UAZ 4🍃

1K 91 2
                                    

             AZIELAH curi-curi keluar daripada rumah. Makngah pun tiada dirumah, senang dia untuk pergi ke pantai sebentar. Sebelum dia keluar, rumah juga sudah siap dikemas. Dia juga sudah menyiapkan makanan tengahari.

Azielah lantas berlari ke arah pantai. Pantai saja boleh membuatkan dia berasa tenang dan nyaman. Lagi pula, pantai ini banyak memberi kenangan bersama arwah ibu dan ayahnya. Sebuah pondok dibina di usia 8 tahun. Pondok kecil ini tempat  meluahkan perasaan, untuk menenangkan fikiran. Kalau diberi pilihan azielah mahu saja tinggal disini bersendirian tapi apakan daya dia masih kecil. Pondok azielah  dihiasi pelbagai jenis daun-daun, bunga-bunga serta beberapa kerang laut yang dikutip di tepi pantai.

Mak...

Abah...

"Azielah rindu. Zielah nak pergi dengan mak abah. zielah tak tahan dengan semua ni. Kenapa makngah sanggup dera zielah mak. Makngah tak sayang zielah ke... Apa salah zielah dengan makngah. Makngah pun benci ke dengan mak dan abah. zielah  rindu kenangan waktu zielah kecil-kecil dulu".

Azielah kusyuk membuat istana pasir. Abah dan mak hanya memandang aku saja sambil tersenyum manis.

"mak. Abah. Jom sini teman zielah buat istana pasir" kata azielah.

"takpe  sayang.. Mainlah. Mak dengan abah tengok azielah main je ya dari sini. Jangan lupa main tu elok-elok. pesan maknya lagi.

"okey mak."

Azielah terus bermain sehingga dia merasa kepenatan. Lalu dia pergi ke arah mak dan abahnya.

"mak.abah. Azielah haus. nak aiskrim boleh?" Rengek azielah

"Boleh. Kejap tau mak pergi belikan. Azielah dengan abah tunggu sini." mak azielah  berlalu pergi membeli aiskrim disebuah kedai runcit berdekatan.

"azielah sini..duduk sebelah abah. Abah  nak tanya sesuatu?"

Azielah melabuhkan punggung disebelah abahnya.

"abah nak tanya apa dekat zielah?" azielah memandang serius wajah abah.

" besar nanti anak abah nak jadi apa?" soalnya lagi.

Azielah menongkat dagu  sambil berfikir.

"hmm..zielah nak jadi chef. besar nanti zielah nak buka kedai kek. Bolehkan abah?"

"boleh sayang.. Semoga cita-cita anak abah ni tercapai. Nanti bila abah dan mak dah tak ada tolong jangan sia-siakan harapan kami ya zielah". Abah mengusap-usap kepala azielah yang berlapikkan tudung.

"abah nak pergi mana?" soal azielah binggung.

Tiba tiba ibu datang menyampuk

"Tak pergi mana-mana sayang!" ibu datang bersama tiga batang aiskrim di tangan.

"nah makan" mak menghulurkan aiskrim kepadaku.

Azielah makan dengan penuh nikmat.

"ermm.. Sedapnya.."

"kalau sedap makanlah nanti kita beli lagi ye"

"baik mak. Abah."

Azielah merindukan saat-saat kenangan  semasa kecil bersama mak dan abahnya. Entah bila lagi dia akan bersama-sama meluangkan masa bersama dengan mereka. Semua harapan yang diidamkan dari kecil musnah disebabkan kedua ibu bapanya meninggal dunia. Dia merasakan harapannya yang dahulu tidak akan pernah tercapai.

Tapi!

Aku tidak boleh terus macam ni. Sampai bila aku nak putus asa, aku perlu usaha sedaya upaya demi harapan arwah mak dan abah. Aku perlu tunaikan janji mereka yang aku boleh berjaya tanpa mereka. Tanpa sedar, aku melihat langit kelihatan senja menandakan waktu malam hampir tiba. Aku bergegas keluar dari pondok kecil  lalu berlari pulang ke rumah.

               

            ZAFRAN melihat senarai nama yang belum melangsaikan hutang. matanya memerhatikan semua nama sehingga dia berhenti di satu nama yang sudah lama dia tak jumpa. makcik hasnah katijah atau lebih dikenali sebagai mak piah. Zafran memanggil bob yang sedang duduk bermain telefonnya.

"Bob kau sini jap" panggil zafran

"ada apa bos ?"

"kau kenal tak orang tua ni?" Zafran menunjukkan nama di dalam senarai kertas tersebut. Bob mengecilkan mata lalu mengangguk.

" kenal bos. kenapa?"

" kau pernah jumpa dia sebelum ni? "soal zafran lagi.

"pernah bos tapi dah lama. Tak silap aku 5 tahun lepas"

"lama juga. So, sekarang ni kau tau tak dia tinggal dekat mana? Sebab aku nak cari orang tua ni. Biar dia tahu apa salah dia."

"Tak apa bos nanti aku suruh orang bawahan kita carikan alamat orang tua tu."

" oky nice kau boleh pergi. Thanks."

"sama-sama bos"  bob beredar di tempat zafran.

            

               Pintu belakang rumah dibuka perlahan tiba-tiba kelihatan susuk tubuh nadia duduk dikerusi meja makan sambil merenung tajam ke arahku.

"kau pergi mana? Kau tahu tak mak aku tu dah marah dekat kau sebab tak balik. Kau ingat mak aku nak sangat ke pujuk kau. kau dengar sini, Kau tu menumpang rumah aku je. Jangan ingat kau boleh duduk senang- lenang macam rumah mak bapak kau sendiri." nadia menjeling azielah.

Azielah hanya tunduk sahaja. Tidak langsung membantah sepatah kata pun. Jika dia melawan mulut dengan nadia malapetaka akan menimpa.  azielah sahaja dipersalahkan oleh makngah walaupun kesalahan yang dia lakukan hanya perkara kecil.

Makngah yang terdengar suara bising  di ruang dapur lantas kaki bergerak menuju ke arah sana. Tiba sahaja makngah di dapur terlihat  wajah azielah yang sedang berdiri sambil tunduk memandang lantai.

"Baru nak balik?" makngah menyilangkan tangan di dada.

Aku hanya tunduk dan tidak menjawab langsung pertanyaan makngah. Makngah yang melihat reaksiku  terus timbul perasaan marah lalu pergi ke arah ku dan menunjal kepala ku sehingga aku rasa mahu terjatuh saja.


"Hei! Anak malang. Kau dengar tak. Aku cakap apa? Kau ni  boleh tak sehari tak buat masalah. Kalau kau tak balik langsung lagi senang  hati aku tapi disebabkan suami aku risau pasal kau, aku cuba fikir mana kau pergi. Kalau tak memang aku tak nak dengar pujukan rayu dari suami aku sendiri"

"Betul tu mak. lebih baik dia pergi  jelah dari sini buat menyusahkan nad je. Nad nak hidup senang dalam rumah ni pun tak boleh. Ada sahaja bala datang." pedas kata nadia

"kamu ni. Tak kesian ke dekat sepupu kamu sendiri atau kamu nak jadi malang jugak macam zielah ni?" sindir makngah

"mak ni! Cakap tu hati-hati eh. Siapa sudi sangat nak jadi perangai dia yang macam setan  ni mak. Lebih baik nad jadi diri nad je." nadia ketawa kecil.

"Anak mak ni pandai lah. Mak sayang anak mak. Macam ni lah baru anak. Jadi anak yang bertauliah kepada ibu dia. Bukan macam si malang ni" makngah menjelingku  lalu memalingkan mukanya semula ke arah nad dan tersenyum.

"kau tercegat dekat situ buat apa! pergi masak sekarang. Pakngah kau tak lama lagi pulang. Kami pun dah lapar"

Azielah hanya mengangguk lemah sahaja. Lalu dia pergi menuju ke dapur untuk menyiapkan makan malam.

Separuh daripada bab ni saya ada ubah dan tambah. Jalan cerita still sama je. Hope bila korang baca tak keliru nanti.

Don't forget to vote and comment 👇❤️

UNGKU AQIEL ZAFRAN[COMPLETE] Kde žijí příběhy. Začni objevovat