UAZ 6🍃

934 67 3
                                    

Azielah segera menepis tangan zafran tetapi tenaganya tidak sekuat lelaki itu. Dia cuba sedaya upaya tiba-tiba...

Bukk..

Kedua-dua mereka jatuh. Badan azielah berada di bawah manakala zafran berada di atas badan azielah. Mata mereka bertaut lama sehingga tanpa sedar seseorang mengetuk pintu dari luar.

Tok.

Tok.

Tok.

Azielah segera menolak badan zafran sehingga badan zafran terundur ke belakang. Azielah segera bangun begitu juga zafran. Azielah mengharapkan kejadian tadi akan hilang serta-merta didalam kotak fikirannya. Azielah segera membuka pintu melihat gerangan yang mengetuk pintu tadi. Azielah terpanjat melihat sahabat baiknya aina datang secara mengejut.

"Aina macam mana kau tahu aku dekat sini?"

"Nantilah aku cerita. Tapi sekarang ni aku nak kau baring balik dekat katil tu. cepatt.."

"Ish dia ni! Sabar boleh tak, aku nak pergilah ni" azielah berjalan ke katil lalu baring semula.

"Aku dah agak kau tak sihat. Tengok siapa jugak yang susah" aina melihat figura seorang lelaki yang berdiri melihat pemandangan luar. Aina mencuit bahu azielah.

"weyhh.. tu siapa? hensem gila siot" aina memuncungkan mulut ke arah figura lelaki itu.

"Menyempat lagi kau eh. mamat tu yang selamatkan aku. sedar-sedar aku dekat atas katil ni. Lepastu, boleh pulak dia duduk dekat aku macam nak telan pun ada" azielah menjeling ke arah zafran.

Zafran hanya memerhati gelagat si gadis kecil bersama seorang perempuan. Zafran tidak tahu apa yang dibicarakan oleh mereka sehingga mereka pandang-pandang dirinya. Zafran keluar dari bilik untuk memberi ruang si budak kecik tu berbual dengan kawannya.

Aku dan aina hanya melihat zafran dari jauh keluar daripada bilik tersebut lalu kami berdua memandang semula sesama sendiri. Aina bertanya semula soalan kepada aku.

"weyh.. Siapa nama mamat tu eh? Aku nak kenal boleh.." aina mengusik nakal.

"eiiii.. Kau ni gedik lah. Ada hati nak pikat orang. Diri sendiri pun tak terurus" azielah memutarkan bebola matanya.

"Alah.. kau chilllah. aku tak cakap pun nak ngorat mamat tu. Aku cuma nak kenal je mana tahu suatu hari nanti dia bakal imam aku" aina berangan.

"mula dah dia, daripada kau berangan baik kau cerita dekat aku macam mana kau tahu aku dekat klinik?"

"Cerita dia macam ni, masa tu aku dah nak sampai dah dekat rumah tapi masa aku tinggalkan kau sorang-sorang dekat sekolah hati aku memang tak sedap. Jadi masa dalam perjalanan tu ,aku suruh pak mat patah balik dekat sekolah tengok kau macam mana. Last-last aku dah sampai dekat sekolah aku tanya pakguard dia kata kau dah balik.lepastu,aku teruskanlah perjalanan aku nak pergi rumah kau tapi masa tu aku ada ternampak kau. Baru je aku nak pergi panggil kau nak hantar balik tiba-tiba ada kereta nyaris nak terlanggar kau tapi tak sempat sebab kau pengsan.Aku dah nak pergi tolong kau tapi lelaki tu angkat kau masuk dalam kereta maybe dia bawak kau pergi klinik. Lepas dia pergi dari situ aku ikut lah kereta mamat tu sampai lah dekat sini" panjang lebar aina cerita.

"Tapi kenapa kau tak halang dia?" kata azielah kepada aina.

"Aku nak halang macam mana? Lelaki tu laju gila bawa kereta. Lagipun, dia bukan buat benda yang tak senonoh kan dekat kau"

"Tak masalahnya kau tahu tak kitorang bukan mahram.mana boleh berdua-dua."

"kau faham tak masa tu kau pengsan. Fikirlah logik sikit takkan dia nak biarkan kau pengsan dekat jalan . Susah nak cakap dekat kau ni. Lebih baik aku keluar dari sini nak jumpa mamat tu.  Bye"

Aina membawa diri keluar daripada bilik sambil tersenyum melihat azielah.

"Cis! Tak guna punya kawan. Ada hati nak ngorat orang besar macam kena terima

            



              

          Zafran yang duduk dibangku berdekatan . Kelihatan seseorang keluar daripada bilik tersebut. Figura itu pergi mendekati zafran sambil tersengeh-sengeh macam kerang busuk. Malah zafran hanya menunjukkan muka ketatnya sahaja tanpa secalit senyuman dibibir.

"Hai nama saya aina. Kawan kepada azielah yang abang bawak tadi tu" aina senyum kepada zafran sambil menghulurkan tangannya sebagai tanda awal perkenalan.

"tiba-tiba kenalkan nama. Bukan nak tahu pun siapa nama kau. Acah panggil abang pulak tu. Eii geli aku" bisik hati zafran

Zafran hanya melihat gelagat budak itu sahaja. Dia langsung tidak membalas huluran aina yang dari tadi menghala ke arahnya. Aina yang melihat kelakuan zafran agak pelik, lalu dia menurunkan semula tangannya.

"Nama aku zafran. Aku harap kau jaga kawan kau dengan baik. Aku tengok kawan kau tu degil, tak nak dengar cakap" zafran terus meninggalkan aina disitu bersendirian tetapi tiba-tiba dia berhenti lalu pergi semula ke arah aina.

"lagi satu jangan lupa bagi dia makan ubat. Aku dah bayarkan ubat dia dekat kaunter. Tinggal ambil je. Faham"

"Faham. Abang zafran"

"Good. Aku pergi dulu.."

"Baiknya abang zafran. Untunglah kalau siapa dapat dia. Ish berangan je lebih. Lebih baik aku bagi tahu dekat azielah sekarang"

Aina masuk semula ke bilik untuk memberitahu tentang zafran serta pesanan yang disuruh olehnya.

Zafran yang keluar daripada klinik tiba-tiba telefonnya berdering menandakan seseorang sedang menelefonnya.zafran pun mengangkat telefonnya.

"Hello!"

"Hello bos! Ni saya bob. Bos dekat mana dah jumpa dah orang tua tu?"

"aduh apasal pulak aku lupa perkara tu.."

"aku ada masalah tadi, jadi aku tak pergi lah rumah orang tua tu. Nanti aku cerita dekat kau. Lagipun aku nak balik dah ni"

"baik bos.lagi satu bos tadi bos xi xiang cari bos. Dia tanya bos buat kerja dengan baik ke tidak. Saya kata bos buat kerja sangat baik.lepastu dia kata lagi dia ada cadangan nak ambil satu lagi orang untuk bantu bos dalam kerja ni"

Zafran mengetap giginya menandakan marahnya mula membuak-buak. Tangannya dikepal menjadi penumbuk.

"Setan  punya bos ! Cakap tak nak  ambil orang lain. Dia dah lupa janji dia dengan aku. Tak apa kau tunggu apa aku buat dekat kau nanti"

Zafran segera ke tempat parking kereta. Lalu memecut keretanya dengan laju. Marahnya belum hilang disebabkan xi xiang yang mungkir janji dengannya. Xi xiang sudah janji tidak akan mengambil orang lain untuk bekerjasama dengan dia. Dia boleh buat kerja sendiri dengan cepat. Malah kata-katanya pun tidak diendahkan.

Hye guys author update lgi.. Jgn lupa vote and komen tau. Ada perubahan sedikit untuk bab ni juga. Macam biasa jalan cerita tetap sama.

UNGKU AQIEL ZAFRAN[COMPLETE] Where stories live. Discover now