| C🐧|TOGETHER

Oleh Ranran_01

7.4K 481 17

○BLURB○ Takdir yang tertulis tidak seharusnya dipersalahkan... Di usianya yang begitu muda, Jane meninggalkan... Lebih Banyak

♤ PROLOG ♤
♤ BAB 1 ♤
♤ BAB 2 ♤
♤ BAB 3 ♤
♤ BAB 4 ♤
♤ BAB 5 ♤
♤ BAB 6 ♤
♤ BAB 7 ♤
♤ BAB 8 ♤
♤ BAB 9 ♤
♤ BAB 10 ♤
♤ BAB 11 ♤
♤ BAB 12 ♤
♤ BAB 13 ♤
♤ BAB 14 ♤
♤ BAB 15 ♤
♤ BAB 16 ♤
♤ BAB 17 ♤
♤ BAB 18 ♤
♤ BAB 19 ♤
♤ BAB 20 ♤
♤ BAB 21 ♤
♤ BAB 22 ♤
♤ BAB 23 ♤
♤ BAB 24 ♤
♤ BAB 25 ♤
♤ BAB 26 ♤
♤ BAB 27 ♤
♤ BAB 28 ♤
♤ BAB 29 ♤
♤ BAB 30 ♤
♤ BAB 31 ♤
♤ BAB 32 ♤
♤ BAB 33 ♤
♤ BAB 34 ♤
♤ BAB 35 ♤
♤ BAB 36 ♤
♤ BAB 37 ♤
♤ BAB 38 ♤
♤ BAB 39 ♤
♤ BAB 40 ♤
♤ BAB 41 ♤
♤ BAB 42 ♤
♤ BAB 43 ♤
♤ BAB 44 ♤
♤ BAB 45 ♤
♤ BAB 46 ♤
♤ BAB 47 ♤
♤ BAB 48 ♤
♤ BAB 49 ♤
♤ BAB 50 ♤
♤ BAB 51 ♤
♤ BAB 52 ♤
♤ BAB 53 ♤
♤ BAB 54 ♤
♤ BAB 55 ♤
♤ BAB 56 ♤
♤ BAB 57 ♤
♤ BAB 58 ♤
♤ BAB 59 ♤
♤ BAB 60 ♤
♤ BAB 61 ♤
♤ BAB 62 ♤
♤ BAB 63 ♤
♤ BAB 64 ♤
♤ BAB 65 ♤
♤ BAB 66 ♤
♤ BAB 67 ♤
♤ BAB 68 ♤
♤ BAB 69 ♤
♤ BAB 70 ♤
♤ BAB 71 ♤
♤ BAB 72 ♤
♤ BAB 74 ♤
♤ EPILOG ♤

♤ BAB 73 ♤

99 3 0
Oleh Ranran_01

MATA Jane terbuka perlahan. Samar-samar melihat cahaya lampu melintasi. Aku kat mana ni?

“Puan... Bertahan ya. Puan kehilangan banyak darah. Puan perlu melahirkan sekarang, kalau tak, bayi puan takkan selamat...” Sayup-sayup kedengaran suara nurse menyapa telinga. Mata digagahkan untuk dibuka luas.

“Suami saya mana, misi? Suami saya mana?” raung Jane tidak menghiraukan kata-kata nurse itu. Abang kat mana? Rasanya sebelum mata tertutup, dia nampak Daniel telah jatuh. Tak semena-mena air mata kembali berair. Tubuh cuba dibangunkan namun ditahan oleh nurse itu.

“Saya nak jumpa suami saya. Abang kat mana?” esak Jane.

“Jane, Daniel tengah dirawat.”

Suara Ha-joon menyapa telinga. Dalam pandangan dikaburi air mata, dia sudah nampak Ha-joon. Semakin deras air matanya mengalir. “Mana Daniel, Ha-joon? Saya nak jumpa dia...”

Kepala Ha-joon terangguk sayu. “Sabar Jane. Doktor tengah rawat dia. Dia takkan apa-apa,” pujuknya.

“Abang....” rintih Jane sayu. Suatu ketika, tangan naik menyentuh perut yang mula kekejangan. Mula terasa ngilu kontraksi. Nafas tiba-tiba terasa laju. Perlahan-lahan rasa sakit itu menyeluruhi segenap tubuh. Jubahnya juga terasa basah.

“Puan mesti melahirkan sekarang. Puan sudah kehilangan banyak darah,” ujar doktor yang baru tiba.

