Mrs. Arris Chris

By aylanuria

19.2K 856 7

[COMPLETE] Siri 2- Kerana dia... "Maaf. Aku jarang guna pistol. Aku kebanyakkannya guna pisau. Iany... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42 [the vampire is here]
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Bab 71
Bab 72
Bab 73
Bab 74
Bab 75
Bab 76
Bab 77
Bab 78
Bab 79
Epilog

Bab 17

219 10 1
By aylanuria

"Aku tak terima penolakkan." Nada Arris yang mendatar tadi bertukar tenang.

"Aku tak terima perasuahan."

Arris melepaskan keluhannya.

"Tolong ambil. Jangan bazir masa aku. Ambil lah sebagai isi minyak motor ke. Yang penting, kau ambil." Paksa Arris lagi.

"Cakap macam orang tak mampu bayar minyak je." Sindir Alya. Hujung bibirnya dijongketkan sesaat.

"Mana ada aku cakap kau tak mampu bayar."

"Tak payah cakap. Tengok cara pun dah tahu."

Arris memejamkan matanya. Apa masalah perempuan ni. Susah sangat ke nak ambil duit.

Sudah lama Alya berada di situ. Dia pun memandang jam di tangannya. Hanya tinggal 20 minit saja lagi sebelum dia ke kerja lainnya.

"Aku dah lambat. Baki ni ambil. Terima kasih sebab memesan makanan." Kata Alya sepintas lalu.

Tidak sempat dia melangkah keluar dari pintu, Arris menarik dia kembali. Duit baki dan sekeping 100 tadi diletakkan di dalam poket gadis itu. Selepas itu, dia menolak badan gadis itu keluar dan terus menutup pintu membiarkan gadis itu terpinga-pinga di luar.

Arris tergelak kecil.

Dia memusing kebelakang untuk kembali ke mejanya. Dia melihat Aaron, Shawn dan Aidan masih memandang.

Spao pula memandang dia sambil makan makanan Arris dengan selambanya.

"Woi! Makanan aku! Pahal kau makan!" Arris terus merampas bekas makanan itu dari Spao. Tidak lupa juga air nescafe bersama.

"Sedap weh. Ingatkan aku nak rasa sikit je. Eh terlebih pulak." Kata Spao sambil menjilat jari.

Tiba-tiba, Shawn meletuskan gelaknya. Aaron, Arris, Aidan dan Spao yang pelik itu memandang ke arahnya.

"Kau pahal. Tiba gelak. Tak ada siapa buat lawak pun." Kata Aidan sambil menepuk kuat bahu itu.

"Tak ada lah..." Kata Shawn meredakan geli hatinya.

1 saat...

2 saat...

3 saat...

"HAHAHAHAHAHA!" Shawn kembali meletuskan gelaknya.

Pang!

Spao terus melempang pipi milik Shawn disebelah. Terus diam jejaka itu dengan serangan mengejut daripada Spao.

"Kau asal lempang dia." Kata Aaron kepada Spao.

"Aku nak sedarkan dia. Tengok ni. Gelak macam orang gila." Balas Spao.

Sekali lagi Shawn meletuskan gelaknya.

Sap!

Kali ni Arris pula. Dia membaling sebilah pisau ke arah Shawn. Sipi-sipi saja disebelah lehernya.

"Kau kenapa babi. Otak longgar ke sial." Kata Arris sambil berjalan ke arah mereka.

"Aku bukan apa.... Cuma... Ala nanti lah. Balik rumah nanti aku cerita." Kata Shawn. Baru saja gelaknya mahu reda... tiba-tiba kembali meletus balik.

"Apa nak jadi ni? Tak penat ke asyik ulang kejadian yang sama, benda yang sama, semua sama. Tak penat ke? Dah-dah lah tu buat kerja ni. Ingat sikit nyawa tu. Korang manusia. Nyawa satu je. Bukannya kucing, nyawa sembilan." Bebel Valen yang sedang merawat luka-luka kecil pada badan Aaron.

Dia baru perasan luka itu semasa Aaron mandi tadi. Dari situ lah mulanya bebelan Valen. Dia menarik lengan Aaron ke ruang tamu untuk rawat dibawah. Arris, Shawn, Ivan, Aidan dan Spao yang berada di situ juga turut dibebel sama pada malam itu.

Masing-masing sudah memekakkan telinga. Bebelan Valen hanya lembut, tapi boleh membuatkan cuping telinga tertutup sendiri.

"Kalau penat, kitorang tak buat." Balas Arris selamba. Ada saja ayat yang dilawankan.

"I cakap tu dengar. Bukan suruh melawan." Valen memandang Arris yang sudah memejamkan matanya. Dia ni kalau tak melawan tak sah.

"U tu tak penat ke asyik membebel. Kata je kitorang selalu buat benda yang sama. U tu, bebel yang sama tak penat ke. Dah malam dah kan." Kata Arris yang mata masih terpejam.

"Mulut tu jaga sikit. Ingat, dengan siapa kau bercakap." Kata Aaron tegas.

Dia bukan tidak tahu Arris yang selalu menjawab apabila Valen membebel. Dia juga penat menahan rasa untuk marah adiknya itu.

"Aku penat lah nak dengar korang bebel! Sakit telinga tahu tak!" Bentak Arris. Lalu, dia mencapai kunci keretanya dan terus keluar.

Pintu dihempas.

Aaron, Shawn, Ivan, Aidan dan Spao hanya memerhati. Mereka hanya senyap saja. Tidak berani mahu melawan seperti Arris.

"Sayang jangan ambil hati sangat ya. Biasalah dia tu." Kata Aaron lembut sambil mengusap pipi mulus isterinya.

Spao dan Shawn sudah membuat reaksi mengejek. Ada saja benda yang tak puas hati dengan pasangan itu. Selalu macam tu.

Ivan mula bangun dan melangkah pergi. Rasa kekok pula duduk lama-lama di situ. Begitu juga dengan Aidan. Melihat pasangan itu rasa membuang masa saja.

Aaron memandang Shawn dan Spao yang masih setia duduk.

"Korang dah tak ada kerja dah ke?" Tanya Aaron.

"Tak." Jawab Shawn dan Spao serentak.

Aaron hanya mengeluh. Kalau tak ada dia di syarikat, tak ada lah mereka di situ.

Arris memandu sambil membuka lagu yang di Bluetooth pada radio kereta. Suara di buka kuat seperti biasa. Katanya orang yang buka lagu perlahan ni nanti ada dengar bunyi lain. Jadi, untuk elakkan, dia membuka kuat.

Sedang Arris leka memandu, dia perasan ada seorang gadis menunggang motosikal yang agak familiar baginya. Tapi dia tak ingat siapa.

Tanpa berfikir panjang, Arris mengikut orang itu.

Sampai di sebuah kedai 24 jam, Arris memakirkan keretanya di situ. Begitu juga dengan si gadis penunggang motosikal itu.

Arris hanya memerhati saja setiap langkah gadis itu dari dalam keretanya.

"Dia kerja kat sini? Lewat malam macam ni?" Kata Arris sendiri sambil melihat jam di tangannya.

Selepas dia melihat sudah tiada orang di dalam kedai itu, Arris terus mematikan enjin kereta dan terus melangkah keluar.

Pintu itu ditolak. Kakinya terus melangkah ke arah gadis itu yang berada di kaunter pembayaran.

Arris terus memberikan pandangannya yang mampu mencairkan sejuta umat wanita diluar sana. Apabila gadis itu membalas pandangan Arris, dia juga turut terpukau dengan pandangan itu.

Tiba-tiba jantungnya berdegup laju. Mata masih lagi merenung mata biru kristal itu.

"Tak penat ke jantung tu." Arris mula bersuara. Seumpama jantung gadis itu didengarinya sipi-sipi di gegendang telinga.

Gadis itu terus tersedar. Dia baru perasan yang dia sudah lama merenung jejaka dihadapannya.

"T- tak ada- k- kau tak beli apa-apa k- ke?" Tanya Alya. Tiba-tiba percakapannya menjadi gagap. Rasanya kejadian tengah hari tadi lagi menakutkan. Tapi kenapa dia boleh kawal gagap tu?

Arris berdecit sinis.

"Oh lupa. Aku nak beli..." Arris mengecilkan matanya. Melihat nama yang terlekat pada baju sebelah kiri Alya.

"Aku nak beli Alya." Kata Arris dengan senyumannya godaannya.

Alya berfikir. Dia nak beli Alya? Alya mana? Tiba-tiba dia baru teringat nama pada bajunya. Terus dia menutup nama itu.

"Agak-agak lah. Kalau nak mengorat, sila ke kedai lain. Sini hanya kedai makanan." Kata Alya sambil membuat tangan seperti memberi laluan ke arah pintu keluar.

Arris tergelak.

"Kalau tak ada, aku tunggu sampai ada. Boleh?" Kata Arris. Tangannya sebuk membelek-belek makanan di situ.

Alya hanya menggulingkan matanya keatas. Lalu, dia duduk di kerusi yang berada di belakangnya. Telefon di buka. Dia bermain dengan telefonnya untuk membuang rasa bosan. Arris yang berada di situ diabaikan.

Jam sudah menunjukkan pukul 4 pagi. Arris masih lagi berada di situ. Dia yang dari tadi bermain permainan video di telefonnya. Tidak sedar yang dia sudah berejam di kedai itu tanpa berbuat apa-apa.

"Yes! Victory!!" Arris menyorak sambil bangun dari kedudukannya.

Tiba-tiba dia terpandang Alya yang sudah tidur berlapikkan lengannya di atas meja kaunter itu. Arris pun mendatang dekat.

"Kerja lah. Bukannya tidur." Kata Arris sendiri. Dia tahu Alya tidak mendengarkannya. Dia hanya berkata saja.

Kemudian, dia melangkah ke salah satu peti dan mengambil satu tin air kopi. Lalu, dia letakkan air tin itu di kaunter bersama sekeping duit RM10.

Satu sticky note di tepi dicapainya. Tidak lupa juga dengan pen. Satu ayat ditulis. Kertas itu pun dilekatkan pada duit. Selepas itu, dia pun melangkah keluar dan menuju balik ke rumah.

Continue Reading

You'll Also Like

426K 17.1K 69
[ C O M P L E T E D ] ❗Read School : Musical World first❗ + No sinopsis. Aku tak reti nak buat sinopsis bagai ni. Nanti sinopsis ke mana, plot story...
522 192 26
GENRE (ROMANCE/DRAMA/HUMOR) Dari kenal melalui alam maya, kini menjadi pasangan hidup. Kehidupan Erika yang serba terkongkong dengan keluarga mulai...
104K 4.7K 84
First story of The King Master Series "Saya nak mati." Arasy Naufal tergamam apabila mendengar permintaan gadis comel berbaju tidur bercorak strawber...
4.3K 496 119
Bernafaslah, lalu menulis.