| C🐧|TOGETHER

Oleh Ranran_01

7.3K 481 17

○BLURB○ Takdir yang tertulis tidak seharusnya dipersalahkan... Di usianya yang begitu muda, Jane meninggalkan... Lebih Banyak

♤ PROLOG ♤
♤ BAB 1 ♤
♤ BAB 2 ♤
♤ BAB 3 ♤
♤ BAB 4 ♤
♤ BAB 5 ♤
♤ BAB 6 ♤
♤ BAB 7 ♤
♤ BAB 8 ♤
♤ BAB 9 ♤
♤ BAB 10 ♤
♤ BAB 11 ♤
♤ BAB 12 ♤
♤ BAB 13 ♤
♤ BAB 14 ♤
♤ BAB 15 ♤
♤ BAB 16 ♤
♤ BAB 17 ♤
♤ BAB 18 ♤
♤ BAB 19 ♤
♤ BAB 20 ♤
♤ BAB 21 ♤
♤ BAB 22 ♤
♤ BAB 23 ♤
♤ BAB 24 ♤
♤ BAB 25 ♤
♤ BAB 26 ♤
♤ BAB 27 ♤
♤ BAB 28 ♤
♤ BAB 29 ♤
♤ BAB 30 ♤
♤ BAB 31 ♤
♤ BAB 32 ♤
♤ BAB 33 ♤
♤ BAB 34 ♤
♤ BAB 35 ♤
♤ BAB 36 ♤
♤ BAB 37 ♤
♤ BAB 38 ♤
♤ BAB 39 ♤
♤ BAB 40 ♤
♤ BAB 41 ♤
♤ BAB 42 ♤
♤ BAB 43 ♤
♤ BAB 44 ♤
♤ BAB 45 ♤
♤ BAB 46 ♤
♤ BAB 47 ♤
♤ BAB 48 ♤
♤ BAB 49 ♤
♤ BAB 50 ♤
♤ BAB 51 ♤
♤ BAB 52 ♤
♤ BAB 53 ♤
♤ BAB 54 ♤
♤ BAB 55 ♤
♤ BAB 56 ♤
♤ BAB 57 ♤
♤ BAB 59 ♤
♤ BAB 60 ♤
♤ BAB 61 ♤
♤ BAB 62 ♤
♤ BAB 63 ♤
♤ BAB 64 ♤
♤ BAB 65 ♤
♤ BAB 66 ♤
♤ BAB 67 ♤
♤ BAB 68 ♤
♤ BAB 69 ♤
♤ BAB 70 ♤
♤ BAB 71 ♤
♤ BAB 72 ♤
♤ BAB 73 ♤
♤ BAB 74 ♤
♤ EPILOG ♤

♤ BAB 58 ♤

65 3 0
Oleh Ranran_01

“TEMPAT apa ni abang?” soal Jane sebaik sahaja dia turun dari superbike itu.

“Gym,” ucap Daniel selamba sambil melepaskan helmet di kepala. Rambutnya yang berselerak dibetulkan.

“Gym? Buat apa kita ke sini? Dah lewat ni.” Jane sedikit terkejut memandang bangunan tiga tingkat di hadapannya kini. Bangunan itu nampak sudah berhenti beroperasi pada hari ini memandangkan jam sudah menunjukkan ke pukul 10.30 malam.

“Kita masuk dulu.” Daniel menongkat superbike miliknya dan menarik tangan Jane untuk masuk ke dalam bangunan tersebut.

“Eh... abang. Gym ni dah tutuplah. Tengok tu dah gelap!”

“Takpe, abang ada kunci.”

Mata Jane terkebil-kebil mendengarnya. “Ni pun abang punya ke?” Tengok? Lagi-lagi hal suaminya itu memberi kejutan kepadanya. Jannah... Jannah... banyak benda lagi yang kau tak tahu pasal suami sendiri! Marah Jane pada diri sendiri.

“Bukan abang punya. Kawan abang. Dia bagi guna malam ni.” Daniel menerangkan.

“Oh, ingatkan apa. Risau Jannah kalau masuk tanpa izin.”

Daniel hanya menggeleng kepala melihat telatah isterinya itu. Mereka berdua akhirnya memasuki premis tersebut dan mula beroperasi masa peribadi.

●●●●●

“ABANG, dahlah... Penatlah asyik tumbuk sand bag ni. Naik lenguh dah tangan ni,” adu Jane. Wajahnya jelas kepenatan.

“Baru lima minit sayang! Takkan dah penat?” jerit Daniel dari atas gelanggang. Tangan mengesat peluh yang terhasil dari melakukan push ups serta senaman badan yang lain.

Jane berdecit kecil. Lima minit apa? Dah setengah jam! “Yelah bang. Ingat senang ke?” protesnya.

Daniel tertawa lucu. Dia akhirnya keluar dari gelanggang mendekati si isteri yang terbaring lesu di atas tilam yang terdapat di situ.

“Jom, ikut abang masuk gelanggang,” ajaknya tepat ke wajah Jane. Dia melihat isterinya itu dari atas.

