu abang." Balas Nadra dengan senyuman bersalah.

"Seorang?" Soal Rayyan lagi. Berkerut wajah jejaka itu.

"Eh tak lah, ada Aisya dengan abang Nad." Jawab Nadra. Rayyan risau kalau Nadra pergi seorang sebab dia tu perempuan, hari pula dah gelap.

Rayyan mengangguk, kerutan pada wajah tadi sudah pun hilang. Tenang sikit hati dia bila tahu ada orang yang teman Nadra di rumah tadi.

"Lain kali nak balik rumah jangan seorang tau. Pastikan ada someone yang teman Nadra." Pesan Rayyan.

"Baik abang." Balas Nadra sambil tersenyum nipis.

"Come here." Ajak Rayyan. Katil itu ditepuk beberapa kali, Rayyan beralih sedikit supaya Nadra boleh duduk bersamanya di atas katil itu.

Nadra memandang ke arah Rayyan dan dia terdiam seketika. Kekoknya tiba - tiba nak duduk dekat setelah sebulan lebih tak duduk sekatil.

"Sini, sayang." Panggilan itu lagi lah membuat jantung Nadra menggila. Merah wajahnya apabila dipanggil begitu. Teringat pula pertama kali Rayyan memanggilnya sayang selepas nikah. Nadra tersenyum malu sebelum dia menaiki katil itu lalu dia duduk di sebelah Rayyan.

Lain kali nak panggil sayang cuba bagi amaran dulu. Ini tidak, tak pasal - pasal dah jadi tomato muka Nadra tu. Malu!

"Abang panggil Nad apa tadi?" Soal Nadra selepas menyelesakan diri di sisi Rayyan. Lengan Rayyan merangkul pinggang Nadra membuatkan gadis itu semakin merah. Dah lama tak kena sentuh ni boleh blushing pula! Rayyan ni pun satu, selamba aje dia peluk, macam selepas waktu nikah dulu. Tak kekok langsung pegang Nadra.

"Sayang. Kenapa?" Selamba Rayyan menjawab. Straightforward betul! Susah sebenarnya nak buat Rayyan blushing. Kalau iye pun mesti dia sorok muka. Kena ambil video baru nampak telinga merah dia.

"Takde apa lah... Dah lama tak dengar abang panggil Nad macam tu..." Balas Nadra sambil bermain dengan hujung baju. Dia merasakan pinggangnya diusap lembut oleh Rayyan lalu tersenyum kecil.

"Nadra selesa ke?" Soal Rayyan sambil menundukkan kepala untuk memandang wajah Nadra dengan lebih jelas.

"Selesa." Jawab Nadra lembut.

"Dah solat isyak dekat rumah tadi?" Soal Rayyan lagi.

"Dah." Jawab Nadra dengan senyuman lebar. Sempat dia solat berjemaah dengan Nabeel dan Aisya di rumahnya tadi sebelum pergi ke hospital.

"Abang dah solat?" Soal Nadra pula.

"Dah, sebelum Aariz datang tadi saya dah solat." Jawab Rayyan sebelum menarik Nadra lebih dekat dengannya. Automatik. Macam dah biasa pula memeluk gadis itu tapi ingat pun tidak.

"Nadra tak ngantuk ke?" Soal Rayyan. Apa main soal - soal pula ni. Dia tanya dia tak pun dia tanya dia. Tak penat ke main soal jawab.

"Ngantuk lah juga..." Jawab Nadra. Matanya sudah layu mengantuk. Apatah lagi berada di dalam pelukan hangat Rayyan yang dah lama dia tak rasa itu. Rindu sungguh dia nak dipeluk oleh suami sendiri.

"Jom tidur." Ajak Rayyan sebelum dia menarik Nadra untuk baring di atas katil itu. Rayyan juga membaringkan diri di atas katil bersebelahan dengan Nadra sebelum mendekati Nadra untuk memeluk gadis itu. Lengan Rayyan melingkari pinggang Nadra, kepala Nadra ditarik lembut supaya bersandar pada dada bidangnya.

Ya Tuhan, sumpah dia rasa familiar sungguh apabila dia memeluk Nadra, macam dah biasa menarik gadis itu dalam pelukan dia sebab itu lah dia tak kekok apabila menyentuh gadis itu. It feels right.

"Tidur." Bisik Rayyan lembut sambil menepuk belakang Nadra lembut supaya gadis itu tidur. Mata Nadra sudah pun terpejam rapat dan nafasnya berubah tenang menandakan dia sudah nyenyak tidur.

...

"Nadra—"

Rayyan baru mahu mengejut Nadra tapi tempat yang Nadra tidur semalam kosong dan sejuk. Gadis itu tiada. Rayyan meraba telefon pintar untuk melihat jam.

6.30 AM

Patutlah. Waktu ini memang Nadra sudah balik ke rumah sedang bersiap, nak masak untuk Rayyan dan juga solat subuh sebelum kembali semula ke hospital untuk menghantar makanan.

Rayyan mengeluh. Mata masih mengantuk akibat semalam tidak boleh tidur. Sibuk memerhati Nadra yang sedang nyenyak tidur sehinggakan diri sendiri tidak tidur.

Cantik sungguh gadis itu tidur di lengannya. Wajah itu lah yang dia tengok rupanya sebelum ini. Setiap hari. Setiap malam.

Bibir mengorak senyuman kecil apabila wajah comel Nadra berada di dalam kepala Rayyan.

Kalau lah Rayyan ingat, macam ni lah keadaannya dulu waktu dia jatuh cinta dengan Nadra. Senyum seorang. Malam sukar mahu tidur. Banyak sangat fikir pasal Nadra.

Macam ni lah Rayyan yang sekarang juga.

Jatuh cinta dengan orang yang sama buat kali yang kedua. Jika ingatan dia pulih, makin bertambah lah sayangnya pada gadis itu.

Rayyan kembali di realiti sebelum menuruni daripada katil hospital. Lampu bilik dibuka, membiarkan cahaya menerangi bilik sebelum dia melangkah masuk ke dalam bilik air untuk mengambil air wudhu dan solat subuh.

Nadra membuka pintu dan melihat bilik sudah pun terang, bermakna Rayyan sudah bangun. Beg yang terisi bekal makanan sarapan dan tengah hari Rayyan diletakkan di atas meja sebelum menyediakan pakaian untuk suaminya pakai nanti.

Kepala Nadra berpaling apabila terdengar pintu bilik air dibuka. Rayyan baru sahaja habis mengambil wudhu. Rayyan pun baru sedar Nadra berada di situ.

"Awal Nadra datang harini? Dah solat subuh?" Soal Rayyan sebelum meraup wajah yang masih basah itu.

Nadra menggeleng dan mengukirakan senyuman kecil.

"Nad datang awal sebab nak solat sama - sama dengan abang." Jawab Nadra. Ada lagi satu beg yang Nadra sedang pegang. Beg telekung. Dia tunjukkan beg itu di hadapan Rayyan.

Jejaka itu tidak dapat menahan diri daripada senyum kecil tetapi cepat dia melarikan pandang supaya gadis itu tak nampak senyuman dia. Comel sangat Nadra!

"Okay, jom." Ajak Rayyan.

Jarang sekali mereka solat berjemaah selepas Rayyan menyedarkan diri sebab Nadra terlalu sibuk dengan kerja di rumah dan juga ofis. Rayyan pula kalau nak tunggu, habis waktu solat nanti. Kalau sempat sahaja mereka solat berjemaah.

...

"Awak nak terus pergi kerja ke?" Soal Rayyan sebelum duduk di atas sofa.

"Haah, kenapa? Abang nak apa - apa ke?" Jawab Nadra beserta dengan soalan sekali. Wajah Rayyan dipandang. Takut jejaka itu mahu apa - apa, takkan dia nak biar suaminya buat sendiri.

"Takde apa lah. Take care and drive safely." Balas Rayyan, nadanya seperti kecewa tapi dia cuba untuk tidak menunjukkan wajahnya yang kecewa seperti suaranya tadi.

Takkan lah Nadra tak ingat kut.

"Harini Nad balik lambat sikit tau. Abang kalau nak apa - apa nanti minta tolong abang Aariz ataupun Ezhar boleh?"

Rayyan mengangguk sekali. Balik lambat pula tu. Diam aje lah jejaka itu.

"Nad dah lambat ni. Nad pergi dulu ye?" Pamit Nadra sebelum mencium belakang tangan Rayyan dan terus keluar daripada bilik. Tak sempat Rayyan nak berkata apa - apa lagi, pintu sudah tertutup.

Rayyan mengeluarkan keluhan berat.

"Takkan dia lupa kut..." Bisik Rayyan pada diri sendiri. Telefon pontar itu dipandang sekilas sambil melihat tarikh pada hari ini.

17/10

Takkan lah hari lahir dia pun Nadra tak ingat. Siapa yang hilang ingatan sebenarnya?

...

Dari pagi sampai petang Rayyan menunggu Nadra tapi datang pun tidak. Dah lupa suami ke? Tak pernah - pernah pula dia lambat. Kalau iye pun dia akan beritahu Rayyan tapi ni sikit pun tak bagitahu, risau jejaka itu. Telefon pintar ditenung dari tadi, meunggu mesej daripada Nadra tapi hampa.

Keluarganya sudah datang tadi untuk mengucapkan selamat hari jadi pada Rayyan, mama siap buatkan makanan kegemaran Rayyan lagi, kenyang lah dia harini tapi perut masih lagi lapar, mahukan masakan daripada sang isteri.

Ezhar yang sibuk 24 jam pun sanggup datang ke hospital semata untuk menyambut hari jadinya. Mesyuarat pun dia batalkan. Keluarga mertua Rayyan pun sama. Sebaik sahaja Ezhar balik, mereka pula datang. Bila ditanya Nabeel, jejaka itu pun tak tahu. Katanya Nadra sibuk harini sebab banyak kerja, tak tahu lah sama ada gadis itu ingat atau pun tidak.

Mendung sahaja lah wajah Rayyan harini. Patutnya dia bahagia tapi disebabkan Nadra yang lupa akan hari istimewa hari ini, bahagia itu menjadi kurang. Risau pun ada, mana tau ada apa yang jadi pada isterinya.

Rayyan mengerling jam dinding bulat itu.

6:00 PM

Rayyan mengeluh. Harini banyak sangat dia mengeluh sampai tak terkira. Dia kembali baring di atas katil untuk merehatkan diri ataupun dia mahu masa berlalu dengan cepat supaya Nadra boleh datang dengan cepat.

Rindu.

"Rindu? Merepek." Nafi Rayyan pada diri sendiri.

Badan Rayyan dipusingkan supaya belakangnya yang menghadap dengan muka pintu bilik itu. Matanya luas terbuka, nak pejam pun susah. Nak tidur pun tak elok, dah nak maghrib. Termenung aje lah jawabnya.

Tiba - tiba pintu dikuak dari luar tapi Rayyan tak pandang pun. Hati mengharapkan isteri.

"Happy birthday, abang." Membulat mata Rayyan apabila terdengar bisikan itu tepat di telinganya. Dia berpaling ke arah Nadra yang sedang tersenyum lebar. Rayyan berkerut memandang Nadra. Dah lah buat orang risau boleh pula dia senyum bidadari dekat sini?

"So you remembered?" Soal Rayyan.

"Gila tak ingat? Suami Nad kut! Nad minta maaf sebab buat - buat lupa, hehe." Nadra sengih minta penampar.

"Ingatkan lupa betul - betul tadi." Gumam Rayyan sebelum duduk di atas katil kembali. Selimut yang menutupi separuh badannya itu dibiarkan.

"Abang merajuk ke?" Usik Nadra.

"Bila masa? Nampak macam saya ni tengah muncung ke?" Bebel Rayyan dengan kening yang berkerut.

Nadra tergelak kecil.

"Iyelah suamiku." Nadra pasrah sebelum meletakkan beberapa beg kertas di atas meja.

"Kenapa banyak sangat barang ni?" Soal Rayyan, bingung. Nak kata baju, banyak lagi yang tak dipakai. Takkan lah makanan pula yang banyak.

"Hadiah abang. Nad ada buat kek untuk abang sekali, itu yang Nad lambat." Balas Nadra dengan senyuman selamba.

Rayyan terdiam.

Sanggup isteri dia buat kek untuk dia selepas balik kerja? Tak penat ke?

"Awak tak penat ke? Buat kek ni bukannya senang tau." Ujar Rayyan tetapi Nadra buat tak tahu aje. Kek yang berada di dalam beg kertas itu dikeluarkan lalu diletakkan di hadapan Rayyan.

"Strawberry cake?" Soal Rayyan dengan mata yang bercahaya.

Muka aje beku dan menggerunkan tapi suka strawberi. Kek strawberi. Teh strawberi. Kalau boleh semua lah strawberi.

"Yup! Your favourite. I made it myself and I hope it taste good." Jawab Nadra, senyumannya makin lebar.

Terharu Rayyan dibuatnya.

"Terima kasih." Ujar Rayyan sambil memandang Nadra dengan senyuman kecil.

"Your welcome." Balas Nadra.

"But... before you cut the cake. I... have sonething for you." Nadra bersuara sebelum dia mengeluarkan satu kotak kecil dan dihulurkan pada Rayyan.

"Apa ni?" Soal Rayyan sebelum mencapai kotak itu daripada tangan Nadra.

"Open it."

Rayyan dengan perasaan ingin tahu, dia pun membuka kotak itu sebelum melihat isi di dalam. Matanya membulat. Nadra dipandang sebelum dia pandang semula ke arah isi dalam kotak itu kemudian Nadra semula.

"Is this... true?" Soal Rayyan, tidak percaya.

"Nad ingat nak bagitahu abang lepas ingatan abang pulih tapi... abang kan suami Nad jadi tak perlu lah Nad nak berahsia lagi dengan abang." Kata Nadra lembut. Tangan sedang bermain dengan hujung baju. Takut ada. Gemuruh ada. Teruja pun ada. 3 dalam 1.

Rayyan terdiam. Isi yang di dalam kotak itu ditenung lama.

"Abang... marah?" Soal Nadra dengan berhati - hati.

"Marah? No... not at all... I'm... happy, of course. Mungkin saya tak ingat apa - apa tentang awak tapi mesti lah saya gembira." Balas Rayyan dengan senyuman. Buat pertama kali, dia senyum lebar pada Nadra.

"Really?" Mata Nadra mula bercahaya.

"This is the best gift ever." Sambung Rayyan sebelum senyumannya mati.

Berkelip Nadra memandang Rayyan. Dia ada buat salah ke? Apa yang sudah jadi? Rayyan tak gembira ke? Macam psiko pula suami dia ni.

"From now on, saya tak akan benarkan awak buat kerja berat termasuk lah masak makan malam untuk saya. Saya hanya benarkan awak masak makan tengah hari sahaja. Yang lain saya boleh makan masakan hospital. Kalau awak nak keluar bagitahu saya. Kalau saya tengah tidur, kejut saya jadi saya tahu awak takde dengan saya. Sampai je dekat tempat kerja, inform saya. Awak dah habis kerja, bagitahu saya juga. Balik je daripada kerja, datang sini terus. Jangan balik rumah. Is that understood?" Panjang lebar Rayyan memberi arahan. Nak tak nak, Nadra perlu ikut.

"Baik, bos!"

"Good. Now can I eat my cake?" Rayyan tukar topik.

Nadra tergelak kecil.

"Boleh. Kenapa tak boleh?" Nadra mengangkat kek yang kecil itu sebelum diberi pada Rayyan bersama sudu sekali.

"Nak suap."

Birthday boy kan. Kita bagi peluang lah.

