UAZ 9🍃

860 60 4
                                    

        Zafran memberhentikan keretanya di simpang jalan. Jalan tersebut jarang kereta lalu kerana jalan tersebut dipenuhi kanan dan kiri hanya hutan sahaja.zafran melepaskan amarahnya dengan menjerit sepuas hatinya.

"arghhhhhhh... Kurang ajar punya bos!" tercungap-cungap nafas zafran dengan emosinya sekarang yang masih tidak stabil. Kalau nak diikutkan dah lama dia bunuh orang tua tu. Biarlah orang kata dia ni penjenayah. Membunuh orang tanpa sebab. Tapi, memang ada sebab dia mahu membunuh bos besarnya sendiri. Masalah yang dia buat sangat besar iaitu mengkhianati janjinya sebelum ini.

"Kau memang dasar penipu orang tua! Tak apa. Kali ni kau terlepas. Aku nak tengok sejauh mana permainan kau untuk aku"

Zafran mengeluarkan sebatang rokok lalu mengambil mancis dan membakar dihujung rokok tersebut. Dia menghisap rokok tersebut, terdapat rasa nikmat disitu apabila rokok adalah penenang hidupnya.

Zafran merehatkan mindanya sementara waktu. Tiba-tiba fikirannya memikirkan sesuatu iaitu makcik piah. Iya setahu dia, dia kena pergi sana kan. Nak katakan berkenalan dan mulakan peperangan. Zafran tersenyum sinis kalau bukan aku yang pergi aku akan suruh bob pergi heret orang tua tu bawak dekat aku.

Zafran segera menghidupkan enjin keretanya menuju ke pejabatnya semula. Hal ini harus segera dibincangkan bersama bob. Kalau tidak masalah ini takkan selesai sampai bila-bila.

            

          "Baiklah murid-murid, Minggu hadapan akan bermulanya tuisyen pagi hingga malam. Untuk jadual waktu ketua kelas boleh ambil dekat saya semasa rehat nanti dekat bilik guru" kata cikgu aminah selaku guru kelas 5 anggur.

"Cikgu kalau ada masalah kenderaan.  macam mana tu cikgu?" kata salah seorang pelajar perempuan.

"Oh! Cikgu lupa kepada yang tiada kenderaan ataupun mempunyai masalah tertentu, kamu boleh duduk dekat asrama. Nanti cikgu maklumkan kepada warden asrama. Harap jelas ya anak-anak murid cikgu"

"JELAS CIKGU!" jawab mereka serentak

"Kalau tiada apa-apa bolehlah rehat sekarang. Aidil kamu ikut saya ke bilik guru sekarang ambil jadual tuisyen" kata cikgu aminah

"Baik cikgu"

Azielah yang hanya termenung semenjak kelas bermula sehingga waktu rehat. Aina berasa hairan dengan kelakuan sahabat baiknya. Takkan sakit lagi kut. Orang suruh duduk dekat rumah degil jugak nak sekolah. Aina memegang bahu azielah. Keadaan azielah kembali ke dunia nyata.

"Weyh.. zielah kau pahal. Kau okey tak ni? Dari tadi aku tengok mula kelas cikgu aminah sampai sekarang termenung jauh sangat. Nasib cikgu tak baling pen maker kat kau. Kau okey tak ni?" aina menyoal semula kepada azielah.

"Aku okey jelah. Cuma...

" cuma apa?"

"cuma makngah aku tak habis-habis hina aku. Macam lah kesalahan aku ni besar sangat. Nasib ada pakngah dapat bela aku. Anak dia sendiri dia tak jaga baik-baik. Nanti termakan kata-kata diri sendiri baru tahu"

"Makcik dugong kau tu nak kena ajar sikit! Bukan apa bagi dia rasa apa yang kau rasa sekarang. Setahu aku anak dia si nadia tu duduk kelas belakangkan.kelas 5 oren"

"Haah kelas belakang. Dia tak tengok lagi perangai anak dia tu macam mana. Jahanam dan malang dari aku kut"

"Memang pun. Weyh dahlah jom kita pergi kantin aku laparlah"aina membuat muka cemburut.

UNGKU AQIEL ZAFRAN[COMPLETE] Onde histórias criam vida. Descubra agora