UAZ 24🍃

685 37 3
                                    

              MATA azielah membulat besar saat  melihat satu bangunan yang agak besar di hadapannya. Raut wajahnya sudah tampak menunjukkan dia excited melihat bangunan tersebut. Maklumlah budak kampung mana pernah jejakkan kaki ke bangunan-bangunan mewah. Zafran yang khusyuk memandu memandang sekilas ke arah azielah. Kepalanya tidak henti-henti ke kiri ke kanan memandang ke arah luar tingkap kereta.

"Kenapa kau excited sangat tengok luar tu. Aku tengok biasa saja!" soal zafran.

"Saya sukalah. Best tau tengok bangunan-bangunan dekat luar ni besar lepastu cantik" pujinya.

"Aku tahu cantik tapi kau ni lain macam excitednya. Macam baru terlepas dari kandang kambing!" ejeknya lagi.

"Saya tahu saya budak kampung. Tak layak pijak bangunan mewah tu!"

"Gila kau ni. Aku tak cakap pun kau tak boleh masuk dalam mall tu!"

"habis tu tadi awak cakap apa?"

Zafran mengeluh berat. Penat mau layan karenah bocah baru nak up. "maksud aku kau macam tak pernah langsung  datang sini. Faham!"

"saya mana pernah masuk bangunan mewah!" kata azielah.

Bangunan mewah!

"shopping mall maksud kau?" soal zafran.

"ye shopping mall"

Patutlah dari tadi tak cakap. Aku pun ikut saja cakap dia bangunan mewah. Ingatkan bangunan mewah tu hotel ke, restaurant . Adui!

"mak ayah kau tak pernah bawa kau jalan-jalan masuk mall?"

"tak pernah"

"kenapa?"

"sebab dia orang dah tak ada!" azielah menundukkan kepalanya. Air mata di kelopak matanya mula berair.

"aku faham. Sudah jangan nangis aku malas nak pujuk. Aku bukan jenis suka pujuk orang. Harini aku bawa kau jalan-jalan pergi mall. Aku harap kau suka. Aku kan dah kata nak bawa kau jalan. So, tak payah bazirkan air mata kau" zafran cuba sedaya upaya memujuk azielah dengan memberikan kata-kata semangat supaya dia kelihatan ceria semula.

"awakkan hati batu. Perempuan mana saja tahan dengan perangai awak. Harap muka saja macho tapi hati serupa batu!" kutuk azielah perlahan.

Sekilas zafran memandang azielah dengan panahan mata helang lalu dia tersenyum sinis. "Aku dengar apa kau cakap. Aku tak pekak lagi!" dingin sahaja suara zafran.

Azielah memandang zafran dengan pandangan seolah-olah tidak percaya. Macam mana dia boleh tahu aku umpat dia. Pelan saja suara aku. Boleh pulak dia tahu.

"macam mana awak tahu saya kutuk awak?"

"tengok reaksi wajah kau aku dah tahu" tenang sahaja zafran berbicara.

Malas nak bertekak dengan mamat ni sebab kalau berlawan mulut pun mesti dia juga yang menang. Tahu lah diri dia tu lebih berkuasa. Sabar sajalah kau azielah.

"kenapa senyap. Kalah dah ke tu?" zafran ketawa kecil.

"Cis, Jahanam punya mamat. Tak apa kau tunggu! " bisik hati azielah.

"lebih baik saya diam daripada layan perangai gila awak tu. Buang masa saya je"

Azielah mengalihkan pandangannya ke arah luar tingkap. Biarkan saja dia mengalah daripada terus bertekak. Nanti tak jadi jalan-jalan sebab asyik berlawan mulut saja.

        

       TIBA sahaja di hadapan pintu utama shopping mall. Mulut azielah ternganga luas melihat kecantikan mall tersebut. Dia tersenyum sambil mendongakkan kepalanya ke atas dan badannya berpusing-pusing melihat sekeliling. Zafran melihat karenah azielah yang tidak berapa siuman lantas ditepuk bahunya.

UNGKU AQIEL ZAFRAN[COMPLETE] Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon