UAZ 20 🍃

755 39 0
                                    

               ZAFRAN memasuki bilik dengan keadaan yang lemah. Dia sangat penat dengan permainan dunia. Dia ingin rasa mau mati sahaja tapi sebelum dia mati biarlah dia dapat melunaskan dendamnya.
Kenapa semua orang tidak suka akan dirinya. Adakah dunia tidak adil?

Langkah kakinya terhenti seketika apabila melihat satu tubuh yang sedang lena tidur di atas sofa. Zafran melangkahkan kakinya perlahan-lahan ke arah azielah yang sedang tidur nyenyak. Zafran bercangkung di hadapan gadis itu sambil meneliti setiap wajah itu. Kelihatan wajah azielah yang habis menangis menjadi tanda tanya pada diri zafran.

"Kenapa kau juga jadi tebusan makcik kau yang bod*h tu!"

"Aku tak faham  kenapa dia pilih kau untuk bagi dekat aku. Bukan anak dia sahaja jadi tawanan aku. Tapi tak apa peluang dah diberi jangan sia-siakan" zafran tersenyum sinis.

"Bocah kau tidur dekat sini kenapa. Nak patah tulang kau. Aish kau ni, kalau bangun mesti membebel tak habis-habiskan. Kalah makcik bawang"

Zafran mengangkat azielah menggunakan gaya brider style. Zafran mengangkat azielah menuju ke katil kingnya.

"berat juga budak bocah ni. Macam gajah!" getus zafran dalam hati.

Zafran meletakkan azielah di atas katil dengan perlahan-lahan agar gadis itu tidak menyedarinya. Setelah selesai mengangkat azielah zafran membawa diri untuk membersihkan dirinya.


              Azielah tersedar daripada tidur dan merasakan dia seolah-olah sedang tidur di atas benda yang empuk dan menyenangkan. Perlahan-lahan kelopak mata dibuka dengan sedikit demi sedikit.

Katil!

Azielah terkejut beruk dan terus duduk. Apa yang dia nampak ialah dia baring di katil bukan sofa. Setahu dia semalam dia tidur di sofa bukan katil. Siapa berani-berani mengangkatnya tidur di atas katil.

Azielah segera bangun dari katil menuju ke sofa yang dia tidur semalam. Kelihatan zafran yang sedang nyenyak tidur. Kedengaran dengkuran halus membuat azielah geleng kepala.

"Oohh.. Dekat sini ye mamat tu. Sudahlah tidur tak sopan. Entah-entah dia yang angkat aku semalam!"

Azielah menutup mulutnya menandakan apa yang di fikirnya itu adalah betul. Tapi takkan dia nak angkat sedangkan dia tak berani nak sentuh. Sofa dalam bilik dia ni cuma satu Maknanya!

Arghhhhh!!!

Zafran terkejut mendengar jeritan itu lalu bangun daripada pembaringannya. Dia terus duduk tegak dan memandang ke kanan.

"Woi bocah kau kenapa menjerit. Apa masalah kau haah. Orang nak tidur memekak pagi-pagi buta!"

"Awak jangan dekat saya. Awak tipu saya kan?"

"tipu apa lagi. Aku tak fahamlah dengan kau ni. Kalau sehari tak buat aku naik angin memang tak sah kan. Tipu apa?" suara zafran naik seoktaf.

"Awakkan yang angkat saya tidur atas katil?" azielah bercekak pinggang di hadapan zafran. Entah kenapa harini dia berasa dirinya berani menghadap lelaki itu.

Zafran tersenyum sinis lalu menghampiri azielah. Muka azielah kelihatan cuak apabila zafran semakin menghampiri dirinya.

" bocah kau dengar sini, siapa juga nak angkat kau. Badan kau tak sesuai dengan aku. Tak ada makna aku nak angkat kau!"

UNGKU AQIEL ZAFRAN[COMPLETE] Where stories live. Discover now