| C🐧|TOGETHER

By Ranran_01

7.4K 481 17

○BLURB○ Takdir yang tertulis tidak seharusnya dipersalahkan... Di usianya yang begitu muda, Jane meninggalkan... More

♤ PROLOG ♤
♤ BAB 1 ♤
♤ BAB 2 ♤
♤ BAB 3 ♤
♤ BAB 4 ♤
♤ BAB 5 ♤
♤ BAB 6 ♤
♤ BAB 7 ♤
♤ BAB 8 ♤
♤ BAB 9 ♤
♤ BAB 10 ♤
♤ BAB 11 ♤
♤ BAB 13 ♤
♤ BAB 14 ♤
♤ BAB 15 ♤
♤ BAB 16 ♤
♤ BAB 17 ♤
♤ BAB 18 ♤
♤ BAB 19 ♤
♤ BAB 20 ♤
♤ BAB 21 ♤
♤ BAB 22 ♤
♤ BAB 23 ♤
♤ BAB 24 ♤
♤ BAB 25 ♤
♤ BAB 26 ♤
♤ BAB 27 ♤
♤ BAB 28 ♤
♤ BAB 29 ♤
♤ BAB 30 ♤
♤ BAB 31 ♤
♤ BAB 32 ♤
♤ BAB 33 ♤
♤ BAB 34 ♤
♤ BAB 35 ♤
♤ BAB 36 ♤
♤ BAB 37 ♤
♤ BAB 38 ♤
♤ BAB 39 ♤
♤ BAB 40 ♤
♤ BAB 41 ♤
♤ BAB 42 ♤
♤ BAB 43 ♤
♤ BAB 44 ♤
♤ BAB 45 ♤
♤ BAB 46 ♤
♤ BAB 47 ♤
♤ BAB 48 ♤
♤ BAB 49 ♤
♤ BAB 50 ♤
♤ BAB 51 ♤
♤ BAB 52 ♤
♤ BAB 53 ♤
♤ BAB 54 ♤
♤ BAB 55 ♤
♤ BAB 56 ♤
♤ BAB 57 ♤
♤ BAB 58 ♤
♤ BAB 59 ♤
♤ BAB 60 ♤
♤ BAB 61 ♤
♤ BAB 62 ♤
♤ BAB 63 ♤
♤ BAB 64 ♤
♤ BAB 65 ♤
♤ BAB 66 ♤
♤ BAB 67 ♤
♤ BAB 68 ♤
♤ BAB 69 ♤
♤ BAB 70 ♤
♤ BAB 71 ♤
♤ BAB 72 ♤
♤ BAB 73 ♤
♤ BAB 74 ♤
♤ EPILOG ♤

♤ BAB 12 ♤

117 12 0
By Ranran_01

DANIEL menghenyakkan punggungnya di sofa sebaik sahaja tiba di bilik hotel yang ditempahnya untuk Jane sebentar tadi.

Hariz tidak ikut sama. Dia telahpun kembali ke biliknya di hotel yang sama. Mereka tidak ke apartmen sewaan Daniel atas alasan jauh. Jane di hadapan, Daniel pandang sekilas lalu mulut mengisyaratkan supaya Jane duduk di sebelahnya.

Jane menuruti suruhan Daniel tanpa bantahan.

Wajah gadis itu, Daniel perhati dalam-dalam. Lengan Jane yang berbalut sapu tangan miliknya dibuka perlahan. Kawasan yang terluka itu dibelek lembut. Dalam juga lukanya.

Tangan mencapai pula plastik barangan yang terdapat di atas meja yang tersedia di bilik itu. Nasib baik dia ingat hendak singgah farmasi membeli ubat luka dan pembalut. Segera luka di lengan itu dicuci bagi mengelakkan jangkitan kuman.

Sesekali wajah Jane berkerut menahan pedih. Daniel tersenyum lucu. Usai membalut luka itu dengan bandage, muka yang tidak puas hati pula dipamerkan kepada Jane.

"Kenapa sampai ke sini cari kerja? Dekat Malaysia dah tak ada sangat ke kerja kosong?"

Jane mengeluh perlahan. Seperti jangkaannya, soalan seperti itu akan ditanya oleh Daniel. Hati belum bersedia ingin membuka lembaran cerita. Namun, tidak dibiarkan soalan tersebut tanpa jawapan.

"Saja!" jawab Jane ringkas.

Daniel terkejut. Tidak sangka jawapan itu yang keluar dari mulut Jane. Tetapi setelah melihat reaksi Jane yang seakan-akan tidak bersedia bercerita dia juga tidak ingin memaksa. Nanti-nantilah kalau dia rasa nak cerita, dia sendiri yang akan buka cerita. Bisik hatinya.

"Apa tujuan encik? Kenapa bayar saya?" Kali ini Jane pula mengutarakan soalan.

Daniel melepaskan keluhan kecil. Tak pasti jawapan apa yang benar harus dijawab. Dia sendiri pun tidak tahu kenapa. Segala-galanya berlaku sekelip mata. Yang dia tahu, Jane harus dia selamatkan.

"Saja!" jawab Daniel juga selamba.

Jane mengetap bawah bibirnya tanda tidak berpuas hati. Aku seligi jugak mamat ni karang! Sajalah tu nak balas dendam! Bisik hatinya geram.

"Bagitahu la encik, kenapa sampai nak kena bayar saya? Adakah saya ni sebagai alat untuk buat girlfriend encik jeles?" soal Jane lagi.

"Biarlah rahsia..." Daniel menjawab malas. Dia sudah malas hendak berfikir apa-apa buat masa sekarang. Dia penat.

Tangan Daniel kemudian mencapai botol air mineral yang dibeli di kedai serbaneka sebelum ke hotel tadi lalu diberikan kepada Jane. Tidak ingin Jane terus menerus bertanya.

Jane semakin bengang dengan sikap tak endah Daniel pada soalannya sebentar tadi. Hatinya geram namun tangan mencapai jua botol itu lalu penutup dibuka dan rasa dahaga di tekaknya dipuaskan.

Daniel tersenyum senang melihatnya. Gadis itu tidak segelabah sewaktu pertama kali pertemuan mereka. Masih comel di pandangan matanya. Polos sahaja. Tetapi fakta tetap fakta. Ungkapan daripada Melisa mengenai Jane tetap mengecewakan hatinya.

Semasa sedang asyik meneguk air mineral tersebut, ekor mata Jane sedar akan panahan mata Daniel yang sedang ralit memandangnya. Seraya itu, dia menilik dirinya.

Baru Jane sedar yang dia dalam keadaan tidak sempurna sebagai perempuan Melayu Islam di hadapan seorang lelaki yang juga sama Melayu Islam. Tambah-tambah lagi mereka sedang berdua-duaan di sebuah bilik hotel. Kalau di Malaysia sudah lama dapat kahwin free. Nasib baik di Korea.

"Boleh saya tahu berapa yang encik habis untuk bayar lelaki tu?" soal Jane ingin tahu.

"Tak perlulah awak tahu."

"Saya nak tahu. Sebab kalau boleh saya nak bayar balik duit encik."

"Hampir RM100 000 ringgit Malaysia," jawab Daniel selamba.

Mendengar angka yang terlalu besar itu, Jane meneguk air liur. Nafas ditarik dalam-dalam. Tenang... Tenang... Bisik hatinya.

"Tapi, saya tak pernah minta awak bayar. Anggaplah itu sebagai langkah utama awak berhenti buat kerja-kerja ni. Dan, saya juga rasa awak tak mampu nak bayar," sambung Daniel.

Jane terkedu. Tak tahu apa yang harus dia buat sekarang. Betul kata Daniel, mustahil dia boleh bayar dengan wang sejumlah itu. Dan mungkin juga benar, bayaran tersebut semata-mata untuk membuat Melisa cemburu sebab itu Daniel kata dia tak mampu nak bayar.

Jane menilik tubuhnya sendiri. Dalam hati berkeliaran beberapa soalan.

Perlu ke aku buat?

Boleh ke aku buat?

Botol air mineral di tangan ditutup lalu diletakkan di atas meja. Rambut yang disanggul dilepas bebas. Dalam teragak-agak dan tangan yang terketar-ketar, tangannya mula bergerak ke belakang bagi menarik zip dress yang dipakainya sekarang.

Daniel memandang Jane pelik selepas dengar bunyi zip dibuka. Dia nak buat apa? Namun begitu, wajahnya segera dipalingkan menghadap ke arah lain. Atau lebih tepat pada dinding putih kosong di hadapannya. Panas berbahang terasa di pipinya. Serba tak kena dibuatnya.

"Err... awak nak buat apa ni? Kenapa buka baju?" Keras suaranya kedengaran.

Tangan mula menggigil. Tipulah kalau kata naluri lelakinya tidak bergetar melihat Jane. Tambah-tambah lagi belakang tubuh Jane yang mula terdedah luas. Namun dia harus bertahan. Semua ini berdosa!

Tangan Jane terhenti daripada melakukan tugasnya.

"Tugas saya, encik. Encik dah bayar saya kan? Jadi sekarang giliran saya laksanakan tugas tu. Saya tak mahu dijadikan sebagai sandaran untuk kepentingan diri encik. Oleh sebab, encik dah berhabis banyak ke atas saya, encik buatlah apa-apa sahaja. Saya tak nak terikat dengan hutang duit sebab saya tahu saya takkan mampu bayar. Selesai semuanya, antara kita dah tak ada apa-apa," jawab Jane. Sebak hatinya. Dia berasa malu menutur kata-kata itu. Terasa betul-betul wanita tak bermaruah! Wanita jalang!

Daniel yang mendengar terus tegak berdiri. Dadanya mula berombak ingin marah. Diri terasa bodoh tiba-tiba. Apakah sebenarnya tanggapan gadis itu pada dirinya?

"Awak fikir saya bayar awak semata-mata nak buat Melisa cemburu ke? Awak rasa saya bayar awak sebab saya nak tidur dengan awak ke?" Dua soalan Daniel bertanya dengan nada amarah yang cuba dikawal.

Jane senyap dan keliru. Kenapa lelaki itu seolah-olah menafikannya? Bukankah itu tujuan dia yang sebenarnya? Dia juga ikut sama berdiri.

Daniel meraut wajah. Dia sudah berjalan mundar-mandir di hadapan Jane. Kusut!

Seketika kemudian tubuh berhenti di hadapan Jane. Wajah Jane dipandang tajam. Sebelum itu sempat dia menebar kardigan labuhnya ke belakang tubuh Jane yang terdedah.

"Untuk pengetahuan awak, bayaran tu sebenarnya tak ada kaitan langsung dengan Melisa! Dan nafsu saya pun belum kebulur lagi nak ratah anak orang tak tentu pasal!" jelasnya sedikit keras.

"Tapi kenapa? Atas sebab apa encik bayar saya sebenarnya? Saya dah tanya dari tadi tapi encik tetap tak nak jawab! Jadi, tak salah kan kalau saya fikir macam tu?"

"Salah tak salah awak dah anggap saya sama dengan lelaki-lelaki yang pernah awak tiduri. Tak rasa kejam sangat ke tanggapan tu?" Daniel sedikit menjerit.

"Saya cuma nak tahu sebabnya saja encik! Susah sangat ke? Fahamkanlah perkataaan 'stranger' yang saya tak nak ada kaitan dalam tempoh yang lama! Sebab tu saya suruh encik buatlah apa sahaja ke atas tubuh saya ni supaya duit yang encik dah laburkan tu tak sia-sia. Cepat kerja, cepat selesai! Dan saya pun boleh balik lebih awal!" tekan Jane.

"Senangnya ayat itu meluncur di bibir awak! Kenapa ya awak sanggup buat semua ni? Kenapa mudahnya menyerah tubuh pada orang yang tak kenal. Tak takut dosa ke? Tolonglah jaga sikit maruah diri tu! Jangan hanya disebabkan awak rasa terbeban dengan ruginya duit saya, awak terus buka baju depan saya. Awak rasa itu ke yang saya nak? Sejauh mana yang saya rugi bila saya guna duit tu untuk selamatkan awak?" soal Daniel dengan sedikit keluhan.

Jane terpaku dengan kata-kata Daniel. Selamatkan awak? Selamatkan dia? Tetapi kenapa?

"Kenapa nak selamatkan saya? Kenapa tak selamatkan girlfriend encik?" Jane buntu.

"Pembetulan! Dia dah jadi ex girlfriend!" kata Daniel tegas.

Jane pejam mata sebentar dan buka semula. "Ex girlfriend pun kenapa tak selamatkan dia? Why me?" soal Jane lagi.

Daniel menarik nafas sebelum menjawab. "Our relationship has come to an end. Saya dah tak boleh nak paksa orang stay kalau dia dah tak nak. Kalau saya sorang sahaja yang berpegang pada tali perhubungan kami yang sudah bertahun tu dengan kuat, hubungan ni takkan ke mana juga. Melisa dah pilih jalan dia sendiri. Saya dah takde hak nak campur urusannya. Jadi, dia dah tak boleh diselamatkan!" ujar Daniel sedikit sayu. Rasa cinta itu masih tersisa tetapi sekarang lebih kepada sedar diri. Nama Melisa harus dipadam segera kalau tidak mahu menyakiti hati sendiri.

"Jadi, apa kena mengena dengan saya?" tanya Jane pelik.

Daniel pandang Jane dalam-dalam seraya berkata. "Saya selamatkan awak sebab awak dah selamatkan saya daripada kena hentak! Melisa pun tak nak lindungi saya tapi awak sedikitpun tak teragak-agak walaupun awak 'stranger'! Awak boleh terima kan alasan ni?"

"Tapi bukan ke perkataan 'terima kasih' itu senang untuk diucapkan? Kenapa perlu berhabis duit ke atas saya? Encik ucap terima kasih, saya cakap sama-sama. Settle!"

Daniel cuba menyembunyikan senyumannya. Terasa lucu pula dengar kata-kata Jane.

"Memang la senang! Tapi saya kena tengok keadaan jugak! Kalau dah tuan badan tu teresak menangis takkan la saya nak berdiri tegak aje tak berbuat apa-apa? Dan, lelaki yang langgan awak tu, awak rasa dia nak lepaskan awak ke kalau saya tak bayar awak? Saya boleh bezakan la riak awak yang tak nak tu!" ujar Daniel panjang lebar.

"Lagipun, telinga saya hampir berdarah kalau saya berterusan dengar hinaan Melisa terhadap awak. Sebab itu, saya buat keputusan tu," sambung Daniel lagi.

"Tapi saya pelacur encik! Tak layak dilindungi pun!" Suara Jane mula sebak.

"Tak kira apa pun pekerjaan awak, awak tetap manusia dan saya tahu awak tak pernah rela nak buat semua ni kan? Awak terpaksa kan?"

Jane tunduk. Air mata sudah merembes keluar menimpa kaki. Dia mengambil masa untuk menjawab pertanyaan lelaki itu.

Daniel memusingkan badannya daripada menghadap Jane. Tidak mahu membuat gadis itu berasa malu untuk menangis di hadapannya.

"Menangislah kalau itu boleh lepaskan segala beban awak..." tuturnya lembut.

Jane sudah duduk teresak. Dia malu kerana menjadi lemah di hadapan Daniel.

Hampir sepuluh minit juga dia menghamburkan tangisan di bilik hotel itu. Tangis yang berterusan bersama hingus pun dia tak hiraukan. Anehnya, depan lelaki ini, dengan mudahnya dia melepaskan segala yang terbuku di hati.

Daniel mengambil tisu yang tersedia di hotel itu lalu disuakan kepada Jane tanpa memandang gadis itu. Tisu tersebut bersambut.

Tangisan Jane mula reda. Dia mengesat segala cecair di muka.

Menyedari tiada lagi bunyi esakan, Daniel kembali berhadapan dengan Jane.

Jane mengangkat mukanya perlahan. Sekilas, mata indah miliknya bertemu tepat dengan mata Daniel. Seakan-akan mata itu mengeluarkan kata-kata 'Segala-galanya akan baik-baik sahaja, jangan risau, saya ada.'

"Encik tanya saya sama ada saya rela atau terpaksa buat kerja ni?" soal Jane kembali. berdiri. Suaranya yang serak dibiarkan.

Daniel mengangguk mengiakan.

"Semua tu dah tak jadi pilihan lagi, sebab saya dah tak ada apa-apa yang nak dibanggakan. Maruah saya dah lama hilang. Tubuh ni? Pun bukan lagi saya punya. Saya hanyalah jasad yang bergerak mengikut kehendak orang lain yang membayar pemilik tubuh saya! Sebab itu saya bertindak macam tu tadi. Jadi, kalau rela atau terpaksa harus dipilih, saya akan jawab, saya rela dalam terpaksa," terang Jane.

Kening Daniel naik terangkat mendengarkan penerangan itu. "Maksudnya?"

"Saya rela dalam terpaksa sebab saya dah tak mampu berbuat apa-apa. Setiap hari! Setiap hari saya dihidangkan dengan ugutan bunuh! Setiap hari nama orang yang saya sayang meniti di bibir jahat mereka dijadikan bahan ugutan! Jadi, encik bagitahu saya! Apa? Apa yang perlu saya buat selain ikut sahaja kehendak mereka? Saya rela dalam terpaksa asalkan keluarga saya tak terkena tempiasnya," beritahu Jane panjang lebar. Dia hampir nak menangis semula tetapi ditahan.

