๐€๐ซ - ๐‘๐š๐ฒ๐ฒ๐š๐ง'๐ฌ | C |

daisynaar

555K 19.1K 752

( In editing process...) ๐€๐‘ - ๐‘๐€๐˜๐˜๐€๐ - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off... ะ•ั‰ะต

๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—น๐—ผ๐—ด๐˜‚๐—ฒ ( edited )
๐ŸŽ๐Ÿ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ ( edited )
๐ŸŽ๐Ÿ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ ( edited )
๐ŸŽ๐Ÿ‘ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ ( edited )
๐ŸŽ๐Ÿ’ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ ( edited )
๐ŸŽ๐Ÿ“ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ ( edited )
๐ŸŽ๐Ÿ” | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ ( edited )
๐ŸŽ๐Ÿ• | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐ŸŽ๐Ÿ– | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐ŸŽ๐Ÿ— | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ๐ŸŽ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ๐Ÿ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ๐Ÿ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ๐Ÿ‘ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ๐Ÿ’ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ๐Ÿ“ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ๐Ÿ” | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ๐Ÿ• | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ๐Ÿ– | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ๐Ÿ— | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ๐ŸŽ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ๐Ÿ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ๐Ÿ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ๐Ÿ‘ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ๐Ÿ’ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ๐Ÿ“ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ๐Ÿ” | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ๐Ÿ• | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ๐Ÿ– | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ๐Ÿ— | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ‘๐Ÿ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ‘๐Ÿ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ‘๐Ÿ‘ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ‘๐Ÿ’ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ‘๐Ÿ“ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ‘๐Ÿ” | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ‘๐Ÿ• | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ‘๐Ÿ– | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ‘๐Ÿ— | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ’๐ŸŽ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ’๐Ÿ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ’๐Ÿ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ’๐Ÿ‘ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ’๐Ÿ’ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ’๐Ÿ“ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ’๐Ÿ” | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ’๐Ÿ• | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ’๐Ÿ– | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ’๐Ÿ— | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ“๐ŸŽ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ“๐Ÿ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ“๐Ÿ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ“๐Ÿ‘| ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ“๐Ÿ’ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ“๐Ÿ“ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ“๐Ÿ” | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ“๐Ÿ• | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ“๐Ÿ– | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ“๐Ÿ— | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ”๐ŸŽ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ”๐Ÿ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ”๐Ÿ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ”๐Ÿ‘ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ”๐Ÿ’ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ”๐Ÿ“ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ | ๐„๐๐ƒ
๐’๐๐„๐‚๐ˆ๐€๐‹ ๐‚๐‡๐€๐๐“๐„๐‘ | ๐Ÿ
๐’๐๐„๐‚๐ˆ๐€๐‹ ๐‚๐‡๐€๐๐“๐„๐‘ | ๐Ÿ
๐’๐๐„๐‚๐ˆ๐€๐‹ ๐‚๐‡๐€๐๐“๐„๐‘ - ๐‘๐€๐˜๐€

๐Ÿ‘๐ŸŽ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ

8.9K 269 5
daisynaar

"EH, Qirah. Akak nak pergi tandas kejap tau" Ujar Nadra pada adiknya, Aqirah sambil menepuk bahu Aqirah yang sedang sibuk dengan aiskrim llao llao kegemarannya. Aqirah hanya mengangguk tanpa memandang ke arah Nadra kerana terlalu fokus dengan aiskrim yang berada di dalam tangan. Sedap!

Nadra hanya mampu menggeleng kepala sahaja melihat perangai Aqirah yang seperti tidak menghiraukan dunia luar. Dia berlalu ke tandas manakala Aqirah pula mahu mencari tempat duduk yang dekat dengan tandas awam di dalam pusat membeli belah itu. Mata masih tertumpu kepada aiskrim, tak telan lagi aiskrim di dalam mulut dah masuk suapan yang seterusnya, sambil berjalan pula tu. Aqirah hanya memandang sekilas sahaja sambil mencari tempat duduk tetapi semuanya sudah penuh dengan manusia. Dia hanya mampu mengeluh sambil meneruskan perjalanan, masih mencuba mencari tempat duduk walaupun jauh. Pandai lah nanti Nadra mencari.

Sedang berjalan sambil menunduk, orang sekeliling tidak dihiraukan kecuali aiskrim yang berada di tangan. Tiba - tiba sahaja kepalanya terhantuk pada dada manusia, keras pula tu! Terhenti langkah Aqirah, tangan yang sedang memegang sudu aiskrim itu diangkat untuk menggosok kepala yang sedikit bingung itu. Ini manusia ke robot? Kepala didongakkan bagi melihat susuk tubuh yang sangat lah tinggi dan berpakaian kemeja lengkap. Wajahnya sangat lah beku, dahinya berkerut tanda marah, kepala ditundukkan sedikit bagi melihat Aqirah yang lebih rendah daripadanya.

