UAZ 39🍃

382 27 2
                                    

           ZAFRAN memberhentikan keretanya di bahu jalan. Stereng kereta ditumbuk kuat. Nafas ditarik lalu dihembus perlahan-lahan. Zafran memejamkan mata supaya bertenang. "ya, allah ujian apa lagi yang hendak kau berikan kepadaku. Aku tidak sanggup menanggung beban ini seorang diri. Ya, allah kau berikanlah aku kekuatan dan kesabaran agar aku mampu mengatasi semua masalah dengan baik ya allah"

Handpone di dalam kocek seluar diambil. Punat lock screen ditekan terpapar wajah azielah yang comel di skrin telefon zafran. Zafran tersenyum sendirian apabila teringatkan semula kenangan dia bersama azielah. Walpaper azielah menjadi santapan zafran setiap malam sekiranya dia stress dengan kerja.

Sekarang ini fikirannya hanya mahu meminta maaf pada azielah. Dia tahu kadang-kadang percakapan boleh menguriskan hati sesiapa sahaja. Lagi-lagi perempuan. Memang hati tisulah nampaknya. Pantang tinggikan suara sikit air mata dah keluar. Macam-macam masalah datang. Belum habis satu, satu datang lagi.

"aku minta maaf ya azielah aku tahu, aku salah. Aku tak patut cakap macam tu dekat kau..." keluh zafran. Tiba-tiba telefon zafran berdering.

"Hello bob ada apa?"

"macam mana bos, dah jumpa ibu bos ke belum?"

"Dah"

"so, apa ibu bos cakap. Dia tahu bos kerja apa?"

"Tak dia tak tahu lagi tapi-

" tapi apa bos?"

" Dia fitnah aku lepastu dia usir aku, dia tak nak nampak muka aku dah bob. Kenapa dia percaya sangat dengan mamat bangang tu bob. Aku tak faham lah. Aku tak tahu apa dah dia bagi makan dekat umi sampaikan dia cakap dekat aku bawa perempuan masuk hotel!" suara zafran mula menjadi serak. Tunggu sahaja air mata keluar berjuraian jatuh. Zafran sudah tidak tahan dengan semua dugaan ni.

" Bos saya harap bos bersabar. Saya rasa faiz sengaja nak fitnah bos lepastu dia putar belitkan cerita dekat datin saleha. Sebab tu datin saleha percaya sangat-sangat dekat dia!" bob cuba menenangkan zafran di dalam talian.

"kita dah settle satu perkara. Cuma sekarang kita kena cari jejak dua ekor tu bersembunyi dekat mana. Aku dah serahkan separuh tugasan tu dekat pihak berkuasa. Pasal gudang kerja xi xiang aku dah laporkan dekat pihak polis and semua pekerja-pekerja dekat situ ditahan sebab terlibat sama!" kata zafran panjang lebar.

Melopong bob apabila berkata sedemikian. Tak mungkinlah bos buat macam ni. Bos sebenarnya siapa?

" saya tak tahu pun bos laporkan tempat xi xiang dekat pihak polis. Kenapa tak bincang dengan saya dulu bos? "

" Buat apa nak bincang dengan kau. Kau sendiri lembab. Baik aku settle kan benda ni sendiri-sendiri. Nak harapkan kau tunggu sebulan baru dapat!" sindir zafran.

"Bos ni tak baik cakap macam tu dekat saya. Takkan bos tak kenal saya. Saya dah lama berkhidmat dengan bos tau. Lebih kurang 10 tahun" terang bob lagi.

"ceh, banyaklah kau berkhidmat. Kadang-kadang aku minta tolong pun kau banyak alasan,inikan pula suruh buat kerja yang susah sikit belum tentu kau dapat buat!" perli zafran lagi.

"ish dahlah bos saya malas nak dengar bos membebel, berjangkit dengan azielahlah tu hahaha..."

"kurang ajar!"

Tut

Tut

Tut

Tunggu kau nanti...




              XI XIANG sudah bersedia menjadi seorang penjual jajan di jalanan. pakaian yang digunakan adalah koyak-rabak serta terdapat kesan kotoran dimuka. Tidak lupa juga topi yang agak buruk, disarungkan ke kepala. Xi xiang meminjam beberapa alat dan makanan daripada orang-orang jalanan untuk dijadikan misinya pada hari ini. Faiz yang melihat penampilan xi xiang terus ketawa terbahak-bahak.

"sesuai gila kau macam ni, kenapa tak dari dulu je kerja jual jajan?" perli faiz.

"lu sindir wa ka lu perli. Mulut lu banyak jahat. Kalau lu kutuk wa, wa tak mau belanja lu makan!" ugut xi xiang.

"ok.ok aku minta maaf.hehe" faiz membuat tangan meminta maaf.

"daripada kita buang masa, sekarang kita pergi rumah zafran. Lu mesti ingat pesan dan plan wa cakap tadi!"

Okey.

DEPAN RUMAH AGAM MILIK ZAFRAN

Setelah sampai dihadapan rumah zafran, faiz tidak henti-henti melihat rumah milik zafran. Bagaikan tidak percaya kerana zafran mampu membeli rumah sebesar bak istana. Faiz juga tidak menyangka faiz mempunyai banyak duit sehingga ada rumah sebesar ini.

"aku tak sangka adik aku ada rumah macam istana. Senyap-senyap beli rumah mewah eh. Tak bagitahu umi dengan aku!" matanya tak henti-henti memandang sekeliling.

"Ni hasil titik peluh dia sendiri, sebab tu dia dapat beli rumah semewah ini. Lu ada, lu tara. Lu kan anak manja mana mau pandai berdikari ma. Mau harap umi lu saja bagi duit"

"Tak sekarang masalahnya kau puji dia ke aku. Eii kau, kalau aku cabut kepala kau dekat sini baru tau!" faiz membuat penumbuk ke arah xi xiang.

"lu sekarang ni mau cari gaduh ka mau tolong wa dapat itu budak. Lu ni suka buat banyak masalahlah. Menyesal wa bawa lu ke sini. Banyak bising itu mulut!" xi xiang mula membebel. Dia berasa rimas dengan faiz kerana suka membebel dengan perkara yang meremehkan.

" suka hati akulah, ni mulut aku. Kau tak ada hak nak tutup mulut aku. Lagi  banyak kau complain aku, aku akan makin bising!" bentak faiz.

" wa malas layan lu macam budak-budak. Baik wa try masuk dalam" xi xiang berjalan ke arah pagar rumah tersebut tetapi sempat ditahan oleh faiz.

"kau ni gelojoh sangat, kau nampak tu. Cepat lari nanti dia nampak!" faiz menunding jari ke arah satu kereta lambogini yang mahu masuk ke dalam kawasan rumah tersebut.

"Itu kereta zafran. Dia darimana?" soal xi xiang.

Faiz memandang sinis ke arah xi xiang. Muka kelihatan agak merah menahan marah. "eh kenapa kau nak ambil tahu sangat pasal zafran tu. Dia tu tak guna langsung. Kau tak ingat ke dia dah khianat kau!"

Xi xiang menggepal penumbuk lalu memandang tajam ke arah faiz. "lu punya tahap cemburu macam betina, wa bukan fikir pasal dia ma, eii lu tengok sekarang rancangan wa semua hancur. Ini semua gara-gara lu. Harini wa tak akan belanja makan sebab plan wa rosak. Biar lu kebulur. Padam muka!" xi xiang membuka segala topi buruk serta jajan yang dibawa dihempas di jalan tar. Dia beredar daripada situ meninggalkan faiz sendirian.

" weyh orang tua tunggu lah. Bongoklah xi xiang ni ish! "

    

         Zafran keluar daripada perut kereta serta merta ternampak susuk tubuh azielah yang sedang khusyuk menyiram pokok bunga. Zafran pergi ke arah azielah lalu mencuit bahunya.

"hrmm..." zafran membetulkan anak tekaknya. Tiada sebarang reaksi diberikan oleh azielah. Biasanya kalau zafran bersuara sedikit azielah akan mula terkejut sebab takut dengan dirinya.

"aku tahu kau still marah aku kan. Sorry lah aku tahu aku salah. Memang tak dinafikan mulut aku memang celupar sangat-sangat. Janganlah macam ni. Kau tahu kan aku ni macam mana tak pandai pujuk orang!" zafran cuba memujuk azielah.

"mulut awak memang celupar pun. Sikit-sikit nak marah orang, Sikit-sikit nak suruh orang lepastu sekejap okay sekejap tak. Awak ni sebenarnya kenapa eh, ada masalah mental?" azielah membuat isyarat seperti orang gila.

"okay, okay aku tahu aku salah. Memandang aku nak tebus kesalahan aku. Aku nak kau bersiap malam ni. Aku dah orderkan kau satu gaun dan aku nak kau pakai. Faham!" terang zafran.

"kenapa pula tiba-tiba nak suruh saya pakai gaun. Awak nak bawa saya pergi mana?" azielah memandang pelik ke arah zafran.

"pakai je lah. Tak payah banyak tanya. Aku sumbat juga paip air dekat mulut kau. Dah aku nak masuk dalam nak tidur!"

"eii geramnya... tadi kata sorry, tengok tu dia buat balik. Benci, benci!" azielah menghentakkan kakinya.




Dont forget to vote and comment 👇❤️






UNGKU AQIEL ZAFRAN[COMPLETE] Where stories live. Discover now