Daniel diam. Sayu pula hatinya mendengar kata-kata Jane. Tak sangka begitu sekali penderitaan wanita itu. Patutlah, semasa dia memandang wajah Jane di kelab malam tadi telah menjentik beribu perasaan aneh di hatinya.

Wajah Jane walaupun dihiasi make-up namun dia seakan-akan dapat melihat keresahan, kesedihan yang terpancar dalam mata gadis itu. Hiba hatinya. Sekelip mata hatinya jatuh kasihan.

Bahu Jane yang berlapik dengan kardigannya itu, Daniel raih dan terus tubuh lampai itu dibawa duduk di sofa. Daniel ingin menenangkan Jane.

"Saya nak minta maaf sebab saya hampir-hampir nak salah anggap pada awak! Jujur saya kata, saya bayar lelaki tu sebab saya nak selamatkan awak, bukan nak rosakkan awak lagi. Saya tak nak lagi awak terus hidup dalam kehidupan macam ni! Semua ni salah!" jelas Daniel panjang lebar.

Jane yang mendengar terus matanya tepat memandang Daniel. Tersentuh hati kecilnya dengan permintaan maaf lelaki itu. Kedengaran jujur dan manis di telinganya.

"Takpe! Bukan salah encik! Memang patut pun kalau encik marah saya! Saya yang salah sebab anggap encik lelaki seperti itu. Saya yang kejam pada diri sendiri! Saya yang terlalu bodoh untuk menilai!"

"Shhh! Dah, jangan cakap apa-apa lagi! Hidup awak terlalu berharga. Saya janji akan tolong awak." Daniel berjanji. Jam di tangan diintai. Dah hampir subuh!

"Sekarang ni awak pergi bersihkan diri. Lepas tu rehat. Tengah hari nanti saya datang balik bawa makanan okey?"

Jane hanya sekadar mengangguk.

Daniel terus bangun ingin menuju keluar dari bilik.

"Encik..." panggil Jane.

Daniel menoleh.

"Terima kasih..." ucap Jane lembut dengan senyuman manis.

Daniel turut tersenyum mendengarnya. Kaki melangkah menuju ke pintu bilik.

Jane menghantar Daniel dengan pandangan mata yang sayu. Kenapa lelaki itu perlu bersikap baik kepada pelacur sepertinya? Kenal pun tidak! Kawan pun bukan! Saudara apatah lagi? Namun begitu, dalam hati dia memanjatkan doa kepada yang esa supaya lelaki itu sentiasa di bawah lindungannya.

Di luar pintu bilik. Daniel bersandar pada dinding pintu.

Betulkah apa yang aku buat ini? Kenapa aku lemah lepas tengok dia menangis? Kenapa langsung tak ada rasa benci padanya? Sedangkan dia itu pelacur! Diulang PELACUR! Kenapa tiba-tiba rasa hendak melindunginya menebal sangat ini?

Kenapa bukan Melisa lagi bermain di ruang mata? Takkan dalam satu hari terus aku dah lupa pada dia? Daniel buntu. Puas mencari jawapan.

Arghh! Biarlah masa yang tentukan. Ya Allah perasaan apakah ini? Bilik Hariz dituju. Wajah gadis itu berlegar-legar di kepala cuba dihapuskan.

TBC...

Continue Reading

You'll Also Like

855 50 12
Adiba Kaisara nama yang cantik seperti orangnya. Siapa yang tak terpana hati melihat dirinya yang serba lengkap sempurna. Namun sayang aura degil dan...
1.4K 85 14
Dibuang keluarga sendiri dan hanya mampu menumpang kasih pada keluarga angkatnya. "KAU KELUAR DARI RUMAH NI SEKARANG !!" - Encik Nufail "Shh.. Umi a...
298K 13.4K 75
Love , love. What is love without you? Mencintai kamu adalah satu mimpi yang indah bagiku , siang dan malam aku semuanya tampak sempurna selagi mana...
19.3K 974 40
SPIN OFF: THE FORCED FAME (STORY OF TWO COUPLES IN LOVE) Tengku Zuhail-Nur Ardelia / Idham Irawan-Tengku Zulfa