UAZ 29🍃

608 35 0
                                    

         Memandangkan sudah  seminggu azielah duduk dirumah agam milik zafran, fikirannya lebih selesa apabila duduk bersama lelaki itu. Dia lebih berasa selamat  jika berada disamping lelaki itu. Adakah zafran merasai benda yang sama seperti dirinya juga.

Azielah tersedar daripada lamunan, sekilas dia memandang zafran yang berpusu-pusu laju menuruni tangga sehingga tidak menghiraukannya yang berada di situ.

"Awak nak pergi cepat sangat? Tak nak sarapan dulu ke? " soal azielah menunjukkan hidangan yang baharu sahaja dimasaknya bersama cik ma.

"Aku lambat dah ni, mungkin tak sempat kut! kalau ada apa-apa kau call aku saja. Aku ada urusan penting nak kena buat" setelah selesai menyarungkan kasut zafran lantas masuk ke dalam kereta sehingga bunyi eksoz berbunyi kuat. Mungkin pedal minyak ditekan dengan kuat.

Azielah mengusap dadanya sambil memandang ke arah luar "semoga tiada apa-apa yang jadi!" bisik hati azielah.

  
    Zafran terus merempuh pintu yang berkunci.

Bam!

Air peluh menitik di dahi dikesat menggunakan belakang tangan. Zafran melihat sekeliling tiada apa yang berlaku. Semuanya tersusun rapi termasuk fail-fail penting yang diletakkan di sebuah rak berdekatan mejanya. Zafran berjalan menghampiri mejanya. Terlihat satu laci terbuka, lantas zafran melihat alangkah terkejutnya sampul berwarna coklat tersebut hilang.

"sh*t!"

Tumbukan padu dihayun di atas mejanya. Zafran tidak menghiraukan tangannya yang mula luka akibat kesan tumbukan tadi. Api yang membuak-buak masih tersemat di dalam hati. Telefon pintar di kocek seluar dikeluarkan dan mendail nombor seseorang.

" Bob, Jumpa aku sekarang!" turun naik sahaja nafas menahan amarah.

Kedengaran ketukan dari pintu luar membuatkan zafran tersedar daripada lamunan. Segera dia membuka pintu jelas terpapar muka bob di hadapan seperti kelihatan letih. Zafran hanya menayangkan muka dingin tanpa secalit senyuman.

"siapa ceroboh bilik aku?" soal zafran datar.

"a-aku tak tahu bos! Sebab aku takkan pijak kaki ke pejabat kau melainkan  kalau kau yang suruh aku datang sini!" bob kelihatan berbicara tergagap-gagap sambil bebola matanya ke kiri ke kanan.

"Kau jangan nak cabar kesabaran aku bob. Aku tahu kau tak pandai menipu dengan aku! Kau nak tahu tak pekerja bawahan ada bagitahu aku ada orang ceroboh bilik pejabat aku. Takkan kau tak tahu langsung! Atau ini semua permainan kau dengan aku? Kau nak khianat aku ya bob! " bentak zafran. Zafran segera menarik kolar baju yang dipakai bob sambil memandang dengan penuh amarah.

" kau pernah janji dengan aku dulu bob, kau tak akan khianat aku, kau tak akan menipu aku! Tapi sekarang janji kau tak boleh pakai. Apa sebenarnya kau nak!" cengkaman kolar baju semakin di ketatkan sehingga bob terasa terbatuk-batuk menahan cengkaman tersebut.

" Uhuks... " bob menampar tangan zafran supaya sedar daripada cubaan membunuh sahabatnya bob.

" bo-bos, to-tolong jangan macam ni! Aku boleh explain. Lepaskan!" rayu bob sambil menarik bajunya sedaya upaya.

Zafran tidak dapat mengawal dirinya, dia seperti dirasuk syaitan. "Kau dah mungkir janji aku bob! Jadi kau tak layak untuk hidup. Jadi ini masanya aku bunuh kau!" gertak zafran.

UNGKU AQIEL ZAFRAN[COMPLETE] Where stories live. Discover now