UAZ 40🍃

479 27 3
                                    

         GAUN yang baru sahaja tiba tadi ditilik beberapa kali. Kalau nak dibandingkan dengan gaun biasa jauh beza sekali. Azielah agak terkejut juga sewaktu baju gaun sampai, apa tak terkejut sebab baju gaun ni mencecah sampai ke lantai,sudahlah banyak manik. Memang tenggelamlah agaknya kalau dia pakai.

"Aduh macam ni, besar sangatlah baju ni!" keluh azielah. Azielah memakai gaun tersebut walaupun agak ketat sedikit di bahagian pinggang. Maklumlah badannya mula berisi semenjak duduk dirumah zafran.

Bunyi ketukan pintu membuat azielah tersentak. Dia menoleh ke arah pintu dan memanggil gerangan yang mengetuk pintu tersebut.

"siapa tu..."

"kau siap ke belum. Aku dari tadi tunggu kau dekat bawah!" zafran menilik jam tangan. Angka menunjukkan 8 malam. Zafran turun semula, memberikan azielah ruang untuk bersiap.

"Awak sekejap lagi boleh tak. Saya bersiap sikit lagi. Tunggu tau" azielah terpaksa memasukkan sahaja gaun tersebut ke dalam badan. Zafran pun satu nak beli gaun pun tanyalah dia dulu, ini tidak main ambil saja. Tengok apa jadi, nasib baik muat kalau tak memang dia tak nak pakailah.

Setelah beberapa minit azielah bertarung dengan gaun yang dibeli khas oleh zafran, azielah mengenakan tudung shawl yang berwarna hitam kerana gaun tersebut berwarna putih. Sedikit bedak baby Johnson ditempek ke muka dan sedikit lipstick berwarna merah dicalit dibibir.

"Akhirnya dah siap. Fuh bukan main susah juga eh. Aku rasa dia dah mengamuk dekat bawah. Baik aku cepat sebelum dia mengaum, " wajah dan penampilan dilihat sekali lagi di hadapan cermin.

Okay perfect!

Azielah menuruni anak tangga perlahan-lahan. Gaun putih diangkat sedikit agar boleh berjalan. Tiba sahaja di tingkat satu wajah zafran yang pertama kali dilihat. Azielah tidak mampu berkata apa-apa. Zafran pada malam ini sungguh dia rasakan sangatlah hensem, segak yang penting semua perfect bagi dia. Kalau dilamun cinta, memang akan cakap semuanya sempurna.

"Kau tenung aku, macam kau nak makan!" sindir zafran. Sebenarnya zafran juga terpegun dengan kecantikan azielah pada malam ni, tapi dia cuba berlagak tenang. Dia tidak pernah melihat azielah secantik ini. Nak puji tapi nanti minah ni lebih-lebih pula.

"eh awak ni mana ada saya tenung. Saya cuma terkejut je sebab mana pernah awak pakai sesegak macam ni. Biasanya awak pakai selekeh" azielah membuat mimik muka menyampah.

"oh maknanya sebelum ni aku memang tak macho langsung" zafran memuji dirinya.

"Eii perasannya awak!" azielah buat-buat muntah.

"well aku memang ditakdirkan hensem sebab ibu aku cakap arwah ayah aku dulu-dulu banyak peminat. But, tengok sekarang arwah ayah aku pilih ibu aku sebagai isteri dia. Beruntung ibu aku dapat sehensem macam ayah, " zafran menyilangkan tangan ke dada sambil senyum manis ke arah azielah.

" suka hati awaklah, tengok sekarang pukul berapa. Kata nak bawa tempat special konon. Tak pasal-pasal nanti cancel lagi macam haritu!"

" okay-okay jom puteri... "

" menyempat awak eh, makan kaki saya baru tau!"













               XI XIANG menyarungkan baju koyak rabak di badannya. Kali ni dia harus berjaya mendapat budak perempuan tu. Kalau tak habis kerugian yang akan menimpa dirinya. Faiz  baru bangun daripada tidur, matanya berkelip-kelip memandang xi xiang seperti orang gila mencari makanan di dalam tong sampah.

"woi orang tua kau buat apa tu malam-malam buta?" faiz mengosok-gosok matanya. Dia masih lagi mamai tidak berapa sedarkan diri.

"lu tidur sajalah, biar wa pergi sendiri. Kalau wa bawa lu pun habis nanti rancangan wa tak jadi lagi. Baik lu tidur saja. Nanti wa datang sini balik" xi xiang menyiapkan beberapa alatan untuk dijadikan ugutan kepada zafran.

Rambut putih xi xiang ditarik kasar sehingga menyebabkan xi xiang terdongak ke atas. Xi xiang mengadu kesakitan akibat tarikan yang terlalu kuat.