Aqirah mengerdipkan mata beberapa kali, air liur ditelan kasar dan dapat dirasakan aiskrim yang dia makan tadi tapi tak lalu nak ambil lagi sesuap. Menggerunkan betul dia ni. Kepala terhantuk dada dia je pun itu pun nak marah—

Mata Aqirah membulat apabila melihat aiskrimnya tadi sudah selamat mencium kot yang berwarna hitam itu, dah lah banyak. Alamak! Patut lah seram semacam dia tengok! Sempat Aqira mengambil sesuap lagi aiskrim itu seolah - olah aiskrim itu dapat memberi kekuatan mental kepadanya.

"Maaf, encik. Saya tak perasan..." Akhirnya Aqirah bersuara selepas mengumpul kekuatan tadi, kepala ditundukkan sedikit kerana tidak mahu menentang mata dengan lelaki itu. Menakutkan! Tapi jejaka itu mengambil selangkah bagi mendekati Aqira, gadis itu pula mengambil selangkah ke belakang sambil memegang erat aiskrim di tangan. Apa pula mamat ni nak?!

"Maaf? Kau jalan pakai mata ke pakai aiskrim tu?" Sarkastik suara lelaki itu, garau dan juga dalam. Lagi lah Aqirah takut. Dah minta maaf pun nak marah lagi ke? Habistu dia nak Aqirah buat apa? Basuh kot dia? Memang tidak lah! Aqirah mencapai tisu bersih yang berada di dalam beg tangannya lalu dihulurkan kepada jejaka itu tanpa memandangnya.

"Kau ingat kalau bagi aku tisu ni boleh hilang ke bau aiskrim kau tu?" Soal jejaka itu dengan nada keras. Bersyukur lah orang dah bagi tisu! Asalkan ada sesuatu yang boleh menghilangkan aiskrim tu walaupun akan tinggal bekas. Aqirah mendengus sebelum mendongak untuk memandang lelaki itu. Ewah, ingat dia ni apa? Senang kena pijak dengan orang ke? Dia tak macam Nadra tau.

"At least aku dah minta maaf, dah hulur tisu dah pun walaupun akan tinggal bekas dekat kot tu. Apa lagi kau nak?" Kasar suara Aqirah. Tak kira lah lelaki tu siapa tapi kalau dia dah cari pasal memang 'aku' dan 'kau' lah dibahasakan. Aqirah memandang atas bawah lelaki itu sebelum menyuapkan lagi sesudu aiskrim ke dalam mulut.

"Kau ingat kot aku ni murah ke?" Soal lelaki itu, dia tak terasa langsung dengan kata - kata Aqirah tadi. Badannya dibongkokkan sedikit untuk memandang Aqirah dengan lebih jelas. Aqirah pula hanya mampu membelekangkan tubuhnya. Nak dekat - dekat dah kenapa?

"Ada aku tanya? Aku nak tau kot kau tu murah ke mahal dah kenapa? Not my business. Aku dah minta maaf dah pun kalau kau tak nak maafkan dah lah, bukan urusan aku." Balas Aqira dengan suara yang sedikit kasar, jelingan tajam diberi pada lelaki itu. Aqirah sambung menyuapkan aiskrim itu ke dalam mulut tetapi sudu itu ditarik oleh lelaki itu dan dibuang ke dalam tong sampah yang terdekat. Masuk pula tu!

"Hey!" Jerit Aqirah tetapi sukar untuk didengari oleh orang sekeliling sebab terlalu ramai dan bising. Dah macam bazaar ramadhan! Mata Aqirah membulat apabila melihat tingkah laku lelaki yang kurang adab itu. Dia mencebik tetapi dia tak boleh nak lakukan apa - apa sebab sudu dah takde. Nak makan macam mana?

"Apa? Nak ambil sudu tu semula ke? Pergilah. Aku nak tengok juga." Cabar lelaki itu sambil memeluk tubuh, mata memandang tepat ke arah Aqirah yang sedang naik kemerahan kerana menahan amarah. Cari pasal betul lah mamat ni!

"Kau ni kenapa? Aku dah minta maaf pun kan?" Semakin kasar suara Aqira berbicara. Jangan disebabkan lelaki itu lebih besar daripanya membuatkan dia tak berani nak lawan. Kalau kaki ni hinggap dekat perut lelaki ni sedap juga.