Jane mendongak kepala ke atas. Muka meminta belas ihsan kepada suaminya itu namun Daniel tetap tegas. Tangannya ditarik memasuki gelanggang dengan penuh perasaan geram.

“Buat macam ni.” Daniel menunjukkan langkah membuka kekuda.

Jane menurut dengan malas. Mata tepat memandang Daniel yang hanya berseluar muai thainya menyerlahkan ketulan roti six packnya.

“Aip! Mata tu. Pandang depan, not at my six packs!” usik Daniel dengan suara dibuat-buat tegas.

Jane menjeling benci. Kedekut! Tengok sikit pun tak boleh.

“Lepas macam ni buat apa lagi?” soalnya geram.

“Tumbuk angin!” suruh Daniel sambil menunjukkan caranya. Tangan kanan ditujahkan ke hadapan beberapa kali dengan daya tenaga yang kuat.

Jane melakukan perbuatan yang sama. Sehabis baik tenaga dikerah untuk mendapatkan hasil yang terbaik walaupun dimarahi suami sendiri.

Selepas beberapa minit, Jane sedikit kelelahan.

“Okey done. Sekarang ni tengok abang buat.” Daniel melakukan tendangan angin menggunakan kaki yang diangkat laju separa pinggang beberapa kali. Boleh rasa angin kencang terhasil daripada libasan itu.

Jane menelan air liur. Boleh terbayang rasa sakit kalau terkena batang kaki Daniel yang tinggi itu!

Now, your turn!” ujar Daniel sambil mengesat peluh di dahi.

“Macam ni?” Jane mengangkat kaki separa pinggang namun hanya beberapa saat sahaja kerana hilang pertimbangan.

Dia bangun sekali lagi untuk buat benda yang sama namun masih gagal. Daniel dari tadi telah menggeleng kepala. Dia kemudian berdiri di hadapan Jane dan meminta agar isterinya itu mengangkat kaki seperti tadi.

Sebaik sahaja kaki Jane diangkat, Daniel terus menguncinya ke dalam tangan dan disematkan di sisi pinggangnya. Membiarkan Jane hanya berdiri menggunakan sebelah kaki sahaja.

“Auch! Sakitlah!” adu Jane. Mukanya perit menahan rasa sakit itu.

Stay! Stay macam ni,” tegas Daniel.

Jane rasa nak menangis namun ditahan.

Daniel melepaskan kaki Jane. “Buat macam tadi tapi terus ke pinggang abang. Buat kuat-kuat!” suruhnya.

Jane menggeleng kepala. “Tak nak. Nanti Jannah tersalah landing macam mana? Jannah tak nak abang sakit.”

“Takpe! Buat aje. Sayang kena buat, biar sayang pandai. Nanti sayang boleh jaga diri kalau abang takde nanti!”

“Abang! Jangan cakap macam tu. Jannah tak suka.” Jane rasa menangis.

Daniel mengeluh lesu. “Okey. Tapi buat benda ni dulu. Kalau sayang pass, kita rehat sekejap lepas tu balik. Okey?”

Perlahan-lahan Jane angguk kepala. Dia mengambil kedudukan kekuda seperti yang diajar suaminya awal-awal tadi. Lantaran itu, tenaga disalurkan pada urat kaki lalu dihayun tinggi menepati sasarannya iaitu pinggang Daniel.

Daniel terjatuh ke sisi. Agak kuat juga tendangan isterinya itu walaupun baru belajar.

“Abang!” jerit Jane lalu bergegas mendapatkan suaminya. Risau sudah hatinya.

“Abang okey?”

Daniel hanya diam memandang siling.

“Abang okey tak ni?” tanya Jane lagi. Kurang sabar sementelah suaminya terdiam.

Tidak lama kemudian, Jane terasa kepalanya dihenyakkan ke dada bidang yang terdedah itu. Dahinya terasa basah dengan ciuman hangat daripada Daniel.

“Abang, kenapa ni?” soal Jane keanehan. Hati turut merasa risau.

“Takde apa lah sayang.” Daniel mengusap pipi Jane saat mereka berdua kembali bertatapan.

Jane tersenyum senang mendengarnya. “Abang, kalau Jannah nak tanya sikit boleh?”

“Itu dah tanya?” gurau Daniel.

Jane menampar lembut dada Daniel. Geram.

Daniel hanya tergelak kecil. “Tanyalah...”

“Encik Eden kerja apa sebenarnya?” soal Jane. Mengeluarkan pertanyaan yang sekian lama merajai hati selepas insiden di bilik pejabat Daniel tempoh hari. Entah kenapa dia rasa yang Eden ini sesuatu.

Kedengaran keluhan lemah dilepaskan oleh Daniel. “Entahlah. Abang pun tak pasti tapi dia banyak ke overseas. Katanya, bisnes pelaburan lebih kurang macam tu lah. Abang pun tak pernah ke pejabat dia. Dia tak pernah nak cerita jadi abang pun tak nak lah busybody.”

Jane hanya menggangguk kepala mendengarnya. Encik Eden kerja apa sebenarnya ya? Sampai-sampai ke luar negara?

“Kenapa sayang tanya?”

“Sajalah, nak tahu kawan abang tu kerja apa. Jannah nak tahu pasal semua orang di sekeliling abang, tak salah kan?” dalih Jane.

Daniel menggeleng kepala. “It’s okay, sayang. Sayang ada banyak masa nak kenal abang.”

Jane tersenyum. Dia berbaring berbantalkan lengan Daniel sambil memandang siling dari gelanggang tersebut.

“Abang. Kalaulah kan, kalaulah semua orang benci Jannah. Buang Jannah. Cemuh Jannah suatu hari nanti, adakah abang akan buat benda yang sama? Adakah abang akan buang Jannah juga?” tanya Jane sebak.

Daniel terkedu mendengarnya. Terus wajah Jane dipaling menghadapnya. “Hey, hey sayang. Kenapa fikir macam tu? Abang tak suka. Dengar sini, walaupun semua orang tak nak sayang, abang ada. Abang tetap nak Jannah sampai bila-bila. Jangan lagi cakap macam ni.”

Jane senyum hambar. Dia membenamkan diri ke dalam pelukan suaminya itu. “Jannah tak nak hilang abang,” luahnya.

Yes. You won’t! I’m here for you now and forever,” pujuk Daniel.

Jane kembali menatap wajah Daniel. “Abang janji?”

“Janji! No matter what happens, abang akan sentiasa ada untuk sayang!” ujar Daniel pasti.

Mereka berdua saling bertatapan. Selesa dalam keadaan begitu. Hanya mereka.

Selang beberapa ketika berdiam diri, Daniel bersuara membelah kesunyian di pusat gym tersebut.

“Abang nak tanya sayang sesuatu.”

“Apa dia?” balas Jane.

“Sayang tak terfikir ke nak sambung belajar? Yelah, sayang mesti ada cita-cita sendiri. Lagipun, sayang muda lagi. Baru 23 tahun. Kalau sayang nak, abang izinkan. Lepas launching produk nanti pun boleh.”

Jane terdiam lama mendengar saranan itu

“Boleh ke bang?” soalnya selepas kepala bersetuju dengan manfaat yang bakal dia peroleh sekiranya sambung belajar.

Yes. Mestilah. Anything for you. So, sayang nak ambik bidang apa?”

“Jannah ingat, Jannah nak belajar pastry and bakery. Jannah ada impian nak buka kedai roti,” jawab Jane dengan mata bersinar-sinar.

Daniel tersenyum mendengarnya. “Kenapa nak buat roti kalau sayang dah ada roti?”

“Hah? Mana?” Jane pelik.

“Ni...” Daniel tunjuk enam ketul six packnya itu dengan wajah yang nakal.

Jane yang melihat memberi jelingan tajam kepada Daniel. Terus ketulan six packs itu dicubit berkali-kali sehingga membuatkan Daniel menjerit minta dilepaskan.

“Itulah! Gurau lagi, orang tengah serius. Kan dah kena gigit ketam. Dahlah keras!’ Jane selamba mengutuk.

Daniel ketawa besar.

“Ala, sorry la... Abang gurau je. Sayang nak belajar buat roti? Abang izinkan. Nanti kita pergi daftar,” ucap Daniel.

Sambil menggosok kesan cubitan di perut suami, Jane menjerit suka. Sukanya dia dapat sambung belajar!

Daniel tersenyum lucu. Mata memerhati lama gelagat bahagia Jane. Dari mata turun ke bibir. Lama seulas bibir merah itu menjadi tatapan. Tidak lama kemudian, tangan Jane ditarik bangun untuk turun dari gelanggang.

Jane terkebil-kebil dengan tindakan suaminya.

“Kita sambung training dekat rumah!” beritahu Daniel selamba.

TBC...

Lanjutkan Membaca

Kamu Akan Menyukai Ini

76.3K 2.7K 57
[KARYA KETIGA] [COMPLETE] [ROMANCE] ~ "𝐇𝐢𝐬 𝐭𝐞𝐞 𝐫𝐚𝐤" HARZ NOAH, jejaka yang suka akan keseronokan yang keji di sisi agama. Dia tidak lah bers...
43.8K 1.4K 34
[ 1st book ]✨ RE-EDIT TO A BETTER STORYLINE VERSION Qhairul Aqmal x Jannahtul Afyna Mardiah ❤️ "Aku sakit. Apa yang aku boleh beri pada kau sebagai...
819 48 11
Adiba Kaisara nama yang cantik seperti orangnya. Siapa yang tak terpana hati melihat dirinya yang serba lengkap sempurna. Namun sayang aura degil dan...
93.9K 3.9K 26
𝓣𝓮𝓷𝓰𝓴𝓾 𝓔𝓵𝓶𝓪𝓷 𝓕𝓪𝓻𝓲𝓼𝓱×𝓢𝓱𝓪𝓻𝓲𝓯𝓪𝓱 𝓐𝓲𝓻𝓲𝓼𝓱 𝓜𝓲𝓴𝓱𝓪𝔂𝓵𝓪 Tengku Elman Farish merupakan jejaka yang Hot tetapi sengal. Dia...