UAZ 36🍃

391 19 0
                                    

                ZAFRAN menekan punat lock lalu . Sampai sahaja dalam gudang seperti tiada tiada apa-apa berlaku. Zafran pergi ke salah seorang pekerja yang sibuk mengira barang.

"Semalam ada sesiapa datang sini tak?" soal zafran.

Pekerja itu diam. Zafran dapat melihat reaksi yang diberikan pekerja tersebut. Zafran seolah-olah dapat membaca fikiran lelaki itu. Senyuman sinis diberikan. Tangannya mula menghala ke kolar baju lelaki itu, ditarik secara dastrik menyebabkan lelaki itu kelihatan cuak dengan tindakan zafran.

"kenapa kau takut? Ouh aku tahu mesti ada sesuatu kau sembunyikan dari aku kan?"

"Ta-tak saya mana ada sembunyikan apa-apa!" lelaki itu tergagap-gagap berbicara. Peluh di dahi mula menitik ke seluruh wajah.

Zafran menguatkan lagi pegangan dikolar baju lelaki itu. Amarah yang penuh terbuku di dada semakin membuak-buak, tiba-tiba tumbukan padu dihayun ke wajah lelaki itu.

Buk!

Tumbukan demi tumbukan diberikan. Dia tidak menghiraukan orang sekeliling memandang aksi yang dilakukannya. Asalkan hatinya berasa puas memukul orang yang tidak berlaku jujur dalam melakukan sesuatu perkara. Dada berombak kencang. Turun naik sahaja nafas memandang lelaki itu. Lelaki itu pula seperti sudah tidak bermaya dengan keadaan muka yang penuh berlumuran darah. Ada sedikit luka di hidung dan juga di dahi.

"kau still tak nak mengaku siapa yang lepaskan xi xiang? Kalau kau nak nyawa kau masih hidup, lebih baik kau berterus-terang dengan aku. Aku tak akan apa-apakan kau melainkan kau dengar apa yang aku cakap tapi kalau kau tak nak dengar juga jangan kata aku ni pembunuh!"

"aku bagi kau masa dalam kiraan tiga. Kau nampak apa yang aku pegang ni?" pistol dibelakang kocek seluar dikeluarkan lalu dihalakan ke arah lelaki tersebut. Picu tembakan ditarik perlahan-lahan.

1

2

2.30

Masih tiada sebarang sahutan yang diberikan oleh lelaki itu. Nampaknya lelaki ini mencabar kesabarannya. Okay tak apa dah sampai masanya nyawa kau dekat sini.

3...

Bam!

Habis berkecai kepala lelaki itu, segala otak-otak terburai keluar dan darah memancut keluar seperti air sungai yang deras mengalir. Darah-darah itu juga sedikit terkena pada wajah dan baju zafran tetapi dia bernasib baik kerana bajunya berwarna hitam. Bob baru tiba sahaja sudah melopong tanda tidak percaya dengan tindakan bosnya.

"bos apa ni?" matanya terarah ke mayat lelaki yang di tembak oleh zafran tadi. Keadaan lelaki itu sangat teruk dan agak menggelikan apabila melihat dengan jarak dekat.

"Dia ingkar cakap aku bob! Aku tak suka orang ingkar cakap aku. Kau tengok sekarang, dia lebih suka mati daripada berterus-terang. Dia lebih rela simpan rahsia daripada bagitahu hal sebenar!"

Orang yang berada di dalam gudang hanya menundukkan kepala sahaja kerana takut melihat wajah zafran. Zafran segera mengalihkan pandangan ke arah pekerja yang lain untuk membawa mayat lelaki itu ke tempat sepatutnya.

" korang bertiga mari sini kejap!" arah zafran tegas.

Mereka bertiga pun terus berlari setelah dipanggil oleh zafran takut nanti mereka akan terkena nasib yang sama seperti lelaki yang dibunuh tadi.

"aku nak korang bertiga urus mayat ni. Buang dekat hutan tapi pastikan korang buang tiada pihak polis dapat kesan. Faham!"

Mereka bertiga menganggukkan kepala serentak lalu mayat lelaki itu di ambil dan dimasukkan ke dalam karung guni. Walaupun bau mayat itu agak meloyakan tekak tetapi mereka terpaksa sahaja melakukan kerja itu. Zafran lantas meninggalkan pekerja itu untuk menguruskan mayat tersebut.

"Bos kejap ada sesuatu saya nak bagitahu?" bob menghalang zafran daripada pergi.

"apa dia?" muka zafran kelihatan serius memandang wajah bob sehingga tiada secalit senyuman dibibir.

"Aku dah tahu siapa dalang semua ni. Untuk pengetahuan bos, Orang tu juga terlibat dalam kes sabotaj pejabat bos 2 minggu lepas" terang bob.

"siapa orang tu?"

"Faiz. Abang kandung bos sendiri"

Zafran cuba berlagak tenang. Dia sudah dapat teka bahawa semua yang berlaku mesti lain tak bukan lelaki tak serupa bikin punya kerja! Tak tahu apa yang dia tidak puas hati sangat dengan dirinya.

"Tak apa, kita tunggu apa plan dia lepas ni untuk hancurkan hidup aku!"

"tapi bos saya takut nanti apa-apa berlaku kita tak tahu?" risau bob.

"Aku kata biarkan je dorang. Aku nak tengok sejauhmana perangai licik dorang tu boleh jatuhkan aku!"

Bob hanya mahu memastikan keselamatan zafran terjaga. Dia tidak mahu berlaku apa-apa kepada zafran. Seandainya, berlaku sesuatu kepada zafran dia juga tidak teragak-agak untuk membantu zafran dalam menyelesaikan masalah ini. Bagaimana dengan azielah? Masalah yang timbul dibenak fikiran bob.

"woi, kau termenung apa tu. Cepat ikut aku ada benda aku nak bincang dengan kau!" zafran lantas meninggalkan bob sendirian di situ.

" o- ok"

            
             Sebuah rumah usang yang sudah agak lama di tinggalkan, faiz dan xi xiang memandang sekeliling. Mereka tinggal dirumah usang ini buat seketika supaya tidak dapat dijejak oleh zafran dan orang-orangnya.

"kau bawa aku duduk rumah mana ni xi xiang? Soal faiz begang. Matanya tidak lekang memandang sekeliling rumah tersebut. Dia sebenarnya takut duduk dalam rumah ini, manalah tahu tiba-tiba ada hantu ke. Boleh mati dia duduk sini lama-lama.

" Ini adalah salah satu tempat persembunyian wa kalau ada berlaku something. Lagipun tempat ni tak akan ada sesiapa tahu kecuali wa sendiri. Lu orang first yang datang sini!"

"Tapi sampai bila. Sampai kita kebulur dekat sini tak makan berbulan, setahun!" faiz memutarkan bebola matanya.

"lu sabar sikit boleh tak. Sekarang ni wa  berfikir macam mana mau tangkap itu budak perempuan. Lu sepatutnya bantu wa fikir macam mana?"

"Senang je kita pergi serbu rumah si zafran tu lepastu kita culiklah apa susah!"

"lu cakap senang sajalah. Rumah zafran tu banyak kawalan. Susah mau masuk dalam. Lu ingat rumah dia tu boleh main serbu saja ke!"

Faiz memandang xi xiang dengan pandangan sinis. Kalau tak disebabkan nak rampas kedudukan zafran dah lama dia bunuh saja xi xiang ni tapi tak boleh nanti dia syak dirinya juga dalam perangkap.

"Aku nak tanya kau, kau tahu ke dekat mana rumah dia and setahu aku bila dia ada rumah sendiri. aku tak tahu hal ni termasuk umi aku?"

"itu lu tak perlu risau, wa akan settle kan. Cuma sekarang ni wa mau fikir macam mana cara mau masuk dalam rumah dia?"

"kau ni cakap saja, idea kau semua tak boleh pakai. Baik aku pergi sekarang serbu rumah dia daripada tunggu idea kau entah berapa lama baru nak datang. Dasar lembab!"

Membulat mata xi xiang memandang faiz berkata seperti itu kepadanya. Hati nya mula panas tetapi dia cuba bersabar dengan Perangai faiz. Buat masa sekarang dia tidak boleh melepaskan amarah kerana situasi mereka sekarang tidak berapa elok.

" Habistu sekarang kita nak makan apa ni. Dahlah dekat tengah-tengah hutan. Susah tahu tak nak dapat makanan. Kalau hari ni tak dapat makanan, boleh mati kita dekat sini huwargh..."

"lu boleh diam tak. Telinga wa sudah sakit tahu dengar suara lu memekik macam betina.kalau lu rasa lu tu kuat sangat lu pergilah serang rumah adik lu. Wa tak mau tanggungjawab. Ingat tu!" xi xiang beredar daripada situ, malas mahu bertekak dengan faiz yang hanya sengaja mencetus pergaduhan biarpun masalah tersebut sekecil zarah.

Don't forget the vote and comment 👇❤️

UNGKU AQIEL ZAFRAN[COMPLETE] Where stories live. Discover now