Nadra memotong sedikit kek itu dengan sudu sebekum menyuakan di hadapan Rayyan tetapi belum sempat jejaka itu makan, Nadra terlebih dahulu menyapu kek itu pada hidung Rayyan.

"Nadra." Rayyan memejam mata, menahan sabar.

"Oops." Nadra meletakkan kek dan sudu tadi di atas meja sebelum berlari keluar daripada hospital. Mula lah berkejaran di dalam hospital macam kanak - kanak ribena.

"Come here, Nadra!" Rayyan mengejar gadis itu bersama krim strawberi pada jarinya. Tak sabar betul dia mahu balas dendam. Tunggu Nadra!

Nadra gelak puas sambil berlari, sesekalu dia memandang ke belakang untuk melihat suaminya yang masih mengejar. Laju betul lari!

Jururawat yang berada di situ hanya memandang mereka dengan pelik dan ada juga yang mahu marah tetapi dibiarkan sahaja. Rayyan dan Nadra seperti di dalam dunia mereka sendiri tanpa orang lain di sekeliling.

Disebabkan Rayyan lebih laju lari daripada Nadra, tangan gadis itu ditarik oleh Rayyan dan tubuhnya berlanggaran dengan dada jejaka itu. Kepalanya terhantuk pada dada keras Rayyan membuatkan gelak Nadra tadi hilang.

"Are you aware that you're pregnant, sayang?" Soal Rayyan sambil berkerut. Lari tak ingat dunia, kalau jatuh nanti dia juga yang susah.

"Maaf." Ujar Nadra sambil menayangkan senyuman bersalah. Nafasnya tercungap - cungap selepas berlari tadi.

"Jangan nakal sangat boleh tak?" Marah Rayyan. Marah manja je sebelum krim yang berada di jari Rayyan itu disapu pada batang hidung Nadra. Membulat mata gadis itu.

"Abang!" Marah Nadra.

"Fair and square." Rayyan senyum senget.

Continue Reading

You'll Also Like

545K 4.9K 7
sแดแดแด‡ส™แดแด…ส แด€sแด‹แด‡แด… แดแด‡ ษชา“ ษช แด‹ษดแด‡แดก สแดแดœ. แด€ แดษชสŸสŸษชแดษด แดแด‡แดแดส€ษชแด‡s า“สŸแด€sสœแด‡แด… แด›สœส€แดแดœษขสœ แดส แดษชษดแด… ส™แดœแด› ษช แดŠแดœsแด› sแดษชสŸแด‡แด… แด€ษดแด… sแด€ษชแด… ษช แดœsแด‡แด… แด›แด. [Haiyan Rifqi X Qisya Aadora] Cerit...
4.6K 253 49
"๐ป๐‘–๐‘  ๐‘™๐‘œ๐‘ฃ๐‘’ ๐‘‘๐‘’๐‘’๐‘๐‘’๐‘Ÿ ๐‘กโ„Ž๐‘Ž๐‘› ๐ด๐‘ก๐‘™๐‘Ž๐‘›๐‘ก๐‘–๐‘" ๐„๐ซ๐ข๐ง๐ž ๐๐š๐ญ๐š๐ฌ๐ฒ๐š ๐Š๐ข๐ฆ ๐๐ข๐ง๐ญ๐ข ๐’๐š๐Ÿ๐ข๐ž ๐๐š๐ณ๐ณ๐ฎ๐š๐ง, gadis kacukan Korea Se...
1.5M 49.2K 66
Afiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga meningkat dewasa, mereka berdua tidak pernah '...
316K 12.9K 19
"๐™Ž๐™ค๐™ช๐™ก๐™ข๐™–๐™ฉ๐™š๐™จ ๐™–๐™ง๐™š๐™ฃ'๐™ฉ ๐™Ÿ๐™ช๐™จ๐™ฉ ๐™ก๐™ค๐™ซ๐™š๐™ง๐™จ" (Book 2) Sila baca Tunang Paling Sweet telebih dahulu. "sayang,congrats" Sejambak bunga ros...