Mrs. Arris Chris

By aylanuria

19.2K 856 7

[COMPLETE] Siri 2- Kerana dia... "Maaf. Aku jarang guna pistol. Aku kebanyakkannya guna pisau. Iany... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42 [the vampire is here]
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Bab 71
Bab 72
Bab 73
Bab 74
Bab 75
Bab 76
Bab 77
Bab 78
Bab 79
Epilog

Bab 11

248 11 0
By aylanuria

"Hi."

Tegur satu suara dari pertengahan antara Aaron dan Ivan. Aaron, Valen, Ivan, Shawn, Spao dan Aidan pun memandang wanita yang berada di situ.

Ace dan Alley yang masih menjamu selera mareka hanya menghiraukan saja. Begitu juga dengan Arris.

Tiada siapa di meja itu yang membalas teguran dari wanita itu. Mereka pun kembali membuat haluan masing-masing.

"Memang tak ada orang nak tegur i ke?" Kata Amber. Dia sengaja membuat gaya gediknya di situ.

"Sorry ma'am. You're not allowed here. Cause' this is for VVIP only. You just VVIPig." Kata Spao dalam nada sindirnya.

Shawn, Aidan, Aaron dan Valen hanya menahan ketawa dengan sindiran dari Shawn itu.

Amber membuat muka marahnya kepada Spao. Tetapi Spao langsung tidak kisah dengan marah si Amber itu.

"U! How dare u! Jangan malukan i boleh tak." Kata Amber kepada Spao. Kakinya dihentak sedikit.

"Tak boleh."

Sekali lagi mereka gelak dengan ayat dilontarkan Spao itu. Dengan Valen sekali terjebak sama.

"What?" Amber mendengus geram.

"Please. I want you guys attentions."

Mereka hanya membuat muka malas. Tahu sudah apa tujuan si Amber datang.

"I cuma nak bagitahu dekat Chris, congratulations!" Kata Amber riang sambil menepuk tangannya. Dia pun melangkah pergi ke arah Arris di situ.

Amber meletakkan tangannya di kerusi yang diduduk Arris. Arris hanya mendiamkan diri. Langsung tiada tarik minat dengan wanita itu. Kelakuan Amber itu membuatkan dia sangat berasa rimas.

"Chris... u tak nak bercakap dengan i ke?" Kata Amber penuh goda.

Kesabaran dan hati yang rasa terganggu itu di tenangkan dahulu. Dia tidak mahu terlalu agresif.

"Kotor lah baju u ni." Amber membersihkan sisa kotor pada bahu Arris. Dengan kesempatan yang ada, dia mula merangkut leher putih itu.

Shawn dan Aidan yang disebelahnya sudah menjeling tajam. Ivan pula hanya menunggu pelurunya beranak untuk dilepaskan ke dahi wanita itu.

Spao tidak mengendahkan keadaan mereka. Dia hanya makan makanan mahal itu dengan pelahap sekali. Aaron yang perasan itu rasa mahu tenyeh-tenyeh saja muka itu ke dalam pinggan yang bertimbun dengan timun itu.

Dagu Amber diletakkan di atas bahu Arris.

Arris yang terganggu itu sudah tidak tahan. Di lubuk hatinya mahu saja dia mencampakkan wanita ini ke langit ayah hijau.

Sebab apa ayah hijau? Sebab aku tak tahu.

Baru saja Arris mahu bertindak, Spao terlebih dahulu mendekatinya dan menggenggam kuat bahu Amber.

Amber yang berasa sakit itu terus meronta minta dilepaskan.

"Sakit tahu tak! Lepas!" Marah Amber. Mereka yang lain hanya jadi pemerhati.

"Tak tahu." Jawab Spao selamba. Sengaja dia mahu menyakitkan lagi hati wanita gila itu.m

"Ma'am. Kan saya dah cakap tadi, sini hanya untuk VVIP. VVIPig dekat tong sampah sana tu. Anda faham? Ke nak saya tunjukkan jalan?" Kata Spao sambil menunjukkan tong sampah yang tidak jauh.

"Apa masalah u?! I kata lepas!" Tengking Amber dengan nada yang dikawal. Risau dihatinya jika ada mata-mata yang memandang.

"Boleh tak, kau pergi?" Arris mula bersuara selepas lama dia mendiam diri.

"U-" Amber menghentakkan kakinya.

"Pergi aku kata."

Amber pun melepaskan keluhannya. Tangan Spao mahu dipegang untuk dilepas. Tapi, jejaka itu bertindak pantas sebelum Amber memegang.

"Eww."

Amber pun berlalu dari situ dengan bentaknya.

"Owang gila."

"Hodoh."

Kata Ace dan Alley serentak walaupun ayat mereka berbeza. Aaron dan Valen yang mendengarkan itu terkejut dengan ayat yang terkeluar dari mulut anaknya.

"Kenapa cakap macam tu?"

"Mana belajar?"

Kini Aaron dan Valen pula yang berkata serentak.

"Wow, wow. Memang satu keluarga ada connection cakap serentak ke?" Kata Spao.

