UAZ 22🍃

674 34 4
                                    

            PAK YAAKOB merenung jendela dari luar melihat pemandangan ciptaan tuhan yang sangat unik dan cantik. Sudah sebulan, pemergian azielah tidak di jejak. Hatinya bertambah sayu. Kehilangan azielah tempoh hari membuat dirinya agak  terkejut pada ketika itu.

Perasaan menyesal mula menguasai diri kerana tidak dapat menjaga amanat yang diperintah oleh arwah sewaktu ketika dahulu. Bagaimana dia boleh gagal menjaga azielah. Dia kecewa dengan dirinya sendiri. Nasi sudah menjadi bubur.

Jika dia tahu pada malam itu dia tidak membenarkan azielah pergi seorang diri. Dia sedia menemani azielah untuk ke sekolah. Ini semua disebakan isterinya.

Hasnah!

Pak yaakob segera mencari isterinya dan memanggil namanya.

Hasnah...

Hasnah...

Makcik piah yang menjemur kain di halaman belakang rumah terdengar  suara suaminya memanggil namanya. Mak piah  segera masuk ke dalam rumah.

"Abang kenapa ni jerit-jerit nama saya"

Pap!

Pak yaakob lantas menampar pipi mulus isterinya. Makcik piah kelihatan terkejut lalu memegang pipinya yang di tampar oleh suaminya sendiri.

"apa ni abang tampar-tampar!" marah makcik piah.

"Ini semua salah kau. Kau penyebab azielah hilangkan?" suara pak yaakob naik seoktaf.

Makcik piah tersengih-sengih melihat kelakuan pak yaakob. Hanya disebabkan perempuan malang itu sahaja dia di tampar dengan kuat sekali. Nampak sangat dia lebih memilih azielah tu isteri dia bukan dirinya.

" Abang apa ni. Siapa sekarang isteri abang. Saya atau perempuan malang tu?"

"Awak jangan hina anak saudara awak sendiri. Awak tahu tak awak dah buat kesalahan besar. Apa awak buat dekat dia sampai hilang dari rumah?"

Kemarahan pak yakoob semakin membara. Tunggu meletus sahaja.

"Kenapa abang tuduh saya macam-macam. Sedangkan saya tak tahu apa-apa pasal kehilangan azielah. Abang memang sengaja kan nak bagi saya marah. Abang tahu tak fitnah itu berdosa!"

"saya tak akan tuduh awak kalau awak tak buat sebab awak memang tak suka langsung anak saudara awak duduk dalam rumah ni kan?"

"Sekarang saya nak awak cari azielah sampai dapat. Kalau tak awak di haramkan pijak kaki ke dalam rumah saya. Ingat tu!"

"apa ni abang.. Main ugut-ugut saya tak ada masa nak cari budak tu. Tolong bang.. Tolong"

Pak yaakob segera menolak makcik hasnah keluar daripada rumah.

"ingat pesan aku hasnah!" pak yaakob masuk ke dalam rumah dan mengunci pintu daripada memberi isterinya masuk.

"abang, abang, abang.. Hasnah tak salah bang. Tolong bang buka pintu ni!" makcik piah menangis teresak-esak.

       
         
         XI XIANG kelihatan sibuk sekali mengarahkan anak-anak buahnya mengangkat barang untuk di hantar di negara perancis. Keuntungan yang di miliki oleh xi xiang setiap tahun sangat lumayan. Anggaran 90% adalah miliknya. Sekiranya xi xiang mendapat barang itu dengan lebih banyak sudah tentu  permintaan di negara jiran juga tinggi harganya.

UNGKU AQIEL ZAFRAN[COMPLETE] Where stories live. Discover now