UAZ 28🍃

665 37 4
                                    

        Dulang makanan berisi sepinggan nasi ayam bersama segelas susu diletakkan ditepi meja bersebelahan dengan katil. Azielah  duduk di tepi katil untuk mengejutkan zafran untuk makan. Seharian lelaki itu tidur, sehingga tidak mahu bangun untuk makan. Risau juga dengan keadaan zafran jika hari-hari begini. Jatuh sakit nanti siapa susah aku jugak!

"Awak wake up! Dah petang ni. Awak dari pagi lagi tidur. Please, masa untuk awak makan. Nanti awak sakit, bahaya tu!" azielah mengoyang badan zafran dengan perlahan. Kedengaran suara serak zafran berbicara.

"Kau keluar dari bilik aku sekarang. Aku tak larat tahu tak. Aku tak  ada selera nak makan!" zafran menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Azielah berasa serba salah terhadap zafran kerana memaksa lelaki itu menceritakan masalahnya. Tak pasal-pasal lelaki tu marah, sedih dan kecewa. Entah kenapa hati ni nak tahu sangat kes pasal perempuan tu.  Adakah dirinya mula di selubungi perasaan cemburu. Ish! Perasan betul. Mana mungkin dia jatuh hati pada zafran.

"Hoi! Kau dengar tak apa aku cakap?" jerkah zafran.

Azielah tersedar daripada lamunan lalu memandang zafran. "A-awak cakap apa tadi?" soal azielah lagi.

Zafran menepuk dahi sambil menggeleng kepala. Sudah terang lagi bersuluh, minah ni berangan. "Aku cakap tangan aku tak larat nak bergerak. Memandangkan kau ada dekat sini, bolehlah tolong aku suapkan makanan. Boleh?"

Mengada gila mamat ni, kena sampuk apa sampai menggedik dekat aku nak mintak suap bagai.

"err... Awak ni saya banyak kerja nak buat dekat bawah tu. Kesian cik ma buat sorang-sorang. Awak makan sendiri jelah. Saya tengok tangan awak tu okay je tak patah pun!" soal azielah lagi.

Muka zafran sudah berubah dingin. Lantas kepalanya dilentokkan semula di bantal empuk dan menutup selimut tebal di seluruh badannya." kalau kau tak nak tolong kau keluar sekarang! Aku tak nak tengok muka kau! " marah zafran.  Dia sengaja berbuat seperti itu kerana mahu melihat reaksi si bocah bagaimana.

azielah menjadi tidak tentu arah selepas zafran berkata begitu kepadanya. Dia terasa ke apa aku cakap tadi! Aish bahaya juga mamat ni, kuat merajuk macam budak-budak. Kata dekat orang, diri sendiri pun macam tu juga!

Azielah menggaru kepalanya yang tidak gatal. "aduh macam mana ni, bos besar dah marah!" bisik hati azielah.

Disebalik selimut yang menutupi tubuh zafran dia ketawa kecil melihat reaksi gelabah wanita itu. Suka dia menyakat azielah kerana perubahan wajahnya membuat zafran suka.

"Awak..." panggil azielah lembut.

"Awak janganlah macam ni. Saya tahu saya salah. Awak janganlah terasa. Kalau macam tu, saya suapkan awak. Okay!" azielah terpaksa berkata begitu supaya zafran makan.

Dengar sahaja perkataan suap zafran bangun semula daripada baring. Dia duduk bersila sambil tersenyum ke arah azielah. Azielah hanya membuat mimik muka menyampah. Kalau tak disebabkan perangai mengada lelaki ni, tak juga dia nak layan karenah seakan kanak-kanak ribena. Azielah bangun dan mengambil dulang makanan tersebut.

"nah awak nganga..." Sudu yang berisi nasi dihala ke mulut zafran. Zafran hanya menuruti dan membuka mulutnya. Keadaan diam seketika. Zafran khusyuk mengunyah makanan yang di suap oleh azielah.

"sedap sangat ke saya suap sampai awak tutup mata!"sindir azielah.

" Sedap... Sangat, kalau hari-hari hidup aku macam ni kan best. Tak payah dah aku basuh tangan"

Azielah  menjeling ke arah zafran. Amboi suka hati dia je cakap macam tu. Dia ingat diri dia tu raja. Tak tahan aku hari-hari macam ni  boleh jadi gila dibuatnya.

"eh bocah! Suapkan aku lagi, lapar ni"

"ish sabar boleh tak! Suka mengarahkan orang. Benci betul lah!"

        Nín xiǎng shénme shíhòu fāsòng cǐ xiàngmù? Hā nī kè? (bila mau ini barang? Harini ke?) xi xiang sedang berbual dengan customernya di china.

Ó hǎo de,Xièxiè(ouh okay, terima kasih). Xi xiang mematikan talian telefonnya lalu memusingkan badan ke arah belakang. Alangkah terkejut dia melihat susuk tubuh bob dibelakangnya.

"fuh! Lu buat wa terkejut. Bila sampai?" xi xiang memegang dada. Nasib tak kena serangan jantung!

Bob menayangkan gigi putihnya sambil tersengih-sengih.

" baru je bos. Saya ada hal nak cakap sikit dengan bos. Bos busy tak?"

"Tak, lu mau cakap apa?"

"boleh kita duduk sana?" bob menunjukkan bangku yang tidak jauh daripada mereka.

"Boleh saya tahu berapa lama dah bos kenal dengan faiz?" Bob memandang muka bosnya lama.

Xi xiang mengeluh berat. Ingatkan soalan tu penting sangat. Rupanya soalan yang boleh habiskan masa sahaja. "kenapa lu mau tau?"

Kini giliran bob pula, dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"saya soal, bos jawab je lah. Apa susah?"

"Soalan lu buat saya mau buang masa lah. Lu tahu kan faiz tu sapa. Mau tanya apa lagi?"

"Saya tahu bos faiz tu abang zafran. Saya cuma pelik saja tiba-tiba si faiz tu datang sini jumpa bos. Asyik-asyik jom bos. Nanti apa kata zafran?" bob cuba mengorek rahsia xi xiang sama ada dia menipu atau tidak.

"Itu budak diam-diam saja. Tak ada marah pun. Dia selalu datang sini cuma..."

"cuma apa bos?"

"Cuma mau tanya khabar adik dia saja zafran. Tak bolehkah?"

"Tiada masalah kalau nak tanya khabar tapi dia datang sini hari-hari bos, sedangkan dia orang duduk serumah bos. Bos jangan cuba-cuba nak khianat zafran dengan saya bos!"

"bos tahu tak perjanjian bos dengan zafran sebelum ni, dia memang tak nak ada orang kacau atau cuba-cuba ambil alih pekerjaan dia. Bos takkan tak tahu perangai si zafran tu. Kalau sekali orang tipu dia, jangan pantang dicabar boleh jadi kes pembunuhan!"

Riak wajah xi xiang berubah gelisah. Bukan dia takut pada zafran, tapi dia sudah beri sepenuh kepercayaan kepada zafran untuk menjaga separuh daripada syarikat mereka. Sejak diakhir-akhir ni hatinya berubah pelik seakan-akan curiga kepada zafran sekiranya dia membuat kesilapan yang sama seperti 10 tahun yang lepas.

"Lu jangan risau sama wa, wa sentiasa percaya dia. Wa tahu dia pun percayakan wa. Wa tahu dia budak baik sebab wa jaga dia dari kecil. Arwah bapa dia suruh wa jaga dia bagus-bagus"

"saya pegang kata-kata kau xi xiang. Tapi kau kena ingat kau jangan sesekali nak cuba lari daripada kita orang. Saya ingat semua kata-kata kau yang kau pernah cakap dekat zafran sebelum ni. Saya tak pelupa. Ingat tu!" berbaur amaran keras daripada bob.

"terpulang pada kau saja bob, wa tak rugi apa-apa kalau lu tak percaya sama wa. Dah lah wa malas mau layan lu. Wa ada kerja mau buat!" lantas xi xiang bangun dan beredar daripada situ.

Nak lagi lari daripada masalah lah tu. Kau ingat aku tak tahu ke xi xiang! Kau tunggu, aku tak akan berdiam diri kalau jadi apa-apa Wait and see orang tua cina kerepot nak mampus!

New update. Hadiah untuk korang ambil lah🤭.

Don't forget to vote and comment 👇

Happy reading ❤️

UNGKU AQIEL ZAFRAN[COMPLETE] Where stories live. Discover now