Mrs. Arris Chris

By aylanuria

19.2K 856 7

[COMPLETE] Siri 2- Kerana dia... "Maaf. Aku jarang guna pistol. Aku kebanyakkannya guna pisau. Iany... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42 [the vampire is here]
Bab 43
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Bab 71
Bab 72
Bab 73
Bab 74
Bab 75
Bab 76
Bab 77
Bab 78
Bab 79
Epilog

Bab 44

227 10 0
By aylanuria

"Siapa hantar kau?!!" Tengking Arris sambil hujung pisaunya diletakkan di bawah dagu lelaki dihadapannya itu sehinggakan lelaki itu sendiri terdongak ke atas.

Selepas tujuh hari mendapatkan lelaki itu, Arris mengurungnya selama empat belas hari. Termasuk hari ini, sudah menjadi tiga minggu. Dari mulut Zeno, dia mengatakan yang lelaki ini adalah salah seorang dari orang suruhan musuhnya.

Dan hanya mendapati lelaki ini yang mendera Alya dan membunuh anaknya. Sebenarnya, dia sudah tahu. Cuma katanya mahu Arris berusaha sendiri.

Dari mula mereka mendapatkan lelaki itu, dari mula lah apabila di tanya lelaki itu langsung tidak membuka mulut. Walaupun sudah diseksa, tetap tidak memberitahu siapa yang menghantarnya.

"Aku tanya ni bodoh. Siapa hantar kau?!!"

Arris menekan sedikit hujung pisaunya dileher lelaki itu. Keadaan lelaki itu masih sama. Dia hanya memejam mata dengan rapat. Tubuhnya nampak terketar-ketar.

"Kalau kau bagitahu siapa hantar kau, aku tak teragak-agak nak lepaskan kau." Ugut Arris. Terus lelaki itu membuka matanya.

"B- be- betul... ke?" Kata lelaki itu seperti tidak percaya apa yang dikatakan Arris.

"Buat apa aku nak tipu. Baik kau bagitahu aku. Siapa hantar kau. Ni soalan terakhir dari aku." Balas Arris. Katanya itu semua hanyalah dusta. Cuma, hanya dengan reaksi wajahnya saja yang membuatkan orang terpedaya.

"O- ok, ok. Aku s- sebenarnya orang suruhan Cuore Oscuro yang dihantar sendiri oleh Uno. Dia dah bekerja sama dengan syarikat Mexico. Lepas tu, syarikat terbesar Thailand minta tolong dia untuk ambil semua duit saham kau sebab kau tolak tawaran dia untuk gabungkan saham."

"Lepas tu, diorang bertiga dah bersatu dan rancang untuk bunuh dan rampas syarikat kau." Kata lelaki itu jujur.

Arris hanya tersenyum sinis mendengarkan itu.

"Ok. Terima kasih untuk itu." Balas Arris dengan muka yang penuh penipuan itu. Tidak sempat dia mahu keluar dari bilik itu, lelaki tadi memanggilnya semula.

"Hey. Kata nak lepaskan aku."

Arris terus terhenti dari langkahnya. Memusing kebelakang menghadap lelaki itu. Spao yang berada di muka pintu itu Arris memberikan isyarat kepadanya.

Serta-merta, Spao pun mengangguk seperti menerima satu arahan. Dia pun melangkah ke arah lelaki itu dengan satu beg guni kecil yang muat-muat mukanya.

"Kau jangan risau. Aku tak buat apa-apa pun dekat kau. Aku tutup mata kau sebab tak nak kau tau tempat ni."

Kata Spao, sebelum dia menutup seluruh kepala dan muka lelaki itu. Spao menarik lelaki itu bangun dan membawanya dalam keadaan mengheret. Dia mengheret lelaki itu sehingga di satu bilik yang tidak jauh dari situ. Buka saja pintu bilik itu, dia mencampakkan lelaki itu dihadapan Alya yang berada di tengah halaman sambil duduk dan menyilangkan kakinya.

Kemudian, Alya menjatuhkan kakinya dan mendekatkan badannya dihadapan lelaki itu. Lalu, dia terus mencabut kasar guni yang menutup seluruh kepala dan muka lelaki itu.

Dengan lebam yang teruk, mata disebelah kiri sudah sepet dek kerana ditumbuk. Tambahan pula beberapa luka di dahi, pipi dan juga leher. Itu baru wajahnya. Badan? Mesti sudah ada yang patah. Lelaki itu diseksa oleh Arris. Dan Spao.

"You did it well, Spao." Kata Alya kepada Spao. Spao hanya mengangguk. Kemudian, dia melangkah ke belakang untuk memberi ruang kepada Alya untuk menyelesaikan lelaki itu.

Arris yang entah bila dia masuk bilik itu hanya berada di hujung sudut bilik itu hanya memerhati saja tindak balas isterinya. Dalam diam, dia mengukirkan senyuman sinisnya bersama aura hitamnya dengan kedua tangannya dimasukkan ke dalam poket.

Perlahan-lahan, Alya mengeluarkan sebilah pisau yang berada di belakangnya. Pisau yang kelihatan agak lama dan tumpul yang bercorakkan dengan warna coklat berkeemasan.

Karat.

Alya bangun dari kedudukannya. Dia menapak perlahan ke arah lelaki itu walaupun hanya beberapa inci sahaja.

Lelaki itu jelas ketakutan. Dengan peluhnya yang membasahi dirinya. Kepala digeleng-gelengkan yang bertanda supaya Alya tidak berbuat apa-apa kepadanya dirinya.

Tetapi, Alya adalah Alya. Dia langsung tidak menghiraukan lelaki itu. Dia hanya meneruskan langkahnya. Alya melutut di sebelah lelaki itu. Tanpa isyarat apa-apa, Alya terus mencengkam dan menarik kuat rambut lelaki itu sehingga dia terdongak ke atas kasar. Bunyi pada leher lelaki itu turut terhasil.

Terpampar jelas, muka lelaki itu ketakutan.

Dengan pisau tumpul lagikan berkarat yang berada di tangan Alya, perlahan-lahan dia meletakkan di bahu lelaki itu. Bajunya yang sudah terkoyak rabak di leher, membuat leher dan dadanya terdedah.

Alya menoreh halus di antara dada dan leher lelaki itu dengan ukuran 10.5 sentimeter. Nampak seperti halus. Tapi, hanya dia saja yang tahu bagaimana caranya dia menggores halus walaupun pisau yang dipegang itu sangat tumpul dan berkarat.

Kerongkong lelaki itu seakan tersekat sesuatu. Dia mahu menjerit, tetapi tiada daya untuk itu.

Cecair merah yang mula mengalir di dada lelaki itu keluar dengan deras. Alya yang melihat itu, dia tersenyum riang.

Dia mencium darah itu.

"Wangi." Kata Alya dengan nada sukanya.

"Tapi sayang, kau sendiri yang membuatkan ianya busuk." Sambungnya.

Lalu, dengan cekap dan pantas, Alya terus menoreh kasar di bahagian rahang lelaki itu. Lelaki itu masih tidak mengeluarkan satu bunyi dari kerongkongnya. Dia pun tertunduk kesakitan.

Alya mula bangun. Dia melihat lelaki dihadapannya itu dengan anak mata yang tajam memikam walaupun mereka tidak berpandangan.

Dengan kasut yang dipakai, dia terus menyepak lelaki itu kebelakang. Terhentak kuat kepala lelaki itu. Tangan yang diikat dibelakang, membuatkan lelaki itu menambah sakit kerana dia menindih tangannya sendiri.

Alya pun meletakkan kaki kanannya di atas dada lelaki itu. Kemudian, dia menekan kuat dada lelaki itu seakan-akan tulang rusuk itu mahu patah.

Arris dan Spao yang melihat adegan yang dilakukan oleh Alya hanya memerhati saja. Membiarkan Alya melakukan sepuas-puas hatinya.

Tiba-tiba, lampu merah pada komputer Shawn menunjukkan satu isyarat. Shawn pun terus keluar dari bilik kecil yang berada di dalam bilik itu dan terus melangkah ke arah Spao.

"Nampaknya, 'dia' dah bagi tanda-tanda nak datang sini ambil orang dia." Bisik Shawn kepada Spao. Dia hanya berbisik sahaja kerana tidak mahu Alya terganggu dengan percakapannya.

"Jom pergi dekat Chris."

Mereka berdua pun terus melangkah ke arah Arris yang berada di hujung sudut hadapan. Sampai saja mereka dihadapan Arris, Arris hanya memandang mereka dengan kening dijongketkan sebelah.

"Dia akan datang dalam beberapa minit lagi. Baik kau suruh dia berhenti sebelum dengan dia-dia sekali orang tu ambil." Kata Shawn sebelum dia memusing kebelakang memandang Alya.

Arris hanya mengukirkan sedikit senyuman sinisnya sebelum dia membetulkan dirinya untuk ke arah isterinya itu. Dengan tangan yang masih setia di dalam poket, dia pun terus melangkah ke arah Alya.

"Babygirl... stop it. He's already quite tormented by your behavior." Kata Arris sambil menarik lembut isterinya itu.

Serta-merta perilaku Alya kepada lelaki itu terus diberhentikan Arris. Tubuh isterinya itu dipeluk dan diberi kehangatan kepada Alya untuk menenangkan dirinya.

Lelaki itu pun terbatuk. Dia cuba sedaya upaya untuk duduk.

Arris melangkah ke hujung belakang bilik itu. Dia meletakkan Alya di atas ribanya dan menyambung kembali memeluk tubuh isterinya itu dengan penuh keselesaan.

Tiba-tiba, bumbung bilik itu tercabut dari atas menggunakan helikopter. Habis jatuh cebisan-cebisan simen itu. Spao dan Shawn yang masih berdiri ditempat mereka hanya menghalang wajah dengan lengannya saja.

Arris sudah berlindung di tepi. Alya dipangkunya juga dilindung dengan baik.

Terjuntai lah satu tangga yang bertali di atas lelaki yang dikerjakan Alya. Muncul satu sosok tubuh yang datang mengambil lelaki itu.

Dengan lembut, Arris meletakkan isterinya disebelah. Kemudian, dia melangkah ke arah figura misteri yang mengangkat lelaki itu dengan tangan yang dimasukkan ke dalam poket.

"Ego te dimittam. Sed, quod non est, ego dimittam." Kata Arris penuh sinis dan lancar dalam bahasa Latin.

"Praeparatio matutina. Nullo modo te reperies." Balas lelaki misteri itu.

Tiba-tiba, pintu dibuka kasar dari luar. Muncullah Uno bersama beberapa orang kanannya.

"Sono con lui. Sicuramente non sarai in grado di farlo comunque." Kata Uno, dalam bahasa Itali.

Perbualan Arris dan kedua lelaki itu sangat tersirat. Hanya mereka bertiga saja yang faham mengenai itu.

Uno mula mengundurkan dirinya untuk pergi. Senyuman sinis yang hanya menayangkan bahagian mulut itu, menghadiahkan kepada Arris. Dia berlalu pergi.

Hanya tinggal Arris dan lelaki id tangga itu saja yang sedang mengangkut lelaki itu naik ke atas. Lelaki itu memandang Alya yang berada di hujung bilik sebelum dia beralih memandang Arris.

"I know she did all this to him. Who is she?" Tanya lelaki misteri itu yang menunjukkan Alya yang mengerjakan lelaki itu.

Arris melepaskan keluhannya. Kemudian, dua mengukirkan senyuman sinisnya sebelum berkata.

"She is Mrs.Arris Chris."

Continue Reading

You'll Also Like

10K 513 44
Date: 26 August 2022 Time :10:30 am Setiap hari ISNIN (TAMAT) ZAYN IDREES × DURRAH NUR DAMIYA Seorang bekas ketua p...
81.1K 2.9K 69
"Aku tak kisahlah apa dia nak buat dekat aku, asalkan aku dapat buat responsibility as a wife!" ~ Afshin Nur Khalida "I won't let you go! I...
2.4M 193K 79
(COMPLETED) "Siapakah MARIA? Pada satu sisi, Maria hanyalah seorang wanita biasa yang terpilih menjadi pelatih dalam kem latihan tentera Gavriel. Na...
40.1K 2.3K 98
AAFIYA. Seorang gadis yang tidak memerlukan seorang 'lelaki' yang bergelar suami dalam hidupnya. Bukan dia anti dengan lelaki. Cuma bagi dia, perkahw...