UAZ 30🍃

640 34 3
                                    

         Azielah mundar-mandir sambil kuku jarinya digigit-gigit. Pandangannya tidak lepas memandang ke arah luar. Makcik mariam yang agak sedikit pelik melihat karenah azielah lantas orang tua itu mendekati azielah dan menyapanya.

"Azielah kamu kenapa ni! Ke hulur ke hilir macam resah semacam sahaja?" soal cik ma.

"Azielah risau kan zafranlah cik ma, Dari pagi lagi dia keluar sampai sekarang belum balik. Dah nak maghrib ni!" hati azielah sedikit risau dengan keadaan zafran yang belum pulang.

Cik ma tersenyum lebar melihat riak wajah azielah yang begitu risau sekali." cik ma ada satu soalan dekat azielah tapi azielah kena jawab jujur dengan cik ma. Boleh? "

Dari percakapan cik ma ni macam serius sahaja soalan dia. Kalau aku tak jawab nanti dia pelik pula dekat aku. Entah-entah dia nak tanya hubungan aku dengan zafran. Eh kejap! Aku dah bagitahu kan sebelum ni yang aku dengan dia tak ada apa-apa ikatan. Aku rasa tak kut! Tak apa azielah husnuzon itu penting.

"apa dia yang cik ma nak cakap tu?" azielah memandang cik ma dengan senyuman manis.

"kamu memang adik zafran kan?"

Haah sudah aku dah agak, firasat aku betul yang cik ma memang nak tanya pasal aku dengan zafran. Kalau aku cakap sekali pun dia tak akan percaya sebab aku dah pernah cakap perkara ni sebelum ni.

"azielah dengar tak cik ma cakap..." cik ma membuat petik jari di muka azielah. Azielah tersedar daripada lamunan. Azielah tersengih-sengih sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

"berangan pulak kamu ni. Betul ke cik ma cakap tu?"

Azielah menarik nafas dan menghembus secara perlahan-lahan lalu memandang semula cik ma. "cik ma ingat tak saya pernah cakap perkara ni sebelum ni dengan cik ma. Saya rasa kalau cik ma ingat balik apa yang cakap itulah jawapan saya yang sama saya akan jawab" jelas azielah.

"Saya bukan tak nak jawab soalan cik ma tu tapi cik ma cuba faham. Kalau saya bagitahu sekalipun belum tentu cik ma akan dapat bantu saya keluar daripada rumah ni. Macam mana saya nak keluar daripada rumah ni sedangkan rumah ni dipenuhi dengan cctv. Bodguard encik zafran sentiasa mengawasi dekat luar rumah tu. Jadi susah untuk saya melarikan diri sebab pengawalan zafran sangat ketat" azielah mengeluh berat.

Cik ma diam seribu bahasa dengan apa yang diperkatakan oleh azielah.

" cik ma mungkin boleh bantu kamu untuk larikan diri tapi kalau cara ni berkesan atau tak?

Pon!

Pon!

Pon!

Kereta  Lamborghini berwarna hitam memasuki kawasan rumah agam zafran. Seorang lelaki tegap keluar daripada perut kereta dengan memakai pakaian serba hitam. Spek mata berwarna hitam ditanggalkan dan dilekatkan di poket baju. Kakinya menuju ke pintu utama. Terdapat dua penjaga yang mengawal di hadapan pintu tunduk hormat kepada bob.

"macam mana semua okay tak?" soal bob

"semuanya tak ada masalah" kata salah seorang bodguard.

Bob mengangguk kepala lalu masuk ke dalam rumah untuk berjumpa dengan azielah. Azielah menoleh segera berlari ke pintu utama melihat siapa yang datang. Mungkin zafran!

Azielah tidak lekang senyum menanti kepulangan zafran. Senyuman azielah mati apabila tekaannya salah. Bob yang melemparkan senyuman kepada azielah terus pudar. Dahi bob mengerut pelik melihat riak wajah azielah.

"Bob rupanya..." keluh azielah. Badannya terasa longlai kerana apa yang pernah bermain di minda azielah mungkin tidak betul dan tak akan pernah berlaku. Memang kau suka perasanlah. Dia tak akan pernah suka kau pun. Kau memang tak  layak dapat macam orang macam dia.

UNGKU AQIEL ZAFRAN[COMPLETE] Where stories live. Discover now