Mrs. Arris Chris

By aylanuria

19.2K 856 7

[COMPLETE] Siri 2- Kerana dia... "Maaf. Aku jarang guna pistol. Aku kebanyakkannya guna pisau. Iany... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42 [the vampire is here]
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Bab 71
Bab 72
Bab 73
Bab 74
Bab 75
Bab 76
Bab 77
Bab 78
Bab 79
Epilog

Bab 3

318 20 0
By aylanuria

Arris memimpin kembar itu masuk ke dalam mall milik Aaron. Pandangan dan jelingan orang awan diabaikan.

Apa pandang-pandang. Aku tahu aku handsome.

                    "Uncle, nak tu." Kata Alley sambil menunding jarinya ke arah kedai ais krim.

Arris memandang kedai itu.

                    "Nak juga.." kata Ace pula.

                    "Tak akan nak sekarang. Balik nanti tak boleh?" Tanya Arris.

Ace dan Alley menggelengkan kepalanya. Tangan Arris yang dipegang itu digoyangkan sambil membuat muka seperti mahu menangis.

                    "Uncle, nak ais krim..." merengek Ace dan Alley.

                    "Balik nanti lah. Kau ni, menyusahkan lah budak. Pergi mampus sana lah kalau nak ais krim." Kata Arris dengan nada keras dan rimas.

Arris tidak menghiraukan rengekan Ace dan Alley. Dia pun berjalan menuju ke escalator yang tidak seberapa jauh.

Ace dan Alley menarik tangan Arris ke arah bertentangan. Mereka berdua memaksa Arris untuk membeli ais krim itu sekarang juga.

                    "Apa lagi korang ni. Balik nanti lah kita beli. Jangan buat degil sangat boleh tak." Arris meninggikan sedikit suaranya.

Sepasang kembar itu pun tersentak sedikit dengan ayat yang dilontarkan Arris. Kemudian, muka mereka berubah seperti mahu menangis.

                   "Sikit-sikit nak nangis. Tak padan dengan anak mafia lah korang ni. Mak bapak kau ajar macam mana. Buat anak macam buat tahi."

                    "Dah, aku nak naik atas. Kalau korang nak ikut, ikut. Kalau tak nak. Pergi mampus." Sambung Arris.

Arris pun mula naik escalator itu dan dibiarkan Ace dengan Alley disitu. Mereka berdua hanya mendiamkan diri sambil menundukkan kepalanya kebawah.

Tiba-tiba seorang pekerja wanita di kedai ais krim itu melangkah ke arah Ace dan Alley yang ditinggal situ.

                    "Hai. Adik nak ais krim ya?" Tanya gadis pekerja kedai ais krim itu.

Ace dan Alley memandang pekerja itu dan mengangguk perlahan dengan serentak.

                    "Jom akak belanja." Ajaknya.

Ace dan Alley pun mula senyum sesama sendiri dan mengikut gadis itu ke kedai ais krimnya.

Dua bekas yang berisi ais krim di dalamnya diberikan kepada Ace dan Alley yang sedang menunggu di kerusi yang tersedia di kedai itu.

Mereka pun makan dengan gembira sambil menggoyangkan kaki yang tidak sampai mencecah lantai.

Selepas hampir sejam Arris berada di mall itu, Arris berdetik untuk balik. Tiada barang yang dibeli olehnya. Kecuali air Starbucks ditangan.

Ace dan Alley dicari ditempat tadi. Tapi malangnya mereka sudah tiada.

                    "Mana pulak dua ekor anak babi ni... Nanti aku yang kena jawab dengan bapak kau, sial." Kata Arris sendirian.

Sedang leka mencari sambil menghirup airnya, tiba-tiba matanya ternampak Ace dan Alley di kedai ais krim yang mereka minta tadi.

Tanpa membuang masa, Arris pun melangkah masuk kedai itu.

                    "Habis dah makan?" Tanya Arris. Sebelah tangannya elok dimasukkan ke dalam poket.

Ace dan Alley memandang Arris dengan muka yang gembira dapat ais krim.

                    "Aku tanya, dah habis makan ke. Bukan suruh senyum, gila." Kata Arris.

Pekerja gadis tadi yang mendengarkan itu terus melangkah ke arah mereka.

                    "Maaf, tapi Encik ayah kepada budak ni ke?" Tanya pekerja itu kepada Arris.

Arris tidak membalas. Pandang pun tidak. Dia hanya sambung menghirup Starbucksnya.

                    "Kalau ya, Encik boleh lah bayarkan ais krim ni. Semuanya rm6.40 sen." Sambung gadis itu.

Sekali lagi Arris tidak menjawab. Ayat yang dikatakan gadis itu hanya dibiarkan lesap.

                    "Dah lah jom. Tak ada masa aku nak jadi tunggul kat sini. Sambung makan dalam kereta je." Kata Arris kepada Ace dan Alley.

Tanpa membantah kembar pasangan itu pun turun dari kerusi dan mengikut Arris dari belakang.

                    "Encik! Eh En- ish...." Gadis itu hanya mendengus kasar.

                    "Biadap punya orang."

Arris melangkah masuk ke dalam keretanya. Selepas itu dia menekan terus pedal minyak.

                    "Setakat rm6.40 sen. Bayarkan je lah. Aku tak cakap pun nak bagi budak-budak ni ais krim. Kau yang melebih." Kata Arris sambil memandang Ace dan Alley yang duduk bersama di kerusi sebelahnya.

