UAZ 27🍃

583 43 5
                                    

            MAKCIK HASNAH berpusu-pusu ke rumah suaminya yaakob. Sampai sahaja di halaman rumah suara makcik hasnah memekik kuat. "Nadia... Nadia... Mana kau keluar sekarang! Aku tak puas hati dengan kau ni, baik kau keluar sebelum badan kau tu aku cincang sampai jadi daging!"

Makcik hasnah mengetuk pintu dengan kuat. Hei! Buka pintu ni, buka... " jerit makcik hasnah.

Kedengaran bunyi tapak kaki yang laju daripada dalam rumah, lalu pintu terbuka jelas terlihat wajah anaknya nadia. Nadia terkejut melihat ibunya pulang. Dia sangat rindukan ibunya. Sudah sedia maklum, sekiranya ibu nadia datang lagi ke rumah  dia terpaksa mengusir ibunya daripada datang ke sini. Ini merupakan pesanan daripada abahnya sendiri iaitu pak yaakob.

Air mata mengalir membasahi pipi. Nadia tidak menghiraukan pesanan abahnya, yang penting ibunya sudah pulang. Cukup bahagia buat dirinya. "Mak kenapa keadaan mak macam ni. Mak pergi mana selama ni. Mak tahu tak, nadia rindukan mak! Abah tak pernah nak cari mak pergi mana. Hati nad ni mak sakit tahu tak bila abah cakap abah usir mak daripada rumah!"

Makcik hasnah tidak sedikit pun tersentuh dengan kata-kata  yang dilontarkan oleh nadia. Malah, hatinya bertambah sakit melihat air mata palsu keluar daripada matanya anaknya. Seolah-olah seperti berdrama. Dengan perasaan yang membuak-buak panas, tangan nadia disambar oleh makcik hasnah dengan kuat. Nadia tersentak dengan kelakuan ibunya.

"Kau tak payah nak pura-pura depan aku! Aku benci tahu tak, Aku benci dapat anak murahan macam kau!" bentak makcik hasnah.

Nadia menggelengkan kepala tanda tidak memahami apa yang dimaksudkan oleh ibunya.

"apa ni mak, nad tak faham?" jelas nadia lagi.

Makcik hasnah tersengih-sengih seperti kerang busuk.

"Kau saja kan nak malukan aku dengan orang kampung! Anak jenis apa kau ni. Selama ni aku didik kau dari kecil sampai besar supaya jadi budak berguna. Tapi apa kau bagi dekat aku! Jadi  anak jahanam!"

"Mak!"

"apa mak.orang kampung dah heboh pasal kau keluar dengan jantan mana entah. Kau ingat hati aku tak sakit ke. dia orang cakap macam tu dekat aku. Mana aku nak letak muka aku ni nadia,aku menyesal beranak kan kau nadia!" keluh makcik hasnah.

"Mak nad boleh explain, apa yang orang kampung cakap tu semua tak betul mak!"jelas nadia lagi.

Makcik hasnah memandang sinis ke arah nadia.

" Orang kampung takkan cakap kalau tak ada bukti nadia. Kau tak payah nak tunjuk baik depan aku. Kau sini!"  makcik hasnah menarik nadia lalu menolak tubuhnya. Nadia jatuh tersungkur di tanah.

"mak ampunkan nad mak. Nad janji nad tak buat lagi mak. Mak tolonglah... Mak dengar apa yang nad cakap!" rayu nadia.

"Eh kau ingat aku nak dengar rayuan kau tu. Semua tu tak makan saman dengan aku lah. Kalau aku ada duit dah lama aku masukkan kau dalam penjara!"

Pak yaakob yang baru sahaja pulang daripada kerja, matanya tertumpu ke arah anaknya nadia dan Hasnah!. Pak yaakob lantas berjalan laju menuju ke arah mereka.

"kau buat apa depan rumah aku! Kau pergi dari sini sekarang, aku tak nak tengok muka kau. Kau tak malu ke orang kampung tengok kerja gila tiba-tiba memekik depan rumah orang" turun naik sahaja nafas pak yaakob apabila melihat isterinya, hasnah.

"Suka hati aku lah. Aku hak datang sini. Anak kau ni nadia dah buat hal yang bukan-bukan. Kau ingat aku duduk diam macam tu je. Kau sebagai seorang bapa, kau patut ajar anak kau. Pantau gerak-geri dia bukan asyik keluar saja!" bebel makcik hasnah.

