UAZ 41🍃

491 25 0
                                    

            Sebuah tempat di tempah khas zafran sangat cantik dan sesuai dengan tema mereka pada malam ini iaitu bertemakan garden. Azielah sedikit kurang selesa dengan kasut tinggi yang tersarung dikakinya. Bukan apa sebelum ini dia tidak pernah memakai heels setinggi 7 inci. Fuh! Bukan main tinggi. Kalau bukan kehendak zafran yang memaksanya untuk pakai, dia tidak akan menjadi seperti jalan orang mabuk.

Azielah yang baru mahu keluar daripada perut kereta tangannya lantas digenggam erat. Azielah tersentak dengan perbuatan zafran. Tangan ditepis serta merta malah zafran menguatkan lagi pegangan tersebut. Pandangan tajam diberikan kepada azielah. Matanya tertumpu ke arah bawah gaun azielah. Mata azielah membulat besar lantas tangan menampar pipi zafran.

"awak pandang apa?" serius sahaja muka azielah memandang zafran.

"kau pakai kasut apa?" seperti biasa suara zafran dingin sahaja.

"seliparlah apa lagi. Takkan saya nak berkaki ayam pula!" tempelak azielah lagi.

"bak sini selipar kau tu!" zafran menghulurkan tangannya ke arah azielah .

"awak nak buat apa?"

"Tak payah banyak tanya boleh tak!"

Azielah hanya menuruti percakapannya lalu selipar yang dipakai diberikan kepada zafran. Dengan muka yang selamba, selipar di tangan zafran dicampak keluar. Membuntang mata azielah melihat kelakuan zafran yang hanya tenang membuang selipar miliknya sedangkan dia berkaki ayam.

"awak!!!" muka azielah mula merah menahan marah.

"apa?"

"awak boleh tanya apa. kenapa awak buang selipar saya? habistu saya nak pakai apa?" azielah masih tidak berpuas hati dengan tindakan zafran tadi.

"Beli baru jelah, settle masalah"

"Awak cakap memanglah senang sebab awak orang kaya, saya ni miskin tak ada apa-apa!"

"yang kau nak emosi sangat dengan selipar buruk kau tu kenapa! aku dah katakan nanti aku belikan yang lagi cantik , lagi bagus daripada selipar tu. Aku ni taklah kejam sangat nak bagi kau berkaki ayam!"

"manalah tahu, awak tu bukan boleh percaya sangat" azielah melemparkan wajah ke arah tingkap. Suasana menjadi sunyi seketika. Hanya radio berbunyi mengindahkan suasana malam. Pacuan empat roda berjalan ke destinasi yang dituju.

Zalora shop menjadi tumpuan utama zafran. Kereta diparkir betul-betul di depan kedai. Azielah mendongakkan sedikit kepala ke arah luar. Matanya tepat memandang zafran.

"awak kita buat apa dekat kedai ni?" jari telunjuk menunjuk ke arah depan kedai.
Zafran tersenyum sinis memandang azielah lalu mukanya didekatkan disebalik cuping telinga yang ditutupi tudung shawl hitam.

"aku nak beli barang dekat sini lepastu aku nak pakai!"

"ha'ah" dahi mengerut pelik

"awak kebanyakan dalam kedai ni semua barang wanita. I know pakaian lelaki pun ada but-" percakapan azielah terjeda seketika.

" untuk gf aku? Itu maksud kau kan" zafran memandang serius ke arah azielah.

Azielah tidak membalas apa-apa. Soalan dibiarkan sepi, mata memandang semula ke arah luar tingkap. Zafran mengeluh kasar lalu keluar daripada perut kereta meninggalkan azielah seorang diri.

Dia marah aku ke?

Zafran memandang sekeliling tetapi matanya tertatap pada satu kasut tinggi yang menarik perhatiannya. Zafran mengambil kasut tersebut sambil dibelek-belek kanan ke kiri. Matanya melilau mencari pekerja disitu.

UNGKU AQIEL ZAFRAN[COMPLETE] Where stories live. Discover now