UAZ 3🍃

1.1K 91 3
                                    

                   Azielah sedang membasuh pinggan di sinki tiba tiba kepalanya di ketuk menggunakan periuk besi. Azielah terkejut sambil mengusap kepalanya. Sakit. Azielah memusingkan badannya ke arah belakang. Kelihatan makcik piah berdiri sambil mencekak pinggang. Raut wajah berubah merah, seakan marah.

"kenapa tiba-tiba pukul kepala zielah ni makngah!"

"tahu pun sakit. Memang patut pun kau kena ketuk. Apa ni?! " sehelai baju dicampak ke arah muka azielah. Terdapat kesan kotoran.

Azielah menyelak sedikit baju itu. Hanya secalit kotoran sahaja. Tidak seteruk yang disangkakan.

"zielah dah cuci bersih makngah. Kenapa boleh kotor semula?" soal azielah hairan.

Semalam azielah mencuci baju menggunakan berus. Walaupun makngah mempunyai mesin basuh untuk lebih mudah tapi azielah lebih memilih untuk memberus menggunakan tangan sahaja.

"kau memang tak pandai cuci baju ke? Kau nak aku ajar kau cuci baju cara betul. Mari sini aku ajar!" makcik piah menarik telinga azielah sampai ke tandas lalu dia menolak masuk ke dalam tandas. Badan azielah terdorong ke hadapan menyebabkan dia jatuh terduduk.

"Aku nak kau cuci semula baju ni. Aku tak nak ada kesan kotoran macam tadi. Kalau tak, Aku tak bagi kau makan sampai esok.  Menyusahkan orang saja. Dasar Anak Malang!" makcik piah berlalu pergi meninggalkan azielah berseorangan.

Azielah tunduk dan mengeluh kasar. Tidak tahu ujian apa lagi yang ditimpanya kali ini. Dia harus sabar dan kuat dalam menghadapinya.

" Ya, allah ujian apakah yang kau berikan kepadaku. Aku tidak kuat menahannya. Kau berikanlah aku kekuatan dan kesabaran dalam menempuh ujian ini." air mata tiba-tiba jatuh membasahi pipi. Lantas dilap menggunakan belakang tangan.

Usai menyiapkan kerja-kerja rumah azielah memutuskan untuk berehat seketika. Rehat sekejap sudah memadai untuk melepaskan lelah penat saja.

azielah dibuai mimpi  tiba-tiba air jatuh ke mukanya dengan deras. Habis basah lecun seluruh badan termasuk tempat tidurnya. Makcik piah menuang air  sekali lagi dimuka azielah.

"Sedap tidur? nak lagi. Kalau nak aku ambil lagi sebaldi. Aku dah kata dekat kau jangan bangun lewat . Kau tengok sekarang jam berapa?" makcik piah menunding jari ke arah jam dinding di ruangtamu.

Aku cuba gagahkan badanku untuk bangun walaupun ketika itu badanku masih tidak bermaya. Sakit. Penat.

"zielah baru je lelap sekejap makngah. Takkan tak boleh."

Kecik besar sahaja dia melihat azielah. Kalau  boleh diberi pilihan untuk buang sahaja azielah daripada hidup mereka sudah lama makcik piah meletakkan azielah di pusat penjagaan anak-anak yatim.

Tapi.

Makcik piah diberi amanah oleh arwah kakaknya untuk menjaga azielah jika dia sudah tiada.

"kau ingat aku hairan sangat ke dengan tidur kau tu. Aku tak kira, aku nak kau bangun dan siapkan makan malam nanti. Kalau tak... Kena kau dengan aku!"

Azielah terpaksa kuatkan mental dan fizikal dengan sikap makngahnya.

 


                 Zafran yang baru sahaja habis daripada bekerja terus pulang ke rumah.  hari ini sangat memenatkan. Zafran masuk ke halaman rumah lalu memberi salam.


"Assalamulaikum.."

" waalaikumsalam.. Eh anak umi  awal balik hari ni?" Datin saleha  baru sahaja keluar daripada ruang dapur.

" Awal umi. aqiel penat ni seharian kerja dekat office tu." aku meregangkan ototku yang sedikit sakit.

" kalau macam tu umi dah siap masak. kamu makan dulu. Lepastu, naik bilik rehat."

"Takpelah umi, aqiel dah kenyang. Tadi dah makan dekat luar. abang mana umi?" aku melirikkan mata sekeliling rumah.

Sejak dua menjak ini, anak lelaki sulungnya sungguh berubah sekali. Keluar pagi balik malam tapi kadang-kadang tiga hari tidak pulang. Entah ke mana sahaja budak merayau.


" Umi tak tahu lah aqiel. Semalam umi ada call dia tapi tak angkat"

"hmm.. Okay aqiel naik atas dulu. Kalau umi nak perlukan pertolongan panggil aqiel je"

"baik."

Zafran menaiki anak tangga menuju ke tingkat dua. Sampai sahaja di biliknya  tombol pintu dipulas dan di kunci dari dalam. Lega hatinya.

Sebenarnya selama dia berkerja dengan ketua uncle xi xiang. Pekerjaannya tidak pernah diketahui sama sekali oleh umi dan abangnya. Dia tidak mahu rahsia ini terbongkar sebab rahsia ini sudah dipegang kemas. Rahsia ini hanya uncle dan konco-konconya sahaja tahu. Zafran melakukan semua ini bersebab, dia tahu pekerjaan sangat  salah. Tapi apakan daya dia cuba melakukan demi keluarganya juga.

Zafran menuju ke katil lalu menghempaskan badannya di katil empuk. Selepas itu, dia memalingkan mukanya ke arah almari kecil disebelah katil. Kelihatan ada satu gambar frame kecil. Zafran mengambil dan melihat gambar tersebut. Kenangan bersama keluarga suatu masa dahulu kembali mengimbau diingatan zafran. Di dalam gambar ini, umur zafran ialah 6 tahun manakala abangnya 8 tahun. Jarak mereka hanya dua tahun sahaja.

Zafran sangat merindukan kenangan ini, lagi-lagi dengan arwah baba yang sangat baik. Sentiasa memberikan dia sokongan. Sentiasa memberikan kata-kata semangat apabila zafran down. Dia sangat merindukan kenangan itu tapi apakan daya malang tidak berbau satu kemalangan berlaku sewaktu mereka ingin pulang rumah.

Kereta baba terbabas apabila melanggar sebuah lori empat tayar. Baba koma dan terus tidak sedarkan diri. Manakala umi cedera parah. Aku dan abang pula hanya terkena luka kecil sahaja.
Sewaktu umi mengetahui kematian baba. Umi tidak dapat menerima khabar berita tersebut.

Aku cuba menghalang umi untuk bersabar malah umi menunding jari ke arah abang dan aku kerana dia menuduh kami yang membunuh arwah baba. Padahal kami memang kemalangan. Bermacam-macam tuduhan yang dilemparkan oleh umi sehingga abang pun sudah tidak tahan dengan perangai umi.

Sebab itu lah hubungan keluarga kami sudah semakin renggang akibat kematian baba. Abang pun sudah lain. Sudah tidak seperti dulu lagi. Tanpa sedar setitis air mata jatuh di pipi zafran. Zafran mengelap air matanya menggunakan tangan belakangnya dan meletakkan semula frame di tempat asalnya.

Zafran bangkit dari katil menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Dia tahu setiap ujian yang diberikan oleh maha pencipta ada hikmah. Oleh itu, dia harus kuat menangani ujian ini dengan bersabar.

Hye guys author update lgi😁. Amacam guys oky tk part ni. Klau oky jgn comment, vote and share. Bye korang😘❤️

UNGKU AQIEL ZAFRAN[COMPLETE] Where stories live. Discover now