UAZ 32🍃

597 41 10
                                    

                " Bob tak nak singgah makan dulu ke?" soal azielah.

Bob hanya mengelengkan kepalanya tanda tidak mahu. Dia banyak lagi kerja yang ingin di uruskan. Masalah berkaitan sabotaj pejabat zafran juga dia harus cepat mencari maklumat dan siapakah dalang disebalik rancangan itu. Setelah selesai mengangkat barang-barang dari bonet kereta. Bob menuju ke arah azielah.

"Kalau macam tu, bob pergi dulu tau. Hati-hati dekat rumah. Jangan lupa kirim salam dekat makcik mariam"

"hm baiklah. Terima kasih ya bob sebab teman azielah shopping. Nak harapkan mamat poyo tu sampai tahun depan agaknya dia tak bawa saya beli baju" sindir azielah.

"amboi mulut, nasib orang dia tak ada dekat sini kalau tak habis azielah dia kerjakan" bob ketawa kecil.

"apa dia ingat saya takut dekat dia lah. Macam hebat sangat" azielah cuba berlagak di hadapan bob padahal dia takut akan zafran. Sengaja nak tunjuk berani.

"wow... berani azielah ya. Nanti bob bagi tahu dekat zafran baru tau. Nak?" soal bob nakal.

Muka azielah mula cuak. Kalau bob beritahu hal ni habislah dia nak kena jawab soalan maut lelaki itu nanti.

"t-tak  payah" jawab azielah gagap.

Bob sudah ketawa terbahak-bahak melihat reaksi wajahnya yang jelas ketakutan dan gelisah. Tahu pun takut, ingat berani sangat tadi.

"okay, okay bob tak bagitahu. Kalau macam tu bob jalan dulu ya dah lambat ni"

"kejap, saya nak cakap dekat bob tolong rahsiakan hal yang saya cerita dekat kereta tadi. Saya harap bob faham dan tolong sangat-sangat. Biarlah rahsia ni saya dan bob sahaja tahu. Janji dengan saya ya bob tak akan bagitahu zafran?" azielah memandang muka bob dengan ikhlas.

" hm... Baiklah bob akan rahsiakan hal ni"

Suasana di dalam kereta sunyi seketika. Hanya radio berbunyi menceriakan lagi suasana bob semasa memandu. Azielah pun hanya memandang luar tingkap sahaja. Fikirannya melayang memikirkan bapa saudaranya iaitu pak yaakob.

Bagaimanakah keadaan pakciknya?

Apakah dia sihat-sihat sahaja?

Banyak persoalan yang bermain di benak fikiran. Semenjak dia diculik tiada siapapun yang cuba mencarinya. Bahkan makcik piah. Pakcik sendiri pun tidak. Sahabat sejatinya aina, juga tidak langsung mencari keberadaan azielah. Kenapa semua orang tidak suka dirinya. Apa salah dan dosa dia buat. Azielah hanya mampu menangis dalam hati. Biarlah dia yang menanggung kesakitan.

Bob melihat azielah yang termenung memandang luar tingkap terus bob menyapanya.

"azielah okay ke?" soal bob

Azielah memandang bob lalu tersenyum. "ye saya okay je"

"Macam tak okay je. Kalau azielah ada apa-apa something nak share dengan bob, bob tak kisah. Bob sedia mendengar. Kalau azielah nak tanya pasal zafran pun maybe bob boleh jawab tapi tak semua" kata bob lagi.

Sebut sahaja zafran azielah terfikir sesuatu. Dia banyak mahu bertanya soal zafran. Nak tanya dekat tuan badan sendiri takut pula. Sekarang dah ada bob depan mata bolehlah tanya banyak-banyak. Mana tahu ada rahsia dia yang aku tak tahu.

"kalau azielah tanya banyak-banyak soalan pasal zafran boleh?"

"boleh tapi jangan tanya soalan-soalan merepek. Bob takkan jawab. Faham!

" okay. First, umur zafran berapa eh? Nampak macam muda lagi"

"22 tahun"

UNGKU AQIEL ZAFRAN[COMPLETE] Where stories live. Discover now