"Now we're fair and square. Kot aku dah kotor sebab aiskrim kau dan kau dah tak boleh makan aiskrim tanpa sudu unless kau cukup berani nak makan aiskrim tu pakai mulut je." Balas lelaki itu dengan kasar. Memang sampai kesudah lah mereka takkan habis gaduh. Nadra pula tengah sibuk di dalam tandas, yang penting Aqirah memang perlukan Nadra kalau tidak memang hancur hidung mamat ni dia kerjakan. Itupun kalau mamat ni tak reti nak melawan.

"Mana ada adil! Aku tak sengaja langgar kau tapi kau sengaja buang sudu aku!" Marah Aqirah, aiskrim yang berada di tangan sudah cair sedikit, mungkin disebabkan kemarahannya yang tidak dapat ditahan lagi memberi kesan pada aiskrim itu. Memang dia sedang marah dengan lelaki ni. Tau tak betapa rindu nya dia dengan aiskrim llao llao ni? Disebabkan terlalu fokus dengan SPM, sampai keluar rumah pun jarang. Ini lah masanya dia nak lepaskan segala tekanan selepas tamat sahaja kertas terakhir SPM.

"Macam budak kecil lah kau ni. Sudu je pun!" Bidas lelaki itu sebelum memberi jelingan pada Aqirah. Sekarang ni siapa yang macam budak kecil? Rasanya lelaki itu yang macam budak kecil, tiba - tiba je buang sudu orang hanya disebabkan kotnya sudah kotor.

"Kau lah yang macam budak kecil. Dah besar panjang pun masih buang sudu orang." Lawan Aqirah, mata tajam menikam lelaki itu. Ini kalau bukan depan orang ramai, memang dah lama dia tumbuk lelaki ni.

"Kau ni mesti budak sekolah lagi kan? Sebab tu lah perangai macam ni." Tak puas lagi lelaki itu, masih nak bergaduh dengan Aqirah. Dah macam budak - budak gaduh. Aqira mengecilkan mata sambil memandang lelaki itu. Harap muka je kacak tapi perangai hampeh!

"Memang aku budak sekolah pun, kenapa? Kau yang macam dah habis sekolah pun perangai macam budak darjah 1" Bidas Aqirah.

"Oh, budak sekolah? Aku ni lagi tua daripada kau tau tak? Cuba hormat sikit. Ini tidak, siap bahasakan diri aku kau lagi. Ingat hebat sangat lah tu?" Sikit pun Aqirah tak terasa dengan kata - kata lelaki itu. Siapa yang mulakan dulu? Aqira hanya sambung sahaja.

"Kau yang mula dulu, aku sambung je." Balas Aqirah sebelum menjeling sekali lagi ke arah lelaki itu. Belum sempat lelaki itu membalas, Nadra sudah menegur Aqirah.

"Qirah! Akak cari kau lagi tadi, dekat sini rupanya— Awak?!" Belum habis lagi ayat Nadra, matanya melihat lelaki yang berada di hadapan Aqirah itu. Lelaki itu hanya memandang Nadra dengan wajah beku.

"Kau siapa pula?" Soal lelaki itu dengan kasar.

"Awak yang saya terlanggar dekat Lovisa haritu..." Ujar Nadra perlahan sahaja, mata dikerdipkan beberapa kali sebelum memandang ke arah Aqirah yang masih berkerut itu. Apa dah jadi pula?

"Oh... Adik kau ke ni? Kakak dengan adik sama je eh? Jalan pakai lutut bukan mata." Lelaki itu mendengus. Aqirah mengepal kedua tangannya erti geram. Kalau mamat ni sambung cakap lagi memang hinggap penumbuk ni dekat muka kacak dia tu!

"Orang macam kau ni memang tak boleh nak bawa bincang lah. Benda kecil je pun tapi nak besarkan. Aku dah minta maaf tu cukup lah, nak melebih pula!" Marah Aqirah, mata tidak lepas daripada memandang lelaki itu. Kalau mata boleh membunuh, dekat sini juga mamat ni hilang nyawa.

"Qirah! Apa ni cakap kau aku, tak baik lah!" Tegur Nadra dengan dahi yang berkerut. Bahu Aqirah ditepuk perlahan. Nadra memang tahu adiknya yang seorang ini memang kasar orangnya, tak seperti Nadra. Berani lah cari pasal dengan Aqira memang salah orang lah namanya. Tapi tak bermakna Nadra suka dengan percakapan Aqira. Lelaki ini pun nampak sudah bekerja, Aqira pula baru habis sekolah.

"Dengar sikit cakap kakak kau tu. Baru habis sekolah tapi macam tak pernah sekolah. Adab dah buang jauh ke?" Suka pula lelaki ni provok Aqirah ye? Sekali dia tumbuk muka tu betul - betul nanti, baru tau!

"Kau pun sama lah! Tak payah nak menunding jari sangat." Balas Aqira dengan suara yang sedikit meninggi tapi masih dapat dikawal disebabkan ada orang ramai yang lalu lalang. Dia sendiri malu nak kuatkan suara tapi lelaki ni dah cabar dia.

"Eh, dah lah tu. Dua - dua salah, okay? Cepat minta maaf." Pinta Nadra kepada Aqirah dan lelaki itu. Berselisih dia memandang dua orang itu. Tetapi keduanya kuat ego, taknak beralah. Memang macam budak sekolah.

"Qirah..." Meleret suara Nadra memanggil Aqirah. Biar lah adiknya mengalah kalau bukan lelaki itu.

"Ish yelah! Aku minta maaf sebab berkasar dan tumpahkan aiskrim dekat kau." Aqira memohon maaf buat kalu yang kedua. Ni dah tak ikhlas. Tadi, waktu dia ikhlas minta maaf, lelaki tu tak hiraukan. Lelaki itu mengukirkan senyuman bangga.

"Jangan harap aku nak minta maaf dekat kau." Balas lelaki itu sebelum berlalu pergi tanpa memberi Aqirah atau Nadra bersuara. Aqirah mendengus. Aiskrim yang berada di dalam tangan itu sudah menjadi air. Berlagak betul lelaki itu berjalan.

"Ish, geramnya!" Omel Aqirah.

"Dah lah tu, Qirah. Jom kita balik. Tak payah lah hiraukan dia." Pujuk Nadra.

...

2 bulan kemudian.

Nadra menghela nafas berat selepas keluar daripada dewan belajar bersama Aisya. Baru habis test tadi. Alhamdulillah, soalan pun mudah nak jawab. Lagi seminggu mereka akan cuti pertengahan semester dan majlis nikah Rayyan dan Nadra pun akan berlangsung pada cuti tersebut.

"Dah habis test pun muka kau nervous semacam je, Nad. Haa, aku tau! Kau nervous nak kahwin kan?" Bisik Aisya bersama ketawa kecil sambil berjalan beriringan untuk ke kafe. Lapar! Sarapan pun tak makan tadi disebabkan takut nak jawab test. Sekarang baru ada selera nak makan, perut pun dah berkeroncong meminta makan.

"Gila tak nervous? Aku mana pernah kahwin!" Balas Nadra dengan keluhan berat. Bibir dimuncungkan sebelum mereka mengambil tempat di kafe itu. Nasib baik tak ramai sangat pagi ni kalau tidak memang beli makanan lepastu balik asrama terus.

"Biasa lah tu nervous. Kita yang dah berkali - kali ambil test pun masih nervous."

"Apa kaitan kau ni?" Marah Nadra sebelum menjeling Aisya. Tak ada kaitan pun dengan kahwin dan test. Nak buat lawak pun cari lah yang tak hambar. Ini tidak, makin membuat Nadra tertekan adalah.

"Memang lah takde kaitan, aku cakap je. Kau takde ke on-call atau mesej dengan tunang kau?" Soal Aisya. Nadra menggeleng. Nak mesej atau on-call buat apa? Takde alasan lagipun mereka masih belum ada ikatan yang sah walaupun dah tunang tapi ia tak menghalalkan mereka untuk buat apa yang mereka suka. Lain lah kalau ada urusan penting tentang pernikahan mereka, itu boleh dibawa bincang lagi. Tapi kalau sebab rindu tu rasanya boleh tunggu sampai kahwin kut, lepastu nak lepas rindu pun boleh. Takde siapa yang kisah.

"Takde. Nak buat apa kalau takde urusan penting?" Soal Nadra kembali dengan kening yang terjungkit. Nadra mengeluarkan dompet daripada totebag untuk membeli nasi goreng dan green tea bersama Aisya.

"Betul juga. Eh, semalam aku nampak dia berbual dengan kak Arifah." Terhenti segala pergerakan daripada mencedok nasi goreng itu. Berbual je kan bukannya apa pun. Lagipun diaorang kan sepupu walaupun Arifah itu sepupu angkat.