Mereka masih lagi makan ais krim. Tak habis lagi ke?

Arris memandu terus ke syarikat Aaron. Nak tinggal Ace dan Alley dekat rumah, rumah mana ada orang. Valen pun tengah kerja.

Pintu dibuka dengan kaki. Dengan tak adab dan juga akal diambil ayah pin, Arris melangkah masuk ke dalam bilik Aaron sambil kedua tangannya termasuk elok di dalam poket. Air tadi dibiarkan saja dalam kereta. Nanti-nanti lah buang.

Kemudian Arris, Ace dan Alley melabuhkan punggungnya di sofa. Arris meletakkan kaki kanannya di atas peha kiri.

                    "Pergi mana je tadi?" Tanya Aaron.

                    "Judi." jawab Arris malas.

                    "Kau tak pergi tolong diorang ke." Aaron menanyakan soalan lain. Malas dengan jawab Arris yang bengap nak mampus tu.

                    "Siapa diorang?"

                    "Diorang lah. Yang pergi training budak-budak tu..."

                    "Malas." Kata Arris sepatah.

Dia pun mengangkat punggungnya dan melabuhkan di meja kerja Aaron itu.

                    "Aku tak ada masa. Sekarang ni aku nak fokuskan untuk jelmaan dekat syarikat aku tu je. Lepas tu baru aku fokuskan untuk anak babun yang lain."

                   "Dan bajet aku, aku nak buat minggu depan." Sambung Arris.

                    "Awal gila. Kau dah cakap ke dengan pekerja kau semua tu?" Kata Aaron.

                    "Tengok lah bila. Kalau sempat harini. Kalau tak nanti lah. Sebab aku nak muncul dengan mengejut macam hantu pocong hilang kain. Mesti diorang takut macam hilang telur. HAHAHAHA!" Balas Arris.

                  "Agak-agak lah hilang telur pun."

                  "Habis tu kau nak hilang apa. Hilang semua terus." Arris menggelengkan kepalanya.

Tiba-tiba Ace datang ke arah Aaron. Ais krim dia dan juga Alley tadi diletakkan di atas meja berhadapan.

                   "Papa, ngantuk." Kata Ace yang sudah berada di tepi Aaron sambil menggosok matanya.

                   "Pergilah tidur sana. Ajak Alley sekali." Aaron mengusap lembut rambut Ace.

Ace pun kembali ke sofa dan baring di situ. Alley pun turut baring bertentangan dengan Ace.

Selepas beberapa minit saja, kembar pasangan itu terus diulit mimpi.

                    "Dah lah. Aku bla dulu. Salute."

Arris turun dari meja. Dia pun melangkah ke luar. Pergi mana pun tak tahu.

     Selepas balik dari kerja yang keempat tadi, Alya terus merebahkan badannya di sofa ruang tamu

Keluhan berat dilepaskan.

                    "Kau balik dah kak?" Tanya Asya yang baru turun dari tangga.

                    "Tak ada lah. Aku tak balik lagi. Ni binatang mana tah yang sesat dalam rumah." Jawab Alya malas.

                    "Poyo lah kau kak. Sya tanya elok-elok ni." Asya melangkah ke ruang tamu dan melabuhkan punggungnya di sebelah sofa yang dibaring Alya itu.
 
                    "Kau dah nampak aku dah balik kan..." Kata Alya sambil memejamkan matanya.

                    "Eleh... Ha kak! Aku ada cerita ni. Tadikan, masa aku tengah kerja, ada sorang bapak ni dia tinggalkan anak dia." Asya mula bercerita.

                    "Asal dia tinggal anak dia?"

"Dia tinggalkan anak dia sebab anak dia merengek nak ais krim. Lepas tu, aku pergi kat budak tu, bagi makan ais krim. Dan lepas bapak dia sampai tu, aku suruh bayar tapi dia buat bodoh je." Sambung Asya.

Rupanya, Asya ialah pekerja gadis yang memujuk Ace dan Alley pagi tadi.

Alya hanya mengangguk. Dia masih lagi memejamkan matanya.

                    "Kalau kau, kau buat apa kak?" Tanya Asya selepas beberapa saat mendiam.

                    "Kenapa. Dikira ok lah tu kau jaga budak tu." Jawab Alya.

                    "Bukan pasal tu. Pasal bapak dia tak bayar."

                    "Siapa suruh kau gatal sangat nak bagi budak tu ais krim. Mungkin ada sebab bapak dia tak bagi. Husnuzon je lah. Dah lah, aku nak mandi. Malam nanti aku kena kerja lagi."

Asya mencebik.

Alya pun terus bangun dari pembaringannya dan melangkah ke bilik. Asya ditinggalkan keseorangan di ruang tamu itu.

Continue Reading

You'll Also Like

181K 8.8K 45
MY GREY GUY ( NEW VERSION ) -everyone can't touch you, or death will overtake them- ... LUTH AELDEN EVRARD seorang lelaki yang mampu membuatkan gadi...
166K 4.2K 62
"Let me stay by your side" ------------------------------------------------ Adreana Arissa - "serius ! muka macam budak nak ambil spm jer " Tengku Ai...
4.3K 496 119
Bernafaslah, lalu menulis.
501K 14.9K 65
بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ Dijamin tiada babak jahat, orang ketiga dan sebagainya. Masih janji yang sama dan kekal dengan...