UAZ 37🍃

397 22 4
                                    

                  AZIELAH membelek-belek baju couple yang dibeli minggu lepas, hatinya terbit rasa berdebar sama ada mahu memberikan baju ini kepada zafran ataupun tidak. Baju couple ini bermakna bagi azielah kerana dia teringin mahu memakai baju sedondon dengan orang yang dia sayang. Kalau dulu, arwah masih hidup hanya sekali sahaja dia memakai baju sedondon dengan family. Itupun masa hari raya puasa. Kalau ingat balik sangat seronok.

"Nak bagi ke tak nak eh. Risaulah nanti dia fikir bukan-bukan!" azielah mula membuat andaian sendiri.

"Takkan lah kut, nanti kalau dia tanya cakap je lah sebagai tanda terima kasih sebab awak dah banyak tolong saya. Lepastu bagi dia and then suruh dia try pakai. Mesti macho eheks. Eh apa aku ni suka berangan hahaha" monolog azielah dalam hati sambil tersengih-sengih sendirian.

Azielah meletakkan semula beg kertas tersebut di atas katil lalu di turun ke bawah untuk melihat makcik mariam sekali nak tanya dia nak buat suprise buat zafran.

"Cik ma oh cik ma where are you?. Dekat dapur tak ada, dekat halaman pun tak ada. Cik ma pergi mana ni?"

"cik ma dekat stor azielah!" sahut makcik mariam.

Dengar sahaja suara makcik mariam azielah cepat-cepat berjalan ke arah stor. Muka tak payah cakap happy gila.

"Dekat sini rupanya cik ma. Saya cari keliling rumah tak jumpa-jumpa. Cik ma buat apa tu?" soal azielah.

"Ni tengah kemas-kemas. Berselerak cik ma tengok, entah-entah zafran tak pernah kemas agaknya rumah dia ni. Stor pun dah berhabuk, banyak sangat sawang ni" makcik mariam menunjukkan ke arah sekeliling stor tersebut.

"Cik ma nama pun lelaki manalah nak kemas-kemas bagai. Asal siap sudah. Kalau sebulan pun rumah ni kotor belum tentu dia nak bersihkan. Apa lagi setahun, saya rasa dah ada penghuni dalam rumah ni"

"apa ada penghuni?" suara garau mula mencelah.

Dengar sahaja suara garau berderau darah azielah. Kepalanya dipusingkan perlahan-lahan memandangkan wajah zafran. Sebaris senyuman diberikan ,menampakkan lagi gigi azielah yang putih. Zafran hanya memberikan riak wajah yang dingin sahaja kepada azielah. Tiada langsung secalit senyuman ditayangkan. Makcik mariam melihat tiada sebarang reaksi diberikan zafran lantas dia memberi isyarat pada azielah. 

pist!!! 

Azielah memandang wajah makcik mariam dan mengangkat kening tanda bertanya semula. Makcik mariam memberikan signal isyarat mata tertumpu ke arah zafran. Azielah hanya menuruti pergerakan makcik mariam lalu matanya terarah ke mata zafran. Pandangan tajam diberikan kepada azielah. Azielah menelan air liur, terasa kelat pula!

"A-awak bila balik. Tak dengar pun kereta awak bunyi?" tangannya tidak habis-habis dikuis sambil kakinya digoyangkan.

"Baru je tadi. Masa aku nak masuk sini, aku dengar suara kau kuat sangat. Cepat-cepat aku datang rupanya kau mengumpat aku ya!" datar sahaja suara zafran.

Azielah mula cemas. Matanya tidak habis-habis memandang makcik mariam. Dia menarik nafas lalu menghembuskan dengan perlahan-lahan. Sabar azielah, sabar.

"Awak tak baik fitnah saya macam tu. Awak ada bukti ke saya umpat awak?" suara di tinggikan sedikit.

"Ada. Kau cakap aku tak pandai bersihkan rumah. Lepastu, kau kata dekat aku belum tentu aku akan kemas rumah dalam sebulan atau setahun. Kau kalau tak tahu pasal aku jangan nak berani-berani mengata aku benda yang tak betul!" tegas sahaja suara zafran menegur azielah.

Azielah diam tanpa berkata apa-apa. Kenapa sampai macam tu sekali zafran nak bertegas dengannya. Bukan suatu kesalahan yang besar sangat pun dia nak ambil serius. Sampai hati dia nak berkasar dengan aku.

UNGKU AQIEL ZAFRAN[COMPLETE] Where stories live. Discover now