UAZ 13🍃

775 56 2
                                    

Hari ini merupakan hari yang kurang bernasib baik bagi azielah. Dia berasa sangat sunyi kerana satu hari dia tidak bercakap dengan sahabat baiknya aina. Dia tahu aina sangat-sangat marah pada dia kerana tidak mampu menjadi diri sendiri.

Azielah melihat tempat duduk sebelahnya kosong. Biasanya aina akan menyapanya bila sudah sampai sekolah. Dia akan menceriakan gadis itu supaya tidak terlalu sedih dengan apa yang dilaluinya. Hari ini merupakan hari dimana aina dan nadia di denda kerana melakukan kesalahan ringan.

"mungkin dia dah pergi kut..." getus hatiku

Kelihatan cikgu aminah masuk untuk memulakan sesi pembelajaran iaitu subjek bahasa melayu yang wajib lulus dalam spm. Memandangkan mood aku hari ni tak berapa bagus dengan situasi aku sekarang yang serabut, aku menjadi tak fokus dalam pembelajaran hari ini. Aku memandang ke luar tingkap. Tergiang-giang kata-kata makngah. Sanggup dia di sentuh oleh lelaki misteri tu. Tapi! Siapa lelaki tu? Kenapa dia cuba ugut makgah? Mungkin dia ada kaitan dengan makngah?

Dengan tak sedar tiba-tiba pen maker dibalingkan ke arah muka azielah.

Pakk...

Azielah terkejut. Dia tersedar daripada mengelamun. Semua pelajar di dalam kelas itu menjadi tumpuannya . Ada yang geleng kepala. Cikgu aminah memandang wajahnya dengan perasaan tidak puas hati. Cikgu aminah meminta azielah untuk mengulang semula apa yang dipelajari.

"Azielah bangun sekarang!! Saya nak kamu terangkan semula apa yang cikgu ajar tadi" kata cikgu aminah tegas.

Azielah hanya diam sahaja. Tidak tahu apa yang ingin dikatakan. Mengelamun lagi, siapa suruh. Kan dah keluar singa cikgu aminah. Azielah mengambil semula pen maker yang dilemparkan oleh cikgu aminah terhadapnya.

Azielah pergi ke hadapan untuk memberikan semula pen maker. Malah cikgu aminah menyuruhnya berdiri di situ. Mungkin ada sesuatu yang ingin dikatakan kepadanya.

"Azielah sekejap. Cikgu nak tanya kamu ni?kenapa dengan kamu harini. Kalau kamu ada masalah pergi jumpa dengan cikgu kaunseling tak pun cerita dengan cikgu kalau kamu tak percaya dengan mana-mana cikgu dekat sekolah ni. Azielah kamu tahu kan spm semakin menghampiri kamu. Jadi cikgu tak nak kamu buang masa dengan perkara yang sia-sia" pesan cikgu aminah.

Azielah hanya mengangguk lemah. Dia berasa bersalah dengan apa yang dia lakukan pada hari ini. Dia tidak fokus dalam pembelajaran. Sudahlah tidak lama nak percubaan spm. Boleh pula dia bermain-main. Fikirannya serabut dengan keadaan hubungan antara dia dengan aina yang masih belum pulih lagi.

"Takpe azielah kamu pergi duduk" arah cikgu aminah.

"Baik cikgu"

Azielah pun pergi semula ke mejanya dan cuba kembali fokus di depan. Dia akan cuba sedaya upaya untuk belajar bersungguh-sungguh demi cita-citanya tercapai.

Kelihatan zafran memasuki rumah mewahnya. Dia melihat ruang tamu tiada siapa-siapa. Tiba-tiba dia di sapa dengan suara garau dari tingkat atas. Ia dia kenal suara itu. Suara abangnya yang dia sangat sayangi dahulu tetapi sekarang tidak lagi kerana dia menganggap abangnya adalah musuh utama.

"Baru nak balik?" kata faiz abang kepada zafran.

Zafran hanya mempalaukan sahaja soalan abangnya. Dia menaiki tangga lalu secara tidak sengaja dia melanggar bahu abangnya. Selepas itu, dia berhenti di tengah-tengah tangga dan membisik sesuatu ke arah telinganya.

" Jangan suka sibuk hal orang! Hal kau aku tak kacau, ini kan pulak hal aku kau korek"

Zafran meneruskan menaiki anak tangga sehingga sampai di pintu biliknya dan masuk ke bilik tanpa menoleh abangnya yang masih berdiri di tangga.

"Cis! Kurang ajar kau zafran..." bisik hati faiz

Azielah yang baru sahaja masuk ke dalam rumah terus dibebel oleh makngah. Entah apa saja orang tua ni tak puas hati dengan dia. Dia nak tanya sesuatu dekat makngah pasal kejadian semalam tapi dia takut nanti dia di kata makcik bawang. Semua nak tahu hal orang.

Azielah terus masuk ke dalam biliknya. Dia menghempaskan punggungnya di katilnya. Tiba-tiba air matanya keluar tanpa sengaja. Dia berasa sangat-sangat sedih sekarang kerana banyak dugaan yang dia hadapi. Azielah berasa tidak kuat untuk menempuhi semua dugaan yang dia hadapi. Ibu,ayah. Iya itu keluar dari mulut azielah.

Jika dulu ibu bapanya masih hidup mungkin dia dapat merasakan kasih sayang mereka. Dia berasa ingin memerlukan seseorang untuk meluahkan segala isi hatinya yang sudah lama terpendam.

"Ibu... Ayah... Zielah rindu" tersedu-sedu azielah menangis.

"Ibu, ayah azielah betul-betul rasa tak larat nak tempuh ujian ni sorang-sorang. Lebih baik zielah mati je lah. Azielah nak ikut mak ayah. Azielah tak nak dah hidup" azielah mengambil gunting di dalam laci meja belajarnya lalu dia meletakkan gunting di pergelangan tangannya dengan kuat. Azielah memenjamkan matanya dengan rapat.

Mungkin hari ini tamatlah riwayatnya...

"Selamat tinggal semua... Azielah akan ikut mak ayah..."

Azielah menekan gunting tersebut dipergelangan tangannya dan menarik tiba-tiba dijeritkan dengan suara garau. Suara yang di kenalinya.

"Ya, allah azielahh.. Apa kamu buat ni?" pak yaakob segera mengambil gunting tersebut dan mencampakkan ke tepi. Pak yaakob terus memeluk azielah. Azielah membalas pelukan pakngahnya dan menangis sepuas-puasnya.

"shuuu...dah jangan nangis. Azielah kenapa macam ni? Kenapa nak bahayakan nyawa sendiri kalau masalah kamu boleh bawak bincang" pakngah mengusap-usap kepala azielah supaya dapat menenangkan anak saudaranya.

Malah azielah hanya senyap sahaja. Suara tangisan memecahkan kesunyian tersebut. Dia tidak tahu nak cakap apa. Cuma sekarang ini dia merasa sangat-sangat sedih, kecewa dengan apa yang berlaku.

Azielah meleraikan pelukannya dari pakngah nya. Dia memandang wajah pakngahnya dengan wajah yang bersalah.

Mata merah, hingus meleleh-leleh. Azielah mengelap air matanya serta hingus yang terkeluar di lap di bajunya.

"Pakngah azielah nak mintak maaf kalau azielah dah menyusahkan pakngah, makngah dan juga nadia. Azielah takde niat nak menyusahkan keluarga pakngah. Azielah memang tak layak tumpang sini duduk dengan pakngah dengan makngah. Zielah tahu makngah memang tak sukakan azielah duduk sini. Nanti bila zielah dah habis spm, zielah cari kerja kalau dah okey zielah akan pindah cari rumah lain" kata azielah.

"Kenapa cakap macam tu. Pakngah tak suka tahu tak. Azielah pakngah dah anggap kamu macam anak pakngah sendiri. Mak kamu juga yang amanahkan pakngah supaya jaga kamu dengan baik dan sihat. Pasal makngah tu tak payah kamu fikirkan. Dia tu memang macam tu. Pakngah tak nak kamu pergi mana-mana. Duduk saja dekat sini. Pasal kos belajar kamu biar pakngah tanggung"

"tapi pakngah...

"takde tapi-tapi sekarang kamu pergi bersihkan badan kamu, lepastu makan. Nanti makngah kamu mengamuk macam singa lagi"

"Hahaha pakngah ni sempat lagi nak ejek makngah. Nasib makngah tak ada dekat sini. Kalau ada mesti dia mengamuk habis-habisan"

"Hahhaha dia tak dengar juga. Tidur agaknya makngah kamu tu"

Azielah terus ke bilik mandi untuk membersihkan badannya yang sudah melekit. Dia berasa sedikit lega kerana ada pakngahnya yang dapat menenangkan hatinya.

Kalau lah arwah dulu ada mesti seronok macam sekarang. Boleh buat lawak, main-main. Dapat juga merasa family sendiri. Tapi takpe keluarga makcik pun dah mampu bahagiakan aku walaupun ada sedikit keperitan yang aku jalani hari-hari.

Hye guys amacam double chap suka tk? 😜Special utk korang. Happy reading❤️. Sorry kalau bosan part ni.

UNGKU AQIEL ZAFRAN[COMPLETE] Where stories live. Discover now