UAZ 21🍃

701 42 2
                                    

"Sedapnya bau.." kata makcik mariam.

Azielah melihat reaksi makcik mariam hanya mampu tersenyum dan mengeleng-gelengkan kepalanya.

"Pandai kamu masak. Siapa ajar?" soal makcik mariam.

"Taklah makcik, azielah belajar dari arwah ibu. Masa tu azielah umur 5 tahun"

"ooh.. Maafkan makcik ya tanya kamu pasal ni"

Dahi azielah berkerut dan memandang makcik mariam dengan pelik.

"maaf kenapa ya makcik. Makcik tak ada salah pun dekat azielah"

Serba salah pula tengok muka makcik ni. Macam ada yang tak kena sahaja.

"Makcikkan tadi tanya pasal siapa ajar kamu masak. Lepastu kamu kata arwah ibu kamu yang ajarkan. Jadi, makcik rasa bersalah sebab tengok wajah kamu berubah bila sebut arwah tadi"

"Tak apa makcik. Azielah okay sahaja. Jangan risau. Memang kadang-kadang tu azielah teringat dekat arwah sebab rindukan diorang tapi rindu azielah tu azielah sampaikan melalui doa supaya ibu bapa azielah tenang dekat sana" azielah tersenyum simpul ke arah makcik mariam.

"boleh makcik tanya sesuatu dekat kamu?"

"Boleh saja apa dia" azielah memandang wajah makcik mariam. Tampaknya seperti serius.

"kenapa arwah ibu azielah boleh kemalangan?"

Ibu, abah dan azielah sedang riang gembira bernyanyi di dalam kereta. Tanpa sedar sebuah lori empat tayar menuju ke arah kereta abah azielah. Kereta abah azielah ingin selekoh ke kiri manakala lori tersebut mahu memasuki jalan sebelah kanan. Malang tidak berbau lori tersebut melanggar kereta abah sehingga kereta abah terbalik di tepi jalan.

"ibu, abah!!" sayup-sayup suara azielah memanggil kedua ibu bapanya. Matanya juga tertutup rapat hanya kegelapan yang menemaninya.

Sedar sahaja azielah sudah berada di wad pesakit. Dia memandang sekeliling mencari seseorang.

"ibu.. Abah.." azielah melilau mata mencari ibu bapanya.

Seseorang dari luar masuk ke dalam wad pesakit tersebut.

Doktor!

Doktor tersebut menghampiri azielah dan raut wajah doktor tersebut seakan kecewa dan serius.

"adik kenal salmiah dan zulkarnain?" kata doktor itu.

"Itu ibu dan abah saya. Mana dorang doktor?" soal azielah. Kelihatan resah gelisah.

"dukacita saya nak maklumkan bahawa ibu bapa adik sudah di jemput ilahi pagi tadi"

Titisan air mata azielah mengalir di pipi secara tiba-tiba. Adakah hari ini merupakan hari sedih buat dirinya. Dia tidak tahu ingin berkata apa. Badannya kaku. Bibirnya seakan terkunci menghalang untuk bersuara. Hanya air mata yang deras keluar laju mengalir di pipi.

Sakit.

Perih.

Itu yang dirasakan dirinya saat ini.

Semalam merupakan hari yang bahagia buat dirinya bersama orang yang tersayang. Kenapa hari ini mereka di jemput dengan begitu awal. Adakah dia tidak layak untuk bahagia?

Kelihatan seorang lelaki tua sedang memasuki ruang wad pesakit. Kelihatan raut wajahnya yang gelisah dan terus memeluk erat badannya.

"Azielah kamu okey. Pakngah harap kamu boleh bersabar ya dengan semua ni" kata lelaki tua itu.

Azielah hanya berdiam diri sahaja. Dia malas mahu berkata hanya air mata sahaja yang mengalir. Dia membalas pelukan lelaki tua itu sehingga dia terlena dalam pelukan tersebut.

UNGKU AQIEL ZAFRAN[COMPLETE] Where stories live. Discover now