UAZ 31🍃

641 37 7
                                    

           Barang yang dipegang oleh bob memenuhi kedua-dua tangannya. Apa yang dibeli dengan budak penguin ni pun aku tak tahu lah. Kali ni dah termasuk 25 kedai kami masuk. Kalau tak berkenan dengan citarasa  azielah  pergi ke kedai lain lagi. Aku tak boleh bayangkan kalau dia kahwin dengan zafran kemungkinan zafran terduduk dah dekat mall ni. Demi kesayangan terpaksa ikut sahaja gerak-geri azielah.

"bob sini kejap" azielah memanggil bob dengan kedua-dua tangannya terdapat sepasang baju couple. Satu berwarna hitam putih dan satu lagi berwarna biru muda.

"awak tengok yang mana lagi cantik. Ini ke yang ini!" azielah menunjukkan kedua-dua baju tersebut ke arah bob.

Bob menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tak tahu nak pilih yang mana. Kalau ikut kata hati dia lebih suka baju berwarna hitam putih kerana sesuai dipakai dan masuk semua jenis warna tudung bagi azielah. Kalau biru muda cantik tapi tak semua colour akan sedondon.

"kalau saya, saya pilih hitam putih sebab cantik untuk azielah"terang bob.

" Tapi biru muda cantik juga. Maknanya awak kata biru muda tak cantiklah!"bentak azielah.

Pelik juga budak ni, dia sendiri juga yang suruh aku pilih warna baju tu. Kenapa pula dia nak marah. Aihh... Memang pening sungguh azielah dibuatnya. Bob mengeleng-gelengkan kepalanya sambil memicit pelipis dahinya.

"senang cerita azielah ambil dua-dua sahaja baju couple tu!" haah ambil kau untuk mengelakkan pergaduhan dalam kedai ni lebih baik aku damaikan dulu. Kalau bergaduh pasal baju memang heboh masuk akhbar tentang seorang wanita berdebat dengan seorang lelaki tentang pilihan warna baju.

Lepastu zafran nampak akhbar tu, terus cari aku apa yang jadi and bunuh aku. Oh tidak aku tak benda tu berlaku. Eh! Kejap asal azielah beli baju couple. Entah-entah dia dah ada boyfriend ya. Bob segera mendekati azielah lalu menarik hujung bajunya. Azielah tersentak dengan perbuatan bob lalu menampar tangannya.

"apa ni pegang-pegang. Haram tau!"

"bob bukan sentuh tangan bob cuma tarik hujung baju azielah je. Tak boleh ke?"

"tak boleh juga" jawab azielah sepatah.

"bob nak tanya kenapa azielah beli baju couple. Azielah dah ada boyfriend eh?" bob menunding jari ke arah muka azielah. Tidak lama kemudian, pipi azielah merona merah.

"mana adalah. Saya beli dua baju ni sebab-"

"sebab apa?"

"sebab saya nak bagi makcik mariam satu. Mesti dia nak juga merasa baju baru. Kesian saya tengok dia asyik baju tu je dia pakai. Jadi saya nak belanja dia baju baru dan sedondon dengan saya. Awak faham!"

Bob mengecilkan matanya lalu tersenyum sinis. Tangan disilangkan ke dadanya." cakap sajalah azielah malu. Azielah sebenarnya suka dekat zafran kan?"Bob mula mengusik azielah sehingga azielah tak tahan lalu beredar ke kaunter untuk membuat pembayaran.

" Bob ni tak habis-habis usik orang. Nasib tuan punya badan tak ada dekat sini. Kalau tak mana aku nak letak muka ni!" bisik hati azielah.

Sampai sahaja di kaunter pembayaran azielah mengeluarkan kad kredit kepunyaan zafran lalu diberikan kepada cashier. Beberapa minit kemudian, selesai sahaja pembayaran azielah mengucapkan terima kasih kepada cashier lalu beredar daripada kedai. Hati azielah berasa sangat seronok pada hari ini.

Sebenarnya dia cuba berbohong terhadap bob berkaitan baju couple tersebut. Niatnya membeli baju itu adalah sebagai tanda terima kasih kepada zafran kerana sanggup berkorban demi dirinya. Dia mengharapkan niatnya untuk menghadiahkan baju couple ini terhadap zafran akan berjaya. Dia juga sudah merancang awal sebelum zafran pulang ke rumah. Dia mahu membuat sedikit suprise kepada lelaki itu. Semoga rancangannya dipermudahkan oleh allah.

UNGKU AQIEL ZAFRAN[COMPLETE] Where stories live. Discover now