"Kau nak buat aku cemburu ke apa? Sebab tak jadi. Diaorang tu sepupu bukan aku dah bagitau kau ke?" Soal Nadra sebelum dia kembali menyiduk nasi goreng ke dalam bekas plastik.

"Sepupu angkat. Aku bukan nak buat kau cemburu cuma nak bagitau kau je. Tu kan tunang kau lagipun muka dia nampak macam tegang je bila bercakap dengan kak Arifah semalam." Beritahu Aisya lagi. Nadra bukan tak nak ambil tahu, memang banyak persoalan dalam kepala sekarang yang ingin dikeluarkan bila berjumpa dengan Rayyan tapi lelaki itu sendiri sudah kata yang Arifah itu tak lebih daripada sepupu. Nadra takut kalau dia tanya lebih, Rayyan akan tak suka. Siapa je yang suka bila orang tanya soalan yang sama kan?

"Biar lah, Sya. Diorang tu sepupu je. Kau ni jangan lah buat aku overthinking, tak pasal - pasal aku lari nanti tak nak kahwin." Balas Nadra. Bekas plastik yang diisi nasi goreng itu diletakkan di atas meja kaunter untuk bayar.

"Sorry." Sepatah Aisya membalas. Dia pun bukan sengaja nak buat Nadra overthinking.

Selepas membayar makanan dan minuman, mereka kembali ke tempat duduk tadi sebelum menjamu selera.

"Kau intern dekat mana nanti anyway?" Soal Aisya sambil menyuap mee goreng ke dalam mulut. Mata memandang ke arah Nadra yang sedang meneguk air green tea itu.

"Syarikat papa Rayyan. Itupun kalau dapat, papa dia yang bagi cadangan. Kalau tak dapat aku cuba dekat tempat abang aku kerja kut senang sikit ada orang aku kenal yang boleh tolong." Balas Nadra sebelum menyuap nasi goreng ke dalam mulut. Aisya hanya mengangguk.

"Lepas kau kahwin nanti, aku seorang je lah ni dekat bilik? Bosan lah aku nanti." Pamit Aisya, seakan - akan merajuk. Nadra tergelak kecil melihat perangai Aisya tu. Kalau jumpa bergaduh, tak jumpa rindu pula.

"Mengada lah kau! Tak bosan ke asyik tengok muka aku je?" Gurau Nadra.

"Bosan lah jugak." Balas Aisya dengan nada gurauan juga.

"Kalau taknak seorang pergilah kahwin. Abang aku tunggu." Usik Nadra bersahaja sambil menyuapkan nasi goreng ke dalam mulutnya. Aisya hanya menjeling tetapi muka sudah naik kemerahan.

ะŸั€ะพะดะพะปะถะธั‚ัŒ ั‡ั‚ะตะฝะธะต

ะ’ะฐะผ ั‚ะฐะบะถะต ะฟะพะฝั€ะฐะฒะธั‚ัั

Tempat Sempurna LOLLYSNOW

ะ›ัŽะฑะพะฒะฝั‹ะต ั€ะพะผะฐะฝั‹

4.5M 264K 72
THAQIF | SAFA Mereka tidak pernah dekat lagikan mahu bercinta. Tidak! Tidak pernah terfikir dek akal Safa untuk bercinta dengan Thaqif, lelaki yang d...
Ketua Pengawas VS Tunang old ver. (sis4na) ski

ะ›ัŽะฑะพะฒะฝั‹ะต ั€ะพะผะฐะฝั‹

74.7K 2.6K 55
written by sis4na ( not me !! ) kpvst ni dah lama complete tapi author sis4na ada buat pembaharuan (?) dlm jalan cerita dia / cut some parts ( im not...
7K 418 14
' ๐‡๐ข๐ฌ ๐๐ซ๐ข๐๐ž ' "Kau pasti isteri kau akan setia dengan kau kalau dia tau siapa diri kau yang sebenarnya?" "Kau bawa bala, Zafran." [tekan 'REA...
Rescue Me, Tuan Inspektor! izz

ะ›ัŽะฑะพะฒะฝั‹ะต ั€ะพะผะฐะฝั‹

6K 350 16
Pergi saja kekasih pertamanya Hariz, separuh jiwa Tiara turut pergi bersama Hariz. Hariz pergi meninggalkan Tiara depan matanya sendiri tanpa sempat...