"Dah keluarga. Memang lah serentak macam tu. Cuba kalau kita. Jadi tak." Kata Shawn pula.

Dia memandang Spao untuk memberi isyarat menggunakan mata supaya dapat berkata serentak.

"Tak kot. Sebab bila aku tengok kau saraf dalam badan aku terus terputus." Kata Spao selepas merenung mata Shawn beberapa saat.

"Bodoh."

Shawn pun kembali makan.

"Hello. Kitorang lambat sangat ke?" Seorang wanita yang tiba-tiba datang itu tanya ke arah mereka yang hampir habis makan.

"Boleh dikatakan lah." Balas Aaron.

"Airlines macam mana? Semua ok?" Tanya Spao kepada Aireen.

Sebelum ini, Spao adalah salah seorang yang bekerja di kapal terbang C.E Airtalia. Sebagai ketua pembuatan dan alatan. Selepas beberapa tahun, dia berhenti. Bekerja pula dengan Aaron

Dia juga sudah lama dengan mereka. Jadi tiada masalah.

"Ok je. Tak ada masalah." Kata Aireen sambil mengangguk.

"Kenapa akak lambat? Dah makan ke belum?" Tanya Valen

"Dah. Kitorang makan dulu baru datang sini." Jawab Ariana.

"Haah. Ikutkan nak makan dengan korang, tapi tak cukup tempat pula." Jawab Aireen pula.

Mereka hanya mengangguk.

"Makin besar lah korang. Geram aku tengok." Kata Aireen kepada Ace dan Alley. Pipi kembar itu dicuit lembut.

Ace dan Alley pun tersengih manis tanpa berkata. Amboi, tadi bukan main garang. Kata orang gila lah, hodoh lah. Macam-macam.

"Tu asal tu?" Ariana menunjuk ke arah Arris yang mendiam dari tadi menggunakan bibirnya.

Shawn, Spao, Aidan dan Aireen memandang ke arah Arris yang sibuk dengan telefonnya.

"Tak tahu. Dari awal tadi serius macam tu. Aku pun malas nak tanya. Takut lain yang jadi pulak nanti." Jawab Aidan dengan pertanyaan Ariana tadi.

"Woi. Ris. Woi." Panggil Ariana.

Arris mengangkat mukanya memandang Ariana yang berdiri di antara Valen dan Aidan.

"Woo... jangan pandang macam tu weh. Seram dia sampai DNA aku terasa." Ariana membuat gaya takutnya selepas Arris memandang ke arahnya.

"Datang period ke?" Kata Aireen.

Shawn, Spao, Ariana dan Aidan meletuskan gelak mereka. Ivan yang disitu hanya mendengarkan saja tanpa rasa mahu gelak atau bersembang sekali.

Agaknya otaknya tengah ligat menghafal lagu Lalisa kot. Tu yang diam je dari tadi.

"Woi! Ayam aku! Dah lah limited! Suka-suka kau je nak ambil!!" Kata Shawn kepada Spao yang mengambil ayam bakarnya tanpa pengetahuannya.

"Kan ada banyak lagi. Kau ambil lah..." Kata Spao tenang. Dia langsung tidak menghiraukan amarah Shawn itu.

"Kau sepatutnya yang ambil yang lain! Bukan aku!!" Marah Shawn lagi

Aaron yang baru tiba itu hanya menggelengkan kepalanya. Arris yang mendiam dari tadi hanya memerhati saja. Agak tajam matanya melihat sekeliling.

"Mana akak dengan Aireen?" Tanya Valen kepada Ivan sejurus saja dia ke tempat duduknya.

"Dah balik. Katanya ada kerja." Jawab Ivan. Valen hanya mengangguk.

"Apa gaduh-gaduh ni. Nah ambil ayam aku. Harap je mafia. Tapi perangai macam budak-budak." Kata Aidan. Dia mengalah antara Shawn dan Spao. Ayam itu pun dibagikan kepada Shawn.

Shawn menyambut huluran Aidan yang memberinya ayam bahagian peha itu. Lalu, Shawn pun terus makan ayam itu.

Selepas majlis tadi, mereka semua terus balik ke rumah. Arris pula, dia sempat membuat perjumpaan dengan pekerjanya untuk mengemas balik sisa makanan dan juga dekorasi yang dibuat mereka.

Continue Reading

You'll Also Like

528K 15.1K 61
#2019 Coverby:@nurshaziera AIYURA AZZAHRA seorang gadis yang matang,berbudi pekerti mulia dan sanggup berkorban apa sahaja demi orang yang disayangin...
104K 4.7K 84
First story of The King Master Series "Saya nak mati." Arasy Naufal tergamam apabila mendengar permintaan gadis comel berbaju tidur bercorak strawber...
375K 10.7K 54
Dua beradik yang sentiasa berkongsi suka dan duka, Zafira dan Damia. Ada kisah yang berlaku disebalik kehidupan mereka tanpa mereka ketahui. Menjel...
159K 7.8K 43
MY GREY GUY ( NEW VERSION ) -everyone can't touch you, or death will overtake them- ... LUTH AELDEN EVRARD seorang lelaki yang mampu membuatkan gadi...