UAZ 14🍃

794 49 5
                                    

Malam itu azielah berasa tidak sedap hati kerana tidak tahu kenapa. Keluhan berat dilepaskan. Tuisyen malam akan bermula 2 jam lagi tapi dia masih dirumah. Semalam dia ada memberitahu makngah tentang kelas malam yang harus dia pergi. Makngah menyuruhnya pergi sahaja tetapi bagaimana. Kenderaan untuk ke sekolahnya pun tiada. Nak mengharapkan sahabat baiknya aina, belum tentu dia nak tumpangkan sebab hubungan mereka masih dingin. Sepupunya nadia, sudah pergi dahulu meninggalkan dia. Sepupunya itu menaiki kereta kawannya juga.

"Aduh!! Macam mana ni? Takkan aku nak jalan kaki pergi sekolah malam-malam. Nanti aku tak pergi cikgu marah pulak"

Azielah menggaru kepalanya yang tidak gatal. Azielah sudah bersiap awal kerana dia sudah merancang untuk pergi awal ke sekolah malah lain pulak jadinya. Makngah menyuruh membuat kerja dapur dahulu.

Azielah mengigit kukunya. Dia cuba memikirkan bagaimana dia harus pergi ke sekolah. Jam sudah menunjukkan angka 6.50 petang. Pakngah yang sedang melihat azielah mengigit kukunya seperti sedang memikirkan sesuatu terus pergi ke arahnya.

"Azielah kamu kata nak pergi sekolah kan? Soal pakngah.

Azielah hanya mengangguk sahaja.

" habistu kenapa tak pergi lagi? "

" dah nak maghrib dah pakngah. Azielah takutlah sorang-sorang" kata azielah.

"Kalau macam tu pakngah hantar kamu pergi sekolah. Nak tak?"

"kalau macam tu bo..

"apa bising-bising tu!" sampuk makngah yang baru sahaja pulang dari kedai.

"Ni anak kamu nak pergi sekolah tapi takde orang nak hantar. Katanya takut nak jalan sorang-sorang. Dia dah lah perempuan. Tak baik senja-senja ni jalan sorang-sorang"

"Biarlah dia jalan sendiri. Ada kaki kan. Buat apa nak risau. Dia pun pandai juga jaga diri. Siapa jugak nak culik anak saudara abang yang malang ni. Kalau ada pun mungkin orang gila agaknya" sindir makngah.

"Kalau macam tu takpe pakngah, zielah jalan jelah lagipun sekolah zielah dengan rumah ni tak lah jauh sangat" sengaja azielah berkata begitu untuk menyedapkan perasaan pakngahnya.

Dari raut wajah pakngah kelihatan sedikit risau. Bukan apa dia hanya risau keselamatan diri anak gadis itu. Malang tidak berbau, takut-takut nanti boleh berlaku perkara yang tak pernah dijangka.

"Baiklah. Pakngah harap kamu jalan laju-laju sebab langit semakin gelap. Kalau berlaku apa-apa di jalan call pakngah" sedikit nasihat diberikan kepada azielah.

"okey pakngah. Azielah jalan dulu,assalamualaikum"

Azielah menyalam tangan pakngah dan makngahnya tetapi makngah segera menepis tangannya daripada dicium dengan mulut yang jijik seperti azielah. Azielah hanya akur dan pasrah sahaja. Dia tahu makngah tak akan pernah suka dia walaupun dia sudah berada di dalam tanah sekali pun makngah takkan pernah melayan dia dengan baik.

Azielah meneruskan langkahnya dengan cepat ke sekolah. Perjalanan rumahnya ke sekolah mengambil masa 30 minit jika dia berjalan dengan laju. Kalau lambat berjalan mengambil masa kira-kira 1 jam perjalanan.

Semasa dalam perjalanan hati azielah berasa tidak sedap hati tapi dia hanya mengendahkan sahaja. Semoga tiada apa-apa yang berlaku semasa ke sekolah dan pulang ke sekolah.

Alhamdulillah azielah selamat sampai di kawasan sekolah dengan selamat. Dia mempercepatkan perjalanannya menuju ke kelas. Dia melihat jam di pergelangan tangannya ada lebih kurang 10 minit lagi kelas tambahan akan bermula.

Sampai sahaja dikelas, kelihatan ramai pelajar yang sudah sampai. Mata azielah tertatap ke arah aina. Aina juga memandang azielah tetapi hanya sepintas lalu sahaja. Aina terus melarikan pandangannya daripada memandang azielah. Aina berpura-pura bersembang dengan rakan-rakan yang lain. Dia tahu aina masih marahkan tentang hal itu pada tempoh hari.

UNGKU AQIEL ZAFRAN[COMPLETE] Where stories live. Discover now