UAZ 15🍃

797 47 4
                                    

          AZIELAH tersedar daripada tidur sambil memegang kepalanya yang sakit. Matanya terbuka secara perlahan-lahan. Dia cuba mentafsir dimana keberadaannya sekarang. Azielah cuba menggerakkan badannya tetapi seperti ada sesuatu yang mengunci dirinya. Lantas azielah melihat badannya dipenuhi dengan rantai besi yang dililit di seluruh badannya. Azielah cuba meleraikan rantai besi tersebut tetapi ikatannya sangat kuat.

Azielah cuba meminta tolong memanggil seseorang tetapi tiada sesiapa yang mendengar panggilannya. Dia melihat sekeliling bilik yang agak suram dan sangat kotor seakan bilik kosong yang sudah dibiarkan lama. Sekali lagi air mata dari tubir mata azielah keluar mengalir di pipi.

"Makngah! Pakngah! Tolong zielah.zielah takut" azielah meraung meminta tolong agar dilepaskan.

Dia tidak tahu siapa yang tiba-tiba menculiknya. Dia masih ingat selepas habis kelas malam dia pulang dan dia sudah berada di pertengahan jalan. Secara tidak langsung mulutnya ditutup dengan sesuatu sehingga dia tidak sedarkan diri. Paling menakutkan dia bangun dari tidur, dia sudah berada di sini. Di bilik usang yang terbiar.

Tiba-tiba sahaja seperti ada seseorang memulas tombol pintu. Terlihat satu figura lelaki yang berhodie hitam serta berkaca mata hitam. Dia seperti mengenal susuk tubuh ini.

"bukan dia pernah pergi rumah aku ke? Lepastu, serang makngah tanpa sebab!" soal zielah dalam hati.

Lelaki itu menghampiri azielah dan bercangkung memandang wajahnya.

"hai budak! Kenal aku tak?" zafran membuka kaca matanya sambil tersenyum sinis ke arah azielah.

Mata azielah membulat besar. Alangkah terkejut dia melihat muka lelaki itu. Lelaki yang pernah membantunya sebelum ini.

"A- Awak" tergagap-gagap azielah dalam keadaan ketakutan.

"Kau kenal aku kan? Kalau kau rasa kau dah ingat aku siapa, baguslah. Tak payah aku nak ingatkan kau lagi" zafran tersenyum lebar.

"Awak nak apa sebenarnya dari saya!" azielah mula naik geram dengan perbuatan zafran.

"AKU NAK JUAL KAU! " zafran menyebut perkataan tersebut satu persatu sehingga keluar gelak ketawanya.

"Hahahaha... Kau memang bodoh! Beruntung makngah kau ada anak buah macam kau ni! Tak sia-sia kerja aku nak dapatkan kau. Kalau aku buat kerja bagus, mungkin aku dapat dua kali ganda daripada sebelum ni!" zafran tersenyum sinis.

"heiii... Awak tak boleh sesuka hati nak jual saya. Awak siapa nak jual saya. Awak ingat saya ni pelacur. Awak memang lelaki selfish. Awak jahat. Muka saja handsome tapi otak letak dekat lutut!" bebel zielah.

Telinga zafran mula panas mendengar kata-kata yang dilontarkan oleh azielah. Dia mengepal penumbuk lalu pergi ke arah azielah. Serta-merta leher azielah dicengkam sekuat hatinya.

" Kau boleh diam tak! Kalau aku jahat dah lama nyawa kau hilang. Sh*t. Kau jangan cabar kesabaran aku. Disebabkan mulut kau badan kau jadi makanan aku"

Zafran melepaskan cengkaman dari leher azielah serta merta. Azielah terbatuk-batuk lalu memandang zafran dengan wajah penuh kebencian.

"Awak culik saya mesti ada kaitan dengan makngah saya kan?"

"Mana kau tahu aku ada kaitan dengan makngah kau! Siapa tu makngah? I don't know okay!"

"Saya tahu awak tipu. Awak jangan nak berselindung dengan apa yang terjadi semalam. Saya tahu yang datang rumah saya tu adalah awak. Cuma saya tak berapa kenal sangat sebab cara pemakaian awak" jelas azielah.

"Sebab pemakaian saja kau dah anggap aku yang culik kau?"

"Yes. Saya yakin itu awak. Please lepaskan saya. Awak nak apa sebenarnya. Kalau awak nak wang tebusan saya akan usaha sebaik mungkin. Tapi bagi masa saya untuk bayar. Awak cakap sahaja berapa awak nak" rayu azielah.

"cis, budak bocah macam kau ni nak bayar wang tebusan. Jangan haraplah. Kalau sekalipun kau nak bayar wang tebusan tu aku takkan lepaskan kau sampai bila-bila sebab kau selama-lamanya milik aku" zafran menampar pipi azielah lembut.

Azielah segera memalingkan muka daripada disentuh dengan tangan jijik zafran. Air mata dari tubir matanya keluar secara tiba-tiba.

"Saya tak nak tengok muka awak! Jahat! Lelaki neraka!" marah azielah sambil menangis.

Zafran hanya memekakkan telinganya lalu keluar daripada bilik tersebut. Dia mengunci semula pintu dan beredar meninggalkan azielah bersendirian meraung meminta tolong.

" Pakngah, makngah tolong azielah. Ya, allah ujian apa lagi yang kau berikan padaku" azielah menangis teresak-esak.


     Sampai sahaja dipejabat zafran terus menyapa bob untuk memberitahu beberapa perkara penting.

"Bob Aku ada hal penting nak bagitahu kau" soal zafran serius bersama sebatang rokok yang dihisapnya.

"perkara apa yang penting tu bos?" kata bob pelik.

"Aku nak kau bawa budak bocah tu pindah dekat rumah besar aku. Boleh kan?"

"Boleh saja bos tapi.."

"tapi apa?"

"Bos tak rasa kasihan dekat budak tu ke? Dia mana salah bos. Bos hukum dia seolah-olah bos berdendam dengan dia pula. Padahal kesalahan ni makcik hasnah yang buat bukan anak saudara dia bos" kata bob panjang lebar.

"kau jangan nak nasihat aku. Ke kau nak juga ikut budak tu sekali aku ikat. Biar tak makan"

"Aku cakap sahaja bos! Mana tahu bos tiba-tiba tersangkut dengan budak tu" bob mengusik zafran.

"Aku. Tersangkut dengan budak bocah tu. Jangan harap. Dia masih mentah. Belum tahu soal cinta"

"Cinta tak kira usia bos. Zaman sekarang ada sahaja orang yang berusia tua kawin dengan orang muda"

"Sekarang ni kau nak tolong aku ke? Nak ajar aku bercinta. Kalau kau tak nak peluru terkena dahi kau lebih baik kau urus budak tu sekarang. Sebelum kau bawa budak tu ke rumah aku kau bagi dia makan. Nanti dia kelaparan. Aku tak nak dia sakit. Aku juga yang kena tanggung "

"Tak pernah-pernah bos ambil perhatian pasal perempuan. Semenjak bos bawa budak tu bos dah mula caring. Adakah ini petanda bos dah mula jatuh cinta" bob mula berangan.

Zafran memutarkan bebola matanya lalu beredar pergi daripada situ. Malas dia mahu melayan karenah bob seperti budak-budak berusia 4 tahun.

                PAK YAAKOB berjalan mundar-mandir risau akan anak saudaranya azielah yang semenjak semalam belum pulang ke rumah. Makngah yang keluar daripada bilik melihat suami terus pergi ke arahnya.

"Abang kenapa ni risau sesuatu sahaja?" kata makpiah memandang suaminya.

"anak saudara awaklah. Azielah sejak semalam lagi dia tak balik ke rumah. Saya risau terjadi apa-apa dekat dia" muka pak yaakob kelihatan sedikit risau.

Makngah hanya memandang muka pak yaakob dengan muka menyampah. Tak habis-habis dengan azielah, azielah, azielah. Anak sendiri tak pernah di risaukan. Nampak sangat pilih kasih. Entah apa yang istimewa sangat budak malang tu. Kalau si azielah tak balik rumah maksud nya syarat aku semalam dengan zafran menjadi. Baguslah budak tu tidak ada dirumah ni. Menyusahkan orang sahaja. Aman sudah hidup aku dekat dalam rumah ni.

"ALHAMDULILLAH.. SETTLE HUTANG!" bisik hati makpiah.



Mak piah mmng kecam😂 suka betul dia jual anak buah sendiri. Aish apa nak jadi lah.

Btw, author update lagi. Sorry lma tk publish story sbb author busy. Hrp korang happy dan jgn lupa tekan vote dan comment. Insyallah tunggu next chap tau😜

UNGKU AQIEL ZAFRAN[COMPLETE] Where stories live. Discover now