UAZ 38🍃

364 24 5
                                    

               FAIZ  menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia mula bosan duduk dirumah yang tidak lama akan roboh. Xi xiang sudah lebih 5 jam keluar daripada rumah usang meninggalkan faiz sendirian.

"b*b* punya cina. Suka hati dia je tinggalkan aku seorang-seorang dekat sini. Dia ingat aku apa nak tunggu dia macam raja. S*al kau xi xiang!"  faiz sudah menyumpah seranah xi xiang dalam diam. Tiba-tiba muncul xi xiang dengan muka yang agak cemas sambil tercungap-cungap menahan nafas.

" Kau kenapa, macam habis kena kejar anjing?" faiz hanya menjeling ke arah xi xiang. Tiada perasaan simpati langsung yang diberikan faiz.

"Tempat kerja wa..."

"Kenapa dengan tempat kerja kau?"soal faiz

"kena ceroboh dengan polis. Wa tak tahu siapa punya plan and then rosakkan kerja wa. Tengok sekarang polis tengah cari wa!"
Xi xiang mula berasa tidak keruan. Dia takut nanti pihak berkuasa akan mensyaki tempat persembunyiannya. Faiz menyilangkan tangan, tiba-tiba perutnya berbunyi meminta untuk diisi.

" kau membebel-bebel ni ada tak bawa makanan untuk aku. Perut aku ni dah mintak isi?" faiz menunjukkan perutnya.

Xi xiang menggeleng-gelengkan kepala dan mengeluh dengan sikap faiz. Menyesal pula dia membawa faiz lari ke sini. Rasa menyusahkan hidup dia saja. " lu ni asyik fikir makan saja, cuba lu tolong wa fikir culik itu budak. Lagi cepat dapat, cepat juga jual. Makan saja lu fikir!"

"Eh orang tua tak guna ni, aku patahkan tulang dia baru tahu!" bisik hati faiz.

Xi xiang mendapat satu idea di mana dia menjadi seorang penyamar penjual jajan di  jalanan. Berkemungkinan idea yang fikirkan ini dapat membantu dia menculik
Budak perempuan itu. Xi xiang memandang faiz dengan muka yang masam. Lapar agaknya.

"lu merajuk sama wa ka. Okay macam ni esok kita akan keluar daripada rumah buruk ni dan wa dah fikir macam mana mau culik itu budak. Wa harap esok rancangan wa berjaya. Kalau lu beri kerjasama sama wa, wa akan belanja makan lu puas-puas. Lu boleh minta sama wa mau makan apa saja. Mahal atau murah wa tunaikan. Janji lu ikut cakap wa. Deal!" xi xiang menunjukkan jari kelingking tanda persetujuan.

"Deal!"

           

     

              Zafran tiba sahaja di depan pintu rumah agam umi. Suasana sekitar rumahnya agak sunyi. Dia lantas keluar daripada perut kereta dan berjalan ke pintu utama rumah. Lonceng rumah ditekan sebanyak 3 kali. Tiada sahutan diberikan. Zafran mencuba sekali lagi akhirnya pintu utama dibuka. Terpapar wajah umi. Umi agak terkejut melihat figura yang datang ke rumahnya. Tiba-tiba mukanya berubah muram, tiada secalit senyuman dipaparkan buat zafran.

"Assalamulaikum umi, aqiel balik" tangan dihulurkan ke arah umi malah umi tidak membalas. Umi membiarkan zafran berdiri kaku disitu. Umi duduk di sofa empuk sambil memandang kaca televisyen yang menayangkan telefilem "Dalam jagaan devil".

"kenapa balik, tak tidur langsung dengan perempuan murahan kamu tu!" kata-kata pedas daripada umi.

Zafran membulat matanya lalu pergi ke arah umi. "apa ni umi, aqiel tak tahu apa-apa. Kenapa umi tiba-tiba cakap perempuan murahan!" suara zafran mulai dingin.

Umi melemparkan senyuman sinis. "kamu ingat umi tak tahu kamu bawa perempuan masuk hotel. Sampai bila kamu nak tipu umi aqiel. Sampai umi nak meninggal baru kamu nak bagitahu. Kamu nak jadi apa ni. Aqiel umi sangkakan kamu anak baik, berguna, suci tapi umi salah nilai dengan kepala otak umi sendiri. Sepatutnya umi cakap benda ni dekat abang kamu, faiz! " kelopak mata umi mula berair tunggu jatuh sahaja.