Jane kesukaran untuk bernafas dengan baik. Tangan mula menarik-narik cadar.

Ha-joon mendekatkan diri ke telinga Jane. “Awak kena kuat demi Daniel dan anak korang. Awak mesti boleh, Jane.” Memberi kekuatan.

Sayup-sayup kedengaran suara Ha-joon itu.

Argh!” teriak Jane kuat. Kesakitan makin maksima. Tangan entah bila sudah mendarat ke atas rambut Ha-joon. Terdorong ke hadapan seketika lelaki itu. Air mata tak pernah berhenti mengalir.

Ha-joon cuba melepaskan rambutnya dari cengkaman tangan Jane namun kesukaran kerana pegangan itu kuat.

“Mak!” jerit Jane lagi. Sudah tidak tertahan-tahan sakitnya.

Mereka tiba di hadapan labour room. Rambut Ha-joon masih tidak lepas.

“Mak dengan adik-adik awak pun sedang dirawat, Jane. Nanti diaorang akan ke sini. Awak boleh Jane. Anak awak dah tak sabar nak melihat dunia. You can do it, Jane!” Ha-joon tetap memujuk sambil menahan rasa sakit rambut yang menegang.

Doktor yang melihat mengeluh berat. “Encik masuk ikut kami. Kami tak boleh lama membiarkan Puan Jannah dalam keadaan begini,” ujarnya.

Wajah Ha-joon terkebil-kebil sebentar. “But, I'm not her husband...”

“Saya tahu tapi tangan dia pegang rambut encik pun tak lepas. Saya rasa dia nak pinjam kekuatan encik untuk melahirkan. Saya difahamkan suaminya pun cedera parah kan?”

Kepala Ha-joon mengeyakan kenyataan itu. Daniel parah.

“Dah! Cepat tolak katil ni. Lambat nanti, saya risau pada ibu dan anak,” gesa doktor itu lalu membantu mendorong katil itu menolak pintu labour room.

Jane berlawan dengan rasa sakit yang semakin menyengat. Ha-joon pula hanya kalut bertahan dengan rambutnya masih dalam genggaman gadis itu. Hati sedikit gusar tetapi Jane perlu segera melahirkan. Maafkan aku Daniel... Pinjamkan kekuatan kau, Daniel. Semoga Jane dipermudahkan.

Push puan! Push! All out!” suruh doktor.

“Argh!” Jane meneran sehabis tenaga namun kepala bayi masih belum muncul.

“Lagi Jane! Lagi!” jerit Ha-joon. Semakin risau.

Jane mula meneran lagi. Rasa nak putus segala urat. Pada ketika ini, kepala bayi sudah kelihatan.

“Teruskan puan! Sikit lagi! Sikit lagi!” ujar doktor perempuan itu bersungguh-sungguh.

“Alhamdulillah, baby boy!” ucapnya lalu menyerah bayi lelaki itu kepada nurse di sebelah. Sudah banyak darah membasahi katil.

Ha-joon hanya bertahan daripada melihat cecair merah yang banyak itu. Jadi pening kepalanya kalau terus menatap.

Melihat baby lelaki yang tembam itu, membuatkan Ha-joon meraup wajah dengan sebelah tangan. Lega namun jantungnya kembali berdetak deras apabila melihat dada Jane berombak laju. Jane makin sukar untuk bernafas!

One more, puan! Push!” jerit doktor itu.

“Hah?” Terkejut besar Ha-joon. Wajah Jane yang kelelahan dikerling.

Push puan! Lagi! Satu aje lagi!” gesa doktor itu lagi.

Jane mengumpul kekuatan. Anak mama, tolong mama. Desisnya dalam hati. Dia dah tak larat dah. Mata hampir layu namun seorang lagi umat Nabi Muhammad S.A.W perlu dilahirkan.

Tangan kiri semakin mencengkam rambut Ha-joon, tangan kanan menarik cadar. Sehabis tenaga dia cuba dan apabila melihat seorang bayi perempuan selamat mendarat di atas gendongan doktor itu, senyuman sayu terukir di bibirnya yang kian pucat. Tubuhnya serta merta terasa ringan namun kepala semakin pusing. Mata perlahan-lahan mulai tertutup. Tangan ke atas rambut Ha-joon melorot turun.

“Abang...” serunya lemah.

“Jane!” Jantung Ha-joon berdendang laju.

“Doktor! Kenapa dengan dia?”

Wajah doktor itu juga nampaknya cemas. Diperiksa denyutan nadi Jane yang sudah terpejam. “Encik tunggu dekat luar. Kami akan cuba sedaya upaya untuk selamatkan ibu.”

What do you mean, doc?” tempik Ha-joon. Tak berkenan dengan ayat lontaran doktor itu.

“Dia mengalami pendarahan yang banyak. Sila tunggu di luar, encik. Mudahkan urusan kami.” Doktor itu terus menolak tubuh Ha-joon sehinggalah pintu labour room tertutup.

Ha-joon mengigit bibir. Cemas hatinya. Janganlah terjadi apa-apa.  Mundar-mandir di hadapan bilik bersalin itu dengan perasaan tak senang hati. Fikiran kusut. Seminit berlalu rasanya bagai setahun.

“Ariq... Jannah macam mana?” Puan Salina tiba berkerusi roda ditolak oleh Akif. Arif juga ada di sebelah.

Wajah Ha-joon mendung. “Dia dah selamat melahirkan anak kembar. Tapi...” Mata tersorot pada pintu bilik yang masih tertutup itu.

“Tapi apa Ariq?” Puan Salina cuba berdiri tetapi ditahan oleh Ha-joon.

“Dia tumpah darah. Lagipun bahu dia cedera...” Ha-joon sayu. Kepala teringat akan Kingen. Amarah kembali membuak-buak dibuatnya. Sebab Kingen, Jane dan Daniel terlantar.

●●●●●

PUAN Nurjuwita jatuh melutut di dalam wad yang menempatkan tubuh Daniel. Menangis teresak-esak. Sejak menerima berita ngeri yang menimpa anak itu, hati tak pernah tenteram.

Melihat beberapa balutan kain putih di tubuh Daniel, merobek jiwa ibunya. Daniel difahamkan mengalami kecederaan parah di kepala dan patah kedua-dua belah kaki, serta luka dalaman. Masih tidak sedarkan diri.

“Maafkan mummy, Niel! Maafkan mummy! Tolonglah sedar! Tolonglah bangun, sayang. Mummy sayang Niel. Mummy tak mahu hilang Niel!” rintih mummy di lengan Daniel.

“Mummy salah, Niel. Semua salah mummy. Mummy menyesal sebab selalu tak peduli pada Niel. Mummy ego. Mummy sayang anak-anak mummy... Bangunlah Niel. Mummy nak minta maaf pada Niel. Bangunlah sayang...” Tangisan yang tiada henti namun tiada sahutan daripada Daniel. Wajah anak itu yang pucat dibelai kasih.

Anak ini tak pernah dapat kasih sayangnya. Anak ini menjadi mangsa kemarahannya. Anak ini selalu tak lelah untuk ambil peduli tentangnya. Kasih sayang anak ini tulus tapi mengapa dia sebagai ibu buta hati selama ini?

Mengingatkan kejahilannya menyeksa batin Daniel, penyesalan bertubi-tubi menghentam lumat hatinya. Kalaulah masa boleh diputar semula, anak ini akan ditatang minyak yang penuh. Anak ini akan disayang sepenuh hati.

Kepala Nurjuwita rebah di lengan Daniel. Menanti anak itu buka mata.

Datuk Zamarul menyeka juring mata yang dari tadi berair. Melihat penyesalan isteri sendiri melegakan hati. Perlahan-lahan kaki menapak mendekati Nurjuwita. Bahu wanita itu disentuh lembut.

“Jom keluar. Bagi Niel rehat.”

Puan Nurjuwita menggeleng laju. “Tak nak, abang! Saya nak anak saya. Saya nak duduk dekat dengan dia. Saya nak jadi orang pertama yang dia lihat masa dia buka mata,” rintihnya.

“Abang tahu. Tapi Niel perlukan rehat. Dia akan sedar bila tiba masanya. Kita doakan dia. Jom keluar.” Tangan isteri ditarik.

Puan Nurjuwita berkeras tidak mahu.

“Jom... awak pun kena rehat. Daniel pun tak suka tengok awak macam ni. Kalau dia dah sedar nanti, kita datang semula ya?” pujuk Datuk Zamarul lagi.

Puan Nurjuwita teresak bisu. Tak mahu sebenarnya meninggalkan anak ini namun mengikut jua langkah kaki suami ke luar.

Di luar wad sudah ramai dengan ahli keluarga berkumpul. Masing-masing menanti untuk melawat Daniel.

“Daniel macam mana, Juwita?” soal Nek Tok Radziah. Riak kebimbangan.

“Aunty, Daniel dah sedar ke?” Alia Annisa juga hadir merisaukan Daniel.

Tergeleng kepala Puan Nurjuwita. Air mata mengalir laju. “Niel masih tak nak bangun. Niel tak nak jumpa saya agaknya, mak?”

Kedua wanita yang mendengar rintihan itu, mulai mendung wajah mereka. Daniel masih segan untuk membuka mata.

“Niel akan sedar. Dani yakin. Dia ada ramai orang yang sayangkan dia. Dia ada isteri dan anak-anak yang sedang tunggu dia.” Dani Muaz merangkul bahu mummy. Erat.

“Anak-anak?” Puan Nurjuwita keanehan.

Senyuman sayu terbentuk di bibir Dani Muaz.

“Niel dapat anak kembar. Sepasang! Tapi tak cukup bulan. Mummy nak tengok cucu mummy?”

Semakin teresak Puan Nurjuwita. Terngiang-ngiang di dalam kepala akan penghinaannya terhadap bayi yang belum lahir itu. “Bawak mummy jumpa cucu dengan menantu mummy. Mummy nak jumpa diaorang!”

Dani Muaz mengangguk lantas membawa mummy untuk menemui anak-anak saudara dan adik iparnya yang juga masih belum sedarkan diri. Diiringi Nek Tok Radziah dan Alia Annisa di belakangnya.

●●●●●

“COMEL kan diaorang tidur?” tegur Ummi Ruhila kepada Puan Nurjuwita. Nampak macam kasih wanita itu sudah tumpah sepenuhnya terhadap sepasang kembar yang sedang nyenyak tidur di dalam inkuibator.

Puan Nurjuwita hanya mengangguk sayu.

“Mama dan papa diaorang belum sedar. Mesti diaorang pun tak sabar nak jumpa,” ujar Ummi Ruhila lagi.

Puan Nurjuwita menghela nafas yang berat. Wajah Ummi Ruhila dipandang. Tangan itu diraih sekaligus tubuh itu dipeluk. Teresak deras dia di bahu wanita yang selama ini dia benci.

Tersenyum Ummi Ruhila. Tangan mengelus-elus belakang tubuh wanita itu bagi menyalurkan kekuatan.

“Diaorang akan sedar. Kita doakan supaya diaorang kembali untuk jumpa anak-anak diaorang ni.”

Puan Nurjuwita meleraikan pelukan. “Akak mintak maaf atas apa yang akak buat... Akak cemburu dengan awak. Awak ada masa yang banyak dengan Niel. Akak dah rugi bertahun-tahun. Sejak Niel dijaga oleh awak, akak ingatkan akak susahkan awak jaga Niel yang dalam masa yang sama kena jaga anak yang baru lahir. Tapi akak silap, kasih sayang korang berdua tulus. Akak salah pada Daniel, Ila.” Semakin deras air matanya keluar.

Ummi Ruhila menggeleng kepala. Mata memandang sayu kepada sepasang kembar itu.

“Daniel anak yang baik, kak. Dia tak pernah nak susahkan saya. Saya sangat bersyukur dapat jaga dia. Tak pernah mengeluh belai dia dari kecik. Bahkan saya pernah terfikir kenapalah Daniel bukan dari rahim saya? Saya sayangkan Daniel macam anak kandung saya sendiri tapi walau bagaimanapun, kasih ibu kandung sebenar yang Daniel dambakan. Daniel sayang akak sangat-sangat. Apa-apa yang dia buat mesti dia akan fikirkan akak dulu. Tahta akak dalam hati dia itu tinggi.

Tapi, Daniel juga ada perasaan. Dia sedar diri. Jika orang tak mahukan dia, dia tak nak memaksa. Akak bertuah sebab dapat lahirkan anak sebaik Daniel. Jadi, akak, Ila merayu... sayanglah Daniel. Seumur 28 tahun hidup dia, tak pernah dia lupakan akak. Daniel tak salah dalam masalah kita. Dalam masalah tradisi yang bagi saya tak masuk akal.” Menangis Ummi Ruhila mengenang nasib malang Daniel selama ini.

Air mata Puan Nurjuwita berjuraian deras. Maafkan mummy Niel!

Terasa bahu kedua wanita itu disentuh lembut.

"Kamu semua tak salah. Mak yang salah. Kalau mak tak teruskan tradisi ni, kamu takkan benci Daniel, Ita. Daniel takkan kurang kasih sayang ibu kandung. Tapi mak pentingkan diri. Demi tradisi tak masuk akal ni, mak lupa yang kelahiran anak itu tak boleh dipaksa. Mak lupa yang semua anak itu adalah anugerah Allah untuk disayang, bukanlah sebagai alat koleksi untuk dikumpul. Mak khilaf. Betullah kata Daniel. Mak terlalu megah dengan anugerah keturunan ramai dan kekayaan yang tak pernah habis, sampai mak lupa untuk berterima kasih pada pemberi. Ya Allah, maafkan aku... Maafkan aku..." Nek Tok Radziah longlai dengan air mata. Alia Annisa sudah di sisi demi memujuk wanita tua itu.

Puan Nurjuwita dan Ummi Ruhila berpandangan sesama sendiri, kemudian tunduk di depan ibu mentua mereka.

"Ita yang kejam menjadi ibu. Ita tak adil pada anak-anak Ita. Mungkin sebab itu Ita tak boleh mengandung lagi. Kalau Ita ada anak ramai, Ita tak rasa yang Ita akan adil pada mereka. Tengoklah apa yang Ita dah buat pada Niel? Ita baru aje ada dua orang anak tapi Ita dah beza-bezakan diaorang." Seketika mata memandang Ummi Ruhila di sebelah.

"Ila wanita yang hebat. Pada masa sedang menjaga anak pertama, dia mampu untuk jaga anak yang Ita buang. Akak salah pada awak Ila... Tapi sekarang Akak dah menyesal. Akak tak nak hilang Niel. Akak nak jumpa dia..." Kembali teresak Puan Nurjuwita.

Ummi Ruhila seka air mata. Mata memandang lirih kepada dua wanita yang dihormatinya. Apa yang terjadi sekarang adalah ketentuan. Masa lalu sudah berlalu. Perkara yang penting masa kini adalah menanti Daniel, anak yang malang itu bersama isterinya untuk kembali pada realiti dunia.

●●●●●

HARIZ mengesat tubir mata yang berair. Tak sangka sesakit ini kehilangan sahabat. Sesakit ini perpisahan dua alam terjadi.

Tangan menarik perlahan-lahan kain putih sehingga menutupi wajah Eden yang sudah pucat.

Eden sahabatnya dan Eden juga seorang yang terluka.

“Berehatlah, Eden. Dunia ini memang kejam. Moga-moga kau tenang dekat sana, Eden. Aku akan doakan kau. Aku pun akan tengok-tengokkan mama kau. Kau dah tak sakit dah, Eden.” Hariz sebak. Segala kenangan bersama Eden ditayangkan dalam kepala.

“Aku pergi dulu...” ucapnya lantas meninggalkan tubuh Eden yang kaku itu.

Eden atau Kingen disahkan meninggal dunia ekoran kecederaan parah di kepala kerana tertusuk batang besi yang berkarat.

Tubuhnya juga cedera parah. Organ dalaman pecah dan patah tulang belakang. Meninggal di tempat kejadian sebelum sempat tiba di hospital.

Sesungguhnya, tiap-tiap yang bernyawa itu pasti menemui mati...

TBC...

Lanjutkan Membaca

Kamu Akan Menyukai Ini

1.4K 61 70
First Story by flowylia Elmira Ramadhani & Ayden Nufail Tidak disangkakan,Elmira terpaksa berkahwin dengan musuh zaman sekolahnya atas kehendak kelua...
1.4K 85 14
Dibuang keluarga sendiri dan hanya mampu menumpang kasih pada keluarga angkatnya. "KAU KELUAR DARI RUMAH NI SEKARANG !!" - Encik Nufail "Shh.. Umi a...
1.6K 137 25
[Spin Off MAMT 💙] Hidupnya berubah dalam sekelip mata tatkala, satu kejadian hitam yang berlaku. Dan kerana itu, dirinya kini terasa seolah-olah di...
7.2K 207 43
Known as: Cinta Bukan Paksaan "Boleh jadi Allah ambil sesuatu yang istimewa dalam hidup kamu kerana Dia cemburu. Hamba-Nya sudah terlalu jauh." Start...