UAZ 47🍃

463 27 9
                                    

          XI XIANG menarik kasar tangan azielah sehingga menyebabkan azielah hampir tersembam ke tanah. Muka azielah kelihatan agak lesu dan tidak bermaya. Faiz memandang sekeliling sebelum membawa azielah ke dalam hutan. Azielah hanya mampu berserah pada maha esa, jika pada hari ini hidupnya sudah berubah seratus peratus dia tidak boleh berbuat apa-apa melainkan zafran datang menolongnya. Tapi dia dapat rasakan zafran seperti tidak kisah kehilangan dirinya. Mungkin apa yang dikatakan abang zafran itu benar. Zafran tidak pernah langsung sayang dan cintakan dirinya!

"cepat sikitlah bergerak perempuan. Nak aku sepak juga kaki kau tu baru nak terhegeh-hegeh berjalan!"

"ish sabar boleh tak?!" azielah merengus kasar saat xi xiang menggenggam kuat lengannya.

Perjalanan masuk ke kawasan hutan mengambil masa selama 30 minit. Azielah hanya memandang sekeliling, dengan suasana yang agak menakutkan. Bunyi-bunyi cengkerik membuatkan azielah sedikit ketakutan. Tiba sahaja di sebuah rumah usang yang agak sederhana faiz, xi xiang sama-sama masuk ke dalam rumah tersebut manakala azielah di tolak kasar sehingga terkena dinding kayu yang sedikit tajam. Dahi azielah mengalami luka kecil.

"Aku akan pastikan kau dijual dengan harga lumayan. Biar puas hati aku dengan si zafran, merana tak tentu arah cari kau hahahaha" kedengaran suara gila faiz dan xi xiang berkemundang dalam rumah usang itu.

Azielah sudah teresak-esak menangis. Kepala digelengkan tanda tidak mahu. Walaupun hatinya rasa sakit mengingatkan dia di tipu oleh zafran sendiri tapi dia tidak peduli semua itu. Mungkin ada sebab tersendiri zafran melakukan kerja tersebut.

Mustahil!

Faiz dan xi xiang berbisik sesama sendiri seperti ada sesuatu yang dibincangkan. Azielah hanya memerhati dari jauh sahaja. Sekarang tangan digari jadi dia tak boleh buat apa-apa untuk melawan mereka. Tidak lama kemudian, faiz dan xi xiang mendekati azielah.

"Hoi budak. Aku nak kau duduk diam-diam dekat sini, kalau tak aku siat-siat kulit kau macam ikan. Faham!" faiz menayangkan wajah bengis sambil matanya dibesarkan sedikit agar azielah takut kepadanya.

"tak payahlah nak sampai besar-besarkan mata tu. Ingat mata dia cantik sangat, serupa macam hantu aku tengok..." kutuk azielah dalam diri.

Faiz memandang tajam ekor mata milik azielah. Dia dapat rasakan azielah sekarang sedang mengutuk dirinya dalam diam. Tapi apa dia kisah semua tu, yang penting sekarang budak perempuan di depannya sudah sah menjadi miliknya. Tiada sesiapa yang boleh halang dia lagi. Zafran tidak akan dapat menjejaki keberadaannya lagi.





            Zafran masih lagi tidak putus-putus menyebut perkataan 'Maaf' . Dia masih rasa bersalah kerana meninggalkan azielah sendirian di rumah. Musuhnya sentiasa berada di mana-mana sehingga kini azielah menjadi sasaran. Dia tidak akan membiarkan perkara itu berlaku . Kepala digelengkan beberapa kali.

Bob memandang kosong wajah milik zafran. Dia tahu lelaki itu sungguh risaukan azielah dan dia tahu sekarang zafran sudah mula sayangkan azielah. Dia dapat lihat dari raut wajah lelaki itu.

"Bos kita dah nak sampai. Kau ada apa-apa plan bila sampai sana?"

"Hm ada. Aku harap plan ni menjadi dan aku nak kau buat apa yang aku suruh. Kali ni aku takkan lepaskan diorang. Aku akan bagi hukuman setimpal dengan apa yang diorang buat dengan aku!"

Teringatkan peristiwa xi xiang sanggup mengkhianati dirinya sehingga sanggup percaya kata-kata faiz berbanding dirinya. Sekian lama dia bekerja dengan xi xiang malah mati-matian dia percaya dengan orang luar yang tidak pernah langsung memberikan apa-apa hasil.

Zafran juga tidak akan membiarkan faiz hidup dalam kesenangan. Dia tahu perancangan abangnya, mahu memusnahkan segala impian dirinya. Dia tidak suka melihat zafran bahagia mahupun berjaya. Meskipun dia tahu zafran adalah darah dagingnya sendiri, dia tetap akan jatuhkan jua.

"Bos kita dah sampai dekat location tu. Tapi apa yang saya dapat tengok dalam gps kita kena masuk dalam hutan. Perjalanan masuk dekat sana kira-kira 30 minit. Kau okay tak?" bob risau dengan keadaan zafran kerana emosinya sekarang kurang baik.

"Tak apa. Aku sanggup asalkan hati aku puas dengan diorang!" dingin sahaja suara. Malah muka juga kelihatan serius.

"hm baiklah kalau macam tu jom kita masuk dekat hutan. Aku harap diorang tak tahu kita dekat sini bos"

"jangan risau, kau cuma perlu ikut apa aku buat dan dengar setiap arahan aku. Understand!" kaki mula melangkah masuk ke dalam hutan tebal.

Langit kelihatan semakin gelap. Awan mula menutupi semua langit yang membiru. Persekitaran agak sunyi tetapi aman kerana banyak bunyi semulajadi seperti cengkerik yang memecah kesunyian.

" Fa-faham bos. Bos?" bob memandang sekeliling. Takut pula nak masuk hutan tebal. Aura negatif mula meracuni fikiran bob. Fikiran melayang apa akan terjadi sewaktu masuk ke dalam hutan. Takut terserempak dengan binatang buas atau makhluk halus yang mahu bermain bersama mereka.

"Apa lagi... Berjalan pakai kaki bukan pakai mulut!" sinis zafran. Mula sudah karenah bob. Bukan dia tidak tahu bahawa bob seorang yang penakut. Harap saja badan berketul-ketul tapi hampeh!

Takut hantu. Binatang buas!

Tak gentleman langsung.

Baju zafran dicarik sedikit membolehkan bob mengikuti zafran. Dia tidak mahu terlepas daripada jejak zafran takut nanti dia sesat. Zafran melihat tindakan bob memegang hujung bajunya lantas ditepis kasar.

"ish kau ni, apa pegang-pegang. Macam pondanlah!" renungan tajam memandang anak mata bob. Bob hanya tersengih-sengih. Tidak lama kemudian, tangan diturunkan semula apabila melihat wajah dingin zafran ditayangkan.

"orang pegang hujung baju je pun bukan raba badan dia" bisik hati bob.

"kau lambat aku tinggal. Jangan kata aku jahat, sebab ni salah kau jalan macam kura-kura!" kedengaran suara zafran yang semakin menjauh.

Dengar sahaja suara zafran cepat-cepat bob berlari anak ayam. Zafran kalau tak takutkan orang memang tak sah.

Sepanjang perjalanan mereka menuju ke lokasi. Zafran lebih memilih untuk mendiam diri kerana takut suaranya dapat di kesan oleh xi xiang. Dia harus peka dengan bunyi yang datang. Beberapa minit kemudian, mereka hampir tiba tetapi kedengaran seperti manusia yang sedang berbual. Zafran lantas menarik kuat bob menyembunyikan diri disebalik batang pokok yang tinggi.

"Bo... Bos kenapa. Bos nampak hantu ke?!" suara bob bergetar sambil mata melilau memandang sekeliling.

"bodohlah kau ni. Kau tak dengar ke?" ton suara berubah keras.

"dengar apa?" bob mula jadi blur.

Gigi diketap kuat menahan geram. Ya, allah sabar sahaja bila dapat member yang loading dia tak boleh bawa bincang. Kalau tak disebabkan budi sudah lama dia bunuh bob sekarang.

"aku malas nak bercakap dengan orang pekak macam kau. Sekarang ni aku nak kau ikut arahan aku. Aku rasa ada someone dengan xi xiang sekarang. So, aku nak kau bergerak ke depan lagi sikit untuk dengar perbualan mereka. Now, gerak!"

"habistu bos?"

"aku stay dekat sini. Apa-apa aku hubungi kau guna alat ni!" zafran menghulurkan sebuah walkie talkie kepada bob.

"baiklah" Bob mula bergerak perlahan ke arah setiap pokok.

Azielah aku harap kau selamat dan tak apa-apa. Aku akan sentiasa ingat kau. Tunggu aku, aku akan datang selamatkan kau...






Hai readers sekalian👋😊
Now author update!
But, author say sorry because i'm late for update to my story. I hope you guys still enjoy read my story okay.

Author tak tahu sama ada cerita ni masih seronok atau membosankan.

Don't forget to comment and vote ❤️👇

UNGKU AQIEL ZAFRAN[COMPLETE] Where stories live. Discover now