Mrs. Arris Chris

By aylanuria

19.2K 856 7

[COMPLETE] Siri 2- Kerana dia... "Maaf. Aku jarang guna pistol. Aku kebanyakkannya guna pisau. Iany... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42 [the vampire is here]
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Bab 71
Bab 72
Bab 73
Bab 74
Bab 75
Bab 76
Bab 77
Bab 78
Bab 79
Epilog

Bab 53

152 9 0
By aylanuria

2 bulan kemudian...

Perlahan-lahan Alya membuka matanya. Syiling berwarna putih dipandang dengan perasaan yang masih mamai. Jari-jarinya cuba digerakkan. Kemudian, jarum yang berada pada belakang tangannya dipandang.

Dahi mula berkerut. Kejadian sebelum ini dicuba ingat balik. Tetapi yang didapatnya hanyalah kepala yang mula berdenyut. Dia cuba untuk bangun mendudukkan dirinya. Walaupun agak sukar, tapi dipaksa juga.

Tepat pada masa, seorang doktor perempuan datang masuk ke dalam wad VIP itu. Selepas dia melihat Alya mahu duduk, terus dia cepat-cepat menyuruh Alya baring kembali.

Selepas semuanya reda, doktor mula periksa kondisi Alya selepas dua bulan dia koma disebabkan kemalangan menimpa. Habis saja, doktor mengatakan dia perlu rehat dengan secukupnya. Kandungan dia juga tidak ada yang serius. Hanya kekurangan air dalam badan dan kurang rehat saja. Dia pun memegang perutnya yang sudah buncit sedikit.

                    "Doktor." Panggil Alya. Doktor itu yang baru saja mahu berlalu pergi, dia kembali balik kepada Alya.

                    "Ya? Ada apa-apa lagi yang tak kena ke puan?" Tanya doktor itu ramah.

                    "Suami saya mana doktor?" Tanya Alya.

                    "Suami puan ada di bilik sebelah. Keadaannya sudah sedar seminggu lepas. Kalau puan nak saya bawakkan puan jumpa dia, saya boleh tolong."

Alya hanya mengangguk setuju. Lalu, doktor itu mengambil kerusi roda yang berdekatan dan mula menolong Alya untuk dibawa ke bilik keberadaan Arris.

Sampai saja di bilik itu, doktor itu terus berlalu pergi dan memberi masa kepada Alya untuk melawat suaminya yang masih lagi tidur.

Perlahan-lahan Alya berdiri dan mendekatkan dirinya ke arah katil. Tangan Arris dipegang dengan wajah sayu. Muka handsome suaminya ditenung.

Tiba-tiba dia terpandang yang kening Arris seperti berkerut. Terus bibir Alya mengukirkan sedikit senyuman. Arris membuka matanya. Dia terbangun kerana ada sesuatu yang mengganggunya tidur.

                    "Hubby dah bangun. Hubby..." Kata Alya seakan dia mahu menangis.

                    "Kau pahal sial. Datang-datang panggil aku hubby. Kau siapa bodoh." Kata Arris sambil menepis tangan Alya yang memegang tangannya.

Terus terkelu lidah Alya mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Arris. Jantungnya juga seakan mahu terhenti. Hatinya tak perlu dibicarakan. Seperti belati tajam yang menusuk ke hati.

                    "Ni orang lah. Isteri hubby." Kata Alya lagi. Tangisannya cuba ditahan.

                    "Isteri aku? Eh perempuan. Kau nak ambil harta aku sebenarnya kan. Tak payah lah. Bla kau." Arris mendudukkan badannya dan mengalihkan pandangan ke arah lain.

                    "Apa yang hubby cakap ni?" Alya cuba untuk menafikan.

                    "Tolong keluar. Kau dah ganggu tidur aku. Please. Jangan panggil aku hubby. Jijik tahu tak. Aku berjanji dekat diri aku, aku tak nak kahwin. Dasar perempuan sewel. Ada hati nak mengaku jadi bini aku. Bodoh." Kata Arris mengikut kata hatinya.

Sekali lagi Alya terkelu. Apa yang dah jadi dekat suaminya? Kenapa boleh macam ni? Entah-entah... Amnesia.

                    "Hubby! Sampai hati hubby cakap macam tu. Hubby dah kenapa. Ni. Ni bukti dia. Orang mengandung anak hubby. Anak kita." Terus Alya memegang perutnya yang sedikit buncit. Tangisannya yang ditahan tadi sudah keluar membasahi pipi.

                    "Bugiardo!(tipu!) Kau jangan nak tipu aku! Tu sebenarnya anak orang lain kan. Kau gunakan alasan tu sebab kau nak aku dan harta aku kan. Aku tak percaya. Anak haram dalam perut kau tu, pergi mampos je lah. Dah tidur dengan lelaki lain lepas tu nak mengaku tu anak aku dan nak aku tanggung. Sial!"

Memang sudah terburai habis tangisan Alya dibuatnya. Arris langsung tidak memperdulikan Alya yang sudah nangis teresak-esak dihadapannya.

                    "Sampai hati hubby cakap macam tu. Ni isteri sah hubby tau. Dan anak ni, anak yang sah dari benih hubby sendiri. Tolong... tarik balik kata-kata tu." Rayu Alya.

Dia sudah tidak hiraukan keadaan sekeliling. Semakin banyak rayuannya, semakin pedih kata-kata yang keluar dari mulut Arris. Dia langsung tidak berlapis ketika berbicara.

Hati sejak mula sudah sebak ditambah pula dengan ayat yang menunjukkan dia perempuan sewel dan anak dalam kandungannya itu anak haram. Teresak-esak Alya merayu kepada Arris sehingga dia kembali memegang tangan suaminya itu.

                    "Jangan pegang aku lah perempuan haram!! Aku jijik! Kau seumpama babi yang kotor bagi aku!!!" Jerit Arris sambil memberontak. Sedar tak sedar, dia tertolak Alya dengan kasar sehinggakan terjatuh.

Alya mahu memegang di hujung katil supaya tidak terjatuh. Tapi apakan daya, dia tidak sempat memegang hujung katil itu dengan kemas. Dia jatuh terduduk.

Nasib menyebelahi dia. Dia jatuh terduduk bukan dalam keadaan punggung mencium lantai. Tetapi, tulang kiri punggungnya. Jadi, ia tidak merisikokan kandungannya.

Jatuh saja di atas lantai itu, Arris langsung tidak peduli. Alya dibawah sudah melepaskan habis tangisannya. Air mata yang membasahi pipi sudah mengalir dengan deras.

                    "Sayang bukan nak cakap apa abang, tapi- Ya Allah! Alya!!"

Valen yang baru masuk bersama Aaron itu terus ke arah Alya apabila melihatnya dalam keadaan jatuh di lantai. Valen pun menolong Alya kembali ke kerusi roda yang terletak di tepi katil itu.

                    "Ya Allah, apa dah jadi ni." Tanya Valen risau.

                    "Apa yang kau buat ni Ris." Tanya Aaron kepada Arris.

                    "Aku tak tahu! Perempuan tu tiba datang kat aku lepas tu cakap yang aku ni laki dia. Lepas tu dia nak aku tanggung anak haram dalam perut dia tu!"

                    "Astagfirullahalazim, Arris! Apa u cakap ni?!" Terus marah Valen selepas Arris berkata sebegitu kepada Alya. Alya yang sudah duduk di kerusi roda itu hanya mampu menangis saja.

                    "Betullah apa i cakap. Dalam hidup i, i tak pernah kenal perempuan kotor macam babi ni."

                    "Arris! Kau sedar tak apa kau cakap ni?! Dia tu bini kau. Bini kau yang sah! Dan sekarang ni dia tengah mengandungkan anak kau. Kau ni dah kenapa. Sebelum ni elok je kau lawat dia. Hari ni pahal." Kata Aaron.

                    "Kepala bana kau. Dari aku sedar sampai sekarang aku belum lagi turun dari katil."

                    "Kau pergi tandas macam mana? Kau pakai pempers eh?" Usik Aaron sengaja.

                    "Bangsat. Tu lain lah."

                    "Abang. Sayang pergi hantar Alya balik bilik dia tau." Kata Valen meminta izin kepada Aaron. Aaron hanya mengangguk.

Seminggu kemudian...

Seminggu sudah berlalu, Alya sudah dapat keluar dari hospital. Semuanya telah diuruskan oleh Ivan. Ivan juga membawanya pulang ke rumah. Atau, mansion Arris.

Turun saja dari kereta, Alya melihat rumah yang gah besar itu. Takut-takut dia nak masuk. Teringat kembali peristiwa apabila Arris berkata yang dia perempuan sewel dan anaknya adalah anak haram.

Sekali lagi air mata turun kembali. Kepala ditundukkan kebawah.

                    "Aku pasti semuanya ok. Lap air mata kau tu. Jom masuk." Kata Ivan. Dia mencuba untuk memujuk Alya yang sudah melepaskan tangisan sebelum dia masuk.

Masuk saja ke dalam rumah, perkara pertama yang dia pandang adalah Arris. Ya. Arris yang dia pandang dulu. Arris juga turut memandangnya. Tapi hanya beberapa saat. Selepas itu Arris mengalihkan pandangannya ke arah lain.

                    "Bro, tak akan kau nak jadi dingin macam ni. Kau abaikan dia macam dia orang asing." Kata Shawn yang sudah sedar dengan kelajuan Arris.

                    "Yes. Dia memang orang asing. Paling tepat lagi dia binatang. Kenapa kau bawak dia balik kat rumah aku ek? Asal tak campak kat kandang. Aish. Lepas ni aku kena bersihkan rumah selalu. Habis lantai rumah aku kena pijak dengan perempuan haram ni."

                    "Abang Ris! Sampai hati abang cakap dekat kakak Sya macam tu?! Tu kakak Sya tau." Kata Asya marah. Dia masih memujuk kakaknya yang sudah nangis teresak-esak.

                    "Kakak kau? Pergi lah bawak dia balik. Pahal nak buat semak kat rumah aku." Arris menjatuhkan kaki kanan yang terletak di peha kiri dan terus berlalu pergi naik ke atas.

Mereka yang lain hanya memandang Alya dengan pandangan sayu. Kata doktor, Arris mungkin sudah amnesia dah ada beberapa memorinya yang sudah hilang. Hanya beberapa. Bukan semua. Dan kenapa memori penting itu juga dia perlu lupakan?

Semuanya berjalan seperti biasa. Sehingglah malam itu Alya mahu tidur, dia terus naik ke tingkat tiga dimana itu adalah tingkat sepatutnya dia dan Arris.

Pintu bilik Arris diketuk perlahan. Selepas beberapa saat, Arris membuka pintu dari dalam. Tengok saja muka Alya dihadapan itu, terus dia mengangkat keningnya sebelah yang bermaksud 'apa'.

Alya tidak menjawab. Dia hanya menunjuk saja katil yang dia lihat dari luar.

Arris memandang ke belakang. Melihat katil yang ditunjuk Alya.

                    "Apa? Kau nak tidur? Dalam bilik aku? Kejap." Arris kembali masuk. Alya sudah seperti tersenyum sedikit. Melihat Arris yang sedang mengambil sesuatu.

                    "Nah." Arris keluar bersama satu bantal dan dicampakkan tepat ke muka Alya. Alya yang terkejut itu terus menangkap bantal yang sudah tercium dengan mukanya.

                    "Kau pergi tidur bawah. Aku tak nak tidur dengan orang spesis babi ni. Jijik. Kotor. Kau turun bawah. Kau tidur kat bawah. Lain kali, kau tak payah nak jejek kaki kau dekat tingkat ni."

                    "Oh. Sebelum aku terlupa. Ambil ni. Ni baju kau kan? Kau ambil. Semua barang kau aku dah sumbat dalam ni." Kata Arris dingin. Selepas semua barang Alya dipulangkan, terus dia menutup pintu dengan kasar.

Dengan terpaksa, Alya terus berlari turun kebawah dengan keadaan senyap. Tidak mahu orang lain terganggu olehnya.

Sampai di ruang tamu bawah. Beg bagasi itu diletakkan di tepi tangga dan terus membaringkan badannya di atas sofa ruang tamu. Tangisannya kembali. Tersedu-sedu dia menangis.

Spao di dapur yang sedang minum air bersama Shawn dan Ivan turut melihat Alya dengan keadaan seperti itu. Mereka bertiga hanya diam. Tidak tahu ingin membuat apa.

Asya pula sudah tertidur di bilik bawah. Ikutkan dia, dia mahu menemani kakaknya. Tetapi, dia tertidur. Mungkin bila bangun pagi nanti, dia akan berasa bersalah.

Continue Reading

You'll Also Like

538K 12.1K 40
Tengku Aeris Naufal Tengku Hisham. Lelaki kacukan inggeris yang sering menjadi dambaan para wanita. Dalam erti kata lain jejaka terhangat di pasaran...
529K 15.1K 61
#2019 Coverby:@nurshaziera AIYURA AZZAHRA seorang gadis yang matang,berbudi pekerti mulia dan sanggup berkorban apa sahaja demi orang yang disayangin...
375K 10.8K 54
Dua beradik yang sentiasa berkongsi suka dan duka, Zafira dan Damia. Ada kisah yang berlaku disebalik kehidupan mereka tanpa mereka ketahui. Menjel...
166K 4.2K 62
"Let me stay by your side" ------------------------------------------------ Adreana Arissa - "serius ! muka macam budak nak ambil spm jer " Tengku Ai...