| C🐧|TOGETHER

By Ranran_01

7.4K 481 17

○BLURB○ Takdir yang tertulis tidak seharusnya dipersalahkan... Di usianya yang begitu muda, Jane meninggalkan... More

♤ PROLOG ♤
♤ BAB 1 ♤
♤ BAB 2 ♤
♤ BAB 3 ♤
♤ BAB 4 ♤
♤ BAB 5 ♤
♤ BAB 6 ♤
♤ BAB 7 ♤
♤ BAB 8 ♤
♤ BAB 9 ♤
♤ BAB 10 ♤
♤ BAB 11 ♤
♤ BAB 12 ♤
♤ BAB 13 ♤
♤ BAB 14 ♤
♤ BAB 15 ♤
♤ BAB 16 ♤
♤ BAB 17 ♤
♤ BAB 18 ♤
♤ BAB 19 ♤
♤ BAB 20 ♤
♤ BAB 21 ♤
♤ BAB 22 ♤
♤ BAB 23 ♤
♤ BAB 24 ♤
♤ BAB 25 ♤
♤ BAB 26 ♤
♤ BAB 27 ♤
♤ BAB 28 ♤
♤ BAB 29 ♤
♤ BAB 30 ♤
♤ BAB 31 ♤
♤ BAB 32 ♤
♤ BAB 33 ♤
♤ BAB 35 ♤
♤ BAB 36 ♤
♤ BAB 37 ♤
♤ BAB 38 ♤
♤ BAB 39 ♤
♤ BAB 40 ♤
♤ BAB 41 ♤
♤ BAB 42 ♤
♤ BAB 43 ♤
♤ BAB 44 ♤
♤ BAB 45 ♤
♤ BAB 46 ♤
♤ BAB 47 ♤
♤ BAB 48 ♤
♤ BAB 49 ♤
♤ BAB 50 ♤
♤ BAB 51 ♤
♤ BAB 52 ♤
♤ BAB 53 ♤
♤ BAB 54 ♤
♤ BAB 55 ♤
♤ BAB 56 ♤
♤ BAB 57 ♤
♤ BAB 58 ♤
♤ BAB 59 ♤
♤ BAB 60 ♤
♤ BAB 61 ♤
♤ BAB 62 ♤
♤ BAB 63 ♤
♤ BAB 64 ♤
♤ BAB 65 ♤
♤ BAB 66 ♤
♤ BAB 67 ♤
♤ BAB 68 ♤
♤ BAB 69 ♤
♤ BAB 70 ♤
♤ BAB 71 ♤
♤ BAB 72 ♤
♤ BAB 73 ♤
♤ BAB 74 ♤
♤ EPILOG ♤

♤ BAB 34 ♤

57 4 0
By Ranran_01

DIA tidak rasa sakit pun. Dia tidak rasa ada apa-apa yang menyapa. Dia membuka mata. Melihat ke sekeliling. Keadaan masih sama seperti tadi. Tetapi dia tidak mati.

Dia... Masih... Hidup.

Daniel masih bernafas!

Ha-joon juga terkejut melihat ke arah Daniel. Daniel masih hidup. Jadi, tembakan itu kepada siapa?

“Argh!!! Tangan aku!” Helmi menjerit kuat ketika melihat tangannya berlumuran darah. Menitis-nitis ke lantai. Pistol sudah terbang ke lantai. Helmi terduduk.

Eva yang melihat menjerit ketakutan. Dalam takut-takut itu, dia cuba mencari kain untuk membalut tangan Helmi yang telah berkecai.

Daniel pandang Bonny yang ralit memerhati bosnya yang terluka. Tidak menunggu lama, lalu kaki kanan diangkat tinggi dan terus menujah kuat belakang leher Bonny. Cukup kuat untuk menidurkan Bonny dalam beberapa jam.

Ha-joon juga sama. Dia nampak peluang di depan mata. John tidak lagi meletakkan daya tinggi ke atas belakang badannya. Dia pun terus berpusing lalu memeluk kaki lelaki itu.

Sesaat, John telah tumbang, Ha-joon mengeraskan kepalanya lalu menanduk kuat kepala John. Cukup kuat untuk memberi rasa pening yang melampau. Akhirnya, John pengsan dengan mata terbeliak menampakkan mata putihnya sahaja.

Daniel dan Ha-joon berpandangan sesama sendiri. Mengangguk serentak dan terus langkah dipasang untuk mendapatkan Jane yang sedang menangis menekur lantai.

Kemaraan anak-anak buah Helmi yang lain bagaimanapun menyekat mereka untuk terus bergerak. Daniel dan Ha-joon mula bersatu untuk tumpaskan lawan.

“Alex! Daniel! Pergi selamatkan kawan kau tu. Biar aku dengan Jang Nai settle dekat sini!” jerit satu suara.

Mendengarkan itu, Daniel dan Ha-joon terpana. “Leng Hor! Jang Nai! Korang datang?” jerit Ha-joon suka. Daniel juga senyum. Bantuan telah sampai! Bisiknya.

Leng Hor memapah Jang Nai yang kakinya telah tempang. Mereka sedang berdiri dengan bergayanya di muka pintu, tersenyum megah. Nasib baik mereka cepat sampai, jika tidak pasti Daniel tidak tertolong.

30 minit yang lalu selepas Leng Hor berjaya menumpaskan lawan sepadannya di aras satu, dia terus berlari untuk mencari Jang Nai. Di setiap jalan yang dilalui, ramai anak buah musuh telah berjaya ia bunuh bersama pertolongan anak buahnya yang masih tersisa.

Usai memastikan tiada lagi musuh, terus Jang Nai dijejaki. Cari punya cari jumpalah orang kanannya itu di sebuah bilik yang tertutup rapat di aras ketiga bangunan. Apalagi, terus dia rempuh kuat pintunya dan menyelamatkan Jang Nai serta anak buahnya yang lain.

Dia papah Jang Nai menuju ke tempat Daniel dan Ha-joon. Jang Nai lah yang tunjukkan jalan.

Sampai-sampai sahaja, sudah terhidang di depan mata, Helmi memegang pistol untuk menembak Daniel. Menyorok sebentar mereka di sebalik dinding.

Leng Hor juga sudah bersedia dengan pistol di tangan. Nampak sahaja tangan Helmi hendak menarik picu, dia tidak segan silu terus menembak tepat pada tangan Helmi. Dan di sinilah dia sekarang.

“Dah! Kau pergi sekarang! Tunggu apa lagi?” jerit Leng Hor apabila melihat kedua lelaki itu masih berlengah-lengah.

Ha-joon dan Daniel mengangguk laju.

Leng Hor dan Jang Nai serta anak buahnya kembali beraksi. Menumbuk, menendang dan menyepak serta menampar lawan yang tiba.

Leng Hor senyum puas. Senang sahaja kali ini, sebab tidak sekuat lawannya yang di bawah. Wajah lawannya itu telah pecah teruk akibat senjata besi buku lima yang dia gunakan. Kali ini juga sama digunakan untuk lawan yang ramai.

Daniel dan Ha-joon juga tidak meninggalkan kesemua pihak lawan kepada Leng Hor dan Jang Nai. Mereka cuma basmi di kawasan yang lebih dekat dengan Jane.

Kini, tinggal seorang sahaja yang ada sebelum tiba ke arah Jane. Ha-joon dan Daniel bergabung menumbuknya serentak dan akhirnya musuh itu pengsan.

“Jane!” panggil mereka lagi secara serentak dalam keadaan masih berlari.

“Kau orang berhenti! Kalau tak aku tembak kepala dia!” Helmi menjerit kuat tiba-tiba membuatkan langkah Daniel dan Ha-joon terhenti.

Jane sudah bungkam bersama air mata yang tersisa. Terkejut dia apabila dirasakan ada tangan melingkar di lehernya. Sisi kanan kepalanya juga ditolak kasar. Tali yang mengikat tubuhnya sudah terlepas kecuali tangan masih terikat di belakang.

Jane jeling sekejap. Terkejut sekali lagi dia kerana pistol sudah tepat di kepala untuk kali yang kedua. Tapi kali ini lebih menakutkan. Dia boleh nampak Helmi akan bunuh dia betul-betul kali ini. Wajah lelaki itu telah bertukar riak. Mengapa Helmi marah benar sedangkan dia dah berjaya bunuh Daniel? Jane pelik.

“Helmi. Kau jangan buat gila. Jangan apa-apakan dia. Kau sendiri yang cakap, dia lubuk kuasa kau! Takkan kau nak bunuh dia?” Daniel cuba memujuk.

Jane terpana. Matanya yang ralit memandang Helmi tadi telah memandang Daniel apabila mendengar suaranya. Semerta, air matanya bercucuran sekali lagi.

“Daniel, awak masih hidup!” ucapnya lega.

Daniel balas pandangan Jane dengan senyuman sayu. Dia pandang Helmi semula. Jane masih belum selamat. Dia dan Ha-joon mara perlahan-lahan.

Helmi dan Jane makin terundur ke belakang mendekati tingkap. “Sebab dia lubuk kuasa akulah, aku takkan bunuh dia. Tapi kalau korang terus dekat, dia mati!” jerit Helmi keras. Wajahnya yang semakin memucat kerana kehilangan darah tidak dipedulikan. Apa yang penting, dia tidak boleh gagal hari ini.

Ha-joon mengeluh kasar. “Bro, just admit it. You’ve lost!” katanya. Geram pula hatinya dengan perangai keras kepala Helmi. Tidak sedarkah lelaki itu bahawa nyawanya perlu diselamatkan sekarang?

“Aku tak kalah lagi. Kalau aku mati, dia pun kena mati!”

“Kau nak kami buat apa untuk lepaskan dia? Biarkan kau pergi? Macam tu?” tanya Daniel. Cuba berunding.

“Tak boleh... tak boleh! Korang tak boleh ambik dia! Dia kena ikut aku balik Malaysia!”

“Tak. Aku takkan benarkan kau bawa pulang Jane ikut cara kau dah! Aku tak tahu lagi apa yang bakal kau buat dekat dia bila dekat Malaysia nanti. Kalau kau minta aku untuk lepaskan kau, aku boleh buat tapi tinggalkan Jane dekat sini," bentak Daniel. Gigi digetapkan.

Helmi merengus. “Aku. Takkan. Bagi. Ana. Dekat. Kau!” ucapnya sepatah demi sepatah. Dia semakin kuat menarik Jane ke belakang mendekati tingkap. Ha-joon dan Daniel berjaga-jaga. Risau jika Helmi merancang untuk terjun bersama Jane dari tingkap itu.

Jane rasa pegangan Helmi di lehernya semakin kemas. Sukar untuk dia bernafas dengan baik apabila lengan lelaki itu kadang menyentuh hidung dan mulutnya. Tidak lama kemudian dia terfikir sesuatu.

Jane membuka luas mulutnya lalu mengigit kuat lengan Helmi. Sekeras-kerasnya. Biarkan ia berbekas dan berdarah. Dia dah geram sangat.

Argh!!!” Helmi menyeringai kesakitan. Meronta-ronta cuba lepas dari gigi Jane. Pistol di tangan sudah terlepas kerana secara spontan dia menggunakan kedua tangannya untuk menolak tubuh gadis itu.

Ha-joon yang nampak pistol Helmi, terus menyepaknya jauh daripada pergelutan itu. Daniel pula cuba masuk untuk menarik Jane daripada pegangan Helmi. Kaki menendang perut Helmi kuat sehingga lelaki itu terjelepok ke lantai. Menyambut Jane ke dalam pelukannya.

Ha-joon pula menambahkan kesakitan Helmi dengan menyepaknya berkali-kali. Di perut. Di kaki. Di bahu. Sehingga lelaki itu tidak mampu untuk menyerang balas.

“Jane, awak tak apa-apa? Awak okay?” soal Daniel. Dia segera membuka ikatan tali di tangan Jane.

Jane terbatuk sedikit sebelum menjawab. “Saya okay...”

Daniel papah Jane untuk duduk. Disapu-sapu pakaian Jane yang terkena debu.

Ha-joon masih belum puas melepaskan geram. Berkali-kali dia menumbuk muka Helmi. Membelasahnya.

“Sudah-sudah lah tu bro! Kau serah aje jahanam ni pada polis!” Leng Hor tiba-tiba muncul menariknya untuk tidak terus menyeksa. Jangan sampai Ha-joon jadi pembunuh pula.

“Aku takkan puas selagi dia tak mati. Apa yang dia dah buat pada Jane takkan pernah boleh dimaafkan!” jerit Ha-joon berang. Berang juga dengan Leng Hor yang menyekatnya.

Daniel meninggalkan Jane sebentar untuk mendapatkan Ha-joon. Menyedarkan kegilaan lelaki itu. “Ha-joon, it’s over. We need to take Jane to the hospital!”

Ha-joon raut wajah. Kesal sebab dia lupa Jane seketika. Hilang dah rasa marahnya. Jane paling penting sekarang!

“Kau jangan harap boleh pergi hidup-hidup!” Eva tiba-tiba mencelah. Dia sudah pun berdepan dengan Jane dengan mengacukan pistol. Jarak lurus dia dengan Jane lebih kurang 10 meter sahaja. Eva menangis kerana Helmi. Kerana kekasihnya, air matanya tumpah.

Semua yang ada di situ terkejut. Daniel mengeluh. Ada lagi yang belum selesai. Ha-joon kepal penumbuk. Leng Hor sudah menjaga Helmi di belakang.

Daniel hendak mendapatkan Jane. Dia berlari.

“Kau berhenti! Jangan cuba-cuba nak dekat dengan betina ni. Kalau tak pecah kepala dia!” jerkah Eva.

Langkah Daniel terhenti saat mendengar jerkahan yang boleh tahan kuat itu. Matanya terkebil-kebil. Dia pandang Ha-joon pula. “Bro, apa dia cakap?” tanyanya dengan kening terangkat.

Ha-joon tepuk dahi. Lupa pula yang Eva itu bercakap dalam bahasa Korea dan Daniel tidak faham!

“Hmmm... dia cakap jangan dekat kalau tak dia tembak,” terangnya bersahaja.

“Oh!” balas Daniel seraya menyentuh tengkuknya namun tetap mengambil berat akan amaran Eva itu. Silap langkah, Jane boleh hilang nyawa. Dia dan Jane dah dekat sangat tetapi dia tidak mahu mengambil risiko. Lawan mereka sekarang berada di minda bawah sedar.

Eva melihat tingkah mereka terasa berang. Dia melepaskan satu tembakan ke udara. “Kau dengar tak ni aku cakap apa?” marahnya.

“Woi perempuan! Kau tak reti sabar ke? Bukan semua orang faham cakap kau lah!” jerit Ha-joon.

“Kau lah yang terangkan! Lepaskan Helmi kalau tak aku bunuh betina ni!”

“Helmi dah banyak sangat buat jenayah! Aku takkan biar dia lepas lagi!”

“Lepaskan Helmi aku kata!” tengking Eva dalam tangisan.

“Tak nak! Selagi kau tak letak pistol tu!” jawab Ha-joon bengang.

“Kalau aku letak, kau akan lepaskan dia? Pasti?”

“Kau letak dulu pistol tu baru tahu pasti ke tak!”

“Kau main-main dengan aku? Kau tak rasa ke aku boleh bunuh kau sekarang?” berang Eva.

“Aku takde masa nak main dengan kau, selagi pistol tu tak cecah lantai selagi tu aku tak bagi kau dekat dengan Helmi!”

Eva mengenggam penumbuk. “Aku letak sekarang!” Eva menurunkan tubuhnya perlahan-lahan untuk menyerah pistol pada lantai. Mata tidak lepas daripada memandang Ha-joon. Risau lelaki itu banyak akal akan menipunya. Seketika kemudian dia bangun laju.

“Ah! Aku tak percaya! Pistol kawan kau pun dekat kepala Helmi. Kau ingat aku nak percaya kau? Penipu!”

Ha-joon terkesima sebentar sebelum berpaling ke belakang. Pistol Leng Hor sudah lurus ke kepala Helmi. Bila masa? Kening Ha-joon terangkat. Rosak rancangannya. Ingatkan boleh tangkap Eva tanpa senjata. Leng Hor pula salah masa!

Ha-joon pusing semula menghadap Eva. “Itu di luar rancangan!”

Eva semakin menangis. Dia benci kena tipu saat-saat begini. Nampak sangat bodohnya. Dia makin teresak-esak sementelah tiada tanda-tanda Helmi akan diserahkan kepadanya. Tubuh sudah melutut.

“Kenapa tipu aku? Aku... aku cuma nak Helmi. Dia yang selalu ada dengan aku. Yang bagi aku segalanya yang aku nak. Aku cuma nak dia. Korang tak faham ke?” luahnya.

Terkebil-kebil Ha-joon. Cepatnya Eva mengalah? Dia berdeham sebentar sebelum menjawab.

“Macam ni lah, apa kata kau serah diri aje. Pasti hukuman takkan berat sangat pada kau nanti. Kau pun akan dapat jumpa Helmi juga nanti,” pujuk Ha-joon.

Eva yang mendengar masih dalam sedu-sedan. Tidak membalas apa-apa.

Daniel pula melihat Eva tiada lagi ura-ura untuk menyerang, dia pun segera berlari untuk mendapatkan Jane.

“Ah! Kau orang semua boleh pergi mampus lah!”

Eva tiba-tiba berteriak dan berdiri mengacukan pistol. Aku tak boleh biar betina tu hidup. Sebab dia lah, Helmi jadi macam ni. Jadi dia perlu mati. Bisiknya geram lalu picu ditarik.

“Daniel!”

Mereka yang melihat menjerit kuat ke arah Daniel kerana lelaki itu sudah pun betul-betul di hadapan Jane.

Mata Jane terbuka luas ketika nama Daniel dipanggil. Dia nampak Eva. Dia nampak api kemarahan Eva.

Daniel meluru ke arah Jane. Merangkulnya ke dalam pelukan namun tembakan telah pun terlepas.

Jane tergamam saat dia kaku dalam pelukan Daniel. Matanya terpejam bersama bunyi kuat tembakan. Dia takut nak buka mata. Dia dah menangis. Dia takut nak hadap realiti yang Daniel menyambut tembakan itu.

Jane buka mata perlahan-lahan. Ketar tubuhnya ketika cuba membebaskan diri daripada rangkulan Daniel. Perlahan-lahan Jane angkat wajah untuk memandang wajah lelaki itu.

Bungkam dia ketika melihat mata Daniel telah pun pejam. Air mata berterusan merembes ke pipi.

“Da... Da... niel!” gagap Jane untuk memanggil nama itu namun dia terus peluk erat tubuh Daniel. Kemas. Empangan matanya pecah mengalir laju.

“Err... Jane...”

Jane terpana. Daniel panggil dia?

“Jane... boleh tak lepaskan saya? Saya tak boleh nak bernafas!”

Jane masih kaku. Dia rasa dia dengar suara Daniel dengan jelas. Dalam pada kekakuan itu, pandangannya terus terbuang ke hadapan. Kali ini anak matanya bergetar lagi hebat. Tubuhnya menggigil.

Kegigilan yang bukan untuk Daniel tetapi untuk Ha-joon! Tembakan tadi telah mengena Ha-joon. Lelaki itu yang menyambut tembakan Eva untuknya.

“Ha-joon!!!” teriaknya lalu tubuh Daniel ditolak. Dia nak dapatkan Ha-joon yang sudah tumbang di hadapan. Dalam lemah dia lari, kejap jatuh dan bangun. Saat tiba dekat dengan Ha-joon, diribanya kepala lelaki itu. Darah sudah membasahi lantai. Peluru Eva telah menembusi perut Ha-joon!

Daniel juga turut sama terkejut. Meraba-raba ke seluruh tubuh badannya. Dia rasa dia yang akan menerima peluru Eva tetapi Ha-joon telah berkorban untuknya dan Jane. Untuk selamatkan mereka!

Jane memandang Ha-joon sebak. Air mata sudah tidak henti-henti mengalir. “Why Ha-joon? Why?”

Ha-joon tersenyum lemah saat memandang Jane. Wajahnya semakin memucat. Tangan naik menyentuh pipi Jane. Diusapnya lembut. Tangan lagi satu menekan perutnya.

“Shh! Don’t cry... Don’t cry Janny!” pujuknya. Pandangannya kian kabur. Berbalam-balam. Dia rasa nak tidur sahaja sekarang ini. Menutup mata selepas melihat wajah cantik Jane. Tetapi dia tak nak Jane menangis. Dia tak nak pandangan terakhirnya adalah air mata Jane.

Jane memegang pipi Ha-joon. Dia dapat rasa Ha-joon semakin lemah. Tubuh Ha-joon terasa sejuk. Mata Ha-joon semakin tertutup rapat.

No, Ha-joon. Stay with me... stay with me... please! Don’t sleep... don’t sleep!” pintanya sambil menampar-nampar lembut pipi Ha-joon.

Daniel sudah berada di sebelah. “Get yourself together bro. Jane is safe! You too. Don’t die or i won’t let you see Jane anymore!” ugut Daniel.

Ha-joon hanya senyum. Dia hanya mendengar sayup-sayup kata-kata mereka berdua. Jaga dia Daniel. Hatinya berkata-kata. Dia dah tak mampu nak buka mata. Badannya sudah terasa dingin seakan tertimbus salji. Agaknya, waktu sudah tiba untuknya melambai pada dunia.

Jane semakin teresak. Luluh hati Daniel melihatnya.

Argh!!!” teriak Jane dengan tangisan tiada henti selepas Ha-joon diam terpejam.

Daniel menarik Jane ke dalam pelukan. Menenangkan gadis itu. Dia juga ikut sebak tetapi tidak mahu mengeruhkan keadaan dengan melontar tangisan. Tidak mahu membuatkan Jane bertambah-tambah pilu.

Sementara itu, Eva sudah pun mati. Dia ditembak tepat di kepala oleh seorang sniper pasukan S.W.A.T yang tiba-tiba muncul di saat yang mencemaskan itu. Berduyung-duyung mereka tiba untuk menyelamatkan keadaan. Menangkap anak-anak buah Helmi dan Leng Hor.

Seorang doktor tiba-tiba datang memeriksa Ha-joon. Dia pegang tangan dan mendengar nadinya. Semerta riak wajahnya menjadi cemas.

He’s still breathing! CPR... CPR... Perfom a CPR now!” teriaknya kepada pembantunya yang masih berlari membawa kit medicine.

Mata Daniel membulat. “Jane, Ha-joon masih hidup. Dia masih hidup!” beritahu Daniel seraya melepaskan Jane dari pelukan.

Jane yang mendengar terus kesat air mata. Dia lihat Ha-joon sedang dirawat. Kemudian, air matanya tumpah lagi. Kali ni tangisan rasa syukur. Mudah-mudahan Ha-joon boleh diselamatkan.

Dia tak sanggup nak hilang sesiapa lagi. Dia tak sanggup nak tanggung rasa bersalah seumur hidup selepas menyebabkan kematian seseorang. Cukuplah maut bermain-main dengannya dan Daniel tadi. Cukuplah Sakinah dan Angela yang digalang ganti dengan nyawanya selama ini. Dia dah tak mampu lagi untuk menerimanya.

Helmi pula sudah ditahan manakala orang tebusan dan ‘stok’ sudah diselamatkan. Doktor-doktor jahat yang terlibat dengan penjualan organ telah diberkas. Seorang perempuan yang datang bersama Eva awal-awal lagi telah melarikan diri.

Mentari telah menyapa menyinarkan jelas keberantakan kawasan tersebut. Lantai dipenuhi dengan darah orang mati.

Pasukan S.W.A.T bekerjasama dengan pihak polis serta pihak hospital membersihkan kawasan yang sudah dipenuhi mayat bergelimpangan. Bilik operasi pembedahan organ haram telah disita untuk disiasat. Kawasan sekitar juga sudah dipagari dengan garis polis.

Ha-joon telah dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut. Do-hyun tiba-tiba muncul dan menemaninya. Daniel pula memberi keterangan kepada polis tentang perjalanan kes. Leng Hor dan kumpulannya pula mungkin akan disabitkan kesalahan sebagai pihak yang menggunakan kekerasan.

Kini, Jane sedang bersandar di dinding. Dia bersama mangsa yang lain diberi minum air panas dan diberi selimut untuk menghangatkan tubuh. Segala kecederaannya telah dirawat awal oleh pihak medic yang datang membantu.

Thuy Lam, Veronica dan Rina pun telah datang memeluk dirinya tadi. Syukurlah mereka juga tidak apa-apa tetapi sedikit terkilan hatinya tatkala mendapat tahu yang kedua kanak-kanak itu tidak sempat diselamatkan.

Dia juga sempat meratapi wajah Angela buat kali yang terakhir sebelum mayatnya dihantar ke pihak forensik. Begitu juga dengan mayat mangsa-mangsa yang lain.

Jane berdiri memandang langit yang semakin cerah. Dia dan kumpulan warga asing sudah pun dipanggil untuk menaiki bas pihak imigresen Korea. Mereka akan dibawa ke pusat tahanan imigresen Korea untuk perlindungan sementara.

Dari dalam bas dia nampak Daniel sedang memandangnya dari bawah. Daniel melemparkan sebaris senyuman yang membuatkan Jane rasa hangatnya senyuman itu.

Segaris senyuman yang membuka cahaya di hatinya. Permulaan perkenalan mereka lah yang membawa kepada jalan kebebasan bagi hidup seorang Jane.

Tak sangka semuanya dah berakhir. Segala-galanya seperti sekelip mata. Dia bebas tetapi ada perasaan yang sukar untuk dia tafsirkan. Perasaan kesal. Sedih. Terkilan dalam masa yang sama.

Senyuman Daniel, Jane balas untuk melegakan hati sendiri.

Dia memang dah bertekad untuk meninggalkan dunia gelap ini tetapi bagaimanakah dunia yang bakal dia hadapi di luar sana? Adakah lebih mudah seperti yang dibayangkan? Bagaimana pula kehidupan selepas berpisah dengan teman serumahnya? Bagaimana pula penerimaan masyarakat di Malaysia? Bagaimana penerimaan maknya? Adik-adiknya?

Jane tidak pernah fikir akan semua itu. Dia cuma hendak bebas daripada masalah ini. Persoalan utama, adakah dia, Jane mampu untuk kembali menjadi Nurul Jannah?

TBC...

Continue Reading

You'll Also Like

489K 23.8K 73
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
1.4K 85 14
Dibuang keluarga sendiri dan hanya mampu menumpang kasih pada keluarga angkatnya. "KAU KELUAR DARI RUMAH NI SEKARANG !!" - Encik Nufail "Shh.. Umi a...
3.2K 339 47
[Karya pertama] Terjumpa di Taman Rekreasi yang tanpa sengaja dan mulalah perkenalan mereka di situ "Sayang, awak nak pergi mana?" -Raja Thaqif Willi...
1.4K 61 70
First Story by flowylia Elmira Ramadhani & Ayden Nufail Tidak disangkakan,Elmira terpaksa berkahwin dengan musuh zaman sekolahnya atas kehendak kelua...