UAZ 34🍃

582 38 6
                                    

                   FAIZ berusaha untuk membuka pintu tersebut. Kod pintu juga asyik salah sahaja. Dia mengeluh berat akibat kepenatan membuka pintu tersebut. Faiz menyandarkan tubuhnya di pintu lalu kepalanya memandang pintu. Dia melemparkan satu senyuman sinis, otaknya ligat berfikir untuk mengenakan xi xiang.

"aku akan buat hati kau makin panas xi xiang. Kau tunggu!"

Faiz segera berpura-pura menangis di hadapan pintu. Suaranya juga sengaja dibesarkan supaya xi xiang menegur dan mengambil berat terhadap dirinya.

"huawhh... Apa salah aku zafran kenapa kau buat abang kau macam ni. Kau dah malu kan abang kau depan umi lepastu kau malukan abang depan orang awam. Apa yang kau tak puas hati dengan abang zafran!" aduh faiz. Dia ketawa kecil lalu menangis semula.

Xi xiang yang mendengar keluhan faiz, hatinya dilanda tidak puas hati dengan perbuatan yang dilakukan oleh zafran. Sanggup dia memperlakukan abang kandungnya sebegitu di depan orang ramai, apatah ibu kandung sendiri.

Xi xiang bersuara daripada dalam. " faiz lu bagi tahu wa apa lagi adik lu zafran buat sama lu. Zafran sudah melampau sekarang. Wa sudah lama sabar sama dia, malah dia mahu pijak kepala wa!" api kemarahan xi xiang semakin membuak-buak.

Faiz hanya mengelengkan kepalanya lalu menyumpah dalam hati. " bong*k betul kau ni orang tua, percaya sungguh bulat-bulat dekat aku. Oh maklumlah anak buah kesayangan baru kan hehe... " bisik hati faiz.

" Wa sudah biasa kena macam ni xi xiang, lu tak perlu risaulah. Zafran tu memang macam tu. Biasalah budak-budak baru nak up. Kau tak payah emosi sangat. Sekarang ni aku nak cari jalan macam mana nak keluarkan kau daripada bilik ni. Kod dia pun aku tak tahu aish! "

" kenapa lu tak tanya sama wa, wa tahu tu kod"

Faiz menepuk dahinya. "kenapa aku tak terfikir langsung tadi, kalau tak dah lama kau keluar. Haah kod dia apa?"

9867

Kod yang diberikan oleh xi xiang, faiz segera tekan dan pintu terbuka. Terpapar wajah kusut xi xiang dengan keadaan dirinya yang tidak terurus. Lebih-lebih lagi terdapat satu bau yang agak busuk. Faiz lantas menutup hidungnya dan mengibas-gibas tangannya. Baru sahaja xi xiang mahu mendekati faiz malah faiz memberi isyarat tanda amaran agar menjauhkan dirinya daripada dia.

"berapa lama kau dalam ni. Busuk gila ergh!" faiz menguatkan lagi kepitan jari di hidungnya.

"seminggu lebih"

"Apa dia dah buat dekat kau? Ni dah melampau ni!"

"Dia nak cari dalang siapa sabotaj pejabat dia. Lagipun sekarang dia masih dalam misi pencarian. Kalau dia tak dapat juga dia akan tanya aku sendiri!"

Faiz tersengih lalu memandang muka xi xiang. "hei dia tak akan tahu rancangan kita lah xi xiang, kalau dia nak sangat sampul tu dia kena langkah dulu mayat aku. Baru dia tahu siapa lagi hebat!"

"sekarang ni kita tak ada masa, yang wa mau tahu macam mana lu tahu wa ada dalam bilik bawah tanah?"

"Ini faizlah semua benda aku akan cari sampai dapat. Macam kau juga, aku tanyalah pekerja-pekerja kau dekat sini kalau dorang tak nak aku ugut sajalah. Kan senang kerja aku"

"Sekarang wa sudah selamat, lepas ni apa rancangan kita?" xi xiang mula memikirkan rancangan untuk menangkap zafran.

"kita kena dapatkan zafran secepat mungkin tapi sebelum tu bukan kau pernah cakap dekat aku yang zafran ada simpan seorang budak perempuan?"

"iya ada tu perempuan wa punya customer dulu. Mau pinjam duit tapi dia gadai anak buah dia sama zafran. Sekarang perempuan tu ada sama dia!"

Idea nakal muncul di benak fikiran faiz. "aku ada idea?"

UNGKU AQIEL ZAFRAN[COMPLETE] Där berättelser lever. Upptäck nu