| C🐧|TOGETHER

By Ranran_01

7.4K 481 17

○BLURB○ Takdir yang tertulis tidak seharusnya dipersalahkan... Di usianya yang begitu muda, Jane meninggalkan... More

♤ PROLOG ♤
♤ BAB 1 ♤
♤ BAB 2 ♤
♤ BAB 3 ♤
♤ BAB 4 ♤
♤ BAB 5 ♤
♤ BAB 6 ♤
♤ BAB 7 ♤
♤ BAB 8 ♤
♤ BAB 9 ♤
♤ BAB 10 ♤
♤ BAB 11 ♤
♤ BAB 12 ♤
♤ BAB 13 ♤
♤ BAB 14 ♤
♤ BAB 15 ♤
♤ BAB 16 ♤
♤ BAB 17 ♤
♤ BAB 18 ♤
♤ BAB 19 ♤
♤ BAB 20 ♤
♤ BAB 21 ♤
♤ BAB 22 ♤
♤ BAB 23 ♤
♤ BAB 24 ♤
♤ BAB 25 ♤
♤ BAB 26 ♤
♤ BAB 27 ♤
♤ BAB 28 ♤
♤ BAB 29 ♤
♤ BAB 30 ♤
♤ BAB 31 ♤
♤ BAB 32 ♤
♤ BAB 33 ♤
♤ BAB 34 ♤
♤ BAB 35 ♤
♤ BAB 36 ♤
♤ BAB 37 ♤
♤ BAB 38 ♤
♤ BAB 39 ♤
♤ BAB 40 ♤
♤ BAB 41 ♤
♤ BAB 42 ♤
♤ BAB 43 ♤
♤ BAB 44 ♤
♤ BAB 45 ♤
♤ BAB 46 ♤
♤ BAB 47 ♤
♤ BAB 48 ♤
♤ BAB 49 ♤
♤ BAB 50 ♤
♤ BAB 51 ♤
♤ BAB 52 ♤
♤ BAB 53 ♤
♤ BAB 54 ♤
♤ BAB 55 ♤
♤ BAB 56 ♤
♤ BAB 57 ♤
♤ BAB 58 ♤
♤ BAB 59 ♤
♤ BAB 60 ♤
♤ BAB 61 ♤
♤ BAB 62 ♤
♤ BAB 63 ♤
♤ BAB 64 ♤
♤ BAB 65 ♤
♤ BAB 66 ♤
♤ BAB 68 ♤
♤ BAB 69 ♤
♤ BAB 70 ♤
♤ BAB 71 ♤
♤ BAB 72 ♤
♤ BAB 73 ♤
♤ BAB 74 ♤
♤ EPILOG ♤

♤ BAB 67 ♤

68 3 0
By Ranran_01

RAHANG Eden tegang. Tubuh tersandar lebar di sofa. Mata terpejam tetapi kenangan bersama kedua sahabatnya terbayang. Tangan naik menyentuh dada.

Dia akui, dia sayangkan persahabatan mereka bertiga tetapi dendamnya lebih melangit. Hati lebih memilih untuk tunaikan dendam itu berbanding hubungan yang sudah bertahan lama.

Tangan naik mengurut pelipis kening. Kusut. Kalau peristiwa 13 tahun yang lalu tidak terjadi, semua yang dia ada sekarang tak akan tercapai. Kekayaan, kuasa, dan perempuan hanya sekali petik. Apa yang dia perlukan, sekelip mata sahaja dah dapat tapi dia akui, jiwanya memang sunyi.

Bersendirian di suite mewah, tiada kehangatan sebuah keluarga. Isteri? Tak pernah terfikir dia nak ada komitmen perkahwinan kecuali melepaskan benih haram merata kepada perempuan jalang di luar sana. Silap juga dia. Patutnya, perempuan tu, dia ratah dulu sebelum lempar ke Korea tapi hatinya jijik. Anak pembunuh tak layak menyentuh kulitnya.

Mata melilau segenap suite yang lengkap perabot mewah. Alangkah indah kalau mama dan ayah ada bersama. Bahagia benar. Jiwa yang dewasa masih terselit jiwa remaja yang belum sembuh lukanya.

Mata tersorot pada lukisan tatoo di tangan kekarnya yang sudah bertahun. Kalau tak kerana kala jengking dan naga, dia takkan ada apa yang dia punya kini.

“Sakit Pak Su! Jangan sebat Adan lagi,” rintihnya perit kepada seorang lelaki lewat 30-an itu daripada terus melibasnya dengan rotan.

Ya, dia adalah Adan Mukriz. Remaja 15 tahun, pada 13 tahun yang lalu. Hilang tempat bergantung. Kehilangan besar pada usia yang begitu muda. Ketika masih bersekolah di sekolah menengah.

Libasan rotan Pak Su Jali, adik bongsu ayah, terbias dalam kepala. Pedih di punggung macam terkoyak, boleh dirasai sampai ke hari ini. Silapnya cuma kecil. Mengemis nasi daripada sepupu sendiri. Perut kelaparan diabaikan, apabila meminta diherdik sebagai anak yang bawa malang.

Kalaulah ayah dan mama ada, hidupnya takkan melarat sebegitu. Kasih ayah dan mama memang cemerlang. Memang tulus. Rindunya...

Tanpa sedar, matanya basah. Terkenang peristiwa lama.

Pak Su Jali dan keluarganya memang manusia paling binatang. Harta peninggalan arwah ayah dimakan habis. Membiarkan dia merempat sampai terpaksa masuk ke rumah anak yatim. Namun, pada usianya 16 tahun, dia melarikan diri demi sebuah kebebasan.

Dengan perasaan membuak-buak, dengan maklumat yang ayah dilanggar lari oleh sebuah lori, dia tanam dendam. Tanam sampai subur hingga ke hari ini. Dia nekad, keluarga itu tidak akan mati senang, melainkan seksaan dari awal.

Tekad yang kuat membawa pertemuan dengan ketua kongsi gelap S Dragon Tail. Bertahun-tahun berlatih. Diuji ketahanan. Membunuh. Mencuri. Apa lagi yang dia tidak buat? Merogol? Sudah beracap kali. Demi apa? Demi meraih kepercayaan ketuanya yang digelar Scorpion.

Sekolah? Dia tetap pergi. Demi amanah ayah dan mama, mesti belajar sampai universiti. Cuma pengajaran di sekolah, dia keraskan hati untuk menerimanya. Bertumbuk, berkelahi di tandas sekolah adalah benda biasa. Tapi dia pandai makan, pandai simpan. Setakat kena gantung dua minggu apa ada hal? Lagipun, dia ada penaung! Apa yang dia perlu takut?

Tugas terakhir adalah membunuh keluarga sendiri. Dia sasarkan keluarga Pak Su Jali. Habis anak beranak itu bermandi darah pada suatu malam namun hingga kini dia tidak pernah tertangkap. Kejayaannya itu, menaikkan sahamnya. Menguatkan kepercayaan ketua kumpulan. Akhirnya, inilah dia sekarang bergelar Kingen.

Honor in vengeance.

“Eden nama kau? Aku Daniel. Ni, sepupu aku, Hariz. Kita group sekalilah. Aku tengok kau macam takde group lagi. Orang lain semua macam dah cukup.”

Suatu hari di universiti, dua lelaki itu datang menegurnya. Kalau orang lain dah lama pecut sebab dia gloomy semacam tetapi mereka berdua terlebih ramah.

Mengelak, tapi makin didekati. Membuatkan hatinya tersentuh. Tak pernah ada yang tulus hendak berkawan. Kalau ada pun, mesti berakhir dengan hinaan.

Dengan dua lelaki itu, dia belajar mengenal apa itu persahabatan. Keikhlasan. Sehinggakan sisi dirinya yang happy go lucky tersorok selama ini terluah habis.

Ya. Dia selesa dengan mereka berdua. Selesa untuk bercerita. Makan bersama. Lepak. Jamming. Hiking. Apa-apa aktiviti. Tapi tugasnya sebagai ahli kongsi gelap tetap tersimpan rapi. Lagi masalah kalau sahabat berdua itu tahu. Pasti dia akan ditinggalkan.

Tiba suatu hari, keluarga pembunuh ayah terjejaki. Dia nekad ke Terengganu. Memerhati. Mempelajari dan nyata ruang terbuka luas apabila mengenal Helmi. Lelaki itu dipergunakan demi kepuasan diri.

Dia nak beri seksaan pertama kepada keluarga itu melalui anak perempuan tunggal mereka. Membuat gadis itu menjadi pelacur, memang menarik. Melihat wajah tua emaknya yang kusut pula lagilah senang hati. Apatah lagi kedua kembar itu.

Tapi, dia ingat boleh seksa berpuluh tahun namun, hanya dua tahun sahaja, perempuan itu selamat pula. Dan, paling menyedihkan, kedua sahabatnya sendiri yang menjadi pahlawan. Manalah hatinya tak bengang?

Dia tak nak Daniel dan Hariz masuk campur. Oleh sebab itu, syarikat sahabatnya menjadi mangsa. Padahal dia tahu, ini semua impian Daniel tetapi dendamnya lebih bermakna. Persetankan impian Daniel itu. Daniel boleh bangkit semula. Tetapi dia?

Nak mencari keluarga pembunuh pun sudah makan masa bertahun! Inikan pula nak hentikan seksaan?

Ingatkan Daniel bakal berhenti setelah stok krim hancur, rupanya Daniel masih bertahan. Dia kemudian ambil keputusan untuk bawa pulang Jane tetapi percaturannya dinafikan. Nurul Jannah selamat di tangan pihak berkuasa. Daniel semakin mengenali Nurul Jannah.

Apabila mengetahui, Nurul Jannah bekerja di pejabat Daniel lagilah buat dia naik angin. Sampai-sampai Helmi dibunuh agar tidak buka pekung rahsia tentangnya. Namun, Daniel tetap utuh.

Lepas itu, diikat pula dengan perkahwinan. Hatinya makin panas. Dia tak nak hancurkan Daniel tapi nampaknya kawannya itu tidak serik. Macam-macam cara dia buat, burukkan Jane. Hina dia. Dedahkan aib depan orang ramai. Tetapi Daniel sudah buta dengan namanya cinta!

Kali ini, semua akan berakhir. Nyawa Nurul Jannah dan keluarganya akan tamat di tangan ini.

Eden merengus kasar. Nampaknya, persahabatan dia dan kedua lelaki itu telah tamat. Dendam tetap akan diteruskan selagi nyawa keluarga itu terkandung badan.

Tubuh tiba-tiba berdiri. Dia perlu segera bersiap. Ada kesayangan yang perlu ditemui. Mask muka dipakai. Dia sedar bahawa dia sudah menjadi buruan polis. Kalau tidak segera, suite ini bakal diterjah oleh polis-polis jahanam itu.

Kunci kereta dicapai. Dengan wajah yang bengis, dia menderu kenderaan untuk ke sebuah hospital.

●●●●●

“ABANG, mana abang ni? Lama Jihah tunggu abang balik. Kenapa tak balik lagi? Adan dah rindu...” rengek wanita itu. Tangan kanan memintal-mintal hujung bantal manakala tangan kiri mendodol anak atau lebih tepat boneka gadis kecil. Sesekali tawa menemani.

“Abang, anak kita dah lapar susu. Tapi susu habis...” Air mata mengalir halus dari juring mata sepet itu. Berjalan ke sana ke mari, dengan boneka itu masih dalam dakapan. Persalinan serba putih di tubuh menjadi uniformnya setiap hari malah, dia sudah lupa cara hendak memakai pakaian sendiri.

Sesekali, ada wanita senasib berjalan menyeret kaki melintasi, lantas anak dalam dukungan didakap kemas. Wajahnya yang cengkung dan mata dengan lingkaran hitam, terjegil keluar nyatakan sebarang amaran. Apabila dirampas, meraunglah ia.

“Adan, nak Adan! Adan anak mama. Abang, dia dah ambil Adan!” adunya kepada sesiapa yang ada. Tubuh terduduk di lantai sambil kedua-dua kaki menujah keras berselang seli tanda tidak berpuas hati. Tersembur-sembur air liur. Dalam tak sedar, air mata berjuraian tetapi sikap memberontaknya tidak padam.

Apabila ada petugas kesihatan menghulur semula boneka itu, dia tertawa riang. Bagai anak kecil mendapat gula-gula. Melompat-lompat sambil tangan bertepuk-tepuk di awangan. Ketawa dan ketawa, sesekali mengelilingi rakan senasib.

Di balik cermin pintu itu, Eden senyum pendek. Sebu hatinya. Kepala didongak ke atas menahan air mata yang berkolam daripada gugur. Tidak betah dia di sini. Setiap kali bertandang, keadaan yang sama menyimbah pandangan.

Mama...

Suara hati menyeru pedih. Mama yang tiga belas tahun yang lalu masih waras. Masih kenal dunia tetapi mama yang tiga belas tahun kini, sudah melupakannya. Apabila ayah sudah tiada, mama hilang punca. Tempat bergantung. Stres melampau sehingga sanggup mengelar tangan sendiri berkali-kali.

Waktu itu, Eden tidak berdaya apa-apa. Dia hanya remaja 15 tahun yang ditinggalkan sepi. Apabila mama dibawa ke dalam ambulan, lariannya kaku. Terpaku di tanah.

Walau zahirnya mama masih hidup, tetapi jiwa mama telah mati. Jiwa Najihah pergi bersama jasad Rafizi, sama dengan Adan yang menjadi anak yatim dan anak yatim piatu sebelum tiba masanya.

Tangan Eden tergenggam kemas. Gigi digetap. Kalau tidak disebabkan lelaki itu, semua ini tidak berlaku. Dia tidak akan kehilangan keluarga bahagia. Tidak kehilangan mama.

Nafas ditarik panjang. Mata merah menyala memandang mama. Jiwanya mendesak, lantas tubuh bergerak untuk keluar dari wad hospital sakit mental itu. Yang jelas, kali ini, keluarga itu akan dibunuh tanpa belas kasihan!

Kereta dibawa kencang untuk menuju ke sepadan Kelantan dan Thailand. Di sana, segala persediaan sudah ada. Apa yang penting sekarang, kaburkan diri dahulu sebelum jaring polis membelitnya ekoran wajahnya kini ada di mana-mana.

●●●●●

DUDUK Sai jatuh ke atas riba Eden. Leher lelaki itu digelung lembut sambil jari menjalar ke segenap wajah Eden yang lagi masam.

Senyuman sinis koyak di bibir mungilnya. Mimpi apa lelaki ini hendak muncul di muka pintu rumah setelah berminggu tidak datang?

Pandangan kemudian tersorot pada pakaian di tubuh. Sengaja dia memilih gaun malam yang merah garang menyerlahkan lekuk tubuhnya yang putih gebu. Tangan membelai manja wajah Eden. Bibir digigit sendiri.

Dia rindukan lelaki ini. Rindukan sentuhannya, belaiannya yang sentiasa buat dia teringat-ingat tetapi Eden yang sekarang seperti hendak mengelak sahaja.

“Kenapa ni? bad mood? Kena reject?”

Eden masih senyap.

Sai tidak mengalah. “Datang jauh-jauh, tapi muka masam! Macam mana I nak layan you ni?” rengeknya.

Senyuman Eden mula menyenget. Pinggang Sai dipaut erat. “Aku datang bukan nak puaskan kau.”

Giliran Sai masam muka. Kempunanlah dia malam ini. Bukan boleh dipaksa Eden ini. Garang mengalahkan harimau.

“Habis? Nak I buat apa?”

Eden terdiam sejenak.

“Apa?” gesa Sai. Duduknya sudah di sebelah Eden. Eden malas layan dia, hati pun hilang rasa. Malas nak terhegeh-hegeh.

“Aku nak tamatkan semua ni!” ucap Eden tanpa nada.

What?!” Jelas lagi nyata Sai terkejut. Nampak Eden serius, maknanya, Eden telah temui kata putus.

“Lama dah kau seksa dia, baru kali ini kau nak berhenti? Dah dapat hidayah ke apa?” selar Sai. Hilang sudah panggilan I dan you tadi. Hati kau dah lama terluka. Kau tak boleh biarkan orang yang buat kau, Eden! Namun, kata-kata itu hanya terbias dalam hati.

“Atau kau ada hati kat perempuan tu?” Hatinya mula dibalut cemburu.

Mata Eden menyinga! Leher Sai menjadi mangsa genggaman tangannya. Meronta-ronta gadis itu cuba meloloskan diri.

“Aku nak bunuh dia! Aku nak bunuh diaorang!” Keras tekad Eden. Tangan menolak kasar tubuh Sai. Terbatuk seketika gadis itu.

Merah padam wajah Sai. Hendak menangis tapi ditahan-tahan. Nafas mula stabil. “Lepas kau dah bunuh dia, kau nak buat apa? Pergi jauh dari semua orang? Tinggalkan aku macam tu?” Suaranya sedikit menjerit.

Tiada balasan daripada pihak Eden.

Keluhan tipis Sai kedengaran. Kepala bergerak-gerak membetulkan sakit urat leher. “Kau datang jumpa aku sebab kau perlukan aku untuk capai target kau?”

Mata Eden dan Sai menyatu tajam. Eden tidak menafikan atau mengeyakan.

Kepala Sai terangguk-angguk. Tangan mencapai getah rambut lalu mengikat rambutnya yang serabai. Tubuh Eden yang duduk di sofa itu didekati.

“Bila? Bila kau nak buat semua ni?”

“Waktu yang sesuai. Lagipun, dia mengandung. Mak dia sakit-sakit. Adik-adik dia baru nak SPM.”

Tergelak Sai mendengarnya. “Kau kesian? Sejak bila? Biasa main langgar aje!”

Eden merengus. “Daniel! Dia kawan aku...”

Bibir Sai cebik. “Kawan boleh cari. Anak dalam kandungan tu pun tak perlu hidup. Keturunan pembunuh tak perlu ada pewaris.”

Mata Eden menatap sisi wajah Sai. Ganas!

Tapak tangan Sai mendarat di dada Eden. Berombak kencang dada itu. “Hati tu kena tenang. Kau mendidih. Marah yang lama belum berbayar. Aku ada! Bila-bila aje, roger aku...”

Pandangan Eden berlabuh ke lantai. Benar. Hati adakalanya berbolak-balik. Kerana sahabatnya Daniel, masa untuk dendam itu tertunai agak tertunda. Tangan meraup wajah. Mata memandang tajam, lurus ke hadapan.

“Kali ini, aku takkan berganjak!”

Kerana dia adalah Kingen.

A black heart knows no remorse, no mercy.

TBC...

Continue Reading

You'll Also Like

911 59 8
Pertemuan tidak diduga mengaut ikatan cinta di antara dua insan, Afiq Hakimi dan gadis polos, Aleesya Hana. Ikatan perjanjian rahsia di antara Afiq H...
3.2K 339 47
[Karya pertama] Terjumpa di Taman Rekreasi yang tanpa sengaja dan mulalah perkenalan mereka di situ "Sayang, awak nak pergi mana?" -Raja Thaqif Willi...
19.3K 974 40
SPIN OFF: THE FORCED FAME (STORY OF TWO COUPLES IN LOVE) Tengku Zuhail-Nur Ardelia / Idham Irawan-Tengku Zulfa
81.1K 2.4K 17
SYAQIL ASRAN X RAJA HAYFA HANINA Syaqil seorang jejaka tampan yang cukup pakej. Harta, pangkat,kuasa segalanya berada di hujung jarinya. Namun dalam...