| C🐧|TOGETHER

By Ranran_01

7.4K 481 17

○BLURB○ Takdir yang tertulis tidak seharusnya dipersalahkan... Di usianya yang begitu muda, Jane meninggalkan... More

♤ PROLOG ♤
♤ BAB 1 ♤
♤ BAB 2 ♤
♤ BAB 3 ♤
♤ BAB 4 ♤
♤ BAB 5 ♤
♤ BAB 6 ♤
♤ BAB 7 ♤
♤ BAB 8 ♤
♤ BAB 9 ♤
♤ BAB 10 ♤
♤ BAB 11 ♤
♤ BAB 12 ♤
♤ BAB 13 ♤
♤ BAB 14 ♤
♤ BAB 15 ♤
♤ BAB 16 ♤
♤ BAB 17 ♤
♤ BAB 18 ♤
♤ BAB 19 ♤
♤ BAB 20 ♤
♤ BAB 21 ♤
♤ BAB 22 ♤
♤ BAB 23 ♤
♤ BAB 24 ♤
♤ BAB 25 ♤
♤ BAB 26 ♤
♤ BAB 27 ♤
♤ BAB 28 ♤
♤ BAB 29 ♤
♤ BAB 30 ♤
♤ BAB 31 ♤
♤ BAB 32 ♤
♤ BAB 33 ♤
♤ BAB 34 ♤
♤ BAB 35 ♤
♤ BAB 36 ♤
♤ BAB 37 ♤
♤ BAB 38 ♤
♤ BAB 39 ♤
♤ BAB 40 ♤
♤ BAB 41 ♤
♤ BAB 42 ♤
♤ BAB 43 ♤
♤ BAB 44 ♤
♤ BAB 45 ♤
♤ BAB 46 ♤
♤ BAB 47 ♤
♤ BAB 48 ♤
♤ BAB 49 ♤
♤ BAB 50 ♤
♤ BAB 51 ♤
♤ BAB 52 ♤
♤ BAB 53 ♤
♤ BAB 55 ♤
♤ BAB 56 ♤
♤ BAB 57 ♤
♤ BAB 58 ♤
♤ BAB 59 ♤
♤ BAB 60 ♤
♤ BAB 61 ♤
♤ BAB 62 ♤
♤ BAB 63 ♤
♤ BAB 64 ♤
♤ BAB 65 ♤
♤ BAB 66 ♤
♤ BAB 67 ♤
♤ BAB 68 ♤
♤ BAB 69 ♤
♤ BAB 70 ♤
♤ BAB 71 ♤
♤ BAB 72 ♤
♤ BAB 73 ♤
♤ BAB 74 ♤
♤ EPILOG ♤

♤ BAB 54 ♤

68 3 0
By Ranran_01

"AKU terima nikahnya Nurul Jannah binti Muhammad Ridhuan dengan mas kahwin tersebut," lafaz Daniel lancar dan tenang.

Pundaknya terasa ringan usai sahaja lafaz akad nikah itu disahkan saksi yang terlibat dan hatinya benar-benar melonjat kesyukuran sebaik sahaja Jane sudah menjadi isterinya. Nurul Jannah mutlak miliknya kini.

Tangan menadah bacaan doa namun mata melirik si isteri dari ekor mata. Cantiknya Jane berbusana pengantin serba putih menaikkan serinya. Hatinya berdebar sejak dua minggu lalu kini sudah lega. Kolam matanya mula bergenang namun masih ditahan daripada gugur. Dua minggu yang lalu, gadis itu dilamar kini sudah sah menjadi pemilik tulang rusuknya.

Jane pula mengesat air mata yang telah gugur. Mendengar namanya dilafaz Daniel mendatangkan sebak di hati. Tak sangka keputusannya untuk menerima lamaran Daniel pada dua minggu yang lalu menghasilkan rasa bahagia yang tidak mampu diluah. Pegangan tangan emaknya di sebelah dieratkan.

Berwalikan adiknya, Akif dia kini sah bergelar seorang isteri kepada seorang lelaki yang jauh beza darjatnya berbanding dirinya namun dia mencintai lelaki itu. Daniel turut mencintainya, itu hal yang terindah telah menjadi kenyataan yang selama ini hanya bermain di alam mimpi.

Dua minggu yang lalu, Jane gelisah kerana waktu untuk Daniel pulang ke KL semakin menghampiri. Kepada mak, tentang lamaran lelaki itu dinyatakan dan ternyata mak sangat berkenan untuk bermenantukan Daniel.

Pada malam sebelumnya, solat istikarah telah dilaksanakan namun tempohnya amat singkat untuk memberi jawapan kepada lelaki itu. Jane masih buntu jawapan tetapi mak ada untuk menenangkan.

Ketika itu, tangannya digenggam erat oleh mak.

"Siapa jodoh kita memang kita tak tahu, tapi ada tanda untuk kita jelas tentangnya," ujar mak.

"Apa tandanya mak?"

"Cuba tanya hati. Adakah bila kamu dengan dia, kamu rasa selamat? Adakah dia buat kamu rasa tenang dalam setiap keadaan? Adakah dia rela terima kamu sebagai pasangan hidupnya?"

Tangan Jane naik menyentuh dada. Kerana hatinya mula rasa berdebar. Setiap soalan itu ditanya dalam hati dan benar semua jawapannya adalah ya.

Daniel buat dia rasa selamat. Daniel buat dia rasa tenang. Daniel tidak pernah hina masa silamnya. Dan... Daniel pernah luah perasaan padanya.

Tatkala itu dia berdiri. Telefon mula mendail nombor telefon lelaki itu kerana waktu sudah menginjak ke senja. Mak ketika itu hanya tersenyum setelah melihat Jane kelam kabut mencapai kotak cincin dan terus berlari menuruni anak tangga rumah. Moga tepat jodohmu anakku. Doanya.

"Daniel!" jerit Jane ketika melihat Daniel sudah menunggu di pantai.

Daniel menanti dengan penuh debaran bersama harapan agar Jane menerima lamarannya namun senyumannya kendur pabila mendapat huluran kotak baldu daripada gadis itu lebih-lebih lagi setelah melihat jari manisnya yang masih kosong.

Jane mengawal pernafasan. Penat dia berlari selepas turun dari motorsikalnya.

"Daniel... saya..."

"Saya faham Jane," ucap Daniel lirih.

"Hah?" Jane pelik.

"Saya faham awak tolak lamaran saya."

Jane mengeleng kepala laju. " Siapa cakap saya tolak?"

Daniel beriak aneh. "Tapi awak tak pakai cincin tu."

Jane tersenyum lucu. Tangan mula mengeluarkan cincin belah rotan tersebut dan menayangkannya di hadapan Daniel.

"Saya tak nak pakai sekarang, saya nak awak yang sarungkan cincin ni pada hari pernikahan kita nanti." Bibir dikemam menahan malu. Pipi kebas.

Daniel tergamam sekejap namun tidak lama kemudian dia memusingkan diri daripada menghadap Jane membuatkan gadis itu kehairanan.

"Ke saya kena pakai jugak supaya awak pasti yang saya terima lamaran awak?" soal Jane.

Daniel berdeham. Sedari tadi dia mengawal tangis namun tidak mahu Jane melihatnya.

Jane mula faham situasi kerana Daniel masih membelakanginya.

"Awak menangis?" usiknya sambil mencari wajah Daniel yang terselindung.

Daniel berdeham lagi. "Pasir pantai ni haa... masuk mata," dalihnya buat-buat mengeluarkan pasir dari mata sedangkan matanya memang jelas berair.

Jane kembali ke kedudukan asal namun dia sembunyi senyum.

Daniel kembali berhadapan dengannya. Mata mereka berdua mula bersatu menyalurkan rasa cinta yang hanya mereka sahaja yang rasa.

"Terima kasih Jannah, sebab terima lamaran saya," ucapnya ikhlas.

Mendengar nama Jannah diseru, serta merta tubuh mengeras. Tak menunggu sesaat, air mata mengalir. Indah sekali namanya berada di bibir pemilik hatinya itu.

Jane tersentak daripada lamunan setelah pengantin lelaki diminta untuk memulakan upacara membatalkan air sembahyang. Bibir melakar senyuman manis sebaik sahaja Daniel sudah berada di hadapannya. Sayup-sayup kedengaran usikan manja yang hadir daripada rakan-rakannya, Saleha, Laila dan Qistina yang turut hadir.

Mereka bernikah di masjid berdekatan rumah Jane. Majlis pula diadakan secara kecil-kecilan atas permintaan Jane sendiri. Jemputan dibuat hanya ke atas keluarga terdekat dan sahabat handal sahaja.

"Assalamualaikum, Jannah Abang..." ucap Daniel lembut, cukup hanya mereka berdua sahaja yang dengar. Tangan dihulurkan.

"Waalaikumusalam Abang..." balas Jane menyambut huluran yang diberi. Dahinya pula terasa basah dikucup lembut oleh insan yang telah bergelar suami itu.

Daniel mengambil cincin yang dijanjikan dan mula menyarungkannya ke jari manis Jane dan begitulah sebaliknya acara menyarung cincin diselesaikan kedua-duanya dengan penuh tertib.

Klip!

Kedua mereka tersenyum manis semasa menerima simbahan cahaya lensa kamera.

Tidak lama kemudian, Daniel meletakkan tangan di ubun-ubun kepala Jane, dan mula membaca doa selepas akad nikah yang disunnahkan Rasulullah SAW. Moga ikatan ini kekal ke syurga hendaknya.

●●●●●

JANE menyalami tangan tua Nek Tok Radziah dengan penuh berhati-hati. Sedari awal dia mengerti pandangan yang diberi wanita tua itu, cukup jelas kurang berkenan terhadapnya.

Alia Annisa di sebelahnya turut dipandang bersama senyuman nipis namun gadis itu tidak membalasnya. Jane tahu kisah perjodohan keluarga yang tidak jadi itu. Dia juga maklum akan tradisi keluarga Daniel namun lelaki itu dari awal melarangnya untuk memberatkan fikiran dengan perkara sebegitu.

Tiba di giliran untuk bersalam dengan mummy Daniel, dapat dilihat yang Puan Nurjuwita itu ingin cepat-cepat beredar. Tubuh Daniel tidak dipeluk apatah lagi kucupan salam suaminya itu ingin segera ditamatkan. Jane juga mengalami hal sama namun dia lebih peduli tentang Daniel. Daniel menyembunyikan keretakan hati dengan senyuman manis tidak lepas dari bibir.

Berbeza pula dengan Ummi Ruhila. Dapat dirasakan pelukan hangat daripada seorang ibu yang lemah lembut. Kedua-dua dahi mempelai itu dikucup kasih. Ummi Ruhila memeluk kedua mereka erat seakan tidak mahu dilepaskan.

Kali ini, Jane dapat melihat air mata Daniel tumpah jua. Membuatkan dirinya ingin turut menangis. Sukarnya menjadi Daniel sebagai anak yang tak dianggap lebih-lebih lagi pada hari bahagianya. Sukarnya menjadi lelaki itu hanya mengharap kasih si ibu tiri yang dikatakan jahat dalam siri dongeng. Kini, ibu kandung itu sudah berganti watak. Sungguh malang nasib suaminya itu.

Usai sahaja bersalaman dengan adik-beradik Daniel yang ramai itu, Jane mendekati mak dan adik-adiknya, ingin memberi peluang kepada Daniel dan Hariz. Dirasakan bahawa mereka berdua banyak perkara perlu dibincangkan.

Daniel dan Hariz berbalas pandang. Lama sebelum kedua mereka kalah dengan ingatan memori bersama lantas keduanya berpelukan bersama tawa yang deras.

"Selamat pengantin baru, Niel," ucap Hariz ikhlas sambil menepuk-nepuk belakang badan sepupunya itu.

"Thanks!" balas Daniel.

Pelukan dileraikan.

"Aku minta maaf pasal hari tu. Pasal aku ugut Jane. Aku jugak minta maaf sebab selalu membebel pasal dia. Ternyata memang korang berdua berjodoh. Kau bahagia, aku pun tumpang sekaki." Hariz memohon kemaafan.

Mata Daniel menyoroti Jane yang sedang berbual bersama keluarganya serta adik-beradiknya yang lain. "Aku dah lama maafkan kau. Aku faham kau nak yang terbaik untuk aku. Tapi semuanya dah ditakdirkan dan aku sayang dia sangat-sangat."

Hariz tersenyum nipis memandang ke luar masjid.

"Kau bila lagi?" Daniel telah masuk mood untuk bergurau.

Hariz cebik bibir. "Baru sekejap tadi kau kahwin, kau dah tanya aku bila pulak? Cis!"

Daniel ketawa kecil. "Orang cakap kahwin ni kadang berjangkit. Manalah tahu lepas ni turn kau pulak."

"Hmmm... Aku tunggu bidadari kayangan turun baru aku kahwin!"

Daniel mendekat ke telinga Hariz. "Jangan memilih sangat, takut nanti jadi bujang tak laku!" usiknya bersama ketawa.

Hariz menolak perlahan bahu Daniel. "Bukan bujang tak laku. Bujang hot nanti aku, kau apa tahu? Entah-entah dah ramai yang beratur tunggu aku..."

"Perasan!" kata Daniel.

Hariz malas nak layan. "Eden marah sebab kau tak bagitahu dia awal-awal. Dia nak buat parti bujang untuk kau tapi kau pun tak menyempat nak kahwin. Dua minggu aje, memang kalutlah semua orang!"

Daniel sengih bersalah. "Nanti aku jumpa dia. Dia tu pun sibuk aje memanjang. Kat Australia lagi dia tu?" Dia sedia maklum yang Eden tidak dapat hadir kerana menguruskan perniagaannya di luar negara itu.

Hariz sekadar menggangguk. "Kau kena belanja kita orang makan besar lepas kau balik KL nanti. Sekarang, kau honeymoon happy-happy tapi jangan lupa dua minggu lagi. Event kita kali ini kasi jadi." Dalam lembut ada tegasnya, Hariz mengingatkan Daniel.

Daniel hanya tersengih sambil menggaru tengkuknya. Lupa seketika tentang kerjanya itu.

"Bila kau nak hebohkan perkahwinan kau? Aku sebenarnya kurang bersetuju kau kahwin senyap macam ni. Yela, kau tu orang terkenal, aku takutlah nanti keluar cerita yang bukan-bukan." Hariz menyatakan kerisauannya.

Daniel terdiam seperti berfikir. Hariz masih menanti jawapan.

"Akan tiba masanya, kau hanya perlu tunggu," ujar Daniel senafas.

●●●●●

USIK mengusik terhadap pasangan pengantin itu diteruskan sehinggalah tiba waktu untuk keluarga Daniel pulang ke KL.

"Ummi serah anak ummi pada Ana ya?" pinta Ummi Ruhila lembut kepada Jane.

Jane tersenyum menggangguk.

"Daniel jadi suami yang baik. Didik isteri tu penuh kasih sayang. Jangan nak marah-marah isteri tu tau?" pesannya pula kepada Daniel.

"Daniel ingat pesan ummi. Ummi doakan Daniel ya?" pinta Daniel sedikit sebak.

Ummi Ruhila menggangguk. Kesemua adik-beradik Daniel mula melambai perpisahan kepada abangnya itu sehinggalah pintu kereta Toyota Alphard itu tertutup.

Terdapat sebuah lagi kenderaan yang sama di belakang tetapi kali ini dinaiki oleh Datuk Zamarul, Puan Nurjuwita, Nek Tok Radziah dan Alia Annisa namun, hanya papa Daniel sahaja yang melambai mesra manakala yang lain tidak menghiraukannya. Apatah lagi memandangnya. Mereka yang lain lebih sibuk dengan Alia Annisa yang sedang menangis.

Daniel mengeluh seketika. Entah bila kasih sayang ibunya itu akan beralih kepadanya.

Jane yang melihat keadaan itu turut sama terkesan. Saat itu juga hatinya berjanji untuk sentiasa ada di sisi lelaki itu.

Selepas rombongan kereta terakhir iaitu kereta Hariz dan Dani Muaz hilang daripada pandangan, Daniel tersenyum tawar namun tidak lama kerana terasa tangannya tiba-tiba disentuh lembut oleh tangan mulus milik si isteri.

Tangan itu segera dieratkan bersama senyuman yang semakin mekar. Keduanya mula melangkah berganding tangan. Biarlah rasa bahagia ini tetap utuh dan cekalkan hati mereka demi mengharungi bahtera perkahwinan yang baru sahaja terikat.

"Aku senyap sangat agaknya, sampai kahwin juga kau ya? Kau tunggu, aku senyap bukan bermakna aku tak buat kerja," sinis Kingen dari kejauhan dalam sebuah kereta. Cermin kereta dinaikkan lalu kenderaan itu dideru meninggalkan pasangan pengantin tersebut.

TBC...

Continue Reading

You'll Also Like

43.8K 1.4K 34
[ 1st book ]✨ RE-EDIT TO A BETTER STORYLINE VERSION Qhairul Aqmal x Jannahtul Afyna Mardiah ❤️ "Aku sakit. Apa yang aku boleh beri pada kau sebagai...
94.1K 3.9K 26
𝓣𝓮𝓷𝓰𝓴𝓾 𝓔𝓵𝓶𝓪𝓷 𝓕𝓪𝓻𝓲𝓼𝓱×𝓢𝓱𝓪𝓻𝓲𝓯𝓪𝓱 𝓐𝓲𝓻𝓲𝓼𝓱 𝓜𝓲𝓴𝓱𝓪𝔂𝓵𝓪 Tengku Elman Farish merupakan jejaka yang Hot tetapi sengal. Dia...
80.9K 2.4K 17
SYAQIL ASRAN X RAJA HAYFA HANINA Syaqil seorang jejaka tampan yang cukup pakej. Harta, pangkat,kuasa segalanya berada di hujung jarinya. Namun dalam...
1.5K 86 27
Dalam dunia di mana luka masa lalu menciptakan bayangan yang sulit untuk dihapuskan. Haura Zenia, seorang wanita yang masih ditenggelami trauma masa...