Pak yaakob tersenyum lalu menarik rambut makcik hasnah sehingga makcik hasnah meraung kesakitan." sepatutnya kau yang ajar anak kau supaya jadi  budak baik sebab apa, sebab kau tu duduk rumah saja. Kau ingat aku berjalan-jalan tu suka-suka aku je lah! Kau salah hasnah. Kau salah nilai aku. Kau nak tahu tak aku menyesal kawin dengan kau. One more thing kau punca anak saudara aku hilang. Kalau budak tu tak jumpa-jumpa lagi, aku tak kan maafkan kau sampai aku meninggal! "

" Lepaslah... Hei disebabkan budak tu awak tak suka saya. Apa yang special sangat budak tu hah! Cuba cakap dekat saya bang"

" kau nak tahu sangat kan. Budak tu lagi bagus dari kau. Dia tak pernah mengeluh dengan apa yang ada. Kalau kau sikit-sikit nak merungut, semua kurang di mata kau. Kau asyik marahkan aku sebab tak pernah bagi apa yang kau nak. Kau ingat aku robot boleh buat kerja sekelip mata. Impikan apa yang kau nak! Kau memang tak bersyukur hasnah. Kau cuma pentingkan diri sendiri saja. Kau nak sesuatu tu terus depan mata kau je" akhirnya terluah juga perasaan yang dipendam selama ini.

Makcik hasnah cuba memegang tangan suaminya malah ditepis kasar.

"abang... Ampunkan dosa hasnah bang. Hasnah tahu hasnah salah. Memang betul hasnah yang tak suka azielah. dan ..."

" Dan apa? "

" Has-hasnah yang rancang dengan seseorang untuk ambil azielah,nak tebus hutang hasnah" terang makcik hasnah.

Panas hatinya apabila isteri sendiri cuba menjual anak saudara sendiri.

"kau memang kurang ajar!"

Pap!

Tamparan kuat hinggap di pipi makcik hasnah.

"aku dah agaklah hasnah ni semua rancangan kau. Aku tahu kau memang tak suka dengan budak tu dari dulu! Aku memang tak tahan dengan perangai kau hasnah. Aku dah cukup bersabar dengan kau selama ni. Jadi sekarang tiba masanya aku terpaksa lepaskan kau. Kau tak layak dapat suami macam aku! "

" abang tolong abang, jangan macam ni. Hasnah akan tebus kesalahan hasnah bang. Abang cakap saja apa yang abang nak. Abang nak hasnah cari  azielah. Hasnah sanggup bang asalkan abang tak tinggalkan hasnah" air mata tidak berhenti-henti keluar daripada kelopak mata makcik hasnah.

"kau dah terlambat hasnah. Dengan ini Hasnah binti mohd ariffin..."

" abang... "

"Aku ceraikan kau dengan talak satu" pak yaakob lantas berjalan masuk menuju ke rumah. Isterinya hasnah dibiarkan terduduk di tanah sambil menangis teresak-esak. Nadia yang menyaksikan pergaduhan antara kedua ibu bapanya turut menangis selepas bapanya melafazkan talak ke atas ibunya.

Nadia terus berlari mendekati ibunya. "mak kenapa abah buat mak macam ni mak!" nadia terus memeluk tubuh ibunya malah ibunya menolak kasar badan nadia daripada terus menyentuhnya.

"kau jangan sentuh aku! Aku jijik tahu tak dapat anak macam kau!" bentak makcik hasnah.

Mereka berdua sama-sama menangis dengan apa yang terjadi. Dengan sekelip mata sahaja dia bergelar janda. Hati seperti terhiris pisau sehingga tidak dapat mengungkapkan sebarang kata. Mungkin sudah ditakdirkan perpisahan akan tiba buat makcik hasnah.

Hai korang nah hadiah untuk readers yang ku sayangi 😘😂.

Padan muka si makcik piah kan. Derhaka lagi🤣. Maafkan author kalau ada terkurang tau?

Buat masa ni memang otak author  banyak gila keluar idea untuk update. Insyallah kalau sempat author akan update untuk chap seterusnya. Bye

Don't forget to vote and comment 👇

Happy reading ❤️




UNGKU AQIEL ZAFRAN[COMPLETE] Where stories live. Discover now