"faiz lu kenapa sakitlah, " aduh xi xiang.

"hei! Orang tua kalau tak disebabkan aku tolong kau daripada di si bod*h tu, kau tak akan selamat sampai sekaranglah!" kepala xi xiang ditolak kasar. Sempat xi xiang menahan kepalanya daripada terkena simen. Kalau tidak mungkin berdarah kepalanya.

Xi xiang lantas bangun sambil mencerlung tajam ke arah faiz. Tahap kesabaran xi xiang sekarang masih boleh dikawal. Dia terpaksa menahan amarah kerana sekarang sudah larut malam, tidak bagus untuk mencari gaduh.

"Woi dengar tak aku cakap ni!" faiz mengetap giginya menahan geram.

Xi xiang hanya memekakkan telinga dan berlalu pergi ke rumah zafran.

Sampai sahaja di depan rumah zafran, xi xiang memandang pondok pengawal yang menjaga rumahnya. Xi xiang melihat kawasan rumah agak sunyi, mungkin zafran sudah tidur agaknya tapi keretanya tiada. Arh biar jelah, buat apa mau kisah dia tiada hak langsung untuk tahu zafran mahu ke mana.

Xi xiang pergi ke pondok pengawal tersebut sambil membuat gaya menjadi orang tua manakala badannya dibongkokkan sedikit. Xi xiang memegang satu kotak berwarna coklat dan berbalutkan plastik hitam. Tertera nama zafran.

"uhuk, uhuk. Encik oh cik," xi xiang memanggil pengawal tersebut.

Pengawal yang menjaga kawasan rumah zafran terus mengangkat mukanya. Dia melihat dari dalam ada seorang lelaki tua yang berdiri di luar pagar. Sambil memegang sesuatu. Pengawal tersebut lantas menelefon zafran.

" Assalamulaikum tuan zafran, saya nak cakap sikit ni?"

"cakap apa, ada apa-apa berlaku ke?"

"Macam ni tuan, tuan ada buat janji temu dengan someone ke untuk datang rumah?" pengawal itu masih tak lekang memandang ke arah luar pagar.

"Tak ada pun. Why?"

"Tak dekat luar pagar ni ada seorang pakcik saya  tengok pelik je. Pakaian dia pun nampak macam orang miskin. Dia ada berhutang dengan tuan ke?"

"selama aku hidup, tak pernah-pernah orang miskin berhutang dengan aku kecuali orang tu memang nak memerlukan sangat. For me cuba kau tanya pakcik tu. Manalah tahu dia tersalah alamat ke?"

"hm baiklah"

"kalau ada apa-apa berlaku just call me back okay!"

"orait tuan"

Talian telefon dimatikan. Pengawal tersebut keluar daripada pondok menuju ke pintu pagar. Sebagai langkah berjaga-jaga pengawal itu membawa sebuah pistol kecil yang diletakkan dibelakang kocek seluar.

"Maaf ya pakcik, boleh saya tahu pakcik cari siapa?" lampu suluh dihalakan ke muka xi xiang.

Xi xiang buat-buat suara agak garau sedikit supaya dia tidak dapat dikenalpasti. "pakcik cari nama zafran. Dia ada ka. Uhuk, uhuk!"

"pakcik ni orang cina ya. Pakcik nak apa ya jumpa dia. Boleh saya tahu pakcik tinggal dimana?" bertubi-tubi soalan dilontarkan pengawal itu.

Dalam hati xi xiang dia mengumpat pengawal tersebut. Banyak tanya betul. Sudahlah dia sakit belakang sebab terlampau bongkok sangat.

" zafran ada bantu uncle, jadi uncle mau balas budi dia. Kalau dia ada uncle mau jumpa. Bolehkah?" muka simpati ditayangkan kepada pengawal tersebut.

"erm macam ni pakcik saya minta maaf sangat-sangat sebab tuan zafran tak ada dekat rumah. Dia keluar. Nanti kalau dia dah balik nanti saya maklumkan yang pakcik nak jumpa dia"

"tak pa lah, uncle bagi ini saja sama dia. Nanti lu bagi ini hadiah sama dia haah. Cakap  sama dia wa mau terima kasih banyak-banyak. Kalau boleh wa mau sangat jumpa dia," kotak yang dibalut dengan plastik hitam dihulurkan ke arah pengawal tersebut.

"okay pakcik"

Xi xiang berlalu pergi sambil ketawa jahat. "terimalah hadiah special dari wa zafran. Mesti lu banyak suka hahahaha..."







Done update chap 40😁👍

Don't forget to vote and comment 👇❤️

UNGKU AQIEL ZAFRAN[COMPLETE] Where stories live. Discover now