Zafran berasa kesal kerana umi mempercayai khabar angin yang tidak betul daripada faiz. Nampaknya faiz sudah meracun akal fikiran umi. Dia tidak boleh berbuat apa-apa tapi dia akan membalas dendam dengan apa yang dibuat oleh faiz terhadap dirinya. Niatnya datang ke rumah umi adalah untuk menjenguk sekali gus menanyakan tahap kesihatan umi bagaimana. Tapi, topik yang mahu ditanya menghancurkan mood  zafran.

"umi aqiel tahu aqiel anak yang tak berguna umi. Cuma apa yang aqiel nak cakap dekat umi, aqiel sayangkan umi. Umi percayalah cakap aqiel, apa yang faiz cakap tu semua tak betul. Dia cuma nak rosakkan hubungan umi dengan aqiel je umi. Aqiel harap umi faham apa yang aqiel nak sampaikan dekat umi! " zafran cuba memberikan kepercayaan dan keyakinan kepada ibunya malah umi hanya mengendahkan semua kata-kata zafran.

" Aqiel tak payahlah kamu nak terangkan dekat ibu panjang-panjang, sebab memang terbukti jelas kamu bawa seorang perempuan masuk dalam hotel. Faiz ada tunjukkan umi gambar kamu dengan perempuan tu depan pintu hotel. Ni kamu nampak ni!" umi menunjukkan gambar dia dan juga azielah sewaktu di hotel.

Dalam diam faiz sudah mula lancarkan peperangan dia. Tak apa, dia akan tunggu sampai tahap mana dia nak jatuhkan aku. Lepas ni, dia akan menyusul dengan semua plan yang telah dia susun dengan bob. "tak apa faiz, kau tengok siapa yang akan melutut depan umi. Aku atau kau. Memang kau pernah cakap dekat aku sebelum ni tapi kali ni aku takkan berdiam diri. Aku akan bongkarkan rahsia kau juga macam mana kau bongkarkan rahsia aku dekat umi. Aku akan tunjukkan siapa lagi jahat dan licik" monolog zafran dalam hati.

"aqiel buat apa lagi lama-lama dalam rumah ni. Lebih baik aqiel keluar daripada rumah ni. Umi tak nak tengok dah muka aqiel. Aqiel dah hancurkan harapan umi!" air mata tiba-tiba berjuraian jatuh membasahi pipi.

Zafran menggepal penumbuk. Dia tidak tahu kenapa sejak beberapa hari ni, perasaannya tidak sedap bukan itu sahaja banyak dugaan yang menimpa dirinya. Bagi zafran mungkin ini semua adalah ujian daripada allah. Dia diuji supaya belajar untuk sabar dan kuat apabila menghadapi sesuatu masalah.

"kalau ini umi nak, zafran akan ikut tapi niat sebenar zafran datang sini sebab nak jenguk umi bukan nak cari gaduh dengan umi. Umi tahu tak, bob ada bagitahu dekat aqiel yang umi ada tanya pasal aqiel. Aqiel terus datang sini kenapa umi cari aqiel , malah apa aqiel dapat. Cacian dan hinaan dari umi" suara zafran berubah kendur.

Umi zafran berdiri lalu menarik zafran keluar daripada rumah. Zafran hanya mengikut sahaja gerak-geri ibunya. Tiada bantahan atau tolakan diajukan. "kau keluar sekarang, aku dah sakit telinga dengar kau meluah dengan ayat sedih kau yang tak ada guna tu!" muka umi kelihatan merah akibat kesan menangis.

"aku tak kau munculkan lagi diri kau dekat sini lepas ni. Tapi kalau kau degil juga nak datang sini, kau tengok apa nasib kau aku buat!" amaran keras daripada umi.

Zafran tidak sangka perbuatan uminya akan berubah sebegini 100%. Hanya perkara yang tidak betul menjadi bahan cacian dan makian buat dirinya. Aqiel terpaksa kuat, kuat di depan uminya.

"sebelum aqiel pergi dari sini, aqiel nak cakap dekat umi yang aqiel nak mintak maaf banyak-banyak sangat dekat umi. Aqiel tahu aqiel bukanlah seorang yang mampu banggakan umi setiap masa, saat mahupun jam. Aqiel cuma nak ingatkan umi supaya jaga diri dan kesihatan. Nanti kalau aqiel dah tak ada, aqiel tak dapat jaga umi. Kalau macam tu aqiel pergi dulu, assalamualaikum.

Zafran lantas berlalu pergi ke kereta dan memecut kereta ke rumahnya.

"u-umi mi-mintak ma-maaf a-qiel..." umi tersedu-sedu apabila teringatkan kata-kata zafran tadi.







Don't forget to vote and comment 👇❤️

UNGKU AQIEL ZAFRAN[COMPLETE] Where stories live. Discover now