| C🐧|TOGETHER

By Ranran_01

7.4K 481 17

○BLURB○ Takdir yang tertulis tidak seharusnya dipersalahkan... Di usianya yang begitu muda, Jane meninggalkan... More

♤ PROLOG ♤
♤ BAB 1 ♤
♤ BAB 2 ♤
♤ BAB 3 ♤
♤ BAB 4 ♤
♤ BAB 5 ♤
♤ BAB 6 ♤
♤ BAB 7 ♤
♤ BAB 8 ♤
♤ BAB 9 ♤
♤ BAB 10 ♤
♤ BAB 11 ♤
♤ BAB 12 ♤
♤ BAB 13 ♤
♤ BAB 14 ♤
♤ BAB 15 ♤
♤ BAB 16 ♤
♤ BAB 17 ♤
♤ BAB 18 ♤
♤ BAB 19 ♤
♤ BAB 20 ♤
♤ BAB 21 ♤
♤ BAB 22 ♤
♤ BAB 23 ♤
♤ BAB 24 ♤
♤ BAB 25 ♤
♤ BAB 26 ♤
♤ BAB 27 ♤
♤ BAB 28 ♤
♤ BAB 29 ♤
♤ BAB 30 ♤
♤ BAB 31 ♤
♤ BAB 32 ♤
♤ BAB 33 ♤
♤ BAB 34 ♤
♤ BAB 35 ♤
♤ BAB 36 ♤
♤ BAB 37 ♤
♤ BAB 38 ♤
♤ BAB 39 ♤
♤ BAB 40 ♤
♤ BAB 41 ♤
♤ BAB 42 ♤
♤ BAB 43 ♤
♤ BAB 44 ♤
♤ BAB 45 ♤
♤ BAB 46 ♤
♤ BAB 47 ♤
♤ BAB 48 ♤
♤ BAB 49 ♤
♤ BAB 50 ♤
♤ BAB 51 ♤
♤ BAB 52 ♤
♤ BAB 53 ♤
♤ BAB 54 ♤
♤ BAB 55 ♤
♤ BAB 56 ♤
♤ BAB 57 ♤
♤ BAB 58 ♤
♤ BAB 59 ♤
♤ BAB 60 ♤
♤ BAB 61 ♤
♤ BAB 62 ♤
♤ BAB 63 ♤
♤ BAB 64 ♤
♤ BAB 65 ♤
♤ BAB 66 ♤
♤ BAB 67 ♤
♤ BAB 68 ♤
♤ BAB 69 ♤
♤ BAB 71 ♤
♤ BAB 72 ♤
♤ BAB 73 ♤
♤ BAB 74 ♤
♤ EPILOG ♤

♤ BAB 70 ♤

75 2 0
By Ranran_01

“NAH! Kau pilih nak pakej yang mana... Aku belanja!” Laila mendabik dada sendiri.

Jane cebik bibir namun mata tetap membelek tawaran pakej yang disediakan di Rose’s Salon ini. Menyebut nama kedai ini membuatkan dia teringat akan sesuatu. Wajah Laila dipandang.

“Hari tu bukan ke kau kata kau nak kerja kat salon apa eh, bella... bella tu...” Jane cuba mengingat.

Senyuman Laila mengendur. “Salon Isabella.” Perlahan tetapi penuh kesayuan.

“Haa... Isabella tapi...” Melihat wajah Laila mendung membuatkan Jane tidak jadi bertanya.

“Kau dah pilih mana pakej yang kau nak?” gesa Laila saat dia kembali ceria.

“Errr... yang ni lah!” Jari Jane menunjuk ke pakej A yang mana senarainya adalah gunting, cuci rambut menggunakan serum dan tonik serta urut kepala.

“Serius?’ Laila meminta kepastian.

Jane hanya mengangguk lantas tersenyum tipis.

Beberapa ketika kemudian, di depan cermin itu, Jane mencuri memandang wajah Laila. Dalam kepala ligat dengan soalan mengapa Laila bertukar tempat kerja.

“Aku tahu aku cantik, tak payah pandang selalu!”

“Ceh!” cebik Jane namun mata masih tidak lepas memandang Laila sehinggalah pandangannya tertancap pada pergelangan tangan gadis itu tergambar beberapa garis.

“Ila!” Tidak semena-mena dia menjerit. Pergelangan tangan Laila dicapai.

“Kau toreh tangan kau?” Jane rasa nak meraung. Mengapa dia tidak pernah tahu bahawa sahabatnya menderita. Sibuk dengan masalah sendiri sampai lupa kepada Laila. Tuhan... kawan apa aku ini?

Laila teragak-agak. Cuba menarik tangannya namun pegangan Jane kemas. Tidak dapat tidak terpaksalah dibiarkan sebentar. Melihat mata ibu mengandung ini mula berair mulalah buat dia rasa serba salah.

“Ni terkena gunting ajelah!” Cuba menyorok sebu di dada. Hakikat sebenar tidak mampu diluah.

Namun, Jane tidak bodoh untuk meneka. “Aku kenal garis tu. Aku tahu sebab aku pernah nampak benda yang sama masa kat depot dulu. Lebih kurang macam ni. Jangan nak tipu aku Ila. Kau ada masalah kan?” Ingatan melemparnya pada waktu ketika dia melihat mangsa-mangsa pemerdagangan manusia mengelar tangan sendiri. Sama seperti Laila sekarang.

“A... Aku...” Tubir mata Laila bergenang.

Jane tidak menunggu lama. Rambutnya masih basah tetapi tubuh Laila dibawa duduk di sofa yang ada di situ.

Tangan Laila dielus kasih. Setitis air mata akhirnya tumpah di pipi tirus itu. “Kalau kau tak keberatan, boleh aku tahu?”

Wajah Laila yang labuh ke bawah didongakkan. Mata coklat gadis itu berair. Laila sedang dalam masalah besar tetapi dia tidak pernah tahu.

Laila menarik nafas dalam-dalam. “Aku kena jual dengan boyfriend aku sendiri...” luahnya akan rahsia yang ditanggung selama ini. Selepas beberapa bulan pulang ke tanah air, barulah kebenaran terungkap.

“Ya Allah... tergamak dia. Habis tu, dia kat mana sekarang?” Hati Jane menjentik geram. Terkujat dengan berita itu. Benarlah manusia itu penuh tipu daya. Menggunakan perasaan demi nafsu yang bermaharajela.

Tubuh Laila ditarik ke dalam pelukannya. Laila yang tabah, luluh pada hari ini. Remuk juga hatinya sebagai sahabat.

“Dia ada kat salon Isabella tu ke?” soal Jane lagi.

Pantas Laila mengangguk di belakang bahu Jane. “Salon tu dah tutup. Salon tu milik keluarga dia. Dia jual aku sebab nak bayar hutang pada ah-long. Aku tak tahu tapi lepas balik sini, barulah semua ni masuk akal. Menyesal aku kenal jantan tak guna tu!”

“Kau dah buat laporan polis belum?”

“Dah... Tapi diaorang masih bebas. Aku tak tahu kat mana nak jejak. Aku stres sangat sampai aku tak sedar apa yang aku dah buat. Tapi bila aku dah sedar aku cepat-cepat istighfar. Agak-agak Allah ampunkan aku ke tak Ana? Aku berdosa sangat cuba ambil kerja dia. Aku berdosa...” Esakan Laila semakin menjadi-jadi.

Jane menggeleng kepala. “Tak, Ila. Allah tak tinggalkan kau. Pintu taubat masih terbuka. Allah tu maha pengampun. Dia masih beri kau peluang untuk tebus balik. Aku pun nak minta maaf, aku jarang cakna pasal kau. Aku selalu lupa nak tahu pasal kawan-kawan aku. Aku tak sangka kau menderita Ila. Maafkan aku Ila...” rintih Jane. Menyesal tak sudah dia kalau apa-apa terjadi kepada Laila ini.

“Kau tak salah Ana. Aku yang tak nak orang tahu. Aku malu orang nampak aku lemah. Aku malu dekat korang semua...”

“Jangan cakap macam tu, Ila. Aku ada. Saleha dengan Qis pun. Kami takkan tinggalkan kau... jangan... jangan buat lagi Ila. Tak sanggup rasanya aku nak hilang kawan lagi...” Jane pula yang teresak kuat.

Tangisan mereka berdua menyatu namun Laila kini makin tenang. Sungguh, dia perlukan Jane untuk kuat tetapi sebagai manusia yang beriman sememangnya kepada Allah tempat mengadu segala resah. Terima kasih Tuhan kerana engkau pinjamkan aku seorang sahabat pendengar yang baik. Terima kasih atas nikmat ini.

Jane meleraikan pelukan setelah mendengar telefon miliknya berdering minta diangkat. Ditarik telefon dari beg tangan. Seketika senyumannya terzahir. Kepada Laila dia beri isyarat.

“Assalamualaikum abang... tak siap lagi. Ada sesi kaunseling tadi.” Suara yang serak dikawal. Mata masih kepada Laila. Mengisyaratkan supaya Laila menyeka air matanya.

Laila hanya tergelak kecil namun tangan membuat apa yang dipinta.

“Abang nak datang dah ni... rasa dah lama sangat sayang pergi.”

“Sekarang ke?” Jane kerling jam tangan. Dah nak tengah hari.

“Yaaa...”

“Hmmm... rambut Jannah basah lagi. Dalam 30 minit macam tu abang bertolak boleh? Jannah cuba settlekan cepat sebab takut tak sempat nak jumpa Ha-joon kat airport.”

“Yelah... kalau gitu, dah siap call. Jangan potong pendek sangat yang. Sasau abang nanti rindu rambut sayang yang panjang tu...” Daniel buat muka kesian walaupun sang isteri tidak nampak.

Tergeleng kepala Jane. “Taklah... nanti kat rumah tengoklah sendiri. Suprise!”

Daniel sengih lebar. “Yelah... nanti abang sampai. Tunggu abang kat situ jangan keluar selagi abang tak sampai!” pesannya.

“Ya, Jannah duduk dalam ni aje. Assalamualaikum, jumpa nanti...” Tangan mahu mengesek punat merah namun kedengaran suami di talian menjerit memanggilnya kuat.

“Ya abang, kenapa?”

“Hehehe... lupa nak cakap. Abang cinta Jannah abang kini dan selamanya...” luah Daniel sambil pegang dada.

“Ingatkan apalah... Jannah pun cinta abang jugak. Jaga diri. Nanti bawak kereta elok-elok.”

Talian dimatikan tetapi senyumannya mekar berseri. Bahagia apabila ada orang sentiasa luahkan kata-kata sayang. Semoga anugerah ini berkekalan.

“Hmmm... banyaklah semut singgah salon ni nanti.”

Sengihan Jane melebar. Tubuh kembali duduk di depan cermin. Menyelesaikan apa yang patut.

“Ana, pasal Kingen tu betul ke kawan Encik Daniel sendiri?” soal Laila sambil tangan ligat merapikan rambut Jane. Serum rambut diratakan pada rambut hitam pekat itu.

“A’ah... aku pun tak sangka. Kecilnya dunia ni. Tapi itulah, sampai sekarang masih tak tahu dia kat mana,” ucap Jane lemah. Serah dirilah Kingen.

Kepala Laila ke bawah beberapa kali. “Dia nanti akan tertangkap jugak. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya ke jatuh ke tanah jugak. Orang buat jahat ni tak lama akan terbongkar tempat dia kat mana. Tapi, kita semua still kena hati-hati.”

Jane hanya tersenyum mendengarnya. Tangan naik mengusap perut. Hailah anak... lagi beberapa minggu dah nak melihat dunia.

“Dah tahu gender ke? Memang sorang aje ke? Nampak perut kau besar sangat.”

“Rahsia. Nanti dah meletup baru tahu...” Jane tertawa halus.

Tergeleng kepala Laila. “Korang dah ready nama anak?”

“Dah... Nak tahu?” soal Jane seraya memandang Laila pada biasan cermin.

“Boleh jugak!” Laila nampak teruja.

“Sini!” gamit Jane supaya Laila mendekatkan telinga kepadanya.

“Cantik! Lawa nama bakal anak saudara aku ni! Ish, tak sabarnya...” ujar Laila dengan mata bersinar-sinar.

“Kan? Aku dengan Daniel dah sepakat.” Jane kembali menatap cermin. Laila sudah siap menata rambutnya. Rambut yang panjang menghampiri pinggang sudah hilang, memperlihatkan rambut yang beralun cantik paras bahu. Sesuai dengan apa yang dipinta.

“Tengok. Cantik tak? Suka tak?” tanya Laila.

“Cantik... nampak beralun molek. Sesuai kan dengan aku?” soal Jane sambil membelek wajahnya sudah nampak new and fresh itu. Tak sabar nak tunjuk pada Daniel.

“Sesuai sangat. Kau memang cantik buat macam mana pun memang dah molek.”

Jane cebik bibir. “Pandai kau buat.” Mata masih tidak lepas dengan new look itu. Nampak lebih bergaya, hilang sudah dirinya yang kekampungan. Aduhai... Mata kemudian melihat sekitar.

“Memang takde orang ke selain kita? Lenggang semacam!”

“Yup! Aku minta me time aku dengan kau aje. Bos aku okay. Tapi dia bagi sampai tengah hari ajelah...” terang Laila.

“Oh, gitu. Yelah, dah nak tengah hari dah pun. Aku pakai tudung jap ya.” Jane mula ke tempat di mana dia menanggalkan tudungnya.

“Aku ke belakang jap. Nak balik nanti bagitahu aku tahu?”

“Yelah...”

Tangan mula menyanggul rambut. Anak tudung dipakai dan seterusnya selendang peach diletakkan di atas kepala. Warna yang dipadankan sesuai dengan jubah mengandung bewarna maroon yang tersarung di tubuh kini. Sebelah tangan mula mencapai brooch tudung tanpa melihat. Dek kerana itu, brooch itu jatuh terpelosot ke bawah meja.

Keluhan tipis dilepaskan. Silap sendiri namun digagahkan juga mencari. Tangan mengagau sekitar dan Alhamdullilah jumpa.

Diri kembali bangkit untuk menatap cermin namun jantung serasa mahu keluar setelah mata tertancap satu figura di belakang.

Leher Laila sudah dilingkari lengan bertatoo itu bersama pisau di tengkuknya.

“Ila!” jerit Jane lantas berpusing ke belakang.

Laila cuba bertahan. Nafasnya tercungap-cungap. Tak menyangka akan serangan ini sebaik sahaja dia menuju ke bilik belakang. Ingatkan tidak akan ada tetamu lain selain Jane rupanya lelaki ini sudah menunggu lama di sebalik langsir. Entah bila lelaki ini masuk pun dia tidak sedar.

“Encik Eden... tak, Kingen! Lepaskan kawan aku. Dia takde kena mengena dalam hal kita...” Jane kalut. Terlupa terus hendak pakai selendang.

Senyuman Kingen naik menyenget. “Sayang jugak dengan kawan kau ni. Tapi tak sayang pulak pada suami kau bila aku suruh kau tinggalkan dia!”

Jane menelan liur yang terasa kesat. “Aku takkan pernah tinggalkan siapa-siapa. Kau cuma dendam dengan aku aje kan? Jadi, kau ambik aku. Biarkan kawan-kawan aku. Biarkan suami aku...” Jane rasa nak menangis tetapi kalau nyawa gantinya untuk orang yang dia sayang, dia rela.

Kingen mencengkam belakang kepala Laila yang berbalut tudung itu. Dihempasnya ke dinding. Terhentak dahi Laila sehingga berdarah.

“Ila!” Tangan naik menekup mulut. Kingen dah melampau!

“Lepaskan kawan aku, aku kata! Kau gila ke? Tak sudah-sudah dengan dendam kau tu!” marah Jane tepat pada wajah Kingen yang sedang menyinga.

“Aku jadi macam ni pun sebab keluarga kau sial!  Pentingkan diri sampai aku hilang ayah aku. Hilang mama aku!” tempelak Kingen. Merah padam mukanya menekan marah.

“Arwah ayah aku memang salah, Kingen. Tapi sebelum dia meninggal dia pun dah menyesal dengan apa yang dia dah buat. Jadi, aku sebagai anak dengan rendah hati nak mintak maaf kepada kau atas kesalahan arwah. Cukuplah, Kingen dendam pada orang yang dah mati. Sampai bila kau nak seksa aku? Sampai bila kau nak aku buat benda ni semata-mata nak puaskan dendam kau? Aku serik. Kalau kau suruh aku melutut sekarang pun aku sanggup, Kingen. Aku sanggup tak kira berapa lama sekalipun.”

Mata Jane berair. Hari ini kemaafan Kingen terhadap ayah adalah kunci penyelesaian dendam ini. Dan dia sebagai anak akan ambil tugas itu.

"Melutut? Boleh bangkitkan ayah aku dari kubur? Hah? Semua tu tak ada guna. Melutut bukan penyelesaian segalanya. Apa yang aku nak, kau dan keluarga kau hidup tak akan pernah aman. Kalau dengan hanya mintak maaf boleh bawak ayah aku bangun dari kubur, aku takkan ada dendam ni. Kalau dengan hanya minta maaf boleh buat mama aku waras balik, kau pun takkan jadi pelacur. Itu kalau minta maaf boleh settlekan semua, aku pun tak nak tengok kau. Tapi hidup aku hancur berbelas-belas tahun siapa nak tebus balik? Siapa?” tengking Kingen. Rahangnya tegang dan suaranya bergetar.

Mata Jane pejam sekejap. Lelaki ini terluka. Oleh sebab itu, dendam ini takkan habis.

Laila pula mengengsot bangun untuk ke tepi dinding di mana terletaknya telefon. Niat untuk menelefon polis bagaimanapun dikesan. Bawah dagu tersentak ke atas setelah menerima satu sepakan deras oleh kaki seorang perempuan.

Jane yang melihat terduduk setelah menyedari bahawa Laila sudah tumbang pengsan. Kepala naik serabut dengan semua benda yang berlaku kini. Sekarang dia sendirian. Bersama Kingen dengan seorang wanita yang tidak diketahui siapa.

Wanita itu melangkah anggun mendekatinya. Dalam mulutnya penuh dengan kunyahan chewing gum. Tersenyum sinis. Setibanya di depan wajah, dagu Jane didongak ke atas. Wajah itu juga digerak ke kiri dan ke kanan sebelum bawah dagu yang sudah timbul lemak itu dicengkam.

“Cantik jugak kau ni! Takkan kau tak turn on Eden?” Ketawa Sai meledak besar.

Kingen merengus kasar namun mata tetap memandang Jane. Dia akui, gadis itu memang jelita tetapi sayang anak pembunuh.

Air mata Jane menitis. Terdiam seribu bahasa dia setelah melihat tubuh Laila yang kaku. Maafkan aku Ila sebab heret kau dalam masalah ini. Seketika dia teringat sesuatu. Suaminya mesti dalam perjalanan.

Wajah Sai dan Kingen ditatap silih berganti. “Apa lagi kau tunggu? Dah takde orang kat sini. Kau boleh bunuh aku terus!” Bicara Jane keras. Selesaikan semuanya sebelum Daniel tiba. Jangan biar Daniel pun menerima nasib yang sama dengan Laila.

Lamberttt lagi!” ejek Sai.

Kingen mula mendekati Jane. Duduk mencangkung di hadapan gadis itu. “Sebelum kau tak sabar-sabar nak mati eloknya kau tengok ni dulu!”

Tangan menunjukkan skrin telefon pintar kepada Jane. Butang rakaman ditekan. Terlihatkan susuk seorang wanita tua dengan mulut ditutup bersama tangan diikat serta dua orang remaja lelaki dalam keadaan sama.

Terbuntang luas mata Jane. Mak! Akif! Arif! Wajahnya terbias kerisauan mendalam. Bila Kingen dah dapat keluarga dia ni?

“Jahanam! Jahanam kau, Kingen!” teriak Jane bersama air mata. Nak pecah anak tekaknya.

Kingen tergelak halus. “Kau nak jumpa diaorang?”

“Lepaskan diaorang, celaka!” bentak Jane.

Pang!

Sai tidak sabar. Pipi mulus itu menjadi mangsa tangannya.

Dada Jane senak. Digagahkan diri untuk bangun walaupun beban badan sekarang membawa dua nyawa. Namun, usahanya disekat dengan tolakan keras oleh kaki Sai ke atas bahunya. Bibir digigit menahan sakit.

“Angkut dia!” suruh Kingen seraya menapak ke pintu belakang di mana ada sebuah volvo merah sedang menanti.

Jane sedar akan tujuan mereka mula meronta-ronta terutamanya setelah Sai mencengkam kepalanya lalu mengheretnya untuk masuk ke dalam perut kereta.

“Ila!” jerit Jane namun Laila sudah senyap. Dan, kereta itu pun hilang membawa Jane yang bernasib malang.

Seiring itu, Daniel dengan perasaan senang hati menolak pintu salon untuk masuk. Bersamanya sekuntum bunga mawar putih untuk isteri tercinta. Sebaik sahaja kaki sudah di dalam, jantungnya mengepam laju. Terjatuh bunga mawar tersebut di atas lantai.

Keadaan di dalam salon semuanya nampak berselerak seperti baru lepas dirompak. Hati berdentum tak sedap. Mata melilau segenap kawasan.

Nak menangis Daniel rasa setelah kelibat isteri tidak menyapa mata melainkan sekujur tubuh Laila yang terbaring kaku.

“Sayang!” Bergetar suara Daniel mencari isterinya namun kaki tetap melangkah mendekati Laila.

“Laila...” Digoncang kuat tubuh itu.

“Mana Jannah? Bangunlah Laila!” Bibir digetap. Tangan menumbuk lantai. Kepala diramas beberapa kali.

Melihat Laila masih kaku, Daniel mengeluarkan telefon. Ambulan perlu dipanggil untuk rawatan segera.

Setelah itu, tubuh bangun berjalan sekitar ruang salon itu namun kelibat isteri masih tiada. Air mata menitis di pipi. Ya Allah, mana isteri aku? Ya Allah, lindungilah dia. Dada berombak kencang.

Seketika kemudian, ada satu pesanan whatsapp menerjah masuk.

Berderau darah Daniel menerima paparan gambar daripada nombor yang tidak dikenali. Isterinya dan keluarga mentua sudah berada dalam genggaman Kingen. Lemah dan tidak sedarkan diri.

Ya Tuhan... Sayang. Mendidih hati Daniel. Kebimbangan semakin menguasai. Tangan mendail nombor tersebut tetapi tidak berjawab. Dicuba sekali lagi, tetap sama.

“Angkatlah bodoh!” bentaknya sambil menumbuk dinding.

Saat tangan ingin mendail untuk kali ketiga, satu pesanan tiba daripada nombor itu juga.

Satu pin lokasi.

Sendiri. Bawak polis, mati.

Ringkas namun tidak boleh dipandang ringan.

Wajah Daniel berubah dingin. Tidak menunggu ketibaan ambulan untuk mengambil Laila sebaliknya dia berlari keluar untuk mengejar Kingen. Yang jelas, menyelamatkan kembali isteri, anak-anak dan keluarganya.

Sebelum itu, sempat pin lokasi tersebut dicopy dan dihantar kepada Hariz. Dia tidak bodoh untuk ikut seratus peratus amaran itu. Yang jelas, melalui Hariz, mereka boleh buat persediaan rapi.

TBC...

Continue Reading

You'll Also Like

7.2K 207 43
Known as: Cinta Bukan Paksaan "Boleh jadi Allah ambil sesuatu yang istimewa dalam hidup kamu kerana Dia cemburu. Hamba-Nya sudah terlalu jauh." Start...
910 59 8
Pertemuan tidak diduga mengaut ikatan cinta di antara dua insan, Afiq Hakimi dan gadis polos, Aleesya Hana. Ikatan perjanjian rahsia di antara Afiq H...
847 48 11
Adiba Kaisara nama yang cantik seperti orangnya. Siapa yang tak terpana hati melihat dirinya yang serba lengkap sempurna. Namun sayang aura degil dan...
3.2K 339 47
[Karya pertama] Terjumpa di Taman Rekreasi yang tanpa sengaja dan mulalah perkenalan mereka di situ "Sayang, awak nak pergi mana?" -Raja Thaqif Willi...