UAZ 17🍃

741 41 5
                                    

      Sudah seminggu berlalu, aina tidak mendengar khabar berita daripada azielah. Ke manakah pergi sahabat baiknya. Adakah disebabkan pergaduhan kecil berlaku pada minggu yang lalu. Dia berasa sangat kesal dan kecewa kerana tidak melayan azielah sebaiknya. Jika tidak disebabkan ego tinggi melangit mungkin dia akan menegur azielah.

Perasaan aina berasa tidak sedap kerana teringatkan azielah. Dia takut berlaku sesuatu yang buruk pada sahabatnya. Hari percubaan spm semakin menghampiri mereka. Azielah pula sudah seminggu tidak hadir. Adakah dia sakit. Kenapa dia tidak memberitahu kepada cikgu sahaja kalau azielah sakit.

Aina teringat sesuatu. Ingatannya teringat kepada nadia. Ya nadia sepupu azielah,mungkin dia tahu tentang azielah. Dia perlu bertanya segera tentang azielah. Aina segera pergi ke kelas nadia sebelum pdpr berlangsung.

Setelah sampai sahaja di depan kelas nadia, azielah memanggil salah seorang di pelajar di dalam kelas tersebut.

"Girl, mari sini kejap!" aina tidak tahu mahu memanggil siapa nama gadis itu, dia terpaksa memanggil girl sahaja lebih baik. Bukan nama yang pelik dan kurang ajar kan.

Pelajar perempuan tersebut memandang Aina lalu keluar daripada kelas.

"Ada apa ya, boleh saya bantu" kata pelajar perempuan tersebut. Nama yang tertera di name tagnya iaitu aqilah.

"boleh tolong panggil nadia tak?" kata aina kepada aqilah.

"mmm... Boleh kejap tau!"

Aqilah masuk semula ke dalam kelas untuk memanggil nadia. Aqilah mendekati sekumpulan pelajar yang sedang bersembang. Mereka memandang aqilah termasuk nadia. Nadia memandang aqilah dengan pandangan yang tajam.

"kau nak apa?"

"Ada orang cari kau?" kata aqilah.

"siapa?"

"dia ada dekat luar. Pergilah!"

Siapa pula cari aku. Nak kata boyfriend takkan dia datang mengejut pula. Tak mungkinlah. Nadia segera keluar daripada kelas mahu melihat siapa yang memanggilnya.

Tiba sahaja di hadapan kelas nadia tersenyum sinis melihat susuk tubuh yang sedang mencarinya.

"Kau nak apa hodoh!" ejek nadia

Kurang asam punya betina, sedap mak bapak dia sahaja cakap orang hodoh. Macam dia cantik sangat. Muka pun serupa jalan tar rosak. Erk!

"Eh, kau ni aku datang sini elok-elok tau. Bukan nak cari gaduh dengan kau!" kata aina.

"Ada aku kesah" nadia memutarkan bebola matanya.

"Aku malas nak hadap muka kau dah sekarang cuma aku nak cakap azielah mana?"

Datang sini semata-mata nak tanya si malang tu. Aduh buang masa aku sahajalah minah ni.

"kau tanya aku pula? Kenapa tak tanya dia je terus?" marah nadia.

"Nak cakap bod*h, tak juga. Kau kan sepupu dia mestilah kau tahu sebab korang kan sebumbung. Bong*k!"

"kau tanya aku pasal si malang tu my answer is i don't know!"

Selamba saja dia cakap dia tak tahu. Sepupu apa macam ni. Sepupu taik kucing adalah.

"Kau ni harap je sepupu, tak boleh harap langsung" sindir aina.

"Eh, hello aku memang tak tahu apa-apa pasal sepupu aku tu. Last aku tengok dia pun masa dia datang kelas malam. Lepastu, tak ada aku tengok. Macam tak balik rumah dah. Ha'ah mungkin dia kena culik kot?" teka nadia

"Kau mulut kau aku cili baru tahu!" marah aina.

"Betullah hodoh, sebab seminggu dah dia tak ada dekat rumah! Dah lah malas aku nak bercakap dekat kau buang masa aku je. Oh lupa, kalau kau nak tahu sangat pergi mana si azielah tu kau cari sendiri eh tak pun kau pergilah jumpa siapa-siapa, mana tahu orang yang kau jumpa tu dia tahu dekat mana si malang. Bye"

UNGKU AQIEL ZAFRAN[COMPLETE] Where